Nuffnang Ads

Khamis, 29 Mac 2012

Merlin dan Naga

Sesiapa yang menonton cerita Merlin mesti tahu kewujudan naga dalam citer tu. Harith merupakan penggemar citer Merlin dan dia juga adalah sangat percaya dengan kewujudan naga dalam cerita tu.

Dalam perjalanan kita ke Cameron Highland hari tu kami ikut Simpang Pulai, maka kami akan melalui kawasan kat bawah ni.

Pemandangan dari highway PLUS


Untuk mengelakkan anak-anak berasa bosan, masa melalui tempat di atas, kita saje la buat lawak kat Harith " kalau abang nak tahu, kat sini la naga yang dalam citer Merlin tu tinggal". Bila dengar jer kita cakap macam tu Harith mula la bersemangat nak tahu lebih lanjut.

Sebelum ni dia sibuk la bertanya bila nak sampai sebab dah bosan duduk dalam kereta. Bila kita cakap pasal naga dalam citer Merlin tu punyala teruja dia. Lepas tu masak la kita nak menjawab segala pertanyaan dia tu walaupun kita dah bagitahu apa yang kita bagitahu tadi cuma tipu jer.

Rupa-rupanya....

Baru-baru ni kita ada membebel pasal kita asyik rasa panas jer kan? Kalau korang terlepas nak baca boleh la baca di sini  Adakah?? 

Sekarang baru la kita tahu kenapa kita asyik rasa panas. Jawapannya ialah kita perlu pergi bercuti ke tempat yang sejuk (ayat poyo.......). Padahal memang dah plan pun nak pergi bercuti, sesaje je buat entry rasa panas tu.

Kalau ikut perancangan awal, kita plan nak bercuti di Grand Lexis, PD jer. Memandangkan tiada kekosongan maka ke tanah tinggi la kita. Kami pergi ke Cameron Highland selama 3 hari 2 malam dan menginap di Strawberry Park Resort.

Ini kali kedua kami sekeluarga ke sana. Kali pertama adalah pada tahun 2007 iaitu ketika Harith berumur 2 tahun dan Adriana 1 tahun.

5 tahun dulu (2007)

Sekarang (2012)
Untuk cerita lebih lanjut sila baca pada entry seterusnya.......(Ayat macam bagus jer kan? Macam la ramai sangat nak tahu citer kita tu......huahuahua....)

Kita tak paksa pun.....sesiapa yang sudi membaca kita alu-alukan, siapa yang tak suka kita nak buat macam mana ye tak....Korang tak payah la paksa diri nak membaca tulisan kita kat blog kita ni.

Jumaat, 23 Mac 2012

Nak jadi apa?

Tetiba hari ni teringatkan zaman kanak-kanak dulu. Sekarang pun masih kanak-kanak jugak......aaawww....Seronoknya bila teringatkan zaman kanak-kanak (sambil senyum-senyum teringatkan zaman persekolahan dulu), tak perlu nak fikir banyak benda. Sekarang pun seronok jugak....cuma.......kena banyak benda nak fikir je la.

Masa sekolah dulu mesti cikgu selalu tanya bila dah besar nanti nak jadi apa? Maksudnya kalau korang dah besar nanti korang nak kerja apa? Masa sekolah dulu bila cikgu tanya soalan macam tu korang cakap nak jadi apa?

Kita masa sekolah rendah dulu nak jadi polis trafik. Tak tahu la macam mana boleh terbekenan nak jadi polis pulak. Kalau tak silap masa tu kita nampak polis tengah menjaga trafik. Kebetulan polis perempuan yang jaga trafik tu cantik pulak (bajet kita pun cantik macam polis tu jugak la.......hahahaha).

Terus kita terbekenan dengan pekerjaan tu. Tambahan pulak kita suka sangat dengan baju uniform polis trafik tu. Rasa segak sangat la bila pakai baju uniform tu ditambah pulak dengan orang yang memakainya pun cantik (macam kita........huahuahua).

Kita rasa kita memang tak sesuai jadi polis kot sebab kita ni bila orang garang-garang dengan kita, kita mudah sangat la nak menangis. Macam mana la nak ikut latihan kepolisan tu kalau hati ni tak kental. Akak ko ni sebenarnya berjiwa sentimental walaupun muka sangat la brutal.

Tapi bila dah sekolah menengah kita dah tukar cita-cita kita nak jadi lecturer. Itu semua sebab sorang makcik kita jadi lecturer. Rasa macam best jer pekerjaan dia tu. Walaupun tak jadi lecturer tapi kita pernah jugak jadi cikgu sementara di sebuah sekolah menengah. Merasa la nak jadi pendidik.

Waktu dulu (sekolah rendah) tak terdedah sangat dengan banyak jenis pekerjaan. Biasanya bila cikgu tanya nak jadi apa mesti jawapan kebiasaannya adalah cikgu, polis, jururawat, askar, doktor, peguam dan ahli bomba.

Sekarang ni kalau tanya anak-anak nak jadi apa, macam-macam jawapan yang kita dengar seperti pakar forensik, saintis, jurutera aeroangkasa, ahli kimia dan macam-macam lagi la.

Apa-apa pun pekerjaan kita sekarang tak satu pun sama macam cita-cita kita waktu sekolah dulu.

Adakah??

Dari semalam kita rasa panas jer cuaca. Malam tadi pun masih terasa panas dan susah nak tidur. Rumah kita memang tak ada air-cond. Kalau ada mesti kita akan kerap lewat ke pejabat sebab syok sangat la bergulung dalam selimut sampai tak nak bangun dan tak sedar hari dah pagi.

Kalau ada air-cond sudah pasti kita dan anak-anak akan sentiasa on kan air-cond dan Sayang akan bising bila bil elektrik melambung.

Hari ni pun kita terasa panas lagi. Masa keluar lunch tadi rasa berpeluh-peluh. Tak selesa pulak rasanya.

1) Adakah kita perlukan air-cond di rumah?
2) Adakah itu bermaksud lemak kita dah bertambah?
3) Adakah itu tanda-tanda kita perlu bercuti ke tempat yang sejuk?

Kita nantikan apakah jawapan yang sebenarnya.......huhuhu.......

Rabu, 21 Mac 2012

Bila cuaca panas sedap kalau......

Di luar perancangan. Itulah yang dapat kita simpulkan di sini. Masa lunch tadi tetiba kawan kita terfikir nak makan ais krim atau seangkatan dengannya. Apa yang penting mesti sejuk.

Cuaca hari ni adalah panas. Maka itu la sebabnya kawan kita tu terasa-rasa nak makan ais krim. Tapi memang best pun dapat makan benda yang sejuk time panas-panas ni kan, tapi lepas tu ko mengidap la sakit tekak atau sakit kepala. Ye la....panas lawan sejuk.....hehehe....

Lepas lunch tadi kami pergi ke sini..... Tutti Frutti. Kita cuma mengikut jer.....Nak suruh kita drive......akak ko malas......

Kami ke Tutti Frutti Bandar Baru Bangi. Kalau nak tahu, ni la kali pertama kita makan kat Tutti Frutti ni. Akak ko ni kalau takde orang ajak memang tak pergi la jawabnya.


Ni kita punya. Kita dan katie ambil benda yang sama kalau tak silap.

Ni pulak Sue punya.
Mula-mula takut jugak tak lalu nak makan sebab sebelum ni kan kita pernah bagitahu yang kita hanya lalu makan yogurt mangga sahaja. Tapi kat sini tekak ni boleh terima pulak yogurt selain perasa mangga. 

Yummmieee.....sedapnya.....

Selasa, 20 Mac 2012

Terukir di bintang

Suka sangat dengan lagu ni. Muzik dan liriknya betul-betul memikat hati kita. Rasa macam tengah bercinta pulak....Eh....memang kita tengah bercinta sekarang ni. Kenapa tak percaya? Mesti korang terkejut sebab kita buat pendedahan berani yang kita tengah bercinta kan?

Betul....kita tengah hangat bercinta dengan.....dengan.....dengan......Sayang......Insya Allah.....akan sentiasa hangat bercinta....Amin......

Layan lirik lagu  ni :

TERUKIR DI BINTANG
YUNA

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Jumaat, 16 Mac 2012

Meronta-ronta hatiku

Macam tak caye jer dah hari Jumaat. Rasa macam baru jer keje minggu ni (memang la....baru naik keje semalam, 1 hari cuti, 2 hari mc).

Selalunya hari Jumaat korang pergi mana? Kita memang jarang sangat la nak menggunakan waktu rehat yang lama setiap Jumaat ni untuk keluar berjalan-jalan atau cuci mata.

Tapi hari ni perasaan nak keluar tu macam meronta-ronta jer, abih nak buat macam mana kita masih tak sihat lagi (tu ada hati lagi nak berjalan). Terasa-rasa nak makan cookies kat Famous Amos tu. Macam dah terbau-bau jer cookies tu........

Abih camno...

Seperti yang telah kita bagitahu sebelum ni bahawa cuti sekolah kali ni kami tak plan pun nak bercuti kemana-mana cuma kita apply cuti jer untuk bersama anak-anak.

Selain dari balik kampung sebab kenduri tahlil dan celebrate birthday abah, kami ke Puchong menziarah anak saudara yang khatam quran dan berkhatan.

Sebenarnya masa kat kampung lagi kita dah tak sihat dan suara pulak tak keluar. Kalau ikutkan malas je nak berjalan. Tapi bila mengenangkan anak-anak ku gagahi jua (sampai hari ni pun suara kita masih tak berapa ok tau).

Kita dan Sayang bawa anak-anak menonton wayang (Lorax) balik dari Puchong tu. Sebenarnya Harith nak tengok citer lain, tapi malas nak menunggu kami tengok je la citer Lorax yang bagi kita tak berbaloi nak tengok kat wayang.


Kesiankan anak-anak dan untuk bagi mengisi masa cuti sekolah mereka kita bawa la ke kedai buku agar diaorang boleh pilih buku yang nak dibaca masa cuti ni. Sorang satu jer buku yang diaorang pilih. Ingatkan boleh la diaorang baca dalam seminggu ni. Jangkaan kita meleset sama sekali.

Kalau boleh hari tu jugak diaorang nak habiskan baca buku tu sampai kita suruh tidur pun diaorang tak nak. Sanggup pulak dia nak baca buku tu gunakan lampu tidur jer. Aishhhhh......


Anak-anak kita belikan sorang satu jer buku cerita tapi untuk kita ada 3.......Sekarang siapa yang nak isi masa lapang ni????hahahaha......mak ko ni lagi over wahai anak-anak.....Mak ko ni pun sama, kalau boleh nak habis baca buku citer tu hari tu jugak.


Sape punya birthday?

Kita agak pelik jugak la (buat-buat pelik) sebab setiap kali orang lain punya birthday kita pulak yang sibuk request itu dan ini.

Sekarang ni kami adik beradik suka la sangat makan kek ais krim. Setiap kali kalau ada celebrate birthday kalau boleh nak kek ais krim. Kek ais krim jer yang cepat habis kalau nak dibandingkan dengan kek-kek lain.

Macam baru-baru ni kami sekeluarga celebrate birthday abah yang ke 60 tahun. Kali ni abang yang jadi kepalanya. Jadi kami pun suruh la abang belikan kek ais krim. Kesian abang mencari kek ais krim last minute. Akak ko ni dah tak larat nak jadi kepala sebab seingatnya la dari dula lagi asyik akak ko ni jer nak pikir apa menu, nak buat kat mana, nak order kat mana, buat kira-kira untuk collection majlis tu, nak sms adik beradik pasal menu dan collection yang nak dibuat (setuju ke tak) dan seangkatan dengannya.

Ok....pembetulan......ada la jugak Atih tolong.....nanti merajuk pulak kalau tak masukkan nama dia....hahaha....Tapi sekarang ni kita dah rasa lega sikit sebab abang dah boleh take over. Teruskan usaha anda ye bang......Semoga maju jaya dan boleh diteruskan lagi untuk acara akan datang...huhuhu....

Untuk birthday abah kali ni kami buat bbq. Dah lama sangat rasanya tak buat bbq. Kami tak jadi nak celebrate pada Sabtu malam Ahad sebab kat rumah uwan ada kenduri tahlil. So, kami buat hari Ahad.

Sesi 'membakar' telah bermula

Laki sape la tu minum sampai macam tu....huhuhu.....
Menunya simple jer iaitu ayam, ikan dan daging bbq, ayam goreng kunyit, air dan buah tembikai.

Sayang menunjukkan skillnya....

Ayam goreng ni la yang habis dulu.

Air tembikai yang dah tinggal separuh

Ni la kek ais krimnya

Apasal lak mak pegang kepala Atih pulak tu.....

Ko kenapa Tih???

Abah dengan wajah yang happy :)
Sesi buka hadiah dah tak sempat nak bergambar sebab masing-masing terlalu teruja nak tengok hadiah apa la yang orang lain bagi kat abah.......

Jumaat, 9 Mac 2012

Kagum mak nak

Kita bukanla nak berbangga diri, menunjuk-nunjuk atau yang seangkatan dengannya tapi kita kagum dengan Harith dengan satu perkara ni (perkara lain ada jugak kekagumannya, tapi kali ni nak citer pasal tulisan).

Kita perasan yang Harith ni tulisannya kemas. Cikgu pun pernah puji yang kerjanya kemas dan bersih. Bangga mak nak........Itu semua  ikut genetik sapa la kan???? Mesti la ikut genetik ibunya.......hahaha...... Ayah jangan makan hati ye.......makan pedal takpe.......huahuahua.....


Cekorang tengok tulisannya, kemas tak untuk budak lelaki darjah 2? Bagi kita tulisannya itu dah cukup kemas untuk budak lelaki.

Sekarang ni pulak dia suka buat tulisan kecil-kecil sebab dia kata bila dia tulis kecil-kecil tulisan dia cantik. Bila ayah dia marah sebab tulis kecil-kecil dia boleh kata yang dia buat macam tu sebab nak tulisan cantik macam tulisan ibu........diulangi......TULISAN IBU.......

Hahahha...suka mak nak sebab ada juga yang kata tulisan kita ni cantik....(cantik ke tulisan kita tu?). Kiranya kita ni dah hampir menjadi idola Harith la kan........

Siapa yang terlebih happy

Cuti sekolah akan bermula esok. Mesti budak-budak sekolah happy sesangat time cuti ni kan? Jangan nak tipu la kalau kata tak happy bila cuti sekolah....

Tapi kita rasa kita pun sama happy jugak macam budak-budak sekolah atau mungkin terlebih happy dari dia orang. Walaupun cuti kali ni kami sekeluarga tak rangcang nak bercuti kemana-mana, tapi kita tetap apply cuti jugak sebab kesian kat anak-anak...., nak bermanja-manja dengan anak-anak kiranya (ayat macam bagus jer kan.....?).

Sebenarnya kita memang nak cuti sebab dah rasa penat sangat badan bekerja 5 hari seminggu. Cuti Sabtu dan Ahad pulak sibuk buat kerja-kerja rumah yang tak dapat dilaksanakan di hari bekerja. Akak ko ni bukannya ada pembantu rumah yang nak men'nyetel'kan segala urusan kat rumah ni. Nasib baik Sayang kita tu rajin membantu buat kerja-kerja rumah.

Sshhhyyy.....nak bagitahu korang ni, tapi korang jangan bising-bising bagitahu orang lain tau......mari la dekat sikit nak bagitahu ni.......

Kalau korang nak tahu Sayang kita tu dah boleh masak......Wahhhh....hebat tak Sayang kita tu....Bukan setakat boleh mengemas, membasuh baju, pinggan mangkuk, melipat kain baju dan sekarang dah boleh masak.....Ooohhhhhh.......beruntungnya kita bersuamikan Sayang ni......Maka bertambahlah lemak-lemak di badan kita ni......hahahaha.......

Eh...eh....terlebih pulak citer pasal Sayang ni......almaklumla.....dah terlebih happy......

Isnin, 5 Mac 2012

Nyarisss...

Pagi tadi punya kesah. Nasib tak jadi apa-apa kat kita pagi tadi. Seperti kebiasaan, hari Isnin memang akan ada banyak kereta kat highway waktu pagi.

Kita keluar rumah macam biasa jer pagi tadi. Masa kat highway just follow jer kereta kat depan, tapi kalau dah slow sangat tu kita potong jer la....Kita bawak kereta menggunakan kelajuan yang standard jer 110km/jam. Selalunya kita suka guna laluan tengah-tengah sebab tak laju dan tak perlahan sangat.

Sekali pagi tadi ntah macam mana tiba-tiba muncul satu kayu beruti kat tengah-tengah jalan tu. Kita tak sempat nak elak dan terus langgar kayu beruti tu sampai kereta hilang kawalan sekejap. Nasib baik la ketika hilang kawalan ke sebelah kiri tu tiada kereta lain.....Kalau tak, dah tentu kereta kita kena langgar pagi tadi.

Seram sejuk kita rasa kat dalam kereta pagi tadi. Menggigil satu badan.....Walau apapun kita tetap bersyukur sesangat sebab tiada yang buruk berlaku pada kita.....

Jumaat, 2 Mac 2012

Ehem ehem...

Selasa lepas kan kita ke Alamanda. Dah alang-alang kat sana tu lalu pulak depan kedai Famous Amos. Wahhhhh bau cookiesnya begitu sedap sekali. Sampai sekarang masih terbau harumannya dan masih terasa kerangupan dan kesedapan cookiesnya itu.......(imaginasi terlampau)

Kita bukan sesaje nak citer pasal Famous Amos ni tau, citer ada maknaaaaaa ni......ehem ehem..... Beberapa bulan lagi kan kan kan kan.....birthday kita, saje la nak bagi hint kat Sayang yang tahun ni dia tak perlulah susah-susah nak belikan kita handbag, kasut, jam tangan, barang kemas, bunga atau sebagainya kerana kita dah mudahkan kerja dia untuk pilih hadiah birthday kita tahun ni.

Kita tak la demand yang bukan-bukan.......Kalau boleh la.....kita nak hadiah yang macam kat bawah ni.....Boleh tak Sayang......(sambil tersenyum sipu dan tertunduk malu serta kelip-kelipkan mata......bajet muka comel......hehehehe)

Sebelum apa-apa.....kita nak cakap "kita sayang sesangat kat Sayang....." Jangan lupa tau apa yang kita tulis ni......nanti kita remind lagi ye.......hahahaha.......





Ni la muka budak perempuan yang bajet comel tu......huhuhu.....

Jom makan

Selasa lepas adalah birthday kawan kita. Maka kami celebrate kat The Garden Cafe, Alamanda. Wahhhh.....cantik sungguh tempat ni. Ini merupakan kali pertama kita makan di sana. Sebelum ni pernah tengok tapi belum ada kesempatan nak masuk lagi.

Bila dah ada peluang makan di sini, rasa seronok dengan persekitarannya dan makanannya pun kita suka dan harganya berpatutan.

Pintu masuk pun dah cantik

Romantik je rasa bila ada banyak bunga ni

Tenang jer keadaannya

Kita order yang ni : Grilled Baramundi

Chicken Teriyaki

Grace pulak order Peking Duck Pasta

Chestnut Bavarion

Exotic Chorlotte (Pineapple & manggo)

Comel kan bekas air tu.....(Ice Lemon Tea)

Kami celebrate birthday Jay (yang duduk tengah-tengah tu....)




Nanti nak pergi makan kat tempat ni lagi la, tapi kali ni nak pergi dengan Sayang dan anak-anak sekali....Suasana romantik dan makanan pun sedap. Mesti anak-anak kita suka makan kat sini.....