Nuffnang Ads

Isnin, 27 Disember 2010

Me : Pendidikan

Salam...

Ha...baru hari ni kita ada mood nak buat pengenalan diri.

Untuk pengetahuan korang nama kita Hilda Binti Hamzah. Dilahirkan pada tanggal 26 Mei 1978...
Ops...korang jgn salah faham pulak kenapa kita letak tarikh lahir kita ni, tak terlintas pun nak mintak hadiah dari korang....ceh ceh ceh...tapi kalau nak bagi jugak, kita suka je...Apa2 pun dah mencecah umur 30an gitu....

Kita dilahirkan di Kuala Pilah dan dibesarkan di Labu. sek rendah kat Sek Keb Labu Ulu, sek men pulak kat Sek Men Labu Bt. 10 & Sek Men Vok Pertanian Rembau. Nak tahu kenapa kita pilih sek vok pertanian & bukan sek lain?

Sebab pertama, kita nak mengelakkan dari pengetua sek men labu waktu tu....mcm benci sangat dgn dia....tapi dengar citer pengetua tu dah meninggal. Kita xde la benci dia sampai sekarang, waktu dulu je...sbb kedua pulak abah kita keje kat LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) so, kalau ada apa2 info yg kita nak tahu pasal pertanian, senang boleh mintak tolong abah carikan....lagipun dia ramai kenalan dalam bidang pertanian..

Lepas sek vok pertanian tu, kita dapat masuk UPM. Agak2 korang course apa yg kita mintak? Sebenarnya pilihan utama kita adalah Dip Akaun. & kedua barulah Dip. Pertanian. Kita memang minat sangat bidang akaun, tapi rezeki kita untuk Dip Pertanian je.... Ambik dip. tu selama 3 tahun di UPM Serdang. Kita ni nampak je muka garang, tapi kuat nangis. Masa kat UPM tu tiap2 minggu kita balik Seremban. Masa mula2 kat sana dulu lagi teruk, tiap2 hari telefon rumah sambil nangis. Kalau nak ikutkan kita dah biasa tinggal kat asrama masa sek vok dulu (2 tahun duduk asrama), sepatutnya kita x la homesick. Tapi masa kat vok pun sama jugak selalu telefon rumah & nangis. Nak kata anak manja, x jugak sebab kita anak ke dua dari lapan adik-beradik. Masa kat sek dulu x boleh balik rumah tiap2 minggu, jadi abah & mak selalu datang melawat kat sek. Mengada2 betul kita masa tu kan?

Abis je Dip. kita sambung degree....masa nak sambung degree pun kita x pilih bidang pertanian sebagai pilihan pertama. Masa tu kita minat dalam bidang kaunseling.....Tapi dah ketentuan, kita x dapat bidang tu, kita dapat Bac. Sc. Bioindustry....Masa degree kita buat 2 1/2 tahun je....So, kalau nak diikutkan kita belajar secara formal selama 16-17 tahun...

Master?  Setakat ni kita study sampai degree je. Lepas degree dah sibuk berchinta, jadi tu pasal la x sambung terus master. Lepas kawin ingatkan nak sambung master, tapi bila dah pregnant & beranak pinak ni, mcm penat la pulak nak sambung study lagi. X sambung study pun kita dah huru hara nak layan anak, suami dan kerja2 rumah....

Insya Allah, bila kita rasa dah stable nanti kita akan sambung study jugak. Harap korang doakan kita ye...Dari dulu kita aim study sampai PhD...Harap2 harapan kita termakbul...Amin....

Jumaat, 24 Disember 2010

Gotong-royong

Penatnya hari ni....manakan tidak, baca tajuk entry ni pun dah tahu....

Hari ni kami satu lab gotong royong bersih kan lab & cold room. Untuk pengetahuan korang kita ni keje bidang research, so sudah pasti area tempat keje kita adalah di dalam lab.

Korang bayangkan la dah 4 tahun kami berpindah ke bangunan ni, baru hari ni nak buat spring cleaning. Paham2 je la bila dah 4 tahun......

Lab kita org ni x ramai lelaki, biasa la kan lelaki x ramai yg minat kerja2 research ni....tambah2 lagi bidang genomik (kajian tentang gen). Kita terpaksa memanjat untuk lap & buang habuk. Punya la banyak habuk kat lab kita ni, baru perasan.... Sampah2 yg nak dibuang pulak berplastik2....kesian cleaner tu mengangkut sampah2 tu...

Moralnya, lain kali set la masa dgn opis mate korang utk buat spring cleaning ni....
Oppppss....opis korang mcm opis kita jugak ke? Pandai2 je kan nak samakan tempat keje org dgn tempat keje sendiri.

Ye la....tempat keje korang bersih, cantik & bla bla bla.......
Tetiba sentap.... (x paham)......

Khamis, 23 Disember 2010

Abang Misai.....

Korang mesti tertanya-tanyakan, sapa la abang misai ni pada entry lepas....

Untuk pengetahuan korang, abang misai ni adalah suamiku....
Macam mana boleh dapat gelaran tu....jeng jeng jeng.......

Ok, kita story sikit kat korang ye....
Kita kenal abang misai ni masa kita tengah tunggu kemasukan untuk sambung degree ke IPTA setelah abis diploma dan adik kita pulak tengah tunggu result SPM. Kita dan adik kita dapat keje di tempat yang sama. Jadi senang la nak pegi keje, ada geng. Masa tu tengah boring duduk rumah & nak cari duit poket. Kami dapat keje kat Kilang Iwatsu (Taman Tuanku Ja'afar).

Kita sempat keje kat sana sebulan je, lepas tu dah masuk U semula, sambung degree...Seminggu dua keje kat sana tu adik kita  (Atih) kata ada sorang abang ni selalu pandang kita, abis tu kita tanya la sape.
Disebabkan kami baru je masuk keje kat sana, kami tak tahu nama abang tu. Atih pun explain la yg abang tu bermisai dan misai dia over sikit dari orang lain. Kita macam tak percaya je sbb Atih ni kadang2 suka pedajalkan kita sebab dia tahu kita memang x ada boy friend lagi. So, apa lagi mungkin ini la masanya dia nak kenen2kan kita.

Disebabkan kami masih tak tahu nama abang tu & x nak orang lain perasan yg kami tengah citer pasal abang tu, maka kami letak la nama abang tu sebagai Abang Misai...Nama tu masih kami gunakan sehinggalah kita kat U.

Atih keje kat sana lama sikit, jadi dia la yg pandai-padai kata kat abang misai tu yg kita kirim salam dan akhirnya disebabkan usaha atih jugak la kami berkahwin....

Tapi korang nak tahu, lepas kawin saja je tanya balik kat abang misai ni betul ke dia selalu curik pandang kat kita masa kita keje kat sana dulu, dia kata mana ada.....
Ni dah sah2 atih je yang memandai2.... tapi apa2 pun kita gembira & bahagia bersuamikan abang misai ni...

Jadi kalau lepas ni kita guna nama abang misai tu bermakna ia adalah suamiku....Ok x kalau guna nama abang misai ni? Ok kan je lah...


Ini lah gambar abang misai kita tu. Mungkin korang tengok misai dia ok je, tapi bagi kita waktu mula2 tengok dia kat kilang tempat kita keje tu misai dia memang yang paling menyerlah....hehehe


Rabu, 22 Disember 2010

::Derma Darah::

Nak citer sikit kat korang yg hari ni dalam sejarah sbb buat pertama kalinya kita g derma darah....excuse me, derma darah okeh....bukan derma dara.....

Pukul 8.45am, kawan kita call nak tanya samada nak g derma darah atau x.....Apa! derma darah? punya la cuak waktu tu sbb x pernah terfikir pun nak derma darah ni. Oleh sebab tu la yg kita x elert pun bahawa hari ini ada program berkenaan sempena Minggu Q kat MPOB ni. Tapi kita x boleh nak bagi jawapan waktu tu sbb nak tanya Abang Misai kita dulu....

Dengan segera tangan ni laju je dail no Abang Misai kita tu....Kita tanya pendapat dia samada boleh x kita nak derma darah...Dia pun bagi la pendapat dia..Sambil tu kita tanya la dia samada dia pernah derma darah atau x, mana la tau boleh kongsi pengalaman....hampeh.....dia pun belum pernah derma darah lagi...Tapi apa2 pun dia tetap bagi semangat kat isteri dia ni supaya derma je darah yg ada....hehehe

Untuk pengetahuan korang kita pernah jugak cuba nak derma darah masa tahun 2003 dulu, tapi reject sbb x cukup berat badan, lepas tu tiap2 tahun ada je halangan utk membolehkan kita derma darah dengan pregnantnye, breast feed dan segala bagai alasan la....

Dan akhirnya......dengan tangan dan kaki menjadi sejuk secara tetiba (macam nak g interview la pulak) darah kita berjaya di dermakan dengan jayanya...Lepas derma darah, dia org kasik makan (muffin & air milo) serta dapat la cenderahati (payung) sbb menderma.

Disebabkan kerja kita x banyak ari ni, kita pun singgah la kat kaunter pemeriksaan kesihatan...Dia check tinggi, berat badan, BMI, blood pressure dan diabetic test. Memang seperti ku duga, BMI kita berada antara kelompok ok & pre obes.....dah tu bacaan diabetic test pulak tinggi (8.3) sepatutnya kalau puasa bacaan dia paling tinggi 5.8 dan kalau lepas makan 7.8.

Mulai hari ni kita kena jaga pemakanan sbb x nak kena makan ubat diabetic seumur hidup...jaga makan juga perlu untuk mengelakkan dari masuk kelompok BMI obes....

Selasa, 21 Disember 2010

Cuti-cuti 2011

Wah.....cuti2 2011? 2010 pun belum habis lagi ada hati nak pikir cuti2 2011....

Kita ni memang mcm ni, suka sgat merancang....pegi @ tak, itu belakang kira....

Kena plan awal2 sikit sbb x nak jadi mcm tahun ni..Tahun ni kurang perancangan, sbb tu la asyik pegi tempat yg sama je sbb tempat yg kita org nak pegi tu hotel dah penuh...kalau dh tau nak berjalan tu booking la 2 month in advance, ni tidak 2 minggu sblm pegi baru terhegeh2 nak booking hotel...tambah2 skrg ni cuti sek, lagi la payah...

Kita org ni cuti2 dlm Malaysia je buat masa skrg...belum mampu lagi nak cuti ke luar negara...
Anak kita yg sulung tu (Harith) heboh sangat ajak kita pegi bercuti kat luar negara. Nak tau kat mana dia nak pegi?

Korang jangan terkejut pulak sbb mula2 dia cakap nak pegi tempat tu pun kita mcm x percaya je....kat mana la dia dpt tahu tempat tu...Apa yg istimewanya tempat tu pun kita x tahu ....bila kita tanya kenapa dia nak pegi sana dia hanya kata tempat tu best...x tahu la apa yg best sangat pada pandangan dia....

Korang...., Harith sebenarnya nak pegi Mexico.....siap boleh tanya kita & ayah dia lagi berapa tambang nak pegi sana & tanya lagi yg duit dia kat dalam bank tu dah cukup utk pegi sana ke belum....

Sampaikan atuk & uwan dia boleh tanya dia lagi bila dia nak pegi Mexico...Harith ni memang suka bercerita  & bertanya...Semua benda dia nak tanya & cerita kat orang, so kita orang mmg berhati2 kalau nak cakap @ plan apa2 sbb takut dia cerita kat org...hehehe

Eehhh...dah citer pasal Harith pulak....tukar tajuk la pulak...

Apa2 pun tahun depan kita org akan plan betul2 utk pergi bercuti....adik kita ada bagi hint utk pegi Sabah, tapi tengok la mcm mana nnt...

Tempat bercuti tu masih lagi dlm perbincangan.....but by end of this year mesti dah ada lokasi yg specific...
kalau korang ada cadangan tempat2 yg best bagitahu la ye....

Jumaat, 17 Disember 2010

2003-2010

Gambar ni masa kami kawin dulu (2003)....masa tu kurus lagi....kalau nak tau berbezaannya tengok la gambar kami kat bawah tu....berbeza sangat....sedih sungguh...


Ni la gambar terbaru kami...masa raya haji baru-baru ni (2010)..setelah 7 tahun kawin dapat la sepasang anak yg dapat menghibur hati kami berdua..selain dapat sepasang anak, badan pun dah semakin mengembang. Ada sape-sape yg ada petua nak kuruskan badan yg mudah n cepat dapat kesannya?Kalau ada bagitahu la petua tu ye...

7th Anniversary

Saja nak bagitahu kat korang semua yg hari ahad ni (19/12/2010) adalah hari ulang tahun perkahwinan kami.
Macam x percaya je dah tujuh tahun kami kawin...

Alhamdulillah, kami bahagia hidup bersama selama 7 tahun ni & dikurniakan 2 orang anak yg comel n nakal (biasa la tu kan, mana ada budak yg x nakal, ye x?)...wahhh puji anak sendiri comel konon...abih sape lagi nak puji...jawab dulu sblm korang jawab.....
apa-apa pun doakan kami bertambah bahagia ye....Amin...

Nak bagi apa ye utk anniversary tahun ni...teruk kita ni kan, dah last minute pun masih x pikir lagi nak beli apa.

Sebenarnya dari semalam dah plan nak pegi Mines @ Alamanda utk survey & beli jam tangan utk cik abang kita tu....sbb dia pun dh bagi hint mcm nak jam tangan je, tapi biasa la kita ni...dah sampai waktu malas pulak nak keluar...

Nak buat supprise party, dia selalu dh boleh agak apa kita nk buat...terror betul dia boleh baca apa yg kita plan...

Takpe, ada sehari lagi utk kita pikir nak beli apa utk anniversary ni...

Terus mencuba....

Huhhh....
Kenapa la blog kita ni org lain x boleh nak view lagi....
Tolong...tolong....mintak bantuan...kita punya la excited nak citer mcm2 kat dalam blog ni, tapi ada masalah pulak...
takpe, kita akan terus mencuba sampai berjaya...
doakan kita ye kawan2.....