Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label Adriana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Adriana. Papar semua catatan

Khamis, 22 Mei 2014

Kad Hari Ibu

Cerita yang dah basi tapi kita tetap nak citer jugaks...Kejadian 2 minggu sudah. Hari ibu tahun ni kami sekeluarga tak sambut pun..Macam takde apa-apa jer...Tak tau kenapa...Tapi kita tak kisah pun...

Mungkin sebab hari Ahad tu kami pergi kenduri akiqah anak abang kot, sebab tu tak rasa apa-apa... Namun begitu......cewahhhh....(macam nak buat karangan apa ntah ayat kita ni....) anak-anak tetap ingat hari untuk ibu mereka....

Mereka dah siap-siap buatkan kad untuk kita. Terharu ibu tau.....Ini dah cukup bermakna sebab dia orang ingat jugak kat ibu mereka ni....

Kad ni dari Adriana....



Nak gelak baca kata-kata dari Adriana ni "Selama ini ibu telah beri kakak makan dan ibu juga telah membesarkan kakak dari 1 bulan hingga darjah 3"


Ni pulak kad dari Harith. Tahun ni ada peningkatan sikit. Pandai dah dia guna kertas warna warna untuk buat kad hari ibu. Mungkin dia tahu yang dia tak berseni macam Adriana, maka penggunaan kertas warna akan menampakkan kad dia lebih menyerlah. Kita tak kisah pun...Dia orang ingat tu pun dah kira bersyukur sangat-sangat.....


Kad Harith ni siap pantun lagi. Tapi yang kelakarnya setiap permulaan pantun dia guna "dua tiga". Tapi kita tetap puji usaha dia nak cipta pantun untuk kita.


Korang perasan tak yang dia suka sangat buat huruf 'S'. Kita pun ada tanya jugak apa maknanya huruf 'S' tu...Jawapannya mudah jer "abang suka buat huruf "S" jadi abang buat jer la".....Apa-apa lah abang.....


Terima kasih anak-anak ibu sebab hargai ibu...Tak sabar pulak nak tunggu Adelia besar....Adakah kad untuk ibu di Hari Ibu nanti?

Isnin, 5 Mei 2014

Mak Jemah vs Kepochi

Budak sorang ni memang sentiasa membuatkan kita selalu rindu dan tak sabar nak balik rumah. Bila memikirkan keletahnya boleh membuatkan kita tersenyum sorang-sorang.

Usia Adelia bakal mencecah 1 tahun 4 bulan pada hari Sabtu ni (10 Mei 2014). Sekarang ni dah macam-macam benda yang dia belajar. Buat masa ni dia suka sangat tiru apa yang kita buat. Jadi kita kene hati-hati sikit takut dia terikut benda yang salah.

Salah satu perkara buruk kita yang dia terikut adalah cakap kuat-kuat. Biasalah, bila kita panggil kakak dan abang dia sekali dua tak dengar tu, maka volume suara kita tu akan terkuat la. Selama ni dia perati jer, sekarang dia pulak suka cakap kuat-kuat.

Adelia ni pantang jer dengar muzik mulalah nak berjoget atau goyangkan badan dia. Budak kecik sorang ni pun tersangatlah pandai ambil hati. Bila kita marah dia mulalah datang dekat nak peluk dan cium sambil buat-buat citer. Kalau tak pun dia pergi kat tempat kita biasa solat tu pura-pura rukuk atau sujud (macam solat).

Jom layan gambar dan dialog Adelia..........


"jom kita gi shopping, I dah ready ni"
"ok, kita jumpa kat Pavi ye"
"you ni suka buat suprise kat I tau....terkejut I"

"eh...I lupa la nama you"
"laaaa...macam tu ker citernye..."
"I nak pegi tengok la....macam ada  orang gaduh jer tu"
"Ni la kakak I, Adriana nama dia"
"sape lagi comel, I atau kakak I ?"
"cakap jer la...I tak kisah pun..."
"ok ok....I tahu mesti you nak kata I lagi comel kan?"


Jumaat, 21 Jun 2013

Kad hari ibu di hari guru

Haaaaa ambik kauuu.........tajuk kasi orang pening.......hahaha...

Dah lama tak menjengah kat blog ni. Dulu seminggu sekali pasti menjengah, sekarang dah sebulan sekali baru menjengah. Takut nanti setahun sekali baru menjengah....no no no no......kenot...kenot......

Pasti korang rindu rinduan nak baca cerita terbaru dari kita kan? hahaha....bajet artis sesangat.............Ok takpe, kalau korang malu nak cakap, kita paham kerana kita adalah orang yang sentiasa memahami....hihihi....

Kali ni kita nak cerita pasal kad hari ibu yang anak-anak kita bagi. Punyalah berzaman cerita ni, hari bapa pun dah lepas baru nak citer pasal hari ibu....layankan saje.....

Kita dapat kad hari ibu ni pada tanggal 16 Mei 2013 bersamaan hari guru. Dapat lambat sebab Adriana kata  nak beli hadiah kita dulu.

Puas dia tanya kita nak apa untuk hari ibu tu. Lebih kurang macam ni la dialog kita dan Adriana :

Adriana : Ibu nak hadiah apa untuk hari ibu?

Ibu        : Ibu nak coklat

Adriana : Kat sekolah kakak tak jual coklat. Ibu pilih la hadiah lain.

Ibu        : Ibu nak kek (dapat ibu yang demand mamang macam ni)

Adriana : Duit kakak tak cukup nak beli kek. Tapi kalau ibu nak, kakak keluarkan duit tabung.

Ibu        : Tak payah la kalau macam tu

Adriana : Ibu cakap la nak pen ke, pensel, sharpener, pemadam atau pembaris

Ibu        : Buat apa beli pen, pen ibu dah banyak

Adriana : Memang la pen ibu banyak, tapi semua takde dakwat...

Ibu        : (Puas tahan gelak......)

Amboiiii.....bukan main lagi Adriana ni ye.....Dan hasil dari perbualan tu maka kita dapat la kad ni bersama hadiah dari Adriana di hari guru....





Siap balut lagi hadiah tu

Akhirnya dia belikan pen untuk kita untuk menggantikan pen kita yang banyak tak berdakwat tu.....hahaha "Terima kasih kakak, ibu pun sayangkan kakak sangat-sangat......Ibu marah bukan bermakna ibu benci, ibu marah sebab ibu sayangkan kakak. Ibu nak kakak jadi anak yang terbaik di mata ibu"

Pen dari Adriana
Masa Adriana bagi kad dan hadiah tu, kita pun peluk la dia sambil puji dia.....Harith tetiba merajuk sebab katanya kita lebih sayangkan Adriana dari dia. Ayah dia pun sound la kat dia sebab dia tak sayangkan ibu dan tak ingat pun hari ibu, jadi jangan la nak salahkan orang.

Disebabkan nak jugak kene puluk macam Adriana, senyap-senyap dia masuk bilik dia dan buatkan kad untuk kita. dan inilah hasilnya bila budak lelaki buat kad. Walaupun tak kreatif atau secantik kad Adriana, tapi kita terharu sesangat....




"Terima kasih anak-anak ibu.....Ibu sayang sesangat kat anak-anak ibu. Semoga anak-anak ibu menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat. Bukan harta yang ibu impikan dari anak-anak ibu, kasih sayang dan perhatian kalian sudah cukup untuk menggembirakan ibu".



Khamis, 21 Mac 2013

Terlebih prihatin

Persoalan dan tanggapan Harith dan Adriana mengenai adiknya



Situasi 1
Masa mula-mula bawa adiknya balik ke rumah. Kita cakap la nak bersihkan berak adik dia orang, tiba-tiba kita tengok berebut-rebut dua beradik tu masuk bilik air. Kita tanya la kenapa masuk bilik air, dia orang jawab nak tengok kita basuhkan/cebokkan adik...hahaha...dia orang ingat nak bersihkan berak baby kene masuk bilik air agaknya...

Situasi 2
Masa nak makan malam. "adik tak makan ke bu, adik tak lapar ke?"



Situasi 3
Dekat kedai buah, nak beli buah potong. Kita dah belikan sorang satu buah tiba-tiba Harith dan Adriana tanya "adik punya buah mana? buah kan berkhasiat"

Situasi 4
Adriana tanya kita "umur adik berapa tahun bu? Kita jawab la sebulan...Dia tak puas hati..."kakak tanya umur adik berapa tahun, bukan berapa bulan.....Sekarang ni Adriana asyik la cakap umur adik dia kosong tahun......

Pffffttttt....macam mana la nak jawab tu....tu baru sikit, ada lagi soalan-soalan yang kadang-kadang tak terjangka kat fikiran kita. 



Isnin, 7 Januari 2013

7 tahun (2+1)

Kita akan buat entry marathon sebab beberapa hari lagi kita kena masuk hospital. Jadi, sebelum semua cerita tu terperap untuk beberapa lama (kita kurang pasti) lebih baik kita story kat sini walaupun dengan ringkas.

Adriana adalah anak yang lahir hujung tahun. 23 Disember baru-baru ni genap usia Adriana 7 tahun. Kesian kat anak-anak yang lahir hujung tahun ni. Orang lain dah nak nak tambah usia lagi setahun, dia pulak baru nak sambut ulang tahun.

Tahun ni Adriana mewah sikit dengan kek sebab celebrate 2 kali. 


Celebrate kat Kampung Sayang. Harith pulak yang over nak potong kek sekali.


Celebrate kat rumah kami


Ok, tu jer...yang penting hari-hari yang bermakna dalam hidup kita sekeluarga dapat diabadikan dalam blog ni....

Khamis, 20 Disember 2012

Dah selesai...senang hati kita

Kepada ibu bapa yang ada anak yang bersekolah tu dah settle ke shopping barang-barang keperluan sekolah anak? (Ayat poya bagi orang yang dah settle bershopping)

Bukan apa, kalau beli lambat-lambat nanti susah nak sari saiz dan banyak benda yang kita nak tu tak ada. Kita dah settle membeli semua barang-barang keperluan sekolah anak-anak dari bulan November lagi. Faktor utama beli awal adalah akak ko ni makin hari makin tak larat nak banyak bergerak. Oleh itu masa tengah larat ni la kita settlekan apa yang patut ye tak?

Bagi kita tahun ni harga baju sekolah anak-anak dah naik kot. Rasa macam mahal sikit la kali ni. Tapi tak tahu la kalau kita jer rasa macam tu.

Tahun depan Harith jadi pengawas, maka terpaksalah beli 5 pasang baju sekolah. Adriana pulak kita beli 3 pasang jer sebab baju sekolah tahun ni masih boleh digunakan lagi.




Buku sekolah pun kita dah siap beli, cuma tinggal nak bayar yuran jer....Ok, kita dah boleh senang hati, korang pulak?

Rabu, 12 Disember 2012

Kidzania

Minggu pertama cuti sekolah aktiviti kita memang la padat. Tu pasal la kita cuti seminggu pada minggu pertama cuti sekolah kali ni. Lagipun memang dah berjanji dengan anak-anak yang kita akan cuti seminggu.

Jadual kita di minggu pertama cuti sekolah :

10 Nov 2012 : Lost World Of Tambun
11 Nov 2012 : Masih di Ipoh
14 Nov 2012 : Kidzania
17 Nov 2012 : Wet World Pedas, Bowling, Jusco Seremban2

Rancangan awal nak bawa anak-anak pergi Kidzania ni dari cuti sekolah bulan Mei hari tu lagi. Tapi memandangkan masa tu kita tengah 'mabuk' awal mengandung maka ditundakan dulu rancangan tu. Kalau nak diikutkan masa bawa anak-anak ke Kidzania baru-baru ni pun kita tak larat sebab kandungan dah 7 bulan, tapi bila lagi nak bawa anak-anak pergi kan?

Jadi, seminggu sebelum pergi kita dah minta Sayang belikan tiket. Kalau waktu pergi tu baru nak beli tiket takut dah habis pulak.

Kami masuk untuk sesi pagi iaitu pada pukul 10. Tapi pukul 9.20 kami dah tercegat kat sana. Untuk sesi pagi bermula dari pukul 10 hingga 3 petang. Sesi petang pula bermula dari pukul 4 petang hingga 9 malam.





Anak-anak yang tak sabar nak masuk


Sebelum masuk, anak-anak diberikan cek berjumlah 50 Zos matawang yang digunakan di Kidzania dan hendaklah ditunaikan sebelum memulakan pekerjaan.


Mula-mula sekali anak-anak pilih nak jadi pilot. Gambar tak ada sebab ibu bapa tak boleh masuk bila anak-anak lakukan aktiviti. Sepanjang 5 jam kat sana ada la 6-7 pekerjaan sahaja yang sempat anak-anak lakukan. Setiap pekerjaan mengambil masa selama 15-20 minit. Itu belum kira nak beratur tunggu giliran lagi, sebab setiap sesi tu boleh memuatkan 4-8 orang kanak-kanak sahaja.

Orang punyalah ramai, almaklumlah cuti sekolah.

Pekerjaan kedua yang anak-anak lakukan. Pemprosesan di Makmal Vitagen
Masa di Makmal Vitagen ni setiap orang akan dapat sebotol air vitagen setelah habis pemprosesan dilakukan.


Doktor bedah


Ahli bomba


Masa dekat Kurlz Beauty Salon ni Adriana dah  beratur untuk jadi worker, tapi ubah fikiran pulak nak jadi customer untuk buat manicure.


Adriana tak sabar nak 'manicure'


Last sekali anak-anak jadi chef burger pulak. Dapat la kita rasa burger yang disediakan oleh anak-anak. Tambahan waktu tu pun masih lapar lagi walaupun dah makan. Makanan kat dalam tu memang mahal, tapi redha jer la......

Chef

Buat burger sendiri