Nuffnang Ads

Isnin, 22 Oktober 2012

Leha world

Apa ko ingat Mawi AF tu jer ke yang boleh world? Leha pun nak guna juga perkataan world tu pada nama dia.

Ko kenal ke siapakah gerangannya orang yang bernama Leha world ni? Kita memang tak kenal tapi restoran dia kita tahu la.

Kita bukan nak promote kereta ni ye. Harap maaf la kepada empunya kereta ni.
Restoran Leha World ni terletak kat Taman Paroi Jaya. Kita rasa kakitangan kerajaan area Seremban memang tahu kewujudan restoran ni. Kita yang kerja kat Bangi ni pun tahu jugak sebab kita tinggal area sini. 

Makanan kat sini memang banyak dan pelbagai pilihan. Rambang mata bila nak buat pilihan untuk makan tengahari. Kalau kerabu tu, ada beberapa jenis kerabu. Ko pilih je mana yang berkenan. Harganya pulak memang berpatutan. Minuman pulak free jer. Ko boleh pilih minuman yang disediakan pada hari berkenaan. Ada la 3-4 jenis air.

Restoran ni buka pada hari bekerja je. Jadi kalau ko pergi hari Sabtu atau Ahad memang tak buka la. Sesiapa yang belum pernah cuba makan kat sini, boleh la cuba makan di sini. Kita memang syorkan la makan kat sini....


Khamis, 11 Oktober 2012

Selera Mak Buyung : Part 3

Makan makan dan makan lagi......Syorrrggaa......Memang dasar....kan?

Kali ni nak citer pasal makan makanan western pulak. Kejadian masih berlaku di bulan Syawal. Kebetulan pulak masa ni birthday Sayang, bila tanya Sayang dia nak celebrate kat mana, dia cakap nak makan kat Restoran "The Windmill Station" kat Seremban 2.

Umpama bila mengantuk disorongkan bantal, kemain seronok la kita sebab disamping dapat celebrate birthday Sayang, kita jugak dapat makan sebab sebelum ni ada jugak bagi hint kat Sayang yang kita nak cuba makan kat Windmill ni....huhuhu.....

Saiz hidangan makanan kat sini memang sesuai untuk seorang makan. Tak terlalu sedikit atau terlalu banyak dan harganya pulak semua orang mampu untuk menikmatinya. 

Bagi kita restoran ni ok la dengan harga makanannya cuma tekak kita ni ada rasa kekurangan sikit dari segi rasa. 

Kalau dah tak ada pilihan dan nak jugak makan western food, boleh la berkunjung ke sini.

Jangan ko tanya nama menu makanan ni, akak ko dah lupa.........

Pilihan Adriana
Pilihan Harith
Pilihan Sayang
Pilihan kita

Isnin, 8 Oktober 2012

Selera Mak Buyung : Part 2

Kita sambung lagi bab makan-makan ni. Kita adalah pencinta makanan. Tengok la badan macam mana ye tak?

Masa anak dara dulu tak kisah sangat pasal makan ni, macam tak berminat jer dengan makanan. Makan pun  hanya untuk mengalas perut. Tapi ko lihat sekarang, apa telah berlaku....huhuhu....... 

Kita asyik dengar jer orang bercerita pasal mee udang kat Kuala Sepetang tu. Nak pergi ke sana semata-mata nak makan mee udang, memang tak kan berlaku la. Tapi kalau dah rezeki nak marasa makan mee udang tu memang tak ke mana kan?

Kita ada la terbaca kat paper yang Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang ni ada buka cawangan kat area KL. Begitu memahami betul kehendak pelanggan yang jauh untuk ke sana.

Teringin nak makan mee udang ni masa sebelum bulan puasa lagi, tapi bulan Syawal ari tu baru la dapat merasa. Dah alang-alang nak pergi beraya rumah saudara-mara area sana, maka teruskanlah hajat nak merasa mee udang Kuala Sepetang tu.





Kita punya : Mee Udang Special
Sayang punya : Kuey Teow Basah (udangnya tersorok bawah kuey teow)
Harith punya : Kuey Teow Goreng
Disebabkan Adriana tak kuat makan, maka share la kami punya makanan
Lokasi Cawangan Restoran Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang ni adalah di Wangsa Maju, berhampiran dengan Wangsa Walk.

Memang puas hati la dapat makan mee udang ni. Udangnya banyak dan fresh. Harith dan Adriana seronok betul dapat makan, apatah lagi ibunya....lagi la super duper happy :)

Terima kasih bebanyak kat Sayang yang sudi ikut kemahuan bininya yang macam-macam ni dan terima kasih bebanyak juga sebab belanja kami anak beranak makan kat sini.

Rasanya selagi belum bersalin ada lagi tempat makan yang kita nak explore....hehehe....Sabar ye Sayang, nanti kita bagitahu kita nak makan apa......huahuahua.......

Jumaat, 5 Oktober 2012

Generasi ke 5

Kita kini telah bergelar uwan (nenek). Anak kepada sepupu kita telah pun selamat bersalin pada bulan Mei tempoh hari.

Setahun lagi akan terdengarlah ada orang panggil kita uwan.....wwwaaaaaaaaa....sedih.....akak ko dah tuooo...

Gambar kat bawah ni uwan kita bersama piotnya. Betul ke gelaran tu?

Generasi 1 : uwan kita 
Generasi 2 : mak kita dan adik beradiknya
Generasi 3 : kita bersama adik beradik dan sepupu sepapat
Generasi 4 : anak-anak kita dan anak buah kita
Generasi 5 : budak cute kat bawah ni



Selera Mak Buyung : Part 1

Sejak mengandung ni selera kita kekadang tak terkawal (memang kalau tak mengandung pun selera ni susah nak dikawal) huhuhu.... Tapi nasib baik la ada Sayang yang sudi mengikut selera bininya yang kiut miut ni....(buat muka comel).

Kekadang tetiba jer sebut nak makan itu dan ini. Walaupun makanan yang kita nak tu tak susah nak cari, tapi kita tetap nak jugak, tak boleh nak tunggu hari esok. Kalau dah sebut nak makan sesuatu tu hari ni, maka hari ni jugak la kena pergi beli, kalau tak kita mudah nak sentap.

Sayang kita yang hensem lagi bergaya ni gigih la mencari apa yang dihajati oleh permaisuri hatinya (cehhhwaaaahhhhh). Ayat ini adalah ayat bodek supaya Sayang akan beli apa saje mengikut selera kita :)











Discharge

Untuk makluman semua kita dah discharge dari hospital. Bukan hari ni ye, tapi dah 2 minggu kita di 'discharge'kan....huhu...Baru sekarang ada masa nak menulis.

Kita warded pada 14 September 2012 dan discharge pada 19 September 2012. Punyala boring duduk kat hospital lama-lama. Lepas discharge Dr. sambung bagi MC lagi kat kita sampai 21 September. 

Tahun ni adalah tahun kita kumpul MC bebanyak. Makan hati la bos kita sebab anak buahnya yang sorang ni gila kuasa kumpul MC.....