Nuffnang Ads

Rabu, 30 Mac 2011

Saje nak share .....

Malu pulak nak citer kat korang......(ek...eleh...........ngada2 pulak ko ni Hilda....)

Cam mana nak mulakan ye?

Ok cam ni citernya......Berita ni adalah berita gembira untuk kita. Bagi suspen sikittttt.....Nak tahu apa dia??? Cuba teka? Hahaha....mau ada yang kena baling telur busuk nanti ni............

Ok la.....kita citer..... Ingat lagi tak entry kita : Pelik & Selera makan kembali pulih.....ia memang ada kena mengena......

Masa kita buat entry tu memang kita dah tahu, tapi saje je berlakon macam tak tahu apa2...... Dah 6 tahun pengalaman tu berlalu, kini ia kembali.....



Kita sebenarnya tengah pregnant.....tu pasal akhir2 ni kita jarang update blog ni sebab badan tak beberapa nak larat.

Setelah Adriana 6 tahun barulah kita pregnant kembali. Pregnant kali ni kita tak muntah sangat tapi ketidaklaratannya memang di luar jangka. Tu pasal la lebih sebulan tak masak.

Jangkaan bersalin adalah bulan Oktober nanti. so, sama bulan dengan birthday Harith.

Pregnant sebelum ni kita check up kat private jer......Tapi kali ni nak rasa pulak check up kat Klinik Kerajaan. Punyalah lama masanya untuk buat buku, setengah hari kita kat klinik (7:30am - 12:00pm) dah tu macam2 pulak yang dia orang nak, fotostat ic suami & isteri serta sijil nikah.

Ok la....nanti kita sambung lagi ye.....itu pun kalau larat......

Isnin, 28 Mac 2011

Kalau dah tiap-tiap hari lalu kat highway

Sesiapa yang selalu menggunakan highway sudah pasti selalu menyaksikan pelbagai jenis kemalangan.

Begitulah juga kesahnya yang berlaku pada kita. Tiap2 hari guna highway untuk ketempat kerja telah membuatkan kita selalu melihat kemalangan, tak kiralah kemalangan ngeri atau yang biasa2 je....

Jumaat (18.03.11) petang, kita telah menyaksikan kemalangan maut di highway Plus. Nasib baik masa tu Sayang yang drive. Menggigil jugak satu badan bila tengok orang dah terbaring kat atas jalan.



Memang dah agak ada kemalangan bila banyak kereta bergerak perlahan
 

Takut2 pun sempat ambik gambar orang yang dah terpelanting keluar dari kereta



Keadaan kereta Myvi yang terbalik. Bahagian hadapan kereta remuk teruk
Jumaat (25.03.11) baru2 ni pun kita dapat tengok jugak kemalangan maut antara lori dan motorsikal. Penunggang motorsikal tu dah terpelosok kat bawah lori kat bahagian tayar pulak tu.......memang ngeri....
Nasib baik kejadian tu berlaku kat area Taman Kobena (Senawang) sana......dah hampir dengan rumah, gigil2 pun boleh lagi drive....

Nak tak nak, kena hadapi jugak (drive)....Kalau kita tak drive, nak suruh sape lagi?

Mintak2 kita dijauhkan dari terlibat daripada kemalangan ni.....Amin......

Rabu, 23 Mac 2011

Beli jer....

Sudah lama jugak tak update blog ni.....mood memang memanjang tak ok......badan lesu je bila balik keje....melepek.......

Rumah dah rupa tongkang pecah......

Help.....help.....ada sesiapa yang sudi membantu (tolong bersihkan rumah termasuk mop lantai, basuh bilik air dan seangkatan dengannya)?

Kenapalah tahap ketidaklaratan kita kali ini melampau2. Kalau nak tahu dah hampir sebulan kita tak masak. Kesian Sayang dan anak2, asyik makan makanan dari kedai jer......Jangankan nak masak asam pedas, goreng telur pun tak......

Tapi hari ni rasa2nya macam nak masak, tapi tengok la macam mana daya tahan badan kita balik nanti...Harap2 dapat la masak, simple2 pun takpe asalkan kita masak.

Sekarang ni pergi kerja kalau boleh tiap2 hari nak Sayang hantarkan......dah tak larat nak drive. Semalam nyaris2 terbabas......ngantuk....

Jadinya kalau kita tak update blog ni, maka paham2 je la bahawa ketidaklaratan kita berada di tahap kritikal...

Jumaat, 18 Mac 2011

Part 5 : Pangkor (Perjalanan balik)

Kami naik feri dari Teluk Dalam lebih kurang pukul 12:30pm. Sampai jeti Lumut dalam pukul 1. Singgah makan jap dan beli satay ikan dan sotong kering untuk di bawa pulang.

Gerak dari Lumut pukul 2. Kami memilih untuk ikut jalan lama, tak nak ikut highway kengkonon ikut jalan lama lagi dekat. Sambil tu boleh tengok pemandangan kawasan kampung. Kalau ikut km memang dekat, tapi disebabkan jalan kecik dan banyak lori, maka lebih kurang je tempoh waktu perjalanannya. Lagi pun waktu balik tu adalah hujan, jadi melambatkan lagi waktu perjalanan kami.


Anak2 keletihan....Kereta kecik, jadi tidur la macam mana gaya sekali pun asalkan dapat tidur

Sayang yang setia memandu seorang (tak gilir2 pun tau)........Muka dah penat semacam jer.....


Kami singgah makan dulu kat hentian Dengkil sebab kita, anak2 dan Sayang dah lapar.

Sayang tengah buat pilihan nak makan apa

Kita pilih mee hoon soto

Harith kelaparan tahap gaban. Siap pilih nasi lemak dan kuih udang



Ok, itu je kesah percutian kita kali ni. Tak tahu bila lagi kita boleh pergi bercuti. Cuti sekolah bulan Jun nanti agak2 nya kemana destinasi percutian yang sesuai ye? Kena fikir dari sekarang ni....Bila anak2 dah sekolah ni, tak boleh pergi bercuti sebarangan. Kena ikut jadual dia orang, tak nak la disebabkan nak bercuti dia orang terpaksa ponteng sekolah......memang tak sesuaiiiiii....

Part 4 : Pangkor (Day 3)

Hari ke 3 di Pangkor ni merupakan hari terakhir kami di sini. Makanya, memang tak merancang nak kemana2. Kita bangun punyalah awal sebab dengar bunyi guruh. Dalam fikiran dah pikir macam2........almaklumlah, duduk dekat dengan kawasan pantai dan Jepun pulak baru mengalami tsunami....

Otak kita asyik terfikirkan tsunami je.....sebab tu bangun awal.....tak enjoy betul tau......Tak boleh nak berehat dalam erti kata melapangkan fikiran dari memikirkan perkara yang berat2........sadis sungguh la percutian kali ni.....

Kami pergi sarapan pagi ni adalah awal (7:30am). Saje pilih tempat duduk yang mengadap laut. Sarapan pagi ni masing2 tak berselera sangat, makan sikit je......tak tahu kenapa......

Selepas sarapan kami sempat lagi bawa anak2 pergi mandi manda. Kami bersiap awal untuk balik sebab nak bergambar dulu.

Korang layan la gambar2 kat bawah ni........

Sedap sangat agaknya makanan tu sampai muka sayang pun jadi macam tu

Harith yang sentiasa ceria sebab lepas sarapan boleh mandi kat swimming pool

Adriana dengan topi barunya. Sarapan pun nak pakai topi

Pemandangan dari resort

Sayang berada di menara

Inilah tempat yang kami diami semasa di sana. Ada 2 bilik.

Bergambar kenangan sebelum pulang

Di hadapan rumah

Ceria tak kami?

Harith dan Adriana mempromosikan Teluk Dalam Resort

Bas yang membawa kami ke jeti

Sempat bergambar lagi sebelum naik feri

Pemandangan Teluk Dalam Resort dari dalam feri

Khamis, 17 Mac 2011

Anak-anak di kampung

Cuti sekolah ni memang kita orang plan nak bagi pelepasan kat anak2 duduk kat kampung. Adriana pun dah bising sebab dah lama tak balik kampung. Ye la.......baru kita perasan, memang dah lama dia orang tak balik rumah mak kita (uwan dia orang la kan). Last kita balik  bulan Januari dulu....

Memang patut pun dia orang bising sebab dah lama tak balik kampung. Hari Selasa petang, kami laki bini pergi la hantar mereka balik kampung (Tanjung Jati, Kuala Pilah). Kemain sibuk lagi 2 beradik tu tanya bila nak balik ni.......dari pagi bertanya......

Seperti biasa, sebelum balik kampung kami buat perjanjian. Berjanji tak nakal, tolong atuk dan uwan dan segala bagai janji la.....Tapi sebelum tu, homework mesti bagi sattle dulu......Balik nanti takde la terhegeh2 baru nak siapkan homework. Adriana pulak kena habis baca satu buku cerita dulu baru boleh balik kampung.....hahaha kejam sungguh ibumu ini........

Nak balik kampung punya pasal, suruh la buat apa je, mesti dia orang sanggup.

Selepas hantar dia orang kat kampung, malam tu kami balik Senawang semula sebab Sayang kerja keesokkan harinya.

Setiap hari kita call, pantau perangai mereka. Apa2 pun mereka happy duduk dengan atuk dan uwan mereka......Kat sana tak la selalu kena marah kot, kalau kat rumah, singa betina ni (ibu mereka la) asyik nak marah je bila tengok perangai mereka yang pelik2 tu.....Merdeka dia orang untuk seminggu ni.....




Part 3 : Pangkor (Day 2)

Pagi ni kita bangun awal sebab dah puas tidur malam tadi. Pukul 8am kami dah bersedia nak pergi sarapan kat resort ni (sarapan adalah termasuk dalam pakej).


Sebelum pergi sarapan sempat lagi tengok tv

Adriana yang feeling model


Pakaian adalah sempoi untuk pergi sarapan


Menikmati sarapan di cafe
Pukul 10 lebih macam tu kami bersiap untuk pergi round pulau. Kami minta pihak resort call taxi. Charge taxi adalah RM70.00 untuk empat orang bagi mengelilingi pulau. Bagi kita ia adalah berbaloi memandangkan kita pun tak berapa arif tentang tempat tu.

Kalau nak sewa kereta amatlah tak berbaloi kerana untuk sewa kancil sahaja adalah RM110.00 sehari. Memandangkan kawasan pulau tak beberapa besar, perjalanan cuma lebih kurang 20km, maka sewa taxi adalah keputusan yang terbaik.

Perjalanan mengelilingi pulau sambil melawat beberapa tempat mengambil masa 2 jam. Pukul 1 lebih kami dah sampai resort semula. Makan tengahari kami tapau je.....

Semasa menunggu taxi (sebelum pergi island tour)

Sengaja peluk beg, tak nak kasi nampak perut .......huhuhu

Kat kilang satay ikan

Di Kota Belanda



Adriana mempromosikan fm....

Adriana pun sibuk memilih cenderahati

Pilih ala kadar je sebab badan tak beberapa sihat....kalau tak, dah banyak kita borong.....
Selepas makan tengahari, anak2 tidur sebab petang nanti nak mandi manda pulak. Itu sahaja xtvt waktu petang.

Malam, kami makan kat cafe. Buffet untuk dewasa adalah RM25 dan kanak2 RM12.50. Ala carte pun ada jugak kalau tak nak buffet.