Nuffnang Ads

Rabu, 22 Julai 2015

Riang Ria Raya 2015 #teampurple


Assalamualaikum......ada orang tak ni.....hihihi...
Punya la lama tak menulis kat belog yang suam-suam kuku ni..

Kemalasan ahkak telah mengatasi segalanya....huhuhu..
Banyak benda sebenarnya yang nak diceritakan kat belog ni tapi kita punya penyakit 'M' tu telah menguasai diri ni.....

Untuk mengubat lara hati korang yang menunggu-nunggu coretan dari kita ni maka terimalah entry ni sebagai pengubat rindu...bluwekkkkkk.....huahuahua...

Muntah darah dan 76 kali mati hidup semula la gamaknya korang cari kita untuk dibelasah.....

Ok la...cukup-cukup la nak mengutuk kita yang terover perasan ni ye....

Kita ingin mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin....

Raya tahun ni turn beraya rumah mak abah kita. Makanya muka ada banyak senyum...Kita balik kampung pada hari Khamis iaitu sehari sebelum raya. Khamis tu kita masih bekerja lagi tau...Cuti dah tak berapa banyak yang tinggal. Tahun ni banyak pulak halnya yang membuatkan kita terpaksa ambil cuti. Minggu kedua puasa tahun ni Harith telah dimasukkan ke hospital selama 4 hari, Adelia pun tak beberapa sihat yang memerlukan kita cuti untuk menjaganya.

Nasib baikla masa balik kampung tu jalan tak jem...Perjalanan adalah lancar....

Persiapan raya kita tahun ni biasa-biasa jer...Langkah berjimat cermat telah diambil..Almaklum la...sekarang ni semuanya mahal...Tudung raya kita beli 1 jer untuk digayakan dengan 3 baju...huhuhu....Kesian kan....

Untuk pengetahuan korang hp kita pun dah tingtong...tunggu masa jer nak masuk arkib...Kamera hp kita tak boleh berfungsi sejak hujung tahun lepas...Gigih tak kita bersabar dengan hp yang takde kamera dizaman sekarang ni dan kadang kala ter'off' sendiri......

Oleh itu gambar raya kita tahun ni terpaksa minta ehsan adik baradik dan sayang kita tolong ambilkan...

Jom layan gambar raya kita


Gambar raya keluarga yang paling ok setakat ni

Ni jer gambar raya keluarga kita yang ada

Cinta hati kita

Adelia dengan sampul duit raya...kemain banyak...tapi duitnya kita dah keluarkan...hihihi

4 beranak

Cubaan mengambil gambar pasport berdua...background dah sesuai dah tu...hihi..







Anak sedara yang tolong ambilkan gambar ni...ni la hasilnya...

Adelia tak bagi ibu dan ayah nak beromantika,,,jeles la tu....

Lihatlah nur yang terpancar dimuka kami dari hati kami yang tulus ikhlas.....hahaha..

Bersama adik kita yang no. 4 (dah ada anak 3 ye).....hahaha..

Cucu-cucu mak dan abah...20 orang kesemuanya...2  orang takde dalam gambar sebab sibuk makan...

Ni pulak gambar adik-beradik perempuan kita...6 orang semuanya....comel-comel atau montal-montel???
Ok tu jer...Hari ni kita dah start keje tau...Saje nak bagitau.....huwaaaaa....






Jumaat, 13 Jun 2014

Day 3 & 4 : Jalan-jalan Penang

Hari ketiga di Penang kami tak plan nak berjalan sangat. Nak pergi 2 tempat jer hari ni. Seawal pagi kami keluar untuk sarapan sebelum menerjah ke tempat yang nak dituju.

After sarapan kami bergerak menuju ke Bukit Bendera. Tak sah kan kalau pergi Penang tapi tak pergi Bukit Bendera. Akan rasa kekurangan kalau dah sampai Penang tapi tak jejak ke Bukit Bendera. Umpama tak lengkap la lawatan atau percutian anda ke Pulau Pinang...wahhhhh.......perumpaan ko Hilda......over kenzzz....


Tiket untuk naik ke Bukit Bendera bagi dewasa adalah RM8 dan kanak-kanak pula RM4 (kalau tak silap la). Tapi dia ada bagi package jugak. Untuk kita yang ada 2 dewasa dan 2 kanak-kanak ni cuma bayar RM18.


Pemandangan dari puncak Bukit Bendera




Pekena ABC di Bukit Bendera setelah puas pusing-pusing atas bukit tu
Kami. Serba biru.  Biru mata hitam ku kali ni...hehehe
Kat sini jer complete gambar kami sekeluarga.




Dah puas pusing-pusing kat Bukit Bendera kita ke Toy Museum pulak. Lokasi Toy Museum ni tersorok sikit dan kalau tak beriya cari memang tak jumpa. Mengenangkan anak-anak, gagah jugak la mencari tempat ni. Tiket nak masuk Toy Museum ni adalah RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.



Tak besar mana pun Toy Museum ni. Tapi anak-anak kita enjoy datang sini. Harith la yang paling seronok masuk sini. Dia kan hantu TV,boleh dikatakan semua karektor tu dia kenal dan kalau boleh kat semua karektor tu dia nak bergambar.





Selepas selesai berjalan ke Toy Museum tu kami terus balik ke Apartment. Petang tu dah janji dengan anak-anak nak bawa pegi mandi kat swimming pool. Budak-budak ni kalau pergi bercuti mesti nak mandi kat swimming pool. Tak sah kalau tak pergi mandi. Maka kita layankan aje....

Hari ketiga di Penang jatuh pada tarikh hari lahir kita. Maka malam tu Sayang belanja makan di The Ship. "Terima kasih Sayang". Ingat tau Sayang, kita belum dapat hadiah dari Sayang lagi tau....huhuhu....

Sebenarnya anak-anak yang beriya nak makan kat sini. Ibu dia tumpang seronok jer....(boleh caye ke?)


Nampak tak, siapa yang beriya nak makan kat sini....

Harith yang over
Hari keempat pula adalah hari untuk pulang. Pagi tu selepas sarapan Sayang bawa anak-anak pergi mandi kat kolam lagi. Kita dan Adelia tak ikut pun sebab kita nak kemaskan barang untuk check out.

Balik tu kami ikut Jambatan Pulau Pinang yang pertama. Merasa la naik kedua-dua jambatan tu.


On the way balik tu kami menyinggah ke Muzium Jeruk Madu Pak Ali. Tak sah kan kalau pegi Penang kalau tak bawa balik jeruk....



Ok...dah abis dah citer pasal percutian kami kat Penang.....



Jumaat, 30 Mei 2014

Day 2 : Jalan-jalan Penang

Aktiviti hari ke 2 di Penang dimulakan seawal pagi kerana banyak tempat yang ingin dilawati. Sebelum memulakan perjalanan jom kita berselfie dulu.......


Tempat pertama yang kami pergi adalah area Padang kota. Malam tadi hanya pusing-pusing sahaja, tak sempat nak menyinggah. Hari ni baru ada masa nak nak menyinggah. Anak-anak excited sangat tengok kubu ni. Untuk masuk ke Fort Cornwallis ni akan dikenakan bayaran seperti gambar di bawah.






Sekitar Padang Kota ni kita boleh lihat beberapa bangunan bersejarah seperti Fort Cornwallis, Town hall, City Hall, Queen Victoria Memorial Clock Tower dan Esplanade. Dekat sini pun dah banyak benda kita boleh tengok.

Queen Victoria Memorial Clock Tower
Seronok Harith dan Adriana naik meriam ni


Harith dan Adriana di Kawasan Simpanan Serbuk Senjata Api


Selepas berjalan-jalan sekitar Padang Kota kami pergi pula ke rumah kelahiran P.Ramlee. Tak jauh pun dari Padang Kota.





Harith, Adriana dan Adelia memang seronok datang sini. Masuk jer kawasan rumah P.Ramlee ni kita akan didendangkan dengan lagu-lagu P.Ramlee. Cantik pemandangan di sini. Terasa suasana seperti di kampung.


Lihat betapa gembiranya Adelia
Bawah rumah P.Ramlee
Harith dan Ariana terkejut bila kita bagitahu yang zaman dahulu tandas adalah di luar kawasan rumah. Mereka seolah-olah tak percaya. Disebabkan "kekaguman" meraka yang tandas orang dulu-dulu di bahagian luar rumah, maka meraka nak mengabdikan gambar mereka dekat tandas belakang rumah P.Ramlee ni.


"Gadis pingitan" huhuhu

Sampai tertidur Adelia...kepenatan..
Selepas dari rumah P.Ramlee, kami bergegas balik ke apartment untuk kemaskan barang dan check-out. Kami tinggal di Birch Plaza Apartments hanya untuk satu malam. Untuk malam kedua dan seterusnya kami tinggal di Marina Tower, Tanjung Bungah. Marina Tower ni betul-betul mengadap Masjid Terapung.

Ruang tamu
Dapur dan ruang makan
Bilik utama
Bilik ke tiga. Bilik ke dua lupa nak ambil gambar...
Pemandangan dari bilik utama. Mengadap laut (Masjid Terapung)
Selepas selesai check-in dan berehat sekejap, kami berjalan lagi. Kali ni kami pergi ke arah Batu Feringgi. Kami juga singgah di Empangan Teluk Bahang. Sempat juga la kita merasa makan durian Balik Pulau. Tapi gambar tak ada pulak. Nak makan mee ketam, tapi tak jumpa....rugi la kita yang ratu makan ni.....hehehe
Empangan Teluk Bhang
Malam, kami jalan-jalan sekitar Batu Feringgi. Kami pergi Batu Feringgi night market atau sidewalk bazaar. Tapi tak beli apa-apa pun, just cuci-cuci mata jer...



Itulah serba sedikit tentang perjalanan hari ke dua kami di Penang. Nanti kita sambung untuk hari ke tiga dan ke empat ye....