Nuffnang Ads

Jumaat, 25 November 2011

Siapa yang lebih rindu

Dah 5 hari anak-anak berada di kampung. Setiap hari juga kita sibuk menelefon mereka nak bertanya aktiviti mereka. Sebenarnya rindu nak dengar suara mereka.

Kalau mereka ada kat rumah tu selalu jer kena marah dengan kita, tapi bila dia orang tak ada kat rumah terasa sunyi sangat rumah. Walaupun rutin kita macam biasa jer, bangun pagi siapkan sarapan, pergi kerja, balik dari kerja pulak sibuk nak masak, basuh kain baju kalau tak pun lipat kain baju dan kemas apa-apa yang patut tetapi bila tak dengar suara anak-anak rasa macam sayu jer......

Bila dia orang ada kekadang dia orang ni suka cari kemarahan kita, tu yang jadi riuh rendah suara kat dalam rumah tu. Bila dah biasa bebelkan anak-anak, seminggu tak membebel ni rasa lain macam pulak......Agaknya suara riuh rendah tu la sebenarnya penghibur kita.

Beberapa hari lepas kita call anak-anak tanya dia orang rindu kat kita ke tak. Masa Sayang tanya Adriana samada rindu tak dengan ibu dan ayah, dia jawab rinduuuuuu.......sebelum tidur selalu jer dia nangis rindukan kami berdua. Masa tu la rasa sayu sangat.........

Harith pulak terlalu seronok agaknya dapat duduk kat kampung bersama sepupunya sampai macam dah tak ingat kat kami berdua.










Siapa yang lebih rindu ni, ibu dan ayah atau anak-anak?

Khamis, 24 November 2011

Pantang teringin.......

Sekarang ni ntah kenapa agaknya tekak ni nak makan macam-macam pulak.......Hari tu teringin nak makan tapai, lepas tu teringin kerepek pisang, western food dan macam-macam lagi lah.......

Dah tu perut ni asyik lapar jer.....Bila kita citer jer pasal masalah 'asyik teringin nak makan itu dan ini' ni semua orang ingat kita pregnant. Apa? Kalau tak pregnant tak boleh nak teringin ke? Hanya orang pregnant jer ke yang boleh teringin?

Tapi ok jugak kalau pregnant kan? Apa yang kita teringin tu pasti ada jer orang yang cuba tunaikan permintaan kita tu (apa ayat ko ni Hilda?)




Kalau macam tu kita teringin nak makan ice cream 'Baskin Robbins' la......Ada sesapa yang sudi nak belikan? Ngeh ngeh ngeh........

Dah post

Sekarangkan dah bermula cuti sekolah. Anak-anak dah sibuk ajak pergi bercuti tapi kami masih belum dapat tentukan destinasi percutian kami sekeluarga untuk akhir tahun ni. Kita takut nanti bila dah last minute nak pergi, hotel pulak penuh. Kesian kat anak-anak.....

Muka bosan....


Semasa bercuti di Cerating

Semasa bercuti di Terengganu
Untuk menggembirakan hati anak-anak, minggu lepas kita dah post 'hantar' anak-anak balik kampung. Harith la yang paling gembira sebab sepupunya pun ada sekali kat kampung. Harith dah tak nak duduk kat nursery kalau cuti sekolah ni. Mungkin dah terlalu lama dia duduk kat nursery dan mungkin jugak kat nursery tu ramai budak kecik 'baby'.

Kesian kat dia sebab sebelum cuti sekolah hari tu lagi dia dah bagitahu yang dia tak nak duduk kat nursery. Siap nangis-nangis lagi suruh kita cuti 40 hari untuk jaga dia kat rumah sepanjang cuti sekolah ni. Kalau kita ada banyak cuti nak jer kita cuti temankan dia......

Kreatif

Hari ni Sayang hantar kita pergi kerja. Maka boleh la kita tidur dalam kereta sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Syoknyaaaaaa.......bila sekali sekala ada driver hantar kita pergi kerja ni.....huhuhu.....

Sampai jer kat tol Kajang kita dengar sayang gelak sesorang (tak ada la gelak kuat-kuat) tapi kita boleh dengar la......Jadi kita tanya la kenapa dia gelak sesorang. Rupa-rupanya kereta yang depan kami tu gunakan kayu pemukul lalat tu untuk touch n go.

Ohhhhhh....kita memang dah pernah tengok situasi tu. Jadi kita takde la heran sangat. Tapi mula-mula tengok dulu kita memang gelak la......Kita rasa orang tu kerja kat area Putrajaya sebab selalu perasan kereta dia.  

Kreatif betul orang tu. Dia lekatkan kad touch n go kat kayu pemukul lalat tu untuk memudahkan dia. Takdelah nanti nak kena bukak pintu kereta kalau berhenti terjauh sikit dari kotak touch n go tu.

Rabu, 23 November 2011

Sibuk dengan adat

Sebelum kita terus bercerita, kita nak minta maaf  dulu. Apa yang kita nak citerkan ni hanya untuk renungan kita bersama.

Kita memang anak jati Negeri Sembilan. Sebagaimana orang semua tahu, Negeri Sembilan ni berpegang kuat pada adat. Bagi keluarga kita pula masih mengamalkan adat-adat yang difikirkan tak menyusahkan banyak pihak. Ini semua terpulang kepada pandangan masing-masing.

Tak salah nak ikut adat tapi jangan sampai menyusahkan orang lain dan benda-benda lain tak di ambil kira. Baru-baru ni kita ada menghadiri satu majlis perkahwinan. Kita adalah di sebelah pihak lelaki. Kira bapa saudara kita la yang nak kahwin ni sebab ayah pengantin lelaki adalah 'Pak Su' abah kita. Kita panggil Tok Busu la.......(korang faham tak ni?)



Tok Busu kita ni tinggal kat KL. Anaknya dapat isteri orang Negeri Sembilan. Pihak pengantin perempuan ni terlampau menjaga adat sehingga agak menyusahkan pihak pengantin lelaki. Masa kita dari pihak pengantin lelaki ni datang bertandang ke rumah pengantin perempuan tiada sesiapa pun yang mempersilakan kami untuk menjamu selera sedangkan masa tu jam telah menunjukkan pukul 2 petang. Barang hantaran yang kami bawa pun memakan masa untuk mereka ambil.

Sesampai di sana kami tak tahu nak duduk kat mana sebab semua kerusi ada orang duduk (pihak pengantin perempuan). Kalau orang tu tengah makan takpe lagi, ni tidak. Mereka duduk sebab nak tengok pengantin bersanding dan tarian lilin di atas kaca. Pandai-pandai la kami cari makanan sendiri tanpa dijemput.

Ok la kalau mereka nak perkenalkan adat kat pihak pengantin lelaki dengan persembahan tu dan  mereka ada menjemput 'Kumpulan Anak Bochek' (betul ke ejaannya tu?). Tapi jangan la sampai tetamu yang datang ni tak dihiraukan.

Nasib baik la ada persembahan dari Kumpulan Anak Bochek ni, sekurang-kurangnya kurang sikit rasa tak puas hati dengan layanan dari pihak pengantin perempuan.




Konsert

Citer ni memang dah berzaman. Tapi memandangkan banyak sangat kerja beberapa minggu ni maka tertangguh la banyak citer untuk di update.

Adriana telah selamat mengadakan persembahan pada 'Majlis Hari Graduasi, Anugerah Kecemerlangan dan Konsert 2011 Tadika Gerak Minda (TGM)'. Majlis tu telah diadakan di Dewan Ballroom, Kompleks Belia & Sukan Paroi. Semua murid TGM (4 cawangan) telah membuat persembahan pada hari berkenaan.



Persembahan pembukaan 'Selamat Datang'

Kita cukup bangga dengan Adriana kerana tahun lepas dia tak berjaya dapat anugerah kecemerlangan akademik. Tahun ni dia berjaya mendapat anugerah berkenaan sebab dapat nombor 1 ketika peperiksaan akhir tahun.

Masa peperiksaan pertengahan tahun hari tu dia siap nangis-nangis lagi tak nak sekolah kat TGM sebab dia dapat nombor 6 dan cikgu cakap sesiapa yang nak hadiah mesti dapat nombor 1 hingga 4 je. Sedih kita tengok dia masa tu.

Harith masa umur 5 dan 6 tahun (sekolah kat TGM) setiap tahun dapat hadiah kecemerlangan akademik. Adriana pulak masa 5 tahun tak dapat hadiah kecemerlangan akademik sebab dia dapat nombor 5.

Mungkin untuk peperiksaan akhir tahun tu dia bersungguh buat yang terbaik sebab nak kan hadiah tu dan alhamdulillah dia berjaya. Tersenyum jer Adriana masa dapat hadiah tu. Semoga hadiah tu menjadi pembakar semangat untuk dia terus berusaha bagi mencapai kejayaan dalam akademik.



Tengah beratur untuk naik pentas


Alhamdulillah.....dapat jugak hadiah untuk kecemerlangan akademik...


Tersenyum bangga

Masa majlis ni Adriana masuk persembahan Kadet Bomba. Cute sangat tengok dia pakai pakaian seragam Kadet Bomba tu.

Persembahan murid-murid dari TGM memang menghiburkan kita pada hari tu. Cute sangat tengok budak-budak tu buat persembahan.





Kita yang terhibur dengan persembahan murid-murid TGM






Jumaat, 18 November 2011

Kurangkan dosa

Masa kecik-kecik dulu kita jarang sangat sakit. Kalau sakit teruk sikit pun adalah gastrik masa kita darjah 5 ke 6. Setakat demam ni memang jarang la.....

Bila dah masuk sekolah menengah kita selalu jer sakit kepala. Mungkin aktif sangat dengan sukan kot sebab selalu berjemur maka kepala kita mudah sakit. Boleh dikatakan banyak jugak sukan yang kita terlibat bagi mewakili rumah sukan dan sekolah seperti bola jaring, badminton, bola tampar dan yang paling aktif (wakil daerah) bola baling.

Bila masuk U, sakit kepala kita lagi teruk. Ini semua sebab selalu minum air nescafe yang pekat supaya mata tak mengantuk untuk study malam-malam. Kat U jugak kita mula kerap demam dan badan selalu lesu. Ini semua gara-gara kurang makan sebab nak kurus.

Bila dah kawin ni pun sama jugak. Kita selalu sakit kepala, demam dan badan tak bermaya. Untuk sakit kepala tu kita dah buat ct scan (computed tomography) dan EEG (electroencephalogram) tapi semua ok. Doktor sah kan yang kita ada migrane, sebab tu kerap sakit kepala. Bila dah ada migrane ada benda yang kena pantang seperti tak boleh minum minuman berkafein, coklat, tidak boleh cuaca yang terlalu sejuk atau panas, tak boleh stress dan macam-macam lagi la....

Sebulan dua ni kita kerap sakit kepala dan demam. Benda ni terjadi tiba-tiba jer. Kekadang tu kat opis sihat walafiat, bila nak balik kerja je mula la sakit kepala dan demam. Ada tu pulak, pagi-pagi nak pergi kerja sihat, sampai jer opis mula la sakit kepala dan demam.

Minggu lepas kita mc sehari sebab sakit kepala, hari ni kita tak kerja lagi sebab sakit kepala dan demam dari tengahari semalam. Nasib baik thermometer anak-anak ada, boleh la kita check suhu badan kita. Semalam Sayang checkkan suhu badan kita masa balik dari kerja dan bacaannya adalah 38.5oc. Padahal dah makan ubat petang tu.

Kekadang diri ni tertanya-tanya jugak kenapa kita selalu tak sihat, apa yang telah kita buat sampai selalu jer tak sihat. Tapi bila fikir-fikir semula mungkin Allah tu nak hapuskan dosa-dosa kecil kita, maka kita redha walaupun selalu tak sihat. Sebagai manusia, kita dah banyak melakukan dosa-dosa samada kita sedari ataupun tidak.

Oleh itu kita nak minta maaf kepada sesiapa yang mengenali kita jika kita ada menyinggung perasaan, terkasar bahasa, termengumpat, terkata atau sebagainya. Kita akui kita tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Harap korang semua maafkan kita ye.....(macam ucapan nak raya la pulak.......hehehe....buat lawak sikit supaya tak stress). Tapi kita memang ikhlas nak minta maaf dari korang semua....

Pengantin yang comel

Pengantin yang comel. Eh.....ada ke pengantin yang tak comel? Walau tak cantik mana pun muka kita tu, bila dah jadi pengantin mesti nampak cantik kan?

Minggu lepas kan ramai orang kawin sebab nak ambik tarikh 11.11.11 sebagai simbolik tarikh perkahwinan mereka. Apa-apa je lah......

Kita pun tak ketinggalan untuk pergi kenduri kawin minggu lepas. Ada la 2 rumah yang kita pergi. Kebetulan kedua-dua rumah tu warna tema mereka adalah pink.








Rumah pertama yang kita pergi adalah perkahwinan 2 pupu kita kerana ayah pengantin perempuan tu adalah sepupu mak kita, maka kita dan pengantin perempuan tu adalah 2 pupu. Korang faham tak?

Agak-agaknya lah kalau anak kita dan bakal anak pengantin perempuan tu nanti apa pulak hubungan kekeluargaannya (mungkin kupu-kupu kot.......hahahaha.....mula dah sengal......)

Rumah kedua pun masih lagi 2 pupu kita. Tapi kita tak berapa kenal sangat dengan family ni....So, tiada gambar di rumah kenduri yang ke dua.

Isnin, 14 November 2011

Dah stabil sikit

Saje nak bagitahu korang yang emosi kita dah stabil sikit dari sebelumnya....Mungkin cuti 2 hari dapat menstabilkan emosi kita. Lagipun dapat tengok pengantin yang sangat comel hari Sabtu tu membuatkan kita terasa macam kita pulak yang comel tu.....bluuuwekkkk......

Ok, sebelum emosi korang pulak yang tak stabil, kita stop dulu. Entry pasal pengantin tu nanti kita akan story kat korang ek......sekarang nak gi solat and lepas tu ada kerja yang nak buat.

Jumaat, 11 November 2011

Tak habis lagi...

Kita masih tak habis lagi citer pasal exam Harith. Kecoh betul kita ni kan? Orang lain pun ada anak yang bersekolah jugak, tapi tak la kecoh macam kita ni. Mesti korang rasa kita ni over kan?

Bagi ibu-ibu yang masih belum ada anak-anak yang bersekolah, korang bersedia je la bila anak-anak korang dah masuk sekolah nanti. Korang pasti mengalami perasaan dan kekalutan macam kita (jangan cakap besar tau......korang pasti akan mengalami apa yang kita rasa sekarang ni)

Kali ni kita nak story tentang exam KAFA (Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain) pulak. Exam KAFA kali ni mengubati kekecewaan kita tentang result exam untuk akhir tahun Harith di sekolah kebangsaan.

Alhamdulillah, result KAFA kali ni meningkat dari exam pertengahan tahun tempoh hari. Tapi Harith masih lemah untuk subjek Sirah. Tapi markah kebanyakan subjek adalah 90%. Semalam baru jer dapat rekod kemajuan KAFA. Ramai betul murid dalam satu kelas tu. Kat sekolah kebangsaan, dalam kelas Harith ada 42 orang murid dan kat KAFA pulak ada 44 orang murid. Macam mana la cikgu nak bagi tumpuan dekat setiap orang murid......

Ok la.....tu jer....

Renungan

WALAU TERSIKSA ADA HIKMAHNYA
" Harus ada rasa bersyukur. Di setiap kali ujian menjelma. Itu jelasnya membuktikan, Allah mengasihimu setiap masa. Diuji tahap keimanan. 

Sedangkan ramai terbiar dilalaikan. Hanya yang terpilih sahaja. Antara berjuta mendapat rahmatNya.

Allah rindu mendengarkan Rintihanmu berpanjangan. Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi segala takdir. 

Terimalah dengan hati yang terbuka. Walau terseksa ada hikmahnya".






Selasa, 8 November 2011

Nak pergi jauh-jauh.....

Kita rasa nak ambik cuti panjang jer dan kalau boleh nak ambik cuti tanpa gaji supaya boleh pergi jauh-jauh untuk tenangkan fikiran.

Kepala kita rasa serabut sangat beberapa hari ni dan mudah sangat nak mengalirkan air mata. Kadang-kadang rasa macam orang sakit mental jer. Banyak benda yang kita fikirkan. Kalau ikutkan, kita malas nak fikir semua tu. Tapi nanti ada pulak orang kata kita ni tak 'berfikir' dan tak gunakan otak yang telah Allah kurniakan ni.

Ya Allah, kau berikanlah ketenangan jiwa kepada ku supaya aku boleh menghadapi semua ini........Amin......

Tak stabil

Salam Aidiladha untuk semua. Rasanya masih belum terlewat untuk diucapkan. Macam mana dengan raya korang, seronok tak? Ada ke antara korang yang buat qurban tahun ni? Kita, belum ada rezeki lagi nak buat qurban. Doakanlah kita di murahkan rezeki supaya boleh buat qurban untuk tahun-tahun akan datang ye.....

Emosi kita untuk beberapa hari ni adalah sangat tak stabil. Mudah sangat nak terasa......Adakah semua ini disebabkan kita yang tak pandai atau tahu 'berfikir'? Adakah kita perlu korbankan kebahagiaan diri kita demi melihat orang lain rasa bahagia? Apakah dengan pengorbanan kita ni betul-betul dapat membahagiakan orang? Berbaloikah pengorbanan kita ini?

Jumaat, 4 November 2011

Frust jugak la.....

Semalam baru kita tulis pasal soalan exam akhir tahun Harith dan petang semalam Harith dah dapat buku rekod kemajuannya.

Seperti yang dijangka, peratusan keseluruhan subjek adalah menurun. Sebelum ni dapat lebih 90% dan untuk exam akhir tahun ni Harith cuma dapat 86% je. Kita sedikit kecewa dengan penurunan peratusannya itu. Tapi kita tak boleh nak salahkan Harith jer sebab peratusannya menurun. Kita pun salah jugak sebab tak cukup masa nak bantu dia belajar. 

Untuk exam akhir tahun ni kita tak sempat nak suruh Harith buat ulangkaji dan latihan. Macam-macam hal berlaku sebelum Harith exam tu. Dengan kita yang kena pergi kursus, tak sihat, hal keluarga dan macam-macam la.

Walaupun kita sedikit frust dengan keputusannya, tapi kita masih lagi berbangga sekurang-kurangnya masih lagi dalam kategori A. Kita rasa tak patut terlalu bagi tekanan pada dia sekarang, takut nanti dia tertekan pulak dan langsung malas nak belajar. Dah la sekolah dari pagi sampai petang, malam pulak nak buat homework dah tu kalau kita tambah pulak dengan marah dia lagi, kita rasa bertambah tertekan budak tu.

Kita dulu sekolah pagi jer dan petang pulak boleh lagi main-main. Kita pun tak pasti bila masa kita buat homework. Lagipun kita ni bukannya pandai sangatkan sampai nak bagi tekanan kat anak-anak.

Sekarang Harith di kelas ke 2 dari 10 kelas untuk pelajar tahun 1. Harap-harap untuk tahun 2 nanti walaupun tak dapat masuk kelas yang pertama, dia masih kekal di kelas yang ke 2.


Semoga menjadi anak yang soleh dan bijak. Amin.....

Semoga diterangkan hatinya untuk mempelajari ilmu-ilmu yang bermanfaat.....

Khamis, 3 November 2011

Tak boleh nak marah

Kalau ikutkan hati memang nak marah, tapi bila tengok betul-betul maka tak boleh nak marah. Mesti korang tertanya-tanyakan apa ke bendanya yang membuatkan 'ratu marah' ni tak boleh nak marah?

Harith dah dapat result untuk beberapa subjek  (exam akhir tahun). Exam akhir tahun ni soalannya adalah dari Jabatan Pendidikan Negeri. Exam sebelum-sebelum ni result Harith adalah baik (peratusan keseluruhan >90%). Ok la kan kalau peratusan keseluruhan melebihi 90%.

Exam kali ni kita tak pasti Harith dapat capai peratusan keseluruhan lebih dari 90% atau tak. Soalan exam dari jabatan pendidikan untuk tahun satu adalah susah (pada pandangan kita la) sebab bila kita tengok soalan tu macam tak percaya jer sukatan pelajaran untuk budak tahun satu susah macam tu.

Contoh :

Bahasa Inggeris

4 ayat diberikan, pelajar dikehendaki pilih ayat yang mempunyai tanda bacaan yang betul (!, ?, ., dan ,). Macam tak logik jer budak tahun satu dah pandai nak tentukan tanda bacaan yang betul. Setakat noktah, huruf besar tu logik la lagi.

Ada jugak soalan macam ni :

flower                 red
Buat ayat berdasarkan 2 perkataan di atas. Kalau bahasa melayu tu ok la kot, tapi ni bahasa inggeris......

Matematik

Ahmad telah pergi bercuti dengan keluarganya pada hari Sabtu. Dia dan keluarganya telah pulang semula ke rumah mereka 3 hari selepas itu. Hari apakah Ahmad sampai ke rumahnya?

Bahasa Melayu

Budak-budak tahun satu sekarang ni dah kena buat karangan. Kalau tak silap masa kita sekolah dulu, bila tahun 4 baru ada buat karangan.

Soalan dari jabatan kali ni : diberikan 4 gambar
Gambar 1 : bercuti , berkelah
Gambar 2 : pantai, mandi
Gambar 3 : makan, gembira
Gambar 4 : balik

Maka pandai-pandailah budak-budak tu nak buat karangan berdasarkan perkataan yang diberikan.

Semua tu adalah contoh (lebih kurang) macam soalan exam akhir tahun Harith (tahun 1......DIULANGI.....tahun 1.....). Sesapa ada anak tahun 1 yang bersekolah kat Negeri Sembilan ni korang rasa susah tak soalan exam kali ni? (atau kita jer rasa soalan tu susah?).

Mencabar betul solan exam budak sekarang ni. Mak ayahnya pun turut tercabar untuk mengajar anak-anak mereka. Kalau soalan bahasa arab tu lagi la kita pening sebab tak pernah ambik pun subjek bahasa arab. Tu yang sampai telefon sepupu kita yang mengajar bahasa arab tu bila kita dah tak tahu macam mana nak jawab soalan tu. Nak rujuk mana lagi?



Rabu, 2 November 2011

Yang ke 15

Kali ni kita suka pulak buat entry yang ada nombor. Macam best pulak buat entry bertema nombor ni......hehehe....

Apa pulak kali ni 'yang ke 15' tu? Kalau nak diikutkan cerita ni dah kira basi jugak la. Tapi memandangkan mood kita untuk menulis dalam blog ni adalah tak menentu, maka baru hari ni la terhegeh-hegeh nak update.

Pada 17 Oktober yang lalu (punyalah berzaman punya citer) kita dapat anak buah baru (anak adik). Adik kita, Fizah selamat melahirkan baby girl seberat 3.9kg secara ceaserean. Kalau kita tak gugur masa bulan April ari tu, mungkin kita dan adik kita tu sama-sama bersalin dalam bulan Oktober. Takpe la.....belum ada rezeki lagi....

Ok.....tak nak sedih-sedih.....Nama baby baru tu adalah Nur Elyana Qistina. Nama tu seakan-akan sama nama yang kita nak masa lahirkan Adriana dulu. Masa lahirkan Adriana dulu kita nak letak nama dia Nur Alisya Qistina, tapi memandangkan sebelum Adriana lahir tu ada 2 lagi ahli keluarga yang bersalin dalam tahun yang sama dan letak nama anak mereka yang bunyi nya ada 'sya' langsung kita tak jadi letak nama tu. Tak nak la nanti dia orang kat kita tiru nama tu......(eh.....boleh ke tiru-tiru bab nama anak ni?)

Baby Qistina ni merupakan cucu ke 15 dalam keluarga Hamzah dan Siti Baizura (mak dan abah kita la tu). Setakat ni abah dan mak kita dah ada 7 cucu lelaki dan 8 cucu perempuan. Tak lama lagi ada sorang lagi cucu yang bakal lahir (anak abang). Bertambah meriah la rumah mak dan abah dengan kehadiran cucu-cucu ni.

Abah kena besarkan lagi rumah tu, kalau tak nanti tak muat bila dah ramai-ramai balik kampung......huhuhu....

Gambar baby tak sempat pulak nak snap. Nanti kalau kita ingat, kita snap dan tayang kat sini ye. Ok, tu je untuk kali ni....

Dah 7 tahun

Alhamdulillah.....dah 7 tahun umur anak sulung kita si Harith tu. Dah besar dah (umur) anak ibu yang sorang ni walaupun badan kurus kering......Kalau nak tahu berat Harith cuma 18kg jer di usia 7 tahun.

Birthday Harith adalah pada 21 Oktober ari tu. Tapi kami celebrate sehari lewat. Sebenarnya boleh jer nak celebrate hari yang sama, tapi Harith pulak sibuk nak celebrate ramai-ramai dengan sepupu dia. Kebetulan hari Sabtu tu kita nak balik kampung, jadi kami laki bini sepakat nak celebrate kat kampung.

Maka pagi Sabtu tu kami laki bini ni gigih la mencari jajan untuk majlis yang tak seberapa tu. Selalunya kami beli jajan untuk diisi dalam goodies bag ni kat area Centre Point sana (seberang jalan). Kek pulak kita dah minta tolong adik ipar tempahkan.

Sayang kata dia nak kek ice cream untuk birthday Harith ni (sape punya birthday sebenarnya ni? demand pulak Sayang ni....hehehe...sebenarnya kita pun nak kek tu jugak...). Dah nak kek ice cream maka haruslah kena beli kek tu kat kampung sebab kalau tempah kat Senawang ni nanti kek ice cream tu cair pulak bila sampai kat kampung nanti.

Ni la ghupenya kek birthday Harith yang ke 7

Tengok la tu, presentation makanan memang main bedal jer....memang tak ada seni....hehehe...

Makan-makan sambil tengok game bola antara N. Sembilan dan T-Team

Atih yang over.....

Beriya Harith potong kek tu. Hani tetap maintain kat sebelah Harith.....

Atih tolong bahagi-bahagikan kek tu. Hani masih maintain kat situ....

Hani yang masih disitu....geram sangat kat pipi dia tu...Kat belakang tu pulak Harith tengah sibuk buka hadiah.

Itu la kesah sambutan ala kadar hari lahir Harith yang ke 7 tahun. Apa yang penting anak-anak gembira walaupun sambutan ala kadar.