Nuffnang Ads

Isnin, 28 Februari 2011

Pelik....

Hari tu kita ada bising-bising pasal asyik nak makan je kan? Setiap 2-3 jam mesti perut ni meronta-ronta minta diisi. Masa tu perut memang tak boleh kosong langsung, boleh nangis kalau tak dapat makanan....

Tapi hari ni lain pulak citernya. Tak ada selera pulak nak makan. Nampak semua benda macam tak sedap langsung.....Abis macam mana nak makan kalau semua benda tak menarik perhatian? Kalau nampak ayam lagi kembang la tekak ni rasa......

Setakat ni milo ais dan buah je yang boleh menarik selera kita.

Ko ni macam-macam la Hilda, kejap terlampau selera nak makan, kejap tak nak pulak.......

Tak faham...tak faham......

Harith semput lagi

Tahun ni dah berapa kali ntah Harith kena attack asthma. Tapi memang banyak kali la.....

Balik dari tengok baby baru hari Sabtu tu Harith dah mula batuk2 dan demam. Maka jadinya malam tu kita kena tidur dengan dia untuk pantau suhu badan dan batuknya.

Semalam dia masih tak sihat lagi. Jadi kami laki bini ambik keputusan bawak dia jumpa doktor sebab kalau boleh kami tak nak la ambik cuti lagi dan tak nak la dia tak pergi sekolah. Lagipun esok dia ada exam.

Pukul 8 pagi Sayang dah pergi klinik, daftar nama. Kat klinik ni orang memang ramai, kalau main terjah je silap2 kaunter perdaftaran dah tutup. Walaupun Sayang g daftar pukul 8 pagi, tapi kami dapat nombor yg ke 23.

Pukul 10.30 pagi baru kami sekeluarga pergi ke klinik tu. Malas nak pergi awal2, penat nak menunggu.

Kami pergi Klinik Pakar Bayi & Kanak-kanak Dr. Bee kat Seremban sana. Setakat ni Harith & Adriana sesuai dengan doktor tu.

Muka Harith yang macam orang tak sakit

Tengah ambil nebulizer


Inilah kliniknya
Harith boleh sound kita lagi masa kita ambil gambar klinik ni. "Ibu ni macam pelancong la, semua benda nak ambik gambar". Dia pun perasan sekarang ni kita kemaruk ambik gambar segala benda.

Jangan tak caya.......Kami selesai urusan di klinik tu pukul 12 tgh. Keluar dari klinik tu punyalah dahaga, ternampak pulak cendol Hj Shariff kot, terus singgah kejap pekena cendol. Ko......tak ingat pulak yg anak kita tengah semput, selera mak bapak punya pasal, belasah je cendol tu....


2 in 1

Sabtu ari tu kita ke Bukit Jalil untuk melihat anak buah baru. Selamat dilahirkan pada 15.02.2011 tapi baru sempat nak pergi melawat.

Anak buah sebelah Sayang. Sebelah Sayang baby ni merupakan cucu yang ke 26. Koooo.....punyalah ramai....mana taknya, adik-beradik Sayang pun dah 10 orang dan semuanya dah kawin. Haruslah ramaikan?

Anak buah baru ni baby boy. Sebelah Sayang memang ramai lelaki, dari adik-beradik sampailah ke anak buah. Nama baby baru ni Aqryl Denial (lebih kurang la ejaannya). Baby ni besar masa lahir 3.84kg....

Aqryl Denial




Anak-anak kita memang suka kalau pergi rumah Pak Uda dia orang ni sebab dapat mandi kat swimming pool. Jadi, anak-anak tengah mandi masa kita orang makan ni. Jadinya, sambil mak bapak nak melawat anak buah baru, anak-anak dapat la mandi-manda.

Jumaat, 25 Februari 2011

Makan besar...

Hari ni memang hari bertuah kita....

Mana x nya, pagi2 dh dpt berita gembira yg permohonan kita utk bercuti kat Pulau Pangkor tu berjaya setelah banyak halangan, tgh pulak ada jamuan. Jamuan tgh ni ditaja oleh rakan-rakan yang menang hadiah penerbitan terbaik tahun lepas.

Macam2 ada......nasi carrot, yong tau foo, sate, roti jala, kerabu mangga, rojak buah dan macam2 lagilah....







Bukan setakat makan je, siap dia org tapaukan lagi.....memang rezeki.... Mula2 tu malu2 jugak nak ambik, tapi dah banyak berlebih, ambik je la.......tak payah nak menyusahkan diri nak masak balik nanti.....boleh?


Makanan yg berjaya ditapau....huhuhu


Lihatlah betapa meriahnya meja kami.....

Wajah-wajah ceria kawan-kawan kita


Apasal muka kita pucat pulak ni?



Berita gembira di pagi Jumaat

Korang ingat tak 2-3 hari lepas kita membebel pasal percutian kita sempena cuti sekolah bulan 3 ni yg mungkin tak tercapai tu? Ala......yang plan nak pergi Pangkor tu la.....

Korang nak tahu, pagi ni kita dapat panggilan dari kerani tu kata yg permohonan kita utk ke Pangkor tu telah lulus.....Maknanya masalah agreement tu dah sattle. Alhamdulillah...

Kita baru je nak call bos kerani tu tanya pasal benda ni, tapi tak sempat call lagi dh dpt berita gumbiraaaaa...

Merasalah anak2 kita pergi bercuti masa cuti sekolah nanti....


Ni la tempat yg kami nak pergi tu.


Khamis, 24 Februari 2011

Catatan seorang anak

Semalam dan hari ni kita mc. Maka seharusnyalah kita duduk kat rumah kan? Tak kan dapat mc kita nak g jenjalan kat jusco pulak, ye tak? Kalau nampak kita kat mana2 shopping complex masa tengah mc tu mesti ada yang tak kena tu...


Disebabkan kita mc, berehat kat rumah je la kekdahnya.......Mula2 tu malas nak bagi anak2 balik rumah lepas waktu sekolah, biar diaorang dok kat taska je.....Tapi kesian pulak, dah tiap-tiap hari dok kat sana. Memang dia orang selalu meluahkan perasaan nak balik kat rumah lepas waktu sekolah, tapi camno....mak eh kojo........takde orang kat rumah....Tak berani nak benarkan dia orang dok kat rumah lagi tanpa pemantauan kita atau ayahnya.

Jadi dengan penuh rasa keibuan, kita benarkan anak-anak balik kat rumah lepas sekolah. TAPIIIIII....dengan syarat.....Sebelum pergi sekolah pagi tu kita dah pesan awal-awal, kalau nak balik rumah lepas waktu sekolah mesti dengar cakap ibu, tak nakal dan segala macam syarat lagilah sebab kita tak larat nak marah2 bila time tak sihat ni....

Biasalah budak-budak.....kemain cepat mengangguk setuju dengan segala syarat sebab nak terus balik rumah la katakan....

Muka masa turun dari van petang tu kemain eksen dan berseri-seri lagi sebab dapat turun depan rumah...

Lepas makan tengahari, siapkan homework. Lepas tu kita suruh tidur, dia orang tak nak. Kepala kita dah sakit ni....Dia orang bantai bergurau, main apa ntah, siap sepah-sepah barang... kita dah mula marah.......paling kuat, membebel la kita.....pot pet pot pet.......Budak-budak ni merajuk dan terus masuk bilik.

Lepas tu kita dapat nota kecil dari Harith sebab dia je yang pandai tulis, Adriana belum pandai lagi...



Kat mana dia belajar ntah, pandai tulis macam tu lagi...Mula-mula tu malas jugak layan, tapi kesian pulak kat dia, sampai macam tu dia fikir. Hati ibu ni cepat sejuk....jadinya kita pujuk lah 2 beradik tu dan bagitahu mereka yang kita nak rehat sekejap sebab kepala sakit.

Lepas beberapa minit dapat beberapa nota lagi dari Harith.


Bila dah baik, lain pulak permintaannya.



                       

Macam-macam betul ragam budak sekarang......Harith ni ada potensi tulis diari macam kita ni. Kita start tulis diari dari tingkatan 1 sampai la dah kawin....

Rabu, 23 Februari 2011

Plan cuti sekolah

Nampak gayanya plan kita nak pergi bercuti sempena cuti sekolah bulan 3 ni mungkin tak tercapai.

Waaaaa.....sedih dan bengang....

Mana tidaknya, kita dah plan nak pergi Pulau Pangkor (Teluk Dalam Beach Resort) tahun lepas lagi guna kemudahan percutian opis kita (MPOB). Tapi tahun lepas dia orang kiv dulu tempat tu. Jadinya tahun ni bila kata dah boleh apply, kita apply la tempat tu. Prosedur nya kalau nak guna kemudahan percutian tu kena apply 2 bulan sebelum tarikh kita nak pergi. So, bulan Januari kita dah hantar borang. Tup tup....semalam bila kita call nak confirm, kerani tu kata ada masalah agreement pulak dengan tempat tu......hangin satu badan. Nape la ko tak bagi tahu awal-awal?

Takpe, kita masih sabar lagi....kita pun suruh dia tukar tempat. Kita nak pergi Melaka kalau tak dapat Pangkor tu. Memang dah isi dalam borang dan bagitahu kerani tu pun masa hantar borang tu bulan Januari ari tu, kalau tak dapat pergi Pangkor nak pergi Melaka.

Boleh pulak dia cakap kena isi borang baru!!!!! Ikutkan je la kan......Sebab kesiankan anak2 takut cuti nanti tak pergi mana-mana.

Lepas 2 jam hantar borang, dia kata hotel penuh dan suruh kita pilih tarikh yang bukan cuti sekolah......Apa punya orang la buat kerja macam ni.....menyusahkan orang lain betul la....

MC

Kita mc 2 hari, hari ni & esok. Tapi kenapa doktor bagi kita mc ye?

Adakah kita tak sihat? Kalau sihat buat apa doktor bagi mc ye tak. Kalau senang2 je dapat mc mesti korang nak tahu klinik mana kita pergi tu kan, sebab nanti korang pun senang nak ambik mc bila malas nak pergi kerja. Betul tak? Yelahhhhh......tau.....korang bukan jenis yang macam tu....korang semua pekerja cemerlang & berdedikasi. Suka la tu.....

Sebenarnya saje nak bagi korang teka kenapa doktor bagi kita mc sampai 2 hari. Tu je tujuan asalnya.
Coba korang teka......x nak teka pun takpe sebab kita tak bagi hadiah pun......

Apa-apa pun ok jugak dapat berehat kat rumah ni.....hehehe

Sejak kebelakangan ni kita dah jarang update blog ni. Agak2 kenapa ye? Tapi time mc boleh pulak berblog kan?

Isnin, 21 Februari 2011

Apa nak jadi ni?

Tolongggggg....

Macam mana nak kurus ni? Pagi, petang, siang & malam asyik nak makan jer......
Setiap 2-3 jam perut ni meronta-ronta mintak makanan. Kalau tak makan mula la rasa perut masuk angin la, pening la....

Pergerakan x banyak, makan macam orang kerja buruh kasar. Dah tu demand pulak nak makan itu la, ini la......

Ini adalah salah satu yang tekak ni nak makan.....



Jumaat, 18 Februari 2011

Wajah-wajah ceria

Taaaraaaa.....

Seperti yang kita janjikan dulu, gambar-gambar kita main bowling di mlm CNY dari kamera adik iparku...

Betapa gembiranya wajah-wajah pemain amatur ni. Bukannya nak menang sangat, saje suka-suka nak gelakkan orang kalau bola masuk longkang....

Lihatlah gigi & lenganku yang besar itu

Ada gaya tak?

Pose istimewa lakiku

Gaya seorang juara.....ceewaaahh

Kak Maria dengan skill tersendiri

Abah pun bersemangat nak menang

Zam yang keriangan

Laki bini sebuk tengok gambar masing-masing main bowling dalam hp

Mak bapak sibuk main bowling, anak-anak kelaparan makan maggie....
Itulah gambar-gambar semasa main bowling masa malam CNY ari tu.

Rabu, 16 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Ambik kau.....2 tahun lepas punya citer........

Tahun ni sambutan Maulidur Rasul adalah di rumah.
2 tahun lepas (2009) masa Harith 5 tahun, tadika dia ada masuk pertandingan selawat nabi. Harith masuk pertandingan tu, main kompang.

Masa tu macam tak percaya je yang dia boleh main kompang. Ko....jangan perkecilkan kebolehan anak2.....

Sebelum pertandingan tu semua orang berarak satu taman sambil berselawat. Memang best sangat tengok anak-anak kecil berarak sambil berselawat. Ibu bapa pun turut sama berarak sambil berselawat.

Kesian kat Harith kena main kompang sambil berarak. Separuh jalan je pun dia larat main kompang tu.




Harith yang bersemangat main kompang.


Tak sia-sia usaha Harith main kompang tu, tadika dia dapat no. 2 dalam pertandingan selawat.

Nasi Arab Damsyik

Mungkin dah ramai baca pasal Nasi Arab Damsyik ni kat fb atau blog, tapi kita nak tulis jugak...

Sebenarnya dah beberapa bulan kita nak makan kat tempat ni tapi macam-macam halangan. Ada sekali tu dah sampai sana, orang pulak ramai langsung tak jadi......

Lokasi Nasi Arab Damsyik ni kat Jalan Paroi/Senawang.

Hari isnin baru-baru ni barulah berpeluang makan di sana. Kita pilih set individu (ayam) 2 set. Tak berani nak order banyak2 takut bukan selera kita. Satu set Nasi arab Damsyik (Ayam) : RM 8.00, (Daging) : RM12.00.



Sos tomato & yogurt


Teh 'O' ais + daun pudina 

Bahagian isi ayam yang tak habis dimakan

Kita & Harith memang selera makan nasi ni, tapi Sayang & Adriana tak berapa suka. Nasib baik order 2 jer... Itu pun bahagian Sayang tak habis. Ayam dia punyalah besar, rasa muak pulak nak makan. Sos tomato  dia menjadi penyelamat. Sos tu sedap jugak sebab ada rasa pedas & masam.

Harith yang feeling jadi raja arab.

Adriana gumbira dapat makan sambil bersila

Naik Quran

Alhamdulillah.....kita bersyukur sangat Harith dah naik Quran. Memang kita dah aim, naik je darjah satu Harith mesti dah baca Quran.

Walaupun ramai budak-budak sekarang umur 5 tahun pun dah naik Quran, tapi itu keupayaan masing-masing. Masa harith 5 tahun dulu ada budak perempuan satu taska dengan dia naik Quran, kita pun suruh Harith mengaji betul2 sebab nak dia naik Quran cepat. Tapi ramai la kata kat kita jangan paksa, budak lelaki memang lambat sikit. Ok la, masa Harith 6 tahun pulak ada budak lelaki 5 tahun naik Quran. Apa citer? Harith dah 6 tahun ni, tak naik Quran lagi.

Tapi akhirnya bila darjah 1 naik jugak Quran. Tak perlulah kita nak bandingkan anak kita dengan orang lain, setiap anak tu ada keupayaannya sendiri.

Mesti korang nak tanya kan, masa kecik dulu agak-agaknya la berapa umur kita masa baca Quran......hahaha....tak mo cakap.......tapi memang lambat.....asyik bertukar ustaz je....(alasan)...

Isnin, 14 Februari 2011

Berkelah di Ulu Bendul

Kalau ikutkan hujung minggu lepas kami memang tak nak kemana-mana, nak lepak kat rumah je. Tapi adik kita call ajak pergi berkelah kat Ulu Bendul pulak Sabtu tu. Kalau ikutkan kita, memang sah tak nak pergi sebab badan tak berapa nak sihat seminggu tu, tapi kesiankan anak-anak, gagahkan jugaklah pergi.

Cuma 3 keluarga je yang pergi (Abang, Ita dan kita). Mak dan abah pun pergi jugak. macam biasa, masing-masing bawak bekalan untuk makan di sana. Kita cuma bawak mee goreng sahaja sebab tak larat nak masak macam-macam. Tapi itu pun makanan dah banyak, Along siap bakar ayam dan ikan lagi....

Abang, Ita, mak dan abah kita sampai dulu (~ 8:30am) semangat betul dia orang nak berkelah.....kalau nak ikutkan memang dah lama betul kita tak pergi berkelah kat Ulu Bendul tu. Tambahan pulak satu masa dulu heboh mengatakan ada kencing tikus kat sana, memang tak pergi la jawabnya....kalau tak silap, last kita pergi sana 2 tahun lepas masa celebrate birthday abah.

Kita tengok ramai je yang berkelah kat sana masa heboh kata ada kencing tikus tu.....

Kita sampai kat sana pukul 9:45am. 15 minit je perjalanan dari rumah kita ke Ulu Bendul ni. Kita tak mandi pun kat sana .......cuma makan, makan dan makan jer kerja kita..........tu pasal badan jadi macam ni....


Ita yang tengah control ayu & mak yg sedang menikmati ayam bakar.




Abah tu tidur ke tengah beryoga? Kat belakang tu Sayang dan Along tengah bakar ikan & ayam.








Pukul 2 lebih kami balik kampung jap sebab mak nak ambik barang dan nak melawat uwan (nenek) sekali. Ingatkan sekejap je kat kampung, sampai ke malam kami disana sebab makcik kita buat makan-makan celebrate birthday husband dia pulak malam tu.

Rezeki jangan di tolak.......Makanan malam tu memang sedap, tapi perut kita pulak buat hal, tak boleh nak makan banyak-banyak.....cuma dapat makan tom yam je....ikan bakar, mee hoon kari dan segala macam lagi kita cuma pandang aje......

*PERHATIAN : Gambar adalah blur sebab guna kamera hp kita......Kamera sebenar lupa bawak. Kalau nak gambar yang clear tunggu beberapa tahun lagi, itu pun kalau kita beli kamera yang rege dia riban-riban tu......

Jumaat, 11 Februari 2011

Soalan cepu mas

Pada entry sebelum ni kita ada tulis pasal soalan cepu mas kan? Hari ni kita nak bagi tahu korang soalan-soalan cepu mas tu dan minta pendapat korang macam mana korang nak jawab jika dapat soalan2 macam tu.

Sebenarnya susah jugak kalau dapat anak yang kuat bertanya ni. Kita kena sentiasa bersedia nak menjawab apa yang di soal. Tak semestinya kita kena jawab apa yang ditanya waktu tu jugak, mungkin boleh jawab lain kali, tapi kita perlu jelaskan kepada mereka supaya mereka tak serik nak tanya lagi.

Harith memang kuat bertanya sejak dia mula pandai bercakap. Kalau dia tanya pasal bahasa tu ok la jugak, boleh cari kat kamus BM atau BI. Antaranya :

1) Hembusan tu apa?
2) Apa makna balasan
3) Bingung
4) Furious
5) Batal

Masa 4 tahun dia ada belajar bahasa arab kat nursery. Balik rumah dia sebut la apa yang dia belajar kat nursery tu. Kita ni bukannya sekolah agama dan tak pernah ambik subjek bahasa arab pun, jadi main dengar je apa yang dia cakap tu. Bila ada masa je dia akan sebut la perkataan2 yang dia belajar tu. Tapi lepas beberapa kali dengar tu kami laki bini confuse, betul ke apa yang dia sebut tu ~ Ananasun : lipas, tembikai, lipan. Mana satu yang betul? Nak cari kepastian dan tak nak tertipu dan boleh baiki kesalan dia, kami beli kamus bahasa arab.

Wauuuu mencabar jugak jadi ibu bapa zaman sekarang ni....



Tapi bila dia dah masuk bab agama tu, payah la sikitkan. Kita mesti jawab perkara tu secara terperinci sampai dia faham maksud yang sebenar. Kalau main jawab je, nanti dia akan salahkan kita bila orang lain bagi jawapan yang berbeza dengan kita.

Apa korang akan jawab kalau anak korang tanya :

1) Rupa Allah tu macam mana
2) Kenapa tak siapa pun tahu rupa Allah tu
3) Allah naik kereta tak
4) Macam mana Allah makan, dia besar mana?
5) Pahala tu apa
6) Duit Allah tu banyak tak, dia nak beli apa?
7) Kenapa ada batal air sembahyang, batal puasa dll......

Pening jugak tau nak jawab soalan-soalan macam tu. Itu baru sikit, banyak lagi yang dia tanya. Jawab tu memang la boleh jawab, tapi nak bagi dia jelas dengan maksud soalan tu, berpeluh jugak........

Itu belum masuk soalan2 berantai....Contoh :
S : Kenapa kita perlu makan?
J : Supaya kita ada tenaga nak buat kerja
S : Tenaga tu apa & macam mana?

Itu serba sedikit soalan cepu mas yang ditanya Harith. Sekarang Adriana pun dah mula banyak tanya macam Harith. Kamus sentiasa berada berhampiran kita dan kita kena banyak membaca bagi memudahkan untuk menjawab soalan2 mereka.....