Nuffnang Ads

Isnin, 27 Disember 2010

Me : Pendidikan

Salam...

Ha...baru hari ni kita ada mood nak buat pengenalan diri.

Untuk pengetahuan korang nama kita Hilda Binti Hamzah. Dilahirkan pada tanggal 26 Mei 1978...
Ops...korang jgn salah faham pulak kenapa kita letak tarikh lahir kita ni, tak terlintas pun nak mintak hadiah dari korang....ceh ceh ceh...tapi kalau nak bagi jugak, kita suka je...Apa2 pun dah mencecah umur 30an gitu....

Kita dilahirkan di Kuala Pilah dan dibesarkan di Labu. sek rendah kat Sek Keb Labu Ulu, sek men pulak kat Sek Men Labu Bt. 10 & Sek Men Vok Pertanian Rembau. Nak tahu kenapa kita pilih sek vok pertanian & bukan sek lain?

Sebab pertama, kita nak mengelakkan dari pengetua sek men labu waktu tu....mcm benci sangat dgn dia....tapi dengar citer pengetua tu dah meninggal. Kita xde la benci dia sampai sekarang, waktu dulu je...sbb kedua pulak abah kita keje kat LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) so, kalau ada apa2 info yg kita nak tahu pasal pertanian, senang boleh mintak tolong abah carikan....lagipun dia ramai kenalan dalam bidang pertanian..

Lepas sek vok pertanian tu, kita dapat masuk UPM. Agak2 korang course apa yg kita mintak? Sebenarnya pilihan utama kita adalah Dip Akaun. & kedua barulah Dip. Pertanian. Kita memang minat sangat bidang akaun, tapi rezeki kita untuk Dip Pertanian je.... Ambik dip. tu selama 3 tahun di UPM Serdang. Kita ni nampak je muka garang, tapi kuat nangis. Masa kat UPM tu tiap2 minggu kita balik Seremban. Masa mula2 kat sana dulu lagi teruk, tiap2 hari telefon rumah sambil nangis. Kalau nak ikutkan kita dah biasa tinggal kat asrama masa sek vok dulu (2 tahun duduk asrama), sepatutnya kita x la homesick. Tapi masa kat vok pun sama jugak selalu telefon rumah & nangis. Nak kata anak manja, x jugak sebab kita anak ke dua dari lapan adik-beradik. Masa kat sek dulu x boleh balik rumah tiap2 minggu, jadi abah & mak selalu datang melawat kat sek. Mengada2 betul kita masa tu kan?

Abis je Dip. kita sambung degree....masa nak sambung degree pun kita x pilih bidang pertanian sebagai pilihan pertama. Masa tu kita minat dalam bidang kaunseling.....Tapi dah ketentuan, kita x dapat bidang tu, kita dapat Bac. Sc. Bioindustry....Masa degree kita buat 2 1/2 tahun je....So, kalau nak diikutkan kita belajar secara formal selama 16-17 tahun...

Master?  Setakat ni kita study sampai degree je. Lepas degree dah sibuk berchinta, jadi tu pasal la x sambung terus master. Lepas kawin ingatkan nak sambung master, tapi bila dah pregnant & beranak pinak ni, mcm penat la pulak nak sambung study lagi. X sambung study pun kita dah huru hara nak layan anak, suami dan kerja2 rumah....

Insya Allah, bila kita rasa dah stable nanti kita akan sambung study jugak. Harap korang doakan kita ye...Dari dulu kita aim study sampai PhD...Harap2 harapan kita termakbul...Amin....

Tiada ulasan: