Nuffnang Ads

Rabu, 29 Februari 2012

Jom Heboh di Bangi

Apa??? Jom Heboh di Bangi? Kenapa, korang tak percaya? Betul......Jom Heboh buat kat Bangi......Jom Heboh kali ni bukan la dikendalikan oleh TV3 tapi kakitangan kat opis kita ni jugak yang handle benda ni.

Sempena Karnival Hari Keluarga kat opis kita kali ni mereka buat ala-ala Karnival Jom Heboh. Sepanjang kita bekerja kat sini dah macam-macam tempat kita pergi untuk Hari Keluarga. Sebelum-sebelum ni Hari Keluarga pernah di adakan di FRIM, Desa Water Park, Tiara Beach Resort, Bukit Merah dan lain-lain lagi.

Tapi tahun ni kita rasa paling best sebab banyak sangat aktiviti yang kami sekeluarga boleh masuk walaupun hanya buat di dalam kawasan MPOB ni dan makanan pun memang banyak dan banyak pilihan..

Banyak betul aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk semua kakitangan dan kita rasa semua orang pun enjoy menghadiri Karnival Hari Keluarga tahun ni.

Antara aktiviti-aktiviti yang ada :
1) Pertandingan mewarna
2) Memanah
3) Paintball
4) Flying Fox
5) Horse Riding
6) Refleksologi
7) Games Console
8) Inflatable
9) Funfair booth
10) Make Over ect.......


Harith tengah beratur nak naik flying fox

Tu la....ringan sangat, sampai setengah dah stop, terpaksa la orang tu tarik untuk sampai ke hujung

Muka cuak, tapi masih ada hati nak naik lagi tu.....

Paintball

Cubaan memanah oleh Sayang....not bad panahannya....



Dah penat berjalan, masa untuk refleksologi pulak....


Kes : aku ambik gambar ko, ko ambik gambar aku



Ohhh lupa pulak....cabutan bertuah juga ada. Kita tunggu jugak kalau nombor kita dipanggil untuk dapat ipad, tapi hampa......kena beli sendiri la nampaknya....

Ni no ni no ni no.....

Ini citer dari tahun 635 sebelum masihi.....hahaha......Itu semua nak menandakan betapa lama kita simpan citer ni. Tak kira la berapa punya lama kita perap gambar dan citer ni........Tapi kita masih nak citer jugak kat korang.....

Setiap tahun kat opis kita ni akan buat latihan kebakaran. Selalunya memang kita dah tahu masa dan tarikh latihan tu. Jadi memang dah plan tak akan mulakan kerja awal untuk hari berkenaan kerana nanti akan mengganggu kerja yang akan kita buat tu.

Kita kan kerja di bahagian penyelidikan, maka semua ujikaji atau eksperimen tu memang kena buat buat ikut jarak masa yang tertentu.

Nak citer kat korang yang abang bomba yang datang kat opis kita tu terover demo. Masa Sayang tengok gambar yang kita snap masa latihan kebakaran tu dia ada tanya jugak sapa yang pegang fire estinguisher tu. Kes jeles la tu kot-kot bini dia yang kena pegang dengan abang bomba tu.......huhuhu........(macam la bini dia ni kurus sangat macam orang yang kat dalam gambar tu.......waaaaaaaa........  :(

Pertandingan gigi tercantik.....hehehe

Dato' KP tengah berucap

Abang-abang bomba

Anak dara dan mak dara....hahaha....


Ni la gambar kontroversi tu....huhu...Adakah fizikal perempuan itu seperti kita????Adakah????

Gedikssss

Harith selalu jer bengang dengan Adriana. Bila Adriana ,mengada-ngada dengan kita mula la Harith akan cakap “gedik la Nana ni”.
Mungkin maksud  gedik bagi Harith adalah mengada-ngada ala manja gituuu......Memang pun Adriana tu perangai dia macam tu. Cikgu nursery dia pun perasan yang Adriana ni terlebih manja (tu la....lambat sangat nak dapat adik, dah nak masuk 7 tahun dia jadi anak bongsu setakat ni tu yang manjanya terlebih...).
Kalau kita jemput dia kat nursery tu, dia akan berlari kat arah kita dan akan peluk kita sambil suruh kita cium dia....(mood ala-ala gediks)
Baru-baru ni dia ada dapat hadiah untuk pertandingan mewarna. Punya la exited bercerita dengan kita.
Adriana : Ibu, kakak dapat hadiah.....(Sambil tunjukkan hadiah)
Kita        : Hadiah apa kakak?
Adriana : Kakak menang pertandingan mewarna.
(Kita macam tak percaya jer dia menang pertandingan mewarna kerana dia selalunya lambat siap kalau mewarna ni, tapi hasil kerja dia kemas)
Kita        : Ye la kakak menang ni?
Adriana  : Betul bu......
Kita        : Cikgu bagi hadiah kat dalam kelas ke kakak?
Adriana  : Tak la....Kat pentas waktu perhimpunan (sambil tersipu-sipu malu). Malu kakak bu (gaya gediks dia dah datang semula....) bila cikgu panggil kakak (siap tunjuk cara dia jalan waktu tu).
Harith yang dengar perbualan kami tu buat muka bosan dengar cerita Adriana.....hahaha....kes jeles la tu.....
Gediks-gediks pun....tu la menjadi penghibur kita......Gediks dia tu la yang buat kita teringat-ingat bila kita kat opis ni.....Kekadang boleh tersenyum sorang-sorang mengenangkan telatah anak-anak....

Selasa, 21 Februari 2012

Sedapnya......orang belanja

Sedapnya kalau dapat makan sesuatu yang kita suka. Nikmat rasanya.....tambah pulak kalau orang belanja. Bertambah-tambah la nikmatnya itu......huhuhu......

Terima kasih la kepada sesiapa yang belanja kita tu. Semoga murah rezeki dan dipanjangkan lagi punca rezeki....Amin.....

Kita???? Bila nak belanja????Insya Allah, doakan kita dimurahkan serta dipanjangkan punca rezeki, nanti boleh la belanja.....Sekarang pun ada jugak belanja, tapi belanja biasa-biasa jer dah tu tak dapat nak belanja semua orang....

Terima kasih kepada orang sekeliling kita yang selalu memberi. Secara tak langsung kita belajar untuk memberi jugak.

Kita bersyukur berada disekeliling orang yang baik-baik......Semoga diri kita pun akan bertambah baik....Amin....

Bukan sebab dia orang belanja kita, kita kata dia orang baik tau......memang dia orang baik dan punyai aura positif (tapi normal la kalau ada 1-2 orang yang berperangai pelik tu).




Isnin, 13 Februari 2012

Orang minyak

Disebabkan kegilaan kami sekeluarga berpicnic menyebabkan kulit kami sekeluarga dah bertukar menjadi seperti orang minyak.

Dah la kulit kita memang tak berapa nak cerah, tambah pulak kegilaan berpicnic dari pagi sampai ke lewat petang maka haruslah kulit ni bertukar menjadi kulit orang minyak.

Baru-baru ni kami berpicnic lagi di PD. Macam-macam makanan yang kami bawa. Akhir-akhir ni kita asyik pergi tempat yang ada makan-makan jer (macam mana nak kurus ni???)

Kita tak mandi laut pun, hanya anak-anak dan Sayang jer yang mandi. Kali ni kita pergi bersama adik-beradik kita seperti Abang dan anak-anak (Kak Maria baru bersalin, jadi dia tak boleh la nak ikut), keluarga Ita,Atih, Ina, Fizah, Elly serta abah dan mak.

Tapi dia orang semua tu balik dalam pukul 3-4 petang, cuma keluarga kita dan Ita jer bertahan sampai pukul 7.

Dah nak balik baru la teringat nak bergambar. Rugi pulak rasanya sebab tak bergambar sebelum dia orang balik.

Kita and Sayang

Harith and Adriana

Kitaorang dah siap kemas, tunggu family Ita pulak berkemas

Kita and Adriana yang overrr

Sayang tengok sunset

Cantik pemandangan kat sini

You see....dah berkilat kulit kita

Family kita dan Ita sebelum balik.

Jumaat, 10 Februari 2012

Selain kurangkan makanan segera

Korang ingat lagi tak tentang azam kita di tahun 2012 ni? Oh ye, buat apa korang nak ingat ye tak, bukan nya dapat apa pun kalau ingat tentang azam kita tu.

Sebelum ni kita ada bagitahu yang kita nak kurangkan makan kat restoran makan makanan segera kan? Alhamdulillah, setakat hari ni memang kita dapat kurangkan makan kat sana. Satu lagi azam kita tahun ni adalah untuk kurangkan sedikit (kalau boleh nak kurangkan banyak) berat badan.

Salah satu cara untuk kita kurangkan berat badan tu selain kurangkan makan makanan segera ialah bersukan. Bukan la kita nak bersukan macam Nicol Devid tu. 

Cara kita bersukan adalah dengan berjogging dan main badminton. Itu pun cuma dapat buat sekali seminggu. Tahun ni dah beberapa kali kita pergi Kompleks Belia Dan Sukan di Paroi untuk berjogging dan main badminton.

Kita ke sana setiap pagi Sabtu (7.15-7.30) sampai la pukul 9.00. Kene pergi awal sebab kalau lewat sikit cuaca dah panas. Sebenarnya kita nak buat senamrobik tapi tak tahu pulak benda tu hari apa. Setahu kita kat sana ada buat senamrobik. Ada sesiapa tahu setiap hari apa senamrobik tu?


Kalau anak-anak dah penat, mereka boleh main di sini.




Rumah baru kita

Cantik tak rumah baru kita? Mesti korang tertanya-tanyakan masa bila pulak kita beli rumah baru dan bila masa pulak kita pindah rumah?

Selalunya setiap yang kita buat mesti nak up date kat dalam blog ni. Kalau boleh setiap apa yang kita buat tu kita nak up date. Tapi takde pulak up date pasal beli atau pindah rumah barukan?

Mari kita tunjukkan dekat korang deco rumah baru kita tu.....


Ruang tamu

Ruang keluarga (tingkat atas)

Bilik tidur 2

Bilik tidur 3

Bilik tidur 4

Bilik tidur utama
Cantik kan? Mesti korang makan hati tengok rumah baru kita....(Wahhhh.....kemain lagi ko show off Hilda.....)

Sebelum korang terus percaya dan mengata kita yang bukan-bukan, baik la kita berterus terang.....tak baik menipu kan?

Ni bukan la rumah kita.....Akak ko ni belum mampu lagi nak ada rumah yang dilengkapi perabot macam ni. Ni adalah show house yang kita pergi awal Januari lalu. Rumah corner lot ni rege dia lebih kurang RM 600K. Ko mampu?

Seronok tengok deco rumah baru ni. Sekurang-kurangnya dapat jugak ilham nak mencantikkan rumah sendiri.

Sebenarnya tak boleh ambik gambar kat show house ni, tapi memandangkan akak ko ni degil, maka ni la hasilnya......

Nape semua orang malas ni?

Majoriti apa yang kita baca kat blog kawan-kawan tulis yang mereka malas nak update blog. Nape ek? Adakah virus malas ni sedang melanda semua blogger termasuk kita.

Tapi memamng betul pun, sebulan dua ni kita rasa malas nak menulis kat blog (eh....bukan ke ko tu memang dasar pemalasssss.......) huhuhu...

Banyak benda yang nak kita update sebulan dua ni, tapi mood nak menulis tu entah ke mana hilangnya. Sekarang ni kita tengah sibuk mencari di manakah 'mood' yang hilang itu.....sengal....(korang faham tak lawak kita tu??????)

Nanti kalau kita buat 3-4 entry sehari tu maknanya kita dah jumpa 'mood' yang hilang itu...Korang jangan termuntah pulak baca entry kita yang berlambak-lambak tu.....(ada ke orang yang nak baca?)

Khamis, 2 Februari 2012

Kita dah nak pencen

Mesti korang ingat kita ni dah tua sangat kan bila kita kata kita dah nak pencen. Tapi itulah hakikatnya kalau diikutkan melalui saringan kesihatan yang kita buat baru-baru ni.

Hari tu (beberapa minggu lepas) kita ada la buat saringan kesihatan secara percuma kat opis ni. Saringan kesihatan tu adalah untuk memilih calon-calon bagi satu projek penyelidikan kat sini jugak. Kita pergi saringan kesihatan tu bukan la nak masuk projek penyelidikan tu, tapi sesaje nak check apa yang patut dah alang-alang free tu kan.

Tak ku sangka bila result tu menunjukkan metabolic age kita adalah 50 tahun. Maknanya lagi 10 tahun kita pencen la (kalau sain untuk pencen umur 60 tahun). Dah tu kita kena kurangkan 12kg untuk dapatkan berat badan ideal. Berat badan sekarang berapa? Ooohhhh tidak.....korang cari la sendiri, malu 'mak' nak tulis kat sini.....huahuahua.....

Kalau sekarang metabolic age dah 50 tahun, lagi 26 tahun berapakah metabolic age kita????

Syyyhhh.....rahsia

Kita nak kongsi satu rahsia dengan korang ni.....jangan citer kat orang lain tau......huhuhu.....sengal...

Citernya macam ni......

Minggu lepas kita sesaje la mintak tolong Sayang tengok-tengokkan rambut kita ni dah ada yang warna putih ke tidak setelah kita menservis rambut Sayang kita tu.

OOoemmmgggg....Sayang jumpa sehelai (betul ke ke perumpamaan tu) rambut kita yang berwarna putih.....(saje je tak nak tulis uban)

Huhuhu......dah tua rupanya kita ni (baru perasan dah tua) kita ingatkan kita ni masih muda belia......bbblllluuuueekkkk.

Korang dah ada ke rambut warna putih? Sebenarnya tahun lepas pun mak kita dah jumpa sehelai rambut kita warna putih, tapi masa tu buat-buat tak reti jer sebab ingatkan rambut putih tersesat. Bila dah jumpa untuk kali kedua ni rasa cuak la pulak.....

Rabu, 1 Februari 2012

Beralih arah

Rindunya kat blog kita ni.....lama sangat rasanya tak menulis kat sini.......banyak sangat nak cerita kat sini sebenarnya dan gambar pun terlalu banyak yang nak ditunjukkan, tapi buat masa sekarang kita telah beralih arah.......

Sekarang ni kita lebih banyak menulis di dalam diari (buku). Kat dalam diari tak ada sesiapa pun akan kecik hati dengan tulisan kita. Hanya kita sorang jer yang baca. Kalau tulis kat blog ni nanti ada pulak yang salah tafsir dengan apa yang kita tulis.

Tulis kat dalam diari ni lebih open sikit......boleh curahkan segala-galanya.......

Apa-apa pun kalau kita ada kelapangan kita akan menulis jugak kat dalam blog ni......