Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label Harith. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harith. Papar semua catatan

Khamis, 29 Mei 2014

Imam Muda Harith


Alhamdulillah...Harith ada menunjukkan ciri-ciri yang kita inginkan semenjak dari kita mengandungkan dia dulu. Semasa mengandungkan Harith dulu kita selalu berdoa agar anak yang kita kandungkan itu akan jadi penghafaz Al-Quran.

Walaupun kita tak hantar dia ke sekolah agama sepenuhnya, tapi dia ada menunjukkan ciri-ciri yang kita impikan.

Minggu lepas dia ada saringan pemilihan untuk Program Imam Muda peringkat sekolah. Saringan Imam Muda ni terdiri dari murid-murid tahun 4 hingga tahun 6. Puas la Harith minta kita doakan agar dia berjaya dalam ujian saringan tu. Ada satu buku tu (cikgu bagi) untuk dia dan peserta-peserta yang terpilih untuk saringan Imam Muda kene hafal. Dia ada bagitahu yang dia kene hafalkan bacaan-bacaan dalam buku tu seperti wirid, doa qunut, niat tayamum, doa selepas solat dan macam-macam lagi la...

Ibu mana yang tak nak anak mereka berjaya kan? Sudah tentu la kita mendoakan dia dan adik-adiknya supaya menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat. Itulah yang kita doakan semenjak kita mengandungkan mereka lagi.

Harith gembira sangat apabila dia terpilih untuk Imam Muda kali ini. Seramai 8 orang sahaja peserta Imam Muda yang akan dinilai sehingga hujung tahun ni. Kalau Harith gembira, hati ibunya lagi la berbunga-bunga bila anaknya berjaya terpilih.



Imam Muda Harith (IM Harith) gambar bawah, 3 dari kiri.
Semoga anak ibu kekal menjadi Imam Muda untuk keluarga dan seterusnya untuk masyarakat...amin.....

Khamis, 22 Mei 2014

Kad Hari Ibu

Cerita yang dah basi tapi kita tetap nak citer jugaks...Kejadian 2 minggu sudah. Hari ibu tahun ni kami sekeluarga tak sambut pun..Macam takde apa-apa jer...Tak tau kenapa...Tapi kita tak kisah pun...

Mungkin sebab hari Ahad tu kami pergi kenduri akiqah anak abang kot, sebab tu tak rasa apa-apa... Namun begitu......cewahhhh....(macam nak buat karangan apa ntah ayat kita ni....) anak-anak tetap ingat hari untuk ibu mereka....

Mereka dah siap-siap buatkan kad untuk kita. Terharu ibu tau.....Ini dah cukup bermakna sebab dia orang ingat jugak kat ibu mereka ni....

Kad ni dari Adriana....



Nak gelak baca kata-kata dari Adriana ni "Selama ini ibu telah beri kakak makan dan ibu juga telah membesarkan kakak dari 1 bulan hingga darjah 3"


Ni pulak kad dari Harith. Tahun ni ada peningkatan sikit. Pandai dah dia guna kertas warna warna untuk buat kad hari ibu. Mungkin dia tahu yang dia tak berseni macam Adriana, maka penggunaan kertas warna akan menampakkan kad dia lebih menyerlah. Kita tak kisah pun...Dia orang ingat tu pun dah kira bersyukur sangat-sangat.....


Kad Harith ni siap pantun lagi. Tapi yang kelakarnya setiap permulaan pantun dia guna "dua tiga". Tapi kita tetap puji usaha dia nak cipta pantun untuk kita.


Korang perasan tak yang dia suka sangat buat huruf 'S'. Kita pun ada tanya jugak apa maknanya huruf 'S' tu...Jawapannya mudah jer "abang suka buat huruf "S" jadi abang buat jer la".....Apa-apa lah abang.....


Terima kasih anak-anak ibu sebab hargai ibu...Tak sabar pulak nak tunggu Adelia besar....Adakah kad untuk ibu di Hari Ibu nanti?

Selasa, 15 April 2014

Harith asthma lagi

Harith kene serangan asthma lagi...
Ingatkan bila dah semakin besar, asthma Harith akan berkurang.....
Mungkin cuaca sekarang yang tak menentu membuatkan Harith mudah kene serangan asthma. Nasib baik juga dia dah pandai nak bagitahu bila dia betul-betul rasa susah bernafas dan memerlukan nebulizer. 

Kali ni 3 hari doktor suruh dia berehat (Rabu - Jumaat). Kalau pergi sekolah jugak sudah semestinya asthma tu tak berkurang. Dia tu mana nak duduk diam-diam...nak main jer kerjanya....pfffttt.....budak lelaki la katakan....

Bila dah tak pergi sekolah tu, mula la dia tak senang duduk sebab tak ada kawan nak bermain. Eh...lupa pulak nak bagitahu yang kita hantar jugak Harith kat taska pada hari kedua dan ketiga dia MC tu. Hari pertama dia MC jer kita ambik cuti.

Kalau ikutkan dia, hari Jumaat tu dia nak sekolah. Dia siap cakap kat kita yang dia mimpi ngeri malam tu. Kita pun tanyalah mimpi apa, dia cakap yang kerja sekolah dia banyak sangat sebab tak datang sekolah (huh.....ngeri la sangat mimpi dia tu!!!!!) Alasan nak pergi sekolah nak jumpa kawan-kawan la tu.....



Jumaat, 21 Jun 2013

Kad hari ibu di hari guru

Haaaaa ambik kauuu.........tajuk kasi orang pening.......hahaha...

Dah lama tak menjengah kat blog ni. Dulu seminggu sekali pasti menjengah, sekarang dah sebulan sekali baru menjengah. Takut nanti setahun sekali baru menjengah....no no no no......kenot...kenot......

Pasti korang rindu rinduan nak baca cerita terbaru dari kita kan? hahaha....bajet artis sesangat.............Ok takpe, kalau korang malu nak cakap, kita paham kerana kita adalah orang yang sentiasa memahami....hihihi....

Kali ni kita nak cerita pasal kad hari ibu yang anak-anak kita bagi. Punyalah berzaman cerita ni, hari bapa pun dah lepas baru nak citer pasal hari ibu....layankan saje.....

Kita dapat kad hari ibu ni pada tanggal 16 Mei 2013 bersamaan hari guru. Dapat lambat sebab Adriana kata  nak beli hadiah kita dulu.

Puas dia tanya kita nak apa untuk hari ibu tu. Lebih kurang macam ni la dialog kita dan Adriana :

Adriana : Ibu nak hadiah apa untuk hari ibu?

Ibu        : Ibu nak coklat

Adriana : Kat sekolah kakak tak jual coklat. Ibu pilih la hadiah lain.

Ibu        : Ibu nak kek (dapat ibu yang demand mamang macam ni)

Adriana : Duit kakak tak cukup nak beli kek. Tapi kalau ibu nak, kakak keluarkan duit tabung.

Ibu        : Tak payah la kalau macam tu

Adriana : Ibu cakap la nak pen ke, pensel, sharpener, pemadam atau pembaris

Ibu        : Buat apa beli pen, pen ibu dah banyak

Adriana : Memang la pen ibu banyak, tapi semua takde dakwat...

Ibu        : (Puas tahan gelak......)

Amboiiii.....bukan main lagi Adriana ni ye.....Dan hasil dari perbualan tu maka kita dapat la kad ni bersama hadiah dari Adriana di hari guru....





Siap balut lagi hadiah tu

Akhirnya dia belikan pen untuk kita untuk menggantikan pen kita yang banyak tak berdakwat tu.....hahaha "Terima kasih kakak, ibu pun sayangkan kakak sangat-sangat......Ibu marah bukan bermakna ibu benci, ibu marah sebab ibu sayangkan kakak. Ibu nak kakak jadi anak yang terbaik di mata ibu"

Pen dari Adriana
Masa Adriana bagi kad dan hadiah tu, kita pun peluk la dia sambil puji dia.....Harith tetiba merajuk sebab katanya kita lebih sayangkan Adriana dari dia. Ayah dia pun sound la kat dia sebab dia tak sayangkan ibu dan tak ingat pun hari ibu, jadi jangan la nak salahkan orang.

Disebabkan nak jugak kene puluk macam Adriana, senyap-senyap dia masuk bilik dia dan buatkan kad untuk kita. dan inilah hasilnya bila budak lelaki buat kad. Walaupun tak kreatif atau secantik kad Adriana, tapi kita terharu sesangat....




"Terima kasih anak-anak ibu.....Ibu sayang sesangat kat anak-anak ibu. Semoga anak-anak ibu menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat. Bukan harta yang ibu impikan dari anak-anak ibu, kasih sayang dan perhatian kalian sudah cukup untuk menggembirakan ibu".



Khamis, 21 Mac 2013

Terlebih prihatin

Persoalan dan tanggapan Harith dan Adriana mengenai adiknya



Situasi 1
Masa mula-mula bawa adiknya balik ke rumah. Kita cakap la nak bersihkan berak adik dia orang, tiba-tiba kita tengok berebut-rebut dua beradik tu masuk bilik air. Kita tanya la kenapa masuk bilik air, dia orang jawab nak tengok kita basuhkan/cebokkan adik...hahaha...dia orang ingat nak bersihkan berak baby kene masuk bilik air agaknya...

Situasi 2
Masa nak makan malam. "adik tak makan ke bu, adik tak lapar ke?"



Situasi 3
Dekat kedai buah, nak beli buah potong. Kita dah belikan sorang satu buah tiba-tiba Harith dan Adriana tanya "adik punya buah mana? buah kan berkhasiat"

Situasi 4
Adriana tanya kita "umur adik berapa tahun bu? Kita jawab la sebulan...Dia tak puas hati..."kakak tanya umur adik berapa tahun, bukan berapa bulan.....Sekarang ni Adriana asyik la cakap umur adik dia kosong tahun......

Pffffttttt....macam mana la nak jawab tu....tu baru sikit, ada lagi soalan-soalan yang kadang-kadang tak terjangka kat fikiran kita. 



Khamis, 20 Disember 2012

Dah selesai...senang hati kita

Kepada ibu bapa yang ada anak yang bersekolah tu dah settle ke shopping barang-barang keperluan sekolah anak? (Ayat poya bagi orang yang dah settle bershopping)

Bukan apa, kalau beli lambat-lambat nanti susah nak sari saiz dan banyak benda yang kita nak tu tak ada. Kita dah settle membeli semua barang-barang keperluan sekolah anak-anak dari bulan November lagi. Faktor utama beli awal adalah akak ko ni makin hari makin tak larat nak banyak bergerak. Oleh itu masa tengah larat ni la kita settlekan apa yang patut ye tak?

Bagi kita tahun ni harga baju sekolah anak-anak dah naik kot. Rasa macam mahal sikit la kali ni. Tapi tak tahu la kalau kita jer rasa macam tu.

Tahun depan Harith jadi pengawas, maka terpaksalah beli 5 pasang baju sekolah. Adriana pulak kita beli 3 pasang jer sebab baju sekolah tahun ni masih boleh digunakan lagi.




Buku sekolah pun kita dah siap beli, cuma tinggal nak bayar yuran jer....Ok, kita dah boleh senang hati, korang pulak?

Rabu, 12 Disember 2012

Kidzania

Minggu pertama cuti sekolah aktiviti kita memang la padat. Tu pasal la kita cuti seminggu pada minggu pertama cuti sekolah kali ni. Lagipun memang dah berjanji dengan anak-anak yang kita akan cuti seminggu.

Jadual kita di minggu pertama cuti sekolah :

10 Nov 2012 : Lost World Of Tambun
11 Nov 2012 : Masih di Ipoh
14 Nov 2012 : Kidzania
17 Nov 2012 : Wet World Pedas, Bowling, Jusco Seremban2

Rancangan awal nak bawa anak-anak pergi Kidzania ni dari cuti sekolah bulan Mei hari tu lagi. Tapi memandangkan masa tu kita tengah 'mabuk' awal mengandung maka ditundakan dulu rancangan tu. Kalau nak diikutkan masa bawa anak-anak ke Kidzania baru-baru ni pun kita tak larat sebab kandungan dah 7 bulan, tapi bila lagi nak bawa anak-anak pergi kan?

Jadi, seminggu sebelum pergi kita dah minta Sayang belikan tiket. Kalau waktu pergi tu baru nak beli tiket takut dah habis pulak.

Kami masuk untuk sesi pagi iaitu pada pukul 10. Tapi pukul 9.20 kami dah tercegat kat sana. Untuk sesi pagi bermula dari pukul 10 hingga 3 petang. Sesi petang pula bermula dari pukul 4 petang hingga 9 malam.





Anak-anak yang tak sabar nak masuk


Sebelum masuk, anak-anak diberikan cek berjumlah 50 Zos matawang yang digunakan di Kidzania dan hendaklah ditunaikan sebelum memulakan pekerjaan.


Mula-mula sekali anak-anak pilih nak jadi pilot. Gambar tak ada sebab ibu bapa tak boleh masuk bila anak-anak lakukan aktiviti. Sepanjang 5 jam kat sana ada la 6-7 pekerjaan sahaja yang sempat anak-anak lakukan. Setiap pekerjaan mengambil masa selama 15-20 minit. Itu belum kira nak beratur tunggu giliran lagi, sebab setiap sesi tu boleh memuatkan 4-8 orang kanak-kanak sahaja.

Orang punyalah ramai, almaklumlah cuti sekolah.

Pekerjaan kedua yang anak-anak lakukan. Pemprosesan di Makmal Vitagen
Masa di Makmal Vitagen ni setiap orang akan dapat sebotol air vitagen setelah habis pemprosesan dilakukan.


Doktor bedah


Ahli bomba


Masa dekat Kurlz Beauty Salon ni Adriana dah  beratur untuk jadi worker, tapi ubah fikiran pulak nak jadi customer untuk buat manicure.


Adriana tak sabar nak 'manicure'


Last sekali anak-anak jadi chef burger pulak. Dapat la kita rasa burger yang disediakan oleh anak-anak. Tambahan waktu tu pun masih lapar lagi walaupun dah makan. Makanan kat dalam tu memang mahal, tapi redha jer la......

Chef

Buat burger sendiri

Khamis, 29 November 2012

Birthday Harith yang ke 8

Wah.....rindu sangat kat blog ni....Dah sebulan lebih tak sempat nak menulis dalam blog ni. Bukannya  tahap kemalasan kita berada di tahap maksimum, tetapi kekangan waktu menyebabkan kita tak berkesempatan untuk menulis di blog yang tak seberapa ni.

Banyak betul benda yang kita nak cerita kat sini. Tapi kita hanya mampu untuk bercerita kisah bermula dari bulan Oktober jer la.....Ok tak?

21 Oktober 2012 yang lalu adalah birthday Harith yang ke 8. Asalnya kita dan Sayang nak celebrate birthday Harith dan Adriana sekali. Nak jimat kos kaedahnya walaupun birthday Harith dan Adriana beza 2 bulan (Harith pada bulan Oktober dan Adriana pada bulan Disember).

Kekonon nak celebrate kat A&W. Tapi entah macam mana tak jadi nak celebrate sekali. Jadi kita celebrate la birthday Harith dulu. Kalau ikutkan memang kita tak larat nak masak-masak ni, tapi Sayang sanggup nak menolong kita habis-habisan, maka misi diteruskan.

Menu hari tu simple jer iaitu mee hoon sup, sate, nasi impit, nagget, kentang goreng, buah, air dan jajan. Harith gembira la sesangat sebab ada ramai orang nyanyikan lagu birthday untuk dia. Kemain dia pilih kek untuk harijadinya. Kalau ikut kita dan Sayang nak beli kek ais krim la, tapi entah kat mana dia tengok agaknya, dia terbekenan dengan kek gambar Boboi Boy. Maka layankan saje..........



Kek Birthday Harith

Tak sabar nak potong kek

Muka teruja

Sesi makan-makan




Ok, tu jer kisah untuk kali ni....Nanti kita sambung lagi ek....

Selasa, 22 Mei 2012

Belum basi kot....

Kita rasa citer ni belum basi lagi kot..... Akak ko ni membizi tahap gaban sekarang ni....Bizi bizi pun sempat lagi tulis kat blog ni untuk tatapan korang semua.....(Bajet : glemer sangat la blog dia tu dan ramai sesangat la orang nak baca dan kalau tak update peminat lari.....huhuhu........)

Hari ibu sudah pun berlalu dan bulan Jun nanti sambutan hari bapa pulak. Hari ibu tahun ni kita tak celebrate pun cuma dapat ucapan melalui sms dari Harith walaupun masa tu kita dan dia ada kat rumah. 


Walaupun sekadar ucapan melalui sms, kita rasa terharu sangat sebab anak-anak menghargai kita. Waktu tadika dulu mungkin cikgu yang ingatkan mereka mengenai hari ibu dan minta mereka buat kad khas untuk ibu. 

Sekarang, tanpa disuruh mereka dah boleh nak bagi ucapan kepada kita untuk menghargai jasa seorang ibu.....

Khas untuk anak-anak ibu :

'Ibu sayang sesangat kat abang dan kakak. Semoga abang dan kakak menjadi anak yang soleh dan solehah....Aminnnnn....Ibu marah bukan kerana ibu tak sayang abang dan kakak, ibu marah sebab nak betulkan apa yang salah dan ibu tak nak abang dan kakak terlalu leka buat benda-benda yang tak berfaedah'

Rabu, 2 Mei 2012

Tak merajuk lagi

Permintaan Harith untuk menonton wayang telah tertunai. Sibuk jer dia nak tengok citer ni. Biasa la, kalau citer baru keluar kat wayang ni panggung memang penuh.

Balik dari Alamanda hari tu terus ke Jusco Seremban 2 untuk booking tiket kat TGV. Kalau nak tengok wayang hari tu jugak memang dah tak ada tiket. Jadi, kami booking untuk esoknya. Itupun dapat seat baris ke 4 dari depan. Mendongak la kami bila menonton jawabnya.....

Nak tak nak, terpaksa jugak la beli tiket tu walaupun tempat duduk terlalu depan. Layankan jer la kemahuan anak......

Ohhh....lupa pulak nak bagitahu kita tengok citer apa. Kami sekeluarga tengok citer Marvel's The Avengers. Kisah himpunan 6 superhero dalam satu cerita iaitu Incredible Hulk, Iron Man, Captain America, Thor, Hawkeye dan Black Widow.


Macam biasa la, Harith bila tengok citer macam tu memang kuat terpengaruh sikit. Dalam citer ni dia minat kat Incredible Hulk. Habis jer cerita tu, mula la dia perasan yang dia tu Incredible Hulk. Buat aksi macam mana yang dia tengok kat citer tu. Penat pulak rasanya nak melayan berangan dia tu....huhuhu.....

Adriana pulak, macam biasa la.....Dia bukan suka sangat tengok wayang. Masa kat dalam panggung tu dia asyik makan pop-corn jer la. Dah habis pop-corn tu mula la dia buat perangai, nak kencing la, nak tidur, ajak kita berborak......tak concentrate kita nak tengok citer tu tau......


Kita dah pesan dengan Sayang suruh beli pop-corn yang besar untuk Adriana supaya dia tak bosan bila kami menonton. Sayang ingat kita saje cakap macam tu agaknya, maka dia belikan pop-corn saiz biasa jer....

Apa-apa pun kami sekeluarga seronok dapat habiskan masa bersama-sama....