Nuffnang Ads

Isnin, 31 Januari 2011

Abang Sayang

Entry ni adalah untuk mengumumkan bahawa terdapat perubahan pada nama Abang Misai. Kita rasa macam tak romantik la pulak bagi nama macam tu kan....tak manja gitu......kita ni kan ala-ala manja gedik....tapi siap ko kalau kata kita menggedik ye....kita menggedik dengan Sayang kita je tau.....ai loike......

Bila panggil Abang Misai tu terbayang Sarjan Misai la pulak (A Galak).....x kuasa ai uuuuu...langsung ai hilang selera.....hahahaaaaa gelak besar ai.....

Apa-apa pun mulai hari ini.....perhatian.....HARI INI!!!!!....adalah dengan rasminya kita menukar nama Abang Misai kepada Sayang okehhhh.......Korang jangan ngada2 nak menjelessss dengan kita sebab panggil Sayang tau....Tapi kalau agak-agak korang rasa nak termuntah dengan panggilan tu cepat2 la pergi bilik air yeeee, takde sape yang nak tolong bersihkan sisa muntah tu.....

Saje letak gambar masa muda2 dulu. Saje nak bagi feel Sayang kita mudooo selalu...

Ok Sayang.....sayang suka tak......(korang jangan nak menyibuk tau kita nak bersayang-sayang dengan sayang kita ni)

Ok Sayang, kita dah angkat lebih2 ni, jangan lupa bawak kita pergi Ikea ye minggu ni.....tetiba tukar tajuk....suke suke sukeeeeee (Sayang ada makna tu.....)

Jumaat, 28 Januari 2011

Berjaya Beronggeng

Akhirnya kita pergi jugak beronggeng di Jusco, Equine. Dah berminggu2 asyik lepak kat office ja hari Jumaat, sesekali nak jugak melihat dunia luar.....dunia luar??????

Kita pergi tak lama pun. keluar pukul 12:00pm dan sampai semula kat office pukul 1:50pm. Jarak office kita ke Jusco ni tak la jauh sangat cuma 15km jeeee..

Time dah gaji ni mata ni takde pulak berkenan macam2. Cuba kalau tengah2 bulan tu macam2 benda yang terasa nak beli..

Tujuan asal nak keluar adalah nak beli kad sempena CNY ni.


Nak kasi bos....sebab hari ni hari last bos kerja. Minggu depan dia dah mula cotiiii.....Yahooooo....kita boleh enjoy, bos takde.....hahaha (gelak jahat).

Mana ada, kita ni baik tau. Pekerja contoh la katakan....contohkah?????

Selain beli kad, ternampak la pulak sepit rambut ni .... jadi kita pun beli untuk Adriana. Jadi 2 benda tu je yg kita beli tadi. Memang jimat keluar hari ni...


Harap2 lain kali bila keluar kita akan jimat macam hari ni jugak......

Beronggeng

Beronggeng?????

Pada kita maksud dia lebih kurang macam berhibur tahap gaban la kira-kiranya.....Itu adalah istilah kita dengan kawan2 masa belajar dulu kalau nak berhibur. Berhibur pun macam2 jenis ye tak? Ada yang kata menonton wayang, karok, shopping, main bowling dan segala bagai adalah berhibur.

Hari ini kita plan utk beronggeng. Almaklumlah rehat hari ni adalah lama (12:15pm - 2:45pm). Sekarang kita tengah buat perhitungan nak beronggeng kat mana tengahari nanti. Ada 3 pilihan setakat ni :

Alamanda, Putrajaya



Mines, Seri Kembangan



Jaya Jusco, Equine
Tengok la macam mana nanti. Harap2 kita jadi beronggeng hari ni sebab selalunya plan memang perfect, tapi akhirnya tak jadi pergi, lepak je kat office kerana malassssssss nak keluar.

Khamis, 27 Januari 2011

Xtvt malam minggu....

Malam minggu baru2 ni kami sekeluarga telah pergi ke Stadium Paroi untuk menonton perlawan persahabatan (bola sepak)....ko jangan main2 dengan kita ni. Jangan pandang kita sebelah mata jew....ceeewahhh......Majulah sukan untuk negara.....Haaaa tetiba je semangat tu datang kan....ko nampak tak nampak tak tu.....

Nampak je badan macam ni tapi suka sukan tau  (suka tengok je......)

Perlawanan antara pasukan N.Sembilan vs PDRM (Liga Malaysia, agaknye la....)
Nak tahu kenapa kita boleh terjebak nak pergi tengok perlawanan tu? Jawapannya adalah :

1) Tak tahu nak pergi mana malam tu
2) Sebab dah 3 hari kita duduk rumah, tak pergi mana2 (Khamis_cuti Thaipusam, Jumaat_EL anak asthma,Sabtu_masih jaga anak kat rumah)
3) dan yang paling penting masuk adalah PERCUUUUUMAAA..........

Abang Misai bersama Adriana (maaf gambar kurang memuaskan_guna hp cabuk kita tu)



Nasib baik orang tak berapa ramai. Tapi perlawanan tu tak best langsung....main macam budak sekolah rendah....(sesuka ati je kan ngutuk orang, macam la kita ni terror sangat bersukan) ada kita kesah???

Korang jangan tak tahu, masa sekolah menengah dulu kita wakil daerah ke peringkat negeri tau main bola baling.....nak riak sikit ni walaupun orang lain dah wakil negeri atau kebangsaan. Dan riak seterusnya....Kita jugak wakil sekolah dalam sukan badminton, bola tampar dan bola jaring. Bila masuk U mula la tak aktif bersukan....Kunun2 nak tumpukan perhatian pada study la gamaknye....tapi result ala2 je.......

CNY

Minggu depan seronok la memasing.....Kita tau la korang tak sambut CNY (Chinese New Year) tapi kita yang bekerja ni dapat 2 hari cotiiiiiii....ada paham....

Wah....bahagia rasanya dapat cuti.....Bagi yang duduk Wilayah Persekutuan pula dapat tambahan cuti lagi (Hari Wilayah). Mesti memasing dah plan nak pegi jenjalankan?

Kita mungkin tak kemana2. Paling kuat pun balik kampung. Tapi kita dah bagi hint kat Abang Misai  ajak dia pergi Ikea. Dah lama betul rasanya tak cuci mata kat sana....

Lupa lak nak tanya, korang dapat banyak buah limau tak tahun ni? Tahun ni kita tak banyak sangat dapat limau berbanding tahun lepas. Setiap tahun lab kita memang akan dapat limau punya (dari supplier & officemate yg berbangsa Cina) cuma banyak atau sikit je bezanya.

Untuk pengetahuan korang bos kita berbangsa Cina, tu pasal la style kerja kita pun macam orang Cina walaupun kita kerja dalam sektor kerajaan. Promote bos tetiba.....bodekkah???? owh.....tidak.....

Seperti biasa, setiap tahun bos kita akan bagi ole2 sempena CNY. Nak tahu apa yg kita dapat dari bos kita, taaaraaaaa..........








I like kisses.......



Dan sudah semestinya la dia bagi limau......

Rabu, 26 Januari 2011

Wangian menusuk kalbu

Hari ni terlebih rajin & terlebih masa, tu yg dapat buat 2 entry dalam satu hari.

Nak tanya sikit, korang mesti ada satu2 benda yang menjadi kegilaan kan? Cakap la ada......kesian kita kalau korang tak respon.....

Contohnya macam beg, kasut, baju, jam, cermin mata, key chain dan lain-lain lagi la. Senang cakap sesuatu benda yang korang suka tahap giler....Bagi kita kasut atau baju bukan la kegilaan kita sebab kita boleh pakai kasut atau baju dalam satu jangka masa yang panjang, tak tukar pun takpe (bukan pakai 24 jam tau, ada paham?).

Kalau adik kita dia giler kasut dan baju. Kalau kasut, dia ada lebih 25 pasang sampai kena marah dengan abah kita sebab almari kasut penuh dengan kasut dia je....Baju pulak jangan cakap la, apa je fesyen terbaru pasti akan ada dalam koleksi dia.....Itu pun waktu dia belum kawin la, sekarang ni dia dah kurang sikit kegilaan tu. Tapi !!!!!!! dia masih juara dalam bab-bab baju & kasut ni berbanding kita. Kalau kita nak pergi mana2 main sebat je kasut apa nak pakai. Tapi adik kita lain, ada kasut pegi pasar, taman, kerja dan lain2.

Nak tau kita ni "giler" apa? Kita ni giler sikit dengan perfume.....Kira-kiranya dari sekolah menengah kita dah mula pakai perfume. Tapi masa tu pakai yang mampu beli je la.....Almaklumlah, sumber kewangan hanya dari abah.....Masa tu kalau dapat pakai perfume Impuse pun dah kira okeh....Korang mesti tak tau perfume ni kan, ye la perfume murah.......

Bila dah masuk U, kita upgrade sikit pakai minyak wangi yang mahal sikit (pemberitahuan, mahal sikit je tau). Mungkin pada korang murah, tapi bagi kita mahal la tu. Beli pun dalam volume yang kecil 25ml @ 50ml. Itu pun guna duit loan study....hehehe jangan bagitahu mak & abah kita ye....Tapi kalau dah tak berapa ada duitnya, kita masih pakai perfume cuma beli yang lebih kurang je macam Avon, Body Shop....

Sekarang bila dah kerja boleh la pakai perfume yang menjadi idaman hati.....sebabnya pakai duit sendiri.... Kita beli perfume dalam 3 bulan sekali je.Kita suka sangat bau-bauan yang fresh. Akak tak suka tau bau yang manis2 ni macam bau buah dan bau yang keras boleh bikin kepala ini fening la.... Pefume2 yang pernah kita pakai ialah Issey Miyake, Elizabeth Arden, Estee Lauder, Lancome, Ralph lauren, Dior, J Lo dan macam-macam lagi la.



Antara koleksi perfume kita

Antara sebab kita suka pakai perfume ialah kita suka benda2 yang wangi. Contoh, kat rumah (ruang tamu), bilik air, dalam kereta kita akan pastikan berbau wangi. basuh baju pun macam tu, mesti gunakan softner yang wangi pada hidung kita....ngerti???

Itu  saje. Sorry, gambar tak banyak. (ada korang kesah pasal gambar perfume kita ni?)
Tapi kalau korang ada info pasal perfume terbaru, khabar2kan la pada kita ye....

Makcik cleaner

Ingat lagi tak pada entry yg ada kebakaran kat bangunan kita kerja tu? Selepas inspection dari pihak bomba, polis & insurans, pada minggu lepas semua staff kumpulan Genomik telah bersepakat untuk membersihkan lab (makmal) yang terbakar tu sebab lambat sangat nak tunggu cleaner. Staff Genomik ni memang kuat kerja. Bila seminggu je tak dapat buat kerja mula rasa semacam je....ye ke kuat kerja????

Dengan segala peralatan, kami memulakan operasi sebagai makcik cleaner pada pukul 9:00am. Lihatlah gambar ni, masing2 bertungkus lumus membersihkan lab yang terbakar tu. Memasing pakai mask sampai 2-3 lapis sebab tak tahan dengan bau asap akibat kebakaran tu. Punyalah kuat bau dia walaupun dah lebih seminggu kejadian.


Pek Lan, Zana & Iza sibuk mengelap & membersihkan peralatan


Jay bertungkus lumus membasuh peralatan yang kotor terkena asap



Operasi mencuci dikendalikan oleh Pei wen

Antara kesan akibat kebakaran








Operasi membersih tu berlanjutan hingga ke petang. Dengan tenaga yang telah diberikan kami telah dihidangkan dengan minum petang (mee hoon & kuih-muih).

Disebabkan terlalu penat membersihkan lab tu kita tak masak untuk makan malam....maknanya makan kat luar je la malam tu...tapi kita yang kena belanja.....huhuhu....

Isnin, 24 Januari 2011

Survey jalan....

Haru betul 2 minggu lepas....Mana tidaknya, kawan kita yang sepatutnya pergi seminar sama2 x jadi pergi sebab dia ada satu lagi workshop. Seminar tu sehari je, workshop pulak seminggu. Jadi lebih baik dia pilih pergi workshop, ye tak?

Kita dah mula menggigil bila dapat tahu yang dia tak jadi pergi....Sebab............kita kena drive sendiri ke tempat seminar tu. Kita ni memang fail sikit bab2 kena drive pergi tempat yang tak biasa. Bukannya jauh sangat pun tempat seminar tu dari office kita. Kita ni bila sebut je nama tempat yang tak familiar mula la berdebar2. Tapi masa tu bila tau je kena pergi seminar kat Subang Jaya sendiri    (diulangi....sendiri....) punya la gelabah siap suruh Abang Misai kita beli GPS lagi. Macam-macam perkara yg bermain di fikiran antaranya nak survey jalan pada hari minggu. Korang rasa logik tak nak survey jalan dari Senawang ke Subang Jaya?

Bila kita ajak Abang Misai kita untuk gi survey sudah semestinya la dia menolak kan, bukannya dekat. Kalau dekat2 tu mungkin dia rajin melayan kerenah kita ni. Ingat lagi masa dulu (masa duduk kat Taman Kota Perdana, Equine Park) kita kena check up mengandung kat Hospital Putrajaya. Kali pertama & kedua tu dia hantar la, masuk kali ke tiga dia suruh kita pergi sendiri sebab dah kerap sangat dia keluar pejabat hantar kita, dah la office dia jauh kat Sg. Buloh. Dia pun bawak kita servey jalan. Padahal kita dah 2 kali pergi sebelum  ni. Bab2 jalan ni kita lembab sikit (sikit je tau)....Masa nak induksi khusus pun sama, dia bawak kita survey jalan untuk ke ESSET kat Bangi tu sampai 3 kali.

Apa-apa pun akhirnya kita pergi jugak ke seminar tu barsama 2 orang lagi kawan. Sorang student Master, dan sorang lagi office mate. Dia orang pergi menggantikan tempat kawan kita yg tak dapat pergi tu.

Sebenarnya senang je nak ke tempat tu, tak sesat pun. Punya la exited pergi pukul 8:15am, padahal seminar tu start pukul 10:00am. Kita orang sampai dalam pukul 8.55am. Disebabkan sampai awal kita breakfast dulu kat sana...


Gambar kenangan semasa seminar...


Disebabkan sampai awal, kita masih berpeluang untuk berborak.
Itu lah 2 orang kawan kita (Ong Pei Wen_Student Master & Faizun_Office Mate)





Isnin, 10 Januari 2011

Terbakar?????

Pagi tadi, on the way nak pegi kerja kawan car pool kita ni bagitahu yg lab kita (Bangunan Bioteknologi, Tingkat 2) terbakar. Dia pun ada org yg bagitahu. Kita pun tak ambik pusing sangat la sebab bangunan tempat kita kerja tu memang banyak masalah. Sebelum ni pun dah macam2 kejadian yg berlaku seperti lab berasap, wayar air-cond terbakar dll.

Ingatkan tak la seteruk mana. Sampai je kat pintu masuk bangunan hidung ni dah terbau bau asap. Confuse jugak sebab kebakaran tu hari Sabtu, sekarang dah hari Isnin kenapa masih ada bau lagi. Sampai je tingkat 2, ha kau......kesan jejak kaki penuh kat lantai. Kita ingatkan lab kita, rupa2nya lab sequencing....Teruk jugak kebakarannya. Hari ni ramai la yang datang melawat tempat kejadian termasuklah Pengarah2 Bahagian yang terdapat kat MPOB ni, Ketua2 Unit dan staff . Glemer pulak rasanya ramai yang bertanya pasal kejadian. Disebabkan kita sampai awal, jadi kita dah dapat maklumat paling awal dari Dr. Arif (officer yang paling awal sampai masa kejadian).

Apa yang paling best segala eksperimen ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.....hahaha (gelak jahat)....bestnya....boleh gitu?

Tapi kepala ni sakit sebab bau asap yang masih belum hilang tu....

Sorry, gambar x ada sebab kes ni masih dalam siasatan polis, Takut nanti kena dakwa pulak oleh pihak MPOB pasal sebarkan gambar kejadian yang masih dalam siasatan....

Jumaat, 7 Januari 2011

Adriana yang suka bergaya.....

Nak citer sikit la kat korang perihal anak kita yang no. 2 ni sikit. Asyik citer pasal Harith je, macam kita ni ada sorang anak je.....



Nur Adriana @ Nana @ Kakak. Itu lah nama yang biasa kita gunakan. Bila tengah marah panggil Nur Adriana, bila nak sakat dia, panggil Nana sebab dia tak suka kita dan ayah dia panggil nama tu kerana dia bahasakan diri dia Kakak. Hanya sedara dan sepupu sepapat dia je yang boleh panggil Nana.

Kakak ni sebenarnya baru je umur 5 tahun pada 23 Dis 2010 baru-baru ni, tapi disebabkan dan masuk tahun 2011, kira umur dia dah 6 tahun la kiranya.

Kakak ni suka berlakon dan bergaya. Apa yang kita perhatikan watak yang selalu dia lakonkan ialah cikgu, emak dan doktor. Kalau jadi cikgu tu, asyik nak marah murid je (garang betul dia, kalau betul2 jadi cikgu ni tak tahu la nasib anak murid dia).....Bila jadi mak pulak, dia suka ada anak yang masih kecil (baby) dan bila jadi doktor pulak dia suka bertanya dan menasihati pesakit. Contoh : dah berapa hari awak sakit, pagi tadi makan tak, lain kali bila nak makan basuh tangan dulu, awak ni ada masalah kelenjar (perkataan ni dia biasa dengar sebab dia dimasukkan ke hospital tahun lepas pun sebab masalah kelenjar).

Kadang-kadang kita dan ayah dia terpaksa jadi anak murid, anak dan pesakit dia. Kalau x diikutkan kehendak dia merajuk pulak.




Aksi spontan bila nak ambil gambar bertudung



Watak : Sebagai emak

Seminggu bercuti untuk.......

Agak lama juga kita x update blog ni...Mana x nya bercuti (termasuk cuti tahun, cuti umum & mc) selama 7 hari bermula 30 Dis 2010 hingga 5 Jan 2011.

Lebih kurang mcm ni la jadual kita sepanjang kita bercuti......

30 Dis 2010 : Pendaftaran Harith Tahun Satu & beli buku sekolah (8.30am - 11.00am)





Semasa Hari Pendaftaran

31 Dis 2010 : Cuti Umum (Meraikan kemenangan pasukan bola sepak negara)
1 Jan 2011   : Cuti hari Sabtu (Balik Kampung)
2 Jan 2011   : Cuti hari Ahad
3 Jan 2011   : Hantar Harith (1st day sekolah) & bayar yuran Khas & PIBG

Saje pilih tempat duduk kat depan.......Kalau kat belakang nanti cikgu mengajar dia main pulak....

4 Jan 2011   : Ajar Harith naik van (pergi & balik sekolah)
5 Jan 2011   : MC

Walaupun korang tengok kita cuti panjang, hakikatnya banyak benda yg nak di sattlekan dalam masa seminggu tu. Punya penat badan ni sampai demam dibuatnya.

Sebenarnya kita bercuti untuk uruskan kemasukan Harith ke tahun satu Sek. Keb. Senawang. Untuk pelajar tahun satu pada tahun 2011 ni ada 10 kelas. Lebih kurang 350 orang yg berdaftar untuk tahun satu sahaja..

Kelas diberi nama :
A: Arif, B: Bestari, C: Cekap, D: Dinamik, E: Efektif, F: Fikir, G: Gemilang, H: Harmoni, I: Inisiatif, J: Jujur. Harith dapat kelas F: Fikir. Kedudukan kelas sementara ni berdasarkan nombor semasa kita mendaftar dulu (Bulan Mac 2010). Tapi kedudukan untuk kelas ni belum muktamad lagi sebab hari Rabu baru-baru ni ada exam untuk tentukan kelas sebenar. Keputusan untuk kelas mana akan diketahui hari ini (Jumaat-07.01.2011).

Sek Senawang ni ada 2 sesi (pagi & petang). Murid tahun 1,4,5 & 6 pada sesi pagi manakala murid tahun 2 & 3 sesi petang. Macam2 ragam masa hari pertama persekolahan tu. Mak bapak kemain excited nak hantar anak2 ke sekolah, lebih2 lagi kepada mak bapak yang baru pertama kali hantar anak masuk sekolah macam kita ni. Sekolah tadika x kira ok.....

Itu semua penyumbang kepada kesesakan kawasan sekitar sekolah termasuklah kawasan parking. Korang nak tahu, Abang Misai kita terpaksa parking jauh kerana kenderaan yg ada terlalulah banyaknya. Waktu pagi ok gak lagi, tapi bila tgh (waktu balik sek) lagi la haru....dengan van sek yg berderet2 menghantar pelajar untuk sesi petang & menanti pelajar untuk balik untuk sesi pagi.

Waktu rehat tadi, kesian kat anak kita tak dapat beli makanan sebab makanan dah habis....nasib baik jugak pagi tadi dan breakfast dulu sblm pergi sekolah, kalau tidak berlapar la jawabnya. Harith cuma sempat beli solivite je waktu rehat.

Sebenarnya hari Isnin ni la penyumbang untuk kita demam sebab punya la penat separuh hari berada di sekolah. Anak yang bersekolah mak bapak pulak yang lembik sebab penat...

Apa-apa pun kita berdoa agar Harith dapat menjadi anak yang soleh, berilmu & berjaya. Amin.....

Doa dari seorang ibu....


Merenung masa depan.....