Nuffnang Ads

Selasa, 28 Jun 2011

Prihatin

Lupa pulak nak citer kat korang.....Minggu lepas punya kesah. Tak ingat pulak hari apa. Masa kita jemput Harith dari Kafa, mood dia tak macam biasa, senyap jer masuk kereta.

Sebagai ibu yang prihatin kita tanya la kenapa dia senyap jer....Dengan air mata yang masih bergenang di mata dia pun jawab "abang nangis bu masa baca doa lepas solat asar tadi". Kita tanya lagi, kenapa? "Abang teringatkan Hazim (baby kita yang gugur tu), abang rindu kat dia".

Ohhhh......lembut sungguh hati mu nak.......Terkedu seketika kita waktu tu. Bukan kita tak ingat kat Hazim, cuma tak nak perasaan sedih menguasai kita bila asyik terkenangkannya.

Kita citer benda ni kat Sayang. Sayang pun janji akan menziarahi kubur Hazim. Dah dekat sebulan kami tak menziarahi kubur Hazim.

Sabtu lepas, sebelum pergi beli kain pasang (untuk raya) kami menziarahi kubur Hazim. Terlaksana sudah hasrat Harith nak menziarahi kubur Hazim.....

Harith paling rajin sedekahkan Al-Fatihah untuk Hazim. Sambil-sambil duduk pun dia boleh sedekahkan Al-Fatihah untuk Hazim.

Sentimental la pulak.....

Balik dari klinik semalam kita terus jemput anak-anak dari sekolah. Tapi kita sampai lewat sikit sebab ada kemalangan otw nak balik tu.

Sampai jer dalam rumah, terus masuk bilik. Sekali terpandang pulak kain sembahyang Sayang kat atas katil. Tetiba syahdu pulak teringatkan Sayang. Sentimental betul kita kali ni.

Bukan apa, sebelum ni Sayang tak pernah pergi kursus lama-lama dan jauh-jauh. Selalunya kita jer yang pergi kursus.

Psychology kot......Bila minda dah set dia pergi kursus lama dan jauh tu yang rasa sentimental sangat padahal baru jer Sayang pergi dan selalu jer dia call dan SMS. Ngengada betul ko ni ye Hilda.....

Nak buat macam mana, muka jer brutal tapi dalam hati ada taman.......


Gambar sehari sebelum Sayang pergi kursus

Keluar pejabat lagi

Tengahari semalam adik kita ada bagitahu yang mak kita pitam. Ingatkan mak pitam biasa-biasa jer. Pukul 2 lebih adik kita call lagi bagitahu yang denyutan nadi mak kita laju. Tambah pulak mak demam sekali.

Jadi dalam pukul 3 lebih macam tu kita balik. Sampai jer kat Seremban, kita jemput adik kita yang kerja kat Sek. Men Puteri tu sebelum ke klinik. Abah dah hantar mak kat Klinik Kesihatan Sikamat masa kita sampai tu.

Dari sana kami pergi pulak ke Klinik Kesihatan Rasah sebab nak check lagi detail. Kita sempat hantar mak kat Klinik Kesihatan Rasah jer sebab dah pukul 5.30pm, nak balik ambil anak-anak kat sekolah. Lagipun Sayang takde ari ni sebab pergi kursus.


Kat Klinik Kesihatan Rasah. Nampak sembab pulak muka mak ni.

Depan bilik doktor

Abah call malam tu, bagitahu mak kena pergi bahagian kecemasan Hospital Tuanku Ja'afar pulak lepas Klinik Rasah tu.

Selepas masuk air dan segala bagai pemeriksaan selama beberapa jam, mak dah stabil. Jadinya mak tak perlu kena tahan wad. Alhamdulillah......

Kita baru jer keluar pejabat Jumaat lepas sebab ambil rekod kemajuan Harith, hari Isnin pulak keluar pejabat lagi. Tak kisah la apa bos atau orang nak kata, kalau terjadi benda yang sama kat dia orang pun mesti dia orang buat benda yang sama macam kita. Bukannya kita sesaje nak keluar pejabat.

Kita harap mak semakin sembuh........

Isnin, 27 Jun 2011

Menu hujung minggu

Seawal pagi Ahad kami dah keluar rumah. Awal pun, tak la awal sangat, pukul 9am. Tapi kira awal la tu bagi kami sebab selalunya hari minggu kami bermalas-malas dulu kat rumah sebelum keluar.

Kenapa keluar awal? Disebabkan sebelah petang kami nak berehat-rehat kat rumah, maka kena la settle kan segala urusan disebelah pagi.

Kami sarapan kat Stadium Paroi sana. Sape yang follow blog kita ni mesti tertanya-tanya kan, kenapa la kami sekeluarga ni suka sangat makan kat Stadium Paroi sana.

Bukan apa, sarapan pagi kat sana menepati selera kita setakat ni. Ada beberapa kedai lagi yang ok tapi kita belum sempat nak cerita kat korang lagi.

Seperti biasa Sayang dan Harith makan nasi lemak sotong dan kita makan mee rebus. Adriana pulak makan nasi lemak dan mee rebus (kita suapkan la....kalau order untuk dia satu pinggan, tak habis nanti).

Lepas sarapan, kami pergi Tesco untuk beli barang dapur. Dah beli segala bagai barang dapur tu kami balik. Kenapa tak beli masa keluar ari Sabtu? Sebabnya ari Sabtu takde beg plastik, makanya payah nak bawak recycle beg.

Sampai rumah pukul 1 lebih. Sesampai je kat rumah terus ke dapur untuk masak (makan tengahari) dan inilah hasilnya masakan hujung minggu kita.


Sayur campur

Sambal ayam.

Pinggan adalah comot, tak sempat nak lap, terlalu excited nak ambik gambar.......(macam la sedap sangat nak tunjuk kat orang kan?) tahu dah.......korang mesti cakap macam tu kan?

Jalan-jalan,makan-makan

Sambungan xtvt hari Sabtu. Lepas makan-makan kat Mc. D tu kami ke Casa Moda. Kalau boleh nak cari kain tu hari tu jugak. Malas nak tangguh-tangguh lagi.

Akhirnya jumpa jugak kain yang sesuai dengan warna tema tahun ni dengan bantuan Sayang. Kalau kita sorang jer yang cari memang sampai kesudah la tak jumpa warna yang dicari.

Selepas dah jumpa kain tu, terus hantar ke tailor. Punyalah semangat........

Dah settle cari baju dan dah hantar ke tailor tu kita pergi kedai popia pulak.

Hari tu Sayang ada cakap, sebelum bulan puasa dia nak makan 'Popia Kuala Kangsar'. Bukannye makan popia kat Kuala Kangsar sana. Nama jer popia Kuala Kangsar. Kedai popia tu terdapat kat Stadium Paroi sana.

Kalau bulan puasa, popia ni popular, kena beratur panjang kalau nak beli. Jadinya sebelum puasa pergi rasa dulu....Tak kose nak beratur panjang-panjang masa bulan puasa nanti.

Ni la kedai Popia Kuala Kangsar tu.



Harith adalah penggemar popia.

Popia basah dan popia goreng
Kita cadangkan kalau korang nak makan kat sana, baiklah korang cakap awal-awal supaya asingkan sos sambal tu. Kalau dia dah letak kat atas popia tu rasa macam muak pulak bila makan nanti. Tapi kalau bungkus, memang dia orang asingkan sos sambal tu.

Harga satu popia tu adalah RM1. Memang berbaloi sebab besar.

Dah puas makan-makan, kita bawak anak-anak ke Laman Basikal kat area Lake Garden sana. Kesian diaorang asyik ikut agenda kita jer....sesekali ikut kan la kehendak anak-anak.....tak rugi pun....


Anak-anak sibuk main basikal, kami berdua asyik bergambar.

Adriana yang perasan model.

Kemain laju Adriana kayuh basikal, risau betul kita.

Takut ke?

Sabtu lepas kami laki bini bawak anak-anak gi jenjalan sambil makan-makan. Sebenarnya motif asal adalah nak beli baju raya kita dan Adriana (ikut warna tema tahun ni). Beli lambat-lambat nanti takut tailor dah tak nak ambik tempahan. Sayang dan Harith pakai jer baju yang dah ada tu. Warna apa adalah rahsia, tunggu raya nanti okeh.....

Cari kat Nagoya Terminal One, takde yang berkenan. Tapi sebelum cari baju tu kitaorang makan kat Mc D dulu atas permintaan anak-anak.

Kebetulan, semasa kami makan kat Mc D terminal One tu ada Ronald. Mula-mula nampak Ronald kat Mc D tu Harith punya la excited, tapi bila Ronald tu datang nak bergambar dengan kami Harith pulak takut bila Ronald tu berada kat belakang dia.

Gambar dari jauh.

Kami bersama Ronald
Tapi korang perasan tak, bukan muka Harith je nampak macam takut, ibu, ayah dan Adriana pun muka macam takut jer........hahaha.....mungkin tak ready lagi masa tu. Nampak macam Ronald tu jer yang terlebih excited kan?

Nasib baik kita tanya

Khamis malam ari tu sesaje la kita tanya Harith pasal buku rekod kemajuan dia. Sebab dah lama dia exam tapi buku rekod tak dapat lagi. Kekawan husband kita dah sibuk cerita pergi ambik rekod kemajuan anak masing-masing kat sekolah.

Dalam hati tu memang asyik tertanya-tanya jer bila agaknya nak tahu keputusan Harith ni walaupun kertas exam dah dapat. Nak jugak tahu peratus keseluruhan dan kedudukan dia dalam kelas. 

Bila kita tanya kat Harith malam tu boleh dia jawab "ibu kena ambik rekod kemajuan tu esok". Biar betul budak ni, bila tanya baru dia jawab kena pergi esok. Pelik pulak kita sebab tak jumpa apa-apa surat kat dalam beg dia yang mengatakan untuk ambik rekod kemajuan esok.

Nak puas hati punya pasal kita call cikgu kelas dia. Ooohhhh betul la kena datang esok, cikgu dah bagi surat tapi ntak kat mana dia letak......

Makanya, keesokan harinya (Jumaat) kita masuk kerja lewat untuk ambik rekod kemajuan Harith. Banyak la yang cikgu dia bagitahu pasal Harith. Alhamdulillah, nakal-nakal pun budak tu ada jugak pujian cikgu pada Harith. Keputusan exam pun ok la......91% peratus keseluruhan dan dapat no. 7.

Suasana dalam kelas pada hari tersebut

Tapi kalau nak maintain kelas tu, dia kena tingkatkan lagi keputusan dia pada exam akhir tahun nanti. Kelakar pulak bila cikgu dia cakap bila masa exam Harith boleh nak ajar kawan dia jawab soalan sebab dia dah abis jawab. Baik hati tak bertempat betul budak sorang ni.

Tempat duduk Harith yang hampir dengan meja cikgu.
Kalau korang nak tahu, Harith ni suka bercerita aka berborak. Sebab tu la tempat duduk dia dekat dengan cikgu, supaya senang cikgu pantau pergerakan dia. Ikut sape la tu kan perangai suka berborak tu??????(Ikut kita atau ayah dia??????)
Harith yang bangga ibu dan ayah ada kat dalam kelas dia.

Sesi perbincangan bersama cikgu. Gambar kita bersama cikgu takde sebab asyik masyuk berbincang pasal Harith. Lagipun malu nak ambil gambar masa tu, macam tak sesuai jer kan?

Khamis, 23 Jun 2011

Saje nak tunjuk gambar kek

Sebenarnya kita ni tengah lapar. Tetiba teringin pulak makan kek. Nak makan kek 'secret recipe' macam-macam pulak yang kedengaran sekarang, tak halal la dan macam-macam la.....

Tetiba timbul pulak idea nak tunjuk gambar kek-kek yang pernah kitaorang beli (ni yang bertambah lapar ni.....). Tu pun gambarnya mana yang jumpa jer. Tak cukup complete la gambar kek ni.

Gambar-gambar kek yang lain ntah ghaib ke mana.


Birthday Sayang 33rd

Birthday Sayang 34th

Birthday Sayang 35th
Korang mesti pelikkan kenapala kek ni ada ketupat, bulan bintang segala bagai.. Ni semua Harith punya kerja. Kebetulan birthday Sayang beberapa tahun ni jatuh bulan puasa jadinya masa nak pilih kek birthday Sayang tu kat 'The Baker's Cottage' Harith dah berkenan sama ini kek. Jadinya beli jer ikut pilihan dia....


Birthday kita 32nd

Birthday kita 33rd

Birthday Harith 1st

Birthday Harith 4th

Birthday Harith 5th

Birthday Harith 6th

Birthday Adriana 3rd

Birthday Adriana 4th

Birthday Adriana 5th
Kalau korang perasan majoriti kek-kek tu semua mesti ada warna coklat. Kita adalah penggemar coklat tegar......hahaha......Apa-apa pun mesti nak coklat. Kalau korang bagi kita cheese cake, sorry la memang kita tak makan walaupun rege dia mahal (ada ke orang nak bagi kita kek????).

Walaupun tiap-tiap tahun beli sebiji kek (tak kira la besar atau kecik) tapi tak pernah nak habis makan. Membazir kan? Kek tu buat syarat jer untuk sambut birthday.

Lepas ni birthday anak-anak jer beli sebiji kek, untuk kita dan Sayang beli slice jer....

Rabu, 22 Jun 2011

Kesah rombongan Cik Kiah yang belum selesai

Ok, kita sambung lagi entry "Bila mak-mak together gether". Semalam kita citer sampai bab makan jer kan?

Lupa pulak nak bagitahu kat korang motif kitaorang keluar beramai-ramai ni. Mula-mula tu plan nak keluar sebab nak celebrate birthday kita yang jatuh bulan Mei dan birthday Kak Ee serta Kak Nani yang jatuh bulan Jun.

Oh ye, hari ni birthday Kak Ee......Hepi besday Kak Ee......

Keluar lain kali boleh celebrate birthday biras yang lain pulak. Kebetulan semua biras kita birthday nya jatuh hujung-hujung tahun. Birthday kita la yang paling awal iaitu bulan Mei.

Selain celebrate birthday, motif awal keluar beramai-ramai ni adalah makan-makan, window shopping dan gosip-gosip (apa? gosip-gosip?). Tak la.....borak-borak hal semasa jer......hahaha (cover line).

Plan asal adalah pergi Alamanda pukul 12pm berkumpul disana dan balik pukul 4pm. Memang ke laut la semua tu bila mak-mak ni dah berjumpa.......Bukan selalu dapat macam ni...... 

Lepas makan-makan tengahari tu kami gi Parkson kekonon nak cuci mata. Mananya nak cuci mata, memasing berkenan pulak blouse yang kebetulan ada sale sampai 70%. Mau berpusing-pusing biji mata tengok sale tu. Nak beli handbag macam tak berapa nak cukup duit pulak tengah-tengah bulan ni, jadi servey jer dulu hahaha.....sabarrrrrr

Survey rege handbag
Walaupun tengah-tengah bulan, memasing beli jugak sehelai dua blouse tu. Nak buat macam mana....dah namanya pun feremfuannn.....(Memang lari dari tujuan asal ni.....)

Kita sempat jugak merembat 2 blouse 'South China Sea' ni. Bulan ni bajet kita memang dah lari sebab baru jer beli perfume dan skin care.....huhuhu....



Lepas dah beli sepasang dua blouse tu ada pulak yang nak pergi beli tudung. Nak beli kat Alamanda tu rege dia mahal, jadi ada yang buat permintaan pergi Jalan TAR atau Kompleks PKNS Shah Alam.

Nasib baik Kak Nani tahu jalan, maka ke Shah Alam kita untuk beli tudung.....(jauh betul nak beli tudung). Masa nak ke Shah Alam tu pun dah pukul 3.30pm, macam mana nak balik pukul 4 ni??? Hentam saja la labuuuu.....

Sibuk memilih tudung yang berkenan di hati

Kak Chek yang berkenan dengan corak tudung yang dipakaikan kat kepala patung. Terpaksa tanggalkan tudung kat kepala patung tu sebab tu saja yang tinggal


Memasing dengan hasil 'shopping' an. Gembira dapat apa yang berkenan.

Sebelum keluar dari kompleks PKNS tu kami pekena teh dulu sebab dah letih + mengantuk. Pukul 6.30 kami gerak balik. Tapi kena hantar Kak Ee balik Puchong dulu (tak jugak terus balik lagi....).

Singgah la ke Puchong dulu....

Di rumah Kak Ee......Minum dan makan buah
Balik tu Kak Ngah yang drive sebab Kak Nani dah kepenatan. Kita tak berani nak drive kereta besar-basar ni, tak pernah drive pun kereta besar. Jadi Kak Ngah la orang yang paling sesuai untuk drive waktu nak balik.

Pukul 9pm barulah kami sampai Senawang. Sayang dah sedia menanti kita kat rumah Kak Ngah. Begitulah panjang lebar kesah bila mak-mak di beri pelepasan untuk together gether....

Harap-harap para suami tak serik nak lepaskan kami keluar lagi ye.......

Ohhh My Hero

Memang nak jadi hal betul la petang semalam. Sebelum ni dah 2 kali terjadi pun masih tak sedar lagi.

Haru + kelakar. Nak tahu kenapa? Cegini citernya. Pagi semalam sesampai jer kat tol Kajang amaran minyak kereta perlu diisi dah berkelip. Memang la nak isi waktu tu, tapi kad kredit tak boleh digunakan untuk isi minyak sebab off line. Malas pulak nak guna cash hujung-hujung bulan ni kan. Paham-paham jer la....

Kita pun bawak je la kereta tu sampai opis sebab ingatkan balik nanti baru nak isi semula. Selalunya bila dah berkelip isyarat minyak tu boleh la jalan lagi dalam 70km. Kira punya kira kita ambik keputusan nak isi kat Senawang je sebab jarak dari opis ke Senawang adalah 60km.

Konfiden giler bawak kereta. Nampak stesyen minyak kat hentian Seremban pun tak nak berhenti dengan harapan sempat sampai Senawang.

Ambik kaaauuuu....tetiba enjin kereta berhenti. Nasib baik kita drive kat lane kiri sekali, maka mudah la kita nak ke bahu jalan.


Kereta tersadai kehabisan minyak

Muka cuak menunggu bantuan dari dalam kereta

Dengan perasaan cuak terus call Sayang minta bantuan. Nasib baik jugak Sayang drive pergi kerja semalam, kalau dia naik komuter lagi harulah kejadian tu.

Ada la dalam 45 minit kita tunggu Sayang untuk bawakan minyak.

My Hero......Bantuan telah sampai...
Tq Sayang, you are really my hero......

Ini adalah kejadian ketiga kereta kita kehabisan minyak. Masih tak sedar-sedar lagi. No more lain kali kehabisan minyak ok! 

Selasa, 21 Jun 2011

Bila mak-mak together gether

Best sangat xtvt Sabtu lepas. Sebulan lebih punya perancangan, akhirnya terlaksana jugak walaupun dua kali ubah tarikh.

Korang mesti tak sabarkan nak tahu apakah xtvtnya itu. Kita lagilah tak sabar nak kasik citer kat korang semuuuuuuaaaaaaaaa.........

Hari Sabtu lepas kita bersama-sama biras-biras feremfuuan bersatu hati nak gi jenjalan (mak-mak je yang pergi tau, anak-anak tinggal dengan ayah memasing). Bagi chance la mak-mak nak bersosial.....hahaha.....

Kami pilih Alamanda untuk perjumpaan kami yang pertama ni.

Sebenarnya kalau nak diikutkan ada 7 orang  biras perempuan sebab mak mertua kita ada 7 anak lelaki. Tapi yang dapat join xtvt ni hanyalah 5 orang sahaja. Kak Long dan kak Ita tak dapat join. Takpelah lain kali kita pergi lagi ye.

Walaupun hanya berlima, tapi memang seronok (kalau tujuh2 ada lagi seronoklah kan). Kami berkumpul kat rumah kak Chek pukul 10.30am dan pukul 10.45 macam tu baru gerak ke Alamanda. Kami naik kereta kak Nani. Nak tahu sapa yang pergi? Ok, yang pergi hari tu ialah kita, Kak Ngah, Kak Chek dan Kak Nani. Kak Ee pergi sendiri sebab dia tinggal kat Puchong.

Mesti korang pelik kan kenapa semua kita panggil 'kak', apa muda sangat la ko tu Hilda? Ye la....dah husband kita anak lelaki bongsu maka isteri kepada abang-abang ipar kita harusla dipanggil kakak, tak gitu? Tapi memang kita yang paling muda pun (kalau ikut umur) antara mereka.....hahaha...nak jugak tu....

Sementara tunggu Kak Ee sampai kami gi jenjalan dulu dan bergambar (macam pelancong pulak....ececehhhh)

Kak Chek, Kak Ngah dan Kak Nani (yang baju purple tu)
Lepas bergambar dan jenjalan, kak Ee pun sampai dan kami pun pergi la cari tempat untuk makan. Bincang punya bincang kami pilih untuk makan di The Manhattan Fish Market.

Sebenarnya ni pertama kali kita makan kat situ, yang lain mungkin dah pernah pergi. Kita cuba benda baru....

Tengah menunggu makanan sampai



Quad Delight

Fried Mushroom

Baked Fish


Poached Dory

Fish n Chips Dory

Grilled Catch Dory

Semua hidangan bersama air Tropical Breeze

Licin semua makanan bila mak-mak dah lapar

Nasib baik ada kenangan ambik gambar berlima depan restoran.