Nuffnang Ads

Rabu, 8 Jun 2011

Skin care

Kali ni kita nak citer sikit pasal penjagaan kulit (cantik sangatkah kulit ko tu Hilda nak citer bagaiiiiii?)

Kita mengaku, kulit kita ni bukannya cantik sangat dan kita pun tak berapa rajin nak membeleknya selalu. Tapi tak tahulah kenapa minggu ni kita terasa macam nak citer pasal kecantikan jer.....Cantik bentuk badan, cantik kulit dan segala bagai bab cantik la.

Macam lagu tu, "cantik luar cantik dalam". Sejak meningkat usia ni baru la terhegeh-hegeh nak jaga kecantikan kulit. Sebelum ni kita tak jaga sangat bab penjagaan kulit sebab kulit kita tak banyak masalah. Tapi lepas gugur ari tu kulit muka kita keluar banyak jerawat yang halus-halus tu (jerawat pasir). Maka haruslah diri ni risau kan?

Sebelum ni kita hanya pakai cleanser dan moisturiser jer. Rasanya itu pun dah mencukupi. Tapi selepas buat facial kat Lancome baru-baru ni (seumur hidup kita, baru 2 kali je buat facial) barulah tahu yang muka kita ni ada masalah pigmentasi. Masalah whiteheads, blackheads tu kita rasa normal sebab muka kita tak la kritikal sangat dengan masalah tu. 

Produk apa yang kita guna untuk penjagaan kulit? Macam-macam yang kita pernah cuba termasuklah Garnier sebab terpengaruh dengan kecantikan Lisa Surihani tu........(kekonon nak jadi cantik macam Lisa, tak hengaaaaatttttt).

Ok la tu, pandai syarikat tu buat promosi guna Lisa sebagai duta produk, ada jugak orang yang terpengaruh macam kita ni)....hahahaha......

Sekarang kita guna produk Bio-Essence (Natural Face Lift Whitout Surgery Siries). Sebelum ni pun pernah guna jugak Bio-Essence (Tanaka White), tapi stop sekejap sebab terpengaruh dengan Lisa Surihani tu.


Inilah produk skin care yang kita gunakan sekarang.
1) Skin White Revitalizing Exfoliator
2) Deep Nourising Toner
3) Bio-Cell Repair Rejuvenating Serum
4) Face Lifting Cream

* Cleanser kita masih gunakan Ponds (Pond’s Flawess White Deep Whitening Facial Foam)


Ni pulak free gift yang kita dapat masa beli produk tu kat Guardian.
Kenapa pilih produk ni? Rasanya macam sesuai jer dengan kita (baru cuba dah kata sesuai.......).

Tiada ulasan: