Nuffnang Ads

Jumaat, 28 Oktober 2011

Tak suka tau....

Baru-baru ni kita ada la belikan anak-anak 2 jenis kamus. Kamus pertama, BM-BI & BI-BM yang mana mudah untuk dia cari perkataan yang dia tak tahu dan tulisan kat kamus tu besar sikit dari yang dah ada kat rumah tu. Kamus yang sedia ada kat rumah sekarang ni adalah kamu BI-BM yang siap dengan penerangan sekali, tulisan pulak kecil dan kamus tu pun amatlah tebal dan susah anak-anak nak cari perkataan yang dia tak tahu.

Selain kamus tu, kat rumah kita memang dah ada kamus bahasa arab. Kita kan bukannya pernah ambil subjek bahasa arab, jadi mana la tahu nak ajar anak-anak perkataan dalam bahasa arab. Jadi tu yang terpaksa beli jugak tu. Kita beli kamus tu masa anak-anak umur 4-5 tahun sebab kat nursery dia orang belajar bahasa arab.

Kamus kedua yang kita beli baru-baru ni adalah kamus pintar yang terdapat peribahasa, simpulan bahasa, perumpamaan, kiasan dan lain-lain lagi.

Malam tadi kita cuba la soal Harith tentang apa yang dia dah baca kat dalam kamus pintar tu. Sambil lipat kain kita tanya dia tentang kiasan. Adriana pulak hanya duduk kat sebelah Harith sebab dia tak sempat nak baca lagi kamus tu sebab Harith bawak kamus tu pergi sekolah.

Kita    : Hitam macam......

Harith : Arang

Kita    : Degil macam....

Harith : Keldai

Kita    : Masin macam...

Harith : Garam

Kita    : Gemuk macam....

Dengan serentak Harith dan Adriana menjawab......macam IBUUUU........(sambil gelak bagai nak rak)

Waaaaaa................tak suka tau..........Geram jer tengok budak-budak ni........Takpe.....tunggu la ibu kurus nanti.......(tapi bila ibu nak kurus?????)


Jumaat, 21 Oktober 2011

First time

Kesian kat kita kan.....kalau korang nak tahu kita tak pernah lagi makan Domino's Pizza. Ntah la.....tak pernah pulak rasa nak mencuba Domino's Pizza ni.

Tengahari tadi kawan kita belanja makan Domino's Pizza. Maka dapat jugak la kita merasa pizza tu. Lain kali kalau orang citer pasal Domino's ni tak la kita tercengang-cengang......Dah tahu rasanya macam mana.

Apa-apa pun terima kasih kat kawan kita tu sebab belanja kita dan kawan-kawan yang lain tengahari tadi.....jimat duit makan untuk hari ni......hehehe.....Lain kali kalau nak belanja lagi jangan malu-malu ye......kita sentiasa bersedia untuk dibelanja......hahaha....sengal.....

Cuti sekolah dah dekat

Tak lama lagi dah nak cuti sekolah. Cuti panjang tu.......tapi kita masih tak plan lagi nak pergi jenjalan kat mana masa cuti sekolah nanti.

Anak-anak mesti merungut kalau tak pergi jenjalan masa cuti sekolah nanti. Kita baru jer terfikir bab-bab bercuti ni sebab hari ni Harith dah habis exam. Kalau tak tu, serabut kepala ni risaukan dia yang nak exam tu. Exam kali ni mana ada dia buat latihan atau ulangkaji sangat sebab ada jer urusan yang tak membolehkan dia ulangkaji atau buat latihan.

Harap-harap dapat la pergi bercuti masa cuti sekolah ni. Adriana pun dah siap tulis nota kecik untuk kita mengatakan yang dia nak pergi bercuti.

*Sayang, boleh tak tolong plan kan percutian keluarga kita .....hehehe :) Love you....

Kemana korang?

Wahhhh.....mentang-mentang gaji dah masuk, panjang jer langkah masing-masing kan? Kemana korang tengahari ni? Hari ni kan hari Jumaat, waktu rehat panjang......jadi boleh la nak beronggeng ye tak?

Hajat di hati ni nak jugak keluar, tapi mengenangkan yang orang kerajaan dah dapat gaji terus cancel sebab tak nak bersesak-sesak.

Sebenarnya sebab nak keluar hari ni adalah nak beli apa-apa yang patut untuk diberikan kepada Harith dan Adriana. Hari ni adalah birthday Harith yang ke 7 tahun. Untuk Adriana pulak sebab dia dapat nombor 1 dalam exam akhir tahun.

Nampaknya malam nanti la (kalau ada masa) bawak dia orang keluar.....

Selasa, 18 Oktober 2011

Budaya membaca

Sapa kat sini yang suka membaca? Kita memang suka membaca terutama novel, buku-buku berkaitan keibubapaan, keluarga, soal jawab agama dan motivasi. Hobi kita adalah membaca. Seronok bila dapat banyak maklumat dari pembacaan kita.

Korang rasa budaya membaca ni adakah budaya rakyat Malaysia sekarang? Bagi kita budaya membaca ni masih belum jadi budaya untuk rakyat Malaysia.

Walauapapun kita dah mula terapkan budaya membaca untuk anak-anak. Banyak jugak la buku-buku cerita yang kita belikan untuk mereka. Kadang-kadang suruh mereka pilih sendiri buku yang mereka suka supaya keinginan untuk membaca itu lagi menebal.

Sebenarnya entry kali ni kita nak promote satu buku ni. Ada student master kat lab kita ni jual. Maka sesape yang berminat nak beli buku ni boleh la contact Firdaus di alamat e-mail firdaus_bio@hotmail.com .




Buku ni berkaitan soal jawab tentang permasalahan semasa secara mudah dan ringkas. Harga buku ni tak mahal, cuma RM15.00 jer.

Jadi, tunggu apa lagi, sama-sama la kita amalkan budaya membaca dan belilah buku ini. Semoga kita bersama-sama dapat manfaat dari apa yang kita baca.

Lawak hari ini

Kejadian : Beberapa hari yang lalu
Tempat   : Dalam bilik (sambil membaringkan diri)

Tetiba Harith masuk bilik bertanyakan soalan

Harith    : Ibu, apa nama benda yang kat dalam mulut tu yang bulat dan goyang-goyang tu?
Kita       : (Dengan konfiden, jawab tanpa berfikir) langit-langit.....
Ayah      : Apa pulak langit-langit, anak tekak.....
Harith    : Owhhhh....anak tekak eh......
Adriana  : Abis tu ibu dia mana?

Kami     : !<#$%^&***&^%^????? dan gelak sampai rasa nak pecah perut........

Kalau korang berada dalam situasi macam tu apa korang nak jawab bagi soalan Adriana tu?






Saling mencemburui

Susah la macam ni kan bila masing-masing saling mencemburui. Tak tahu la apa yang dicemburui sangat tu. Bila nak settle masalah bila masing-masing tak nak beralah.

Sapa yang saling mencemburui? Apa yang pasti bukan kita ye.......Sebenarnya ni kes anak-anak.....Tak tahu la kenapa anak-anak kita yang 2 orang tu saling mencemburui antara satu sama lain.

Semalam Harith siap nangis-nangis lagi kata kita asyik sayangkan Adriana jer. Dia kata dia selalu jer kena marah dengan kita sedangkan Adriana tak kena marah pun. Padahal kalau dah buat benda yang salah tu kita pasti akan marah. Tak kira la siapa yang buat salah, pasti kita akan marah. Macam mana pulak dia boleh kata kita asyik marahkan dia jer?

Adriana pulak bila kita duduk atau rapat sikit dengan Harith mula la merajuk sambil nangis kata "ibu ni asyik sayang dan peluk abang jer, tak nak pun peluk kakak". Kalau boleh dia nak kita peluk dan cium dia sorang jer. Kalau kita bermanja-manja dengan ayahnya pun sama, dia akan merajuk sebab tak nak layan dia.

Tak boleh la kita nak peluk atau cium dan layan salah sorang tu lebih-lebih sikit, nanti pasti ada yang tarik muka, merajuk.

Payah betul la macam ni. Macam mana la nak bagi budak 2 orang tu tak mencemburui antara satu sama lain? Korang pun macam tu ke?

Jumaat, 14 Oktober 2011

Penat masih tak hilang

Over pulak tajuk entry kali ni....Kita baru jer seminggu balik dari kursus 'Team Building' kat Puteri Resort Ayer Keroh, Melaka. Team Building ni dihadiri oleh seramai 48 orang kakitangan Bahagian ABBC dari pelbagai peringkat jawatan.

Kita pergi sana drive sesorang. Sebenarnya bas disediakan untuk ke sana, tapi kalau nak naik bas kena pergi Bangi pulak dulu. So, drive jer la.....nak balik pun senang kan?

Kursus adalah selama 3 hari 2 malam. Jadual adalah sangat padat. Hari pertama pun xtvt habis pukul 12+++am.

Hari kedua tu kita dah mula demam. Demam-demam pun masih boleh main paintball. Tapi seronok sangat pergi kursus kali ni sebab penceramahnya tersangat la....kelakarnya.....Asyik gelak jer sepanjang kursus.....Sampai lenguh tulang pipi nak gelak....Nasib baik tulang pipi kita tak cramp...huhuhu....

Hari ketiga kita masih demam. Badan orang yang jarang bersenam memang macam tu. Lari jer sikit jadual dari kebiasaan atau terlebih jer penggunaan tenaga sikit, mula la tak dapat nak sesuaikan diri....lalu demam.....

Korang layankan jer la gambar-gambar kita kat sana. Tapi gambar masa main paintball tak adoooo sebab kita tak larat dah nak bergambar-gambar ni....badan tak sihat......


Xtvt : Corporate War Games (letak benda yang hitam tu sikit-sikit jer kat muka....bajet muka comel....hehehe)


Masa nak balik ke bilik sempat lagi bergambar padahal dah pukul 12+++am



Dr. Fairus dan Dr. Leow yang tak puas bertempur kot.....

Ni la bilik kita masa kursus tu

Bersama Ayu, room-mate sepanjang kursus (nape pulak terbuntang mata kita tu?)

Ahli kumpulan kita (10 orang) bersama penceramah dan urusetia

Apa ntah nama xtvt ni. Tapi kumpulan kami menang.

Bergambar bersama penceramah

Xtvt : The Last samurai (setiap orang kena cari 1 nama jepun untuk diri sendiri)

Kumpulan kami adalah juara keseluruhan dalam kursus tu (tapi hadiah semua sama jer)

Khamis, 13 Oktober 2011

Testing 1 2 3.....

Tengah test mood untuk menulis......testing 1 2 3.......opssss.....tak ok lagi la......kita tengok la bila mood itu akan kembali ye......hehehe.....

bye....

Isnin, 3 Oktober 2011

Selepas makan...bakar lemak....

Hari sabtu kan kita pergi majlis makan-makan, hari Ahad pulak kat kawasan perumahan kita tu ada buat gotong royong. Maka kekononnya boleh la nak membakar lemak pada hari tersebut.

Korang rasa gotong royong tu boleh tak membantu kita membakar lemak? Dan jawapannya adalah .......korang pikir la sendiri......

Macam mana nak terbakar lemak, kerja-kerja menebang pokok dan yang berat-berat tu semuanya orang lelaki yang buat, kami yang perempuan ni hanya duduk sambil makan-makan sementara menunggu kerja-kerja menabang pokok tu siap.

Di hari kejadian........





You see....ibu-ibu hanya duduk sambil makan-makan....hehehe....

Abang Ali yang tengah menunjukkan ke'hero'annya di atas pokok....






Bila dah siap kerja-kerja menebang pokok, kami kaum ibu ni cuma ditugaskan menyapu ranting-ranting dan daun-daun yang bertaburan itu saje....Lemak pun malu-malu nak terbakar ye tak?

Kita dan makanan tidak dapat dipisahkan

Tajuk entry memang tak boleh blah.....Tapi sebagai manusia yang masih hidup memang la tak dapat dipisahkan dengan makan, betul tak? Ada sesape yang nak mengaku yang dia tak makan? Tak mungkin.....

Macam mana la badan ni tak naik bagai dipam-pam....ada jer orang yang nak menjamu kita makan......hehehe.....Adakah patut kita salahkan orang yang buat majlis yang ada makan-makan ni, atau kita pukul jer dia kata 'lain kali kalau nak ajak kita jangan sediakan makanan'....... sengal.........

Ni dah habis bulan Syawal pun masih ada jemputan untuk majlis yang ada makan-makan ni.....Akak ko ni memang suka bab-bab makan ni......ratu katanya........huhuhu.....

Hari Sabtu baru ni adik kita buat sambutan aniberseri dia dan suami yang ke 11 tahun. Adik kita kahwin dulu (langkah bendul)......Kita pulak kalau ikutkan bulan Desember ni akan sambut aniberseri yang ke 8 (nak jugak bagitahu.....).

Kat majlis tu haruslah ada makan-makan.....Macam-macam menu ada.....dari mee hoon tom yam, nasi, rendang, sambal ayam, bubur kacang, nasi himpit dan macam-macam lagi la.....Rugi tau kalau tak rasa semua......(dasar........)

Ok, layan la gambar kita kat majlis tu......


Kita dan Sayang....lihatlah muka kita yang semakin membulat itu....

Atih yang keseronokan dapat makan free...huahuahua....

Mak yang kepenatan (jadi orang pangkal....hehehe....)

Kita dan Hani....geram betul dengan budak sorang ni....cute sangat....