Nuffnang Ads

Khamis, 23 Disember 2010

Abang Misai.....

Korang mesti tertanya-tanyakan, sapa la abang misai ni pada entry lepas....

Untuk pengetahuan korang, abang misai ni adalah suamiku....
Macam mana boleh dapat gelaran tu....jeng jeng jeng.......

Ok, kita story sikit kat korang ye....
Kita kenal abang misai ni masa kita tengah tunggu kemasukan untuk sambung degree ke IPTA setelah abis diploma dan adik kita pulak tengah tunggu result SPM. Kita dan adik kita dapat keje di tempat yang sama. Jadi senang la nak pegi keje, ada geng. Masa tu tengah boring duduk rumah & nak cari duit poket. Kami dapat keje kat Kilang Iwatsu (Taman Tuanku Ja'afar).

Kita sempat keje kat sana sebulan je, lepas tu dah masuk U semula, sambung degree...Seminggu dua keje kat sana tu adik kita  (Atih) kata ada sorang abang ni selalu pandang kita, abis tu kita tanya la sape.
Disebabkan kami baru je masuk keje kat sana, kami tak tahu nama abang tu. Atih pun explain la yg abang tu bermisai dan misai dia over sikit dari orang lain. Kita macam tak percaya je sbb Atih ni kadang2 suka pedajalkan kita sebab dia tahu kita memang x ada boy friend lagi. So, apa lagi mungkin ini la masanya dia nak kenen2kan kita.

Disebabkan kami masih tak tahu nama abang tu & x nak orang lain perasan yg kami tengah citer pasal abang tu, maka kami letak la nama abang tu sebagai Abang Misai...Nama tu masih kami gunakan sehinggalah kita kat U.

Atih keje kat sana lama sikit, jadi dia la yg pandai-padai kata kat abang misai tu yg kita kirim salam dan akhirnya disebabkan usaha atih jugak la kami berkahwin....

Tapi korang nak tahu, lepas kawin saja je tanya balik kat abang misai ni betul ke dia selalu curik pandang kat kita masa kita keje kat sana dulu, dia kata mana ada.....
Ni dah sah2 atih je yang memandai2.... tapi apa2 pun kita gembira & bahagia bersuamikan abang misai ni...

Jadi kalau lepas ni kita guna nama abang misai tu bermakna ia adalah suamiku....Ok x kalau guna nama abang misai ni? Ok kan je lah...


Ini lah gambar abang misai kita tu. Mungkin korang tengok misai dia ok je, tapi bagi kita waktu mula2 tengok dia kat kilang tempat kita keje tu misai dia memang yang paling menyerlah....hehehe


Tiada ulasan: