Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label Puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puasa. Papar semua catatan

Rabu, 5 September 2012

Boleh ke?

Wahh......lama betul blog kita ni tak berpenghuni. Rasanya macam rumah kosong jer.....Mood untuk menulis tu tak beberapa nak mari la. Mungkinkah anak dalam kandungan kita ni memang tak suka jadi penulis.....tetiba kaitkan sifat pemalas tu ada kaitan dengan kandungan......tak sesuaiiiii.............

Walaupun dah 3 minggu umat Islam menyambut raya tapi kita baru nak citer pasal puasa lagi.....boleh kan? Akak ko ni ketinggalan keretapi la.....maafkan jer la dia ye.....

Alhamdulillah....kita dapat puasa penuh tahun ni. Hooreyyyy.....tak perlu nak ganti puasa.....Hajat di hati nak la buat puasa 6, tapi tak mula-mula lagi nak buat puasa 6 tu. Rasa-rasanya macam tak tercapai jer hajat nak buat puasa 6 tahun ni.

Rekod betul tahun ni kerana kita tak pegi walau sekali pun ke 'param'. Tak kuasa kita nak bersesak-sesak kat param tu, lagipun bukan ada apa pun yang kita teringin kat param tu. Oh...lupa....ada la sekali tu kita teringin makan roti john untuk berbuka. Tak payah susah-susah nak ke param, minta Sayang jer tolong belikan.....

Bukan ada yang menarik pun kat param tu. Masa puasa tu Sayang ada jugak la beli kuih dan air, tapi tu la.....ada penjual yang nak cepat kaya, jual donat keras macam batu dan macam-macam la yang tidak memuaskan hati. Malas la nak citer, buat dosa kering jer.....(abih tu dosa basah macam mana ek?)

Ok la, setakat ni dulu mood kita untuk menulis. Kalau mood tu datang lagi kita akan terus menulis ye....

Jumaat, 3 Ogos 2012

Puasa kita

Dah masuk 2 minggu umat Islam berpuasa dan baru sekarang kita berpeluang untuk menulis dalam blog yang suam-suam kuku ni.......sedeyyy.......

Hari ni kita punya kekuatan untuk menulis kat blog ni setelah mc seminggu keje seminggu lepas tu mc lagi seminggu dan kerja balik, lepas tu keje sehari mc pulak esoknya. Pendek kata asyik mc jer la keje kita ni sampai dah naik menyampah kawan-kawan kat opis tengok kita (pandai-pandai jer kan kita buat andaian  di bulan yang mulia ni.....tak baik kan.....)

Pregnant kali ni banyak sikit dugaannya....Tapi setakat hari ni kita masih lagi dapat berpuasa penuh walau pun muntah (muntah yang bukan disengajakan ye). Pagi tadi pun muntah lagi. 

Almaklumlah....pregnant bila umur dah meningkat ni macam-macam hal pulak berlaku...macam la dah tua sangat ko tu Hilda ooiiii....(sebenarnya orang lain pregnant umur 40an pun ok jer....)

Setelah 2 kali keguguran sebelum ni, kita lebih berhati-hati. Tak nak la degil macam dulu walaupun hakikatnya masih degil...huhuhu...Bukan apa, pregnant sebelum ni kalau tak larat pun kita masih buat jugak kerja, selagi terdaya buat jugak sebab takut orang mengata yang kita ni mengada-ngada.

Seboleh-bolehnya tak nak banyak sangat mc ketika mengandung. Tu pasal la masa mengandung sebelum ni bila demam pun masih kuat pergi kerja, dan akhirnya diri sendiri yang merana keguguran. Orang lain tak nampak semua tu.

Kali ni kita dah tak kisah apa pun orang nak cakap sebab bukan dia orang yang tanggung semua tu. Nasib baik la family kita memahami, terutama Sayang kita tu. Terima kasih ye Sayang di atas kesabaran melayan kerenah kita yang macam-macam ni... :)

Pregnant kali ni bila balik jer kampung kita akan diberi pengecualian dari buat sebarang kerja. Akak ko rasa macam 'mem' besar pulak bila hanya memandang dari jauh adik-beradik bertungkus lumus di dapur dan akak ko ni berseronok main game kat handphone.......hahaha.....akak sukeeeeeeeeee....

Esok kami adik-beradik akan menyambut birthday mak di kampung. Pembahagian tugas untuk memasak pun dah diagih-agihkan. Memang la kita ditugaskan untuk memasak ikan siakap sweet sour sebanyak 5 ekor macam tu, tapi adik-adik kesayangan kita dah berjanji akan menggantikan tugas kita tu kerana kesiankan kakak kesayangan dia orang ni......love you la my adik-adik........

Jumaat, 26 Ogos 2011

Turun ke naik?

Mesti korang tertanya-tanyakan apa yang turun apa yang naik? Kita bukan citer pasal saham ek. Kita memang tak pandai pasal tu dan buat masa sekarang kita memang tak tahu menahu pasal saham ni. Amanah Saham Bumiputra (ASB) kita tahu la, itu pun tau nak masuk dan keluarka duit jer.....hua hua hua....

Sekarang ni kita nak citer pasal berat badan. Berat badan korang turun ke naik dalam bulan puasa ni? Kalau turun atau naik tu berapa kg, banyak tak?

Kita aim nak turun 4-5 kg (tak hengat......) tapi makan macam biasa, bersenam pun tak, tidur tak ingat dunia. Abis macam mana nak turun banyak.

Awal minggu ari tu kita cuba la pergi timbang. Korang rasa berat kita turun ke naik? Ceteka ceteka......Wahhhh......laju jer korang kata berat kita naik ye tak? Sentap hati akak ko ni tau.......Tahu la kita ni pencinta makanan, tapi tak la bulan puasa pun naik berat badan.....

Kita turun 2 kg macam tu.....walaupun sikit, kita tetap puas hati......Sekurang-kurangnya turun jugak.....Ingatkan bila tak banyak makan akan turun banyak, tapi tak dapat  jugak.....

Takpe la....akan diusahakan lagi.....

Khamis, 25 Ogos 2011

Malas atau memang pemalas

Dah hujung-hujung puasa ni serba serbi rasa malas. Malas nak pergi kerja, malas nak masak dan boleh dikatakan semuanya malas la.....

Adakah kita ni pemalas? Owhhhh...no no no no......akak ko ni bukan la dalam kategori pemalas ye.....tolong sikit.....Cuma dah dekat nak raya ni (salah kan raya la pulak.....) perasaan malas tu menguasai diri....

Kalau ikutkan hati dah tak nak pergi kerja dah....Tapi sayang pulak abiskan cuti macam tu jer....Pergi jugak la kerja....Dalam hati memberontak tak nak buat kerja yang tak beberapa nak ada tu.....hehehe....

Masak pulak, kita dah tak kuasa nak masuk dapur rasanya. Barang-barang untuk dimasak pun dah tak berapa nak ada. Kiranya bulan puasa ni kita cipta rekod la sebab boleh dikatakan setiap hari kita masak. See, sapa kata kita ni pemalas?

Kalau bulan-bulan lain tu seminggu 3-4 hari jer masak yang lain makan kat luar atau tapau lauk....Tu la agaknya kita rasa macam dah tak kuasa nak masak.....


Selasa, 23 Ogos 2011

Kali kedua

Lupa pulak nak masukkan citer ni kat entry sebelum ni......Sebenarnya saje buat-buat lupa sebab nak buat banyak entry....hahahaha....kes mood nak menulis sudah kembali.....rajin terlebih...

Semalam mak, abah dan adik kita Elly (adik lelaki tau, nama jer macam perempuan) berbuka kat rumah kita. Punyalah kelam kabut bila nak masak untuk jamu orang (walaupun tak ramai) bila hari berkerja ni.

Kita masak sweet sour ikan siakap dan kerapu, tom yam campur dan mee goreng. Punyalah gigih kakak ko ni masak....Masak sweet sour ni adalah kali kedua seumur hidup dan di bulan puasa ni. Saje nak tunjuk skill kat mak dan abah...ecececehhhh....(tak habis-habis nak menunjuk ye tak?)

Kita rasa mak, abah dan Elly suka kot dengan masakan kita (perasan.....). Kalau mereka datang berbuka pada hari cuti kita akan masak lebih special, ni datang time hari bekerja maka payah la sikit nak masak macam-macam.....Akak ko ni sampai rumah jer dah pukul 6 lebih, jadi cuba khabar kat akak ko ni macam mana nak masak macam-macam....

Tahun ni kami tak berpeluang nak berbuka kat rumah adik-beradik sebab masing-masing sebuk. Rindu pulak nak berbuka kat rumah adik-beradik ni......Takpe, tahun depan kena plan betul-betul supaya masing-masing berpeluang untuk jamu adik-beradik berbuka kat rumah mereka. Tahun ni cuma mak dan abah jer pergi berbuka kat rumah anak-anak.....

Gambar tak sempat nak snap sebab akak ko ni rasa nak pengsan dah bila time berbuka tu...hehehe....

Belum lagi....

Hari ni dah 23 hari kita semua berpuasa. Alhamdulillah....harap-harap kita semua dapat berpuasa dengan jayanya sehingga akhir ramadhan.

Korang dah berbuka kat kampung lum (berbuka kat rumah mak abah korang)? Dah hujung-hujung puasa ni kita masih lagi tak berpeluang berbuka kat rumah mak dan abah, kesian kan? Rumah mak mertua memang la kita dah berbuka, tapi rumah mak abah sendiri belum lagi.....

Takpe.....minggu ni kita akan berbuka kat kampung dan terus sampai hari raya. Kali ni lagi best sebab semua adik beradik balik kat rumah mak. Berbuka ramai-ramai....mesti meriah....Bayangkan mak abah kita akan berbuka bersama 8 orang anak, 6 orang menantu dan 14 orang cucu......very the kebabommmmm rumah mak abah kita nanti.....

Tak sabarnya nak balik kampung. Mood raya sudah menguasai diri.....buat kerja pun macam ala ala jer sekarang ni.....

Rabu, 17 Ogos 2011

Biasa biasa jer

Malam tadi kita berbuka kat luar. Dah booking dari minggu lepas lagi. Setakat hari ni dah 2 kali kita berbuka kat luar secara buffet.

Kita memang dah lama nak makan kat Restoran Sri Aden kat Warisan puteri tu, tapi asyik tak kesampaian jer. Ramai orang kata makanan dan suasana kat sana best. Tu yang menggila nak pergi makan kat sana tu.

Buffet kat sana untuk dewasa adalah RM12 dan kanak-kanak 6 tahun ke atas RM6, memang murah. Itu jer pun yang kita mampu. Nak makan kat hotel bayar mahal-mahal memang akak ko ni tak mampu. Lagipun banyak mana la sangat kita boleh makan bila puasa ni. Tak nak la membazir.

Apa yang boleh kita katakan (pandangan kita la) makanan kat sana tak la sehebat mana. Mungkin korang kata bayar murah sebab tu makanannya macam tu.

Sebelum ni kita ada makan secara buffet jugak untuk berbuka puasa iaitu kat restoran nasi briani (tak ingat pulak nama restorant tu), tapi lokasinya kat Jalan Pantai sana berhadapan stesen minyak petronas dan car wash (yang guna mesin tu). Bayaran nya ialah RM15 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak.

Kita rasa makan kat sana lagi berbaloi dan banyak pilihan berbanding kat Restoran Sri Aden tu. Apa yang kita tak puas hati kat Restoran Sri Aden tu ialah pihak restoran tu yang sukatkan lauk untuk kita (macam kat rumah kenduri la pulak) dah tu siap sound kat pelanggan supaya ambil lauk seketul jer (contoh ayam). Dah la kurma takde, buah pun takde, keluarkan lauk pun sikit-sikit.

Beratur panjang-panjang, bila tiba giliran kita nak ambik lauk dah abis pulak. Tak sesuai la macam tu. Kalau dah kata nak buat buffet, hidangkanlah semua lauk tu.....

Entahlah....ni adalah luahan hati kita sebab ia diluar gambaran kita.

Isnin, 15 Ogos 2011

Berbuka di kampung

Hari Sabtu kami sekeluarga balik ke kampung Sayang di Kg. Bemban, Senaling (Kuala Pilah). Sebenarnya biras-biras kita dah roger untuk balik sama-sama.

Baru la meriah kalau balik ramai-ramai ni. Masak, bersahur, berbuka dan segalanya lah bersama-sama. Takde la nanti mati kutu sesorang.

Hari Sabtu tu Kak Ngah bawak nasi tomato, rendang daging dan Kak Ee bawak nasi tomato dan puding karamel, kita dan Kak Nani pulak hanya bawak buah tembikai dan hasil dari param. Ok la tu dari balik berlenggang kan?

Sebelum berbuka

Gambar goyang sebab kita dah lapar sangat..hehehe

Seronok bila dapat berbuka ramai-ramai ni. Ini baru separuh ahli keluarga Sayang yang balik. Kalau semuanya balik lagi penuh la rumah ni.


Khamis, 11 Ogos 2011

Supermak : Masih gigih

Alhamdulillah......hari ni dah hari ke 11 kita berpuasa.....harap-harap penuh la puasa kita tahun ni (kes malas nak ganti puasa).

Bulan puasa ni korang macam mana, masak tak untuk juadah berbuka puasa atau beli jer? Setakat semalam kita masih gigih lagi memasak untuk juadah berbuka. Cuma hari Sabtu tu jer kita tak masak sebab pergi Shah Alam melawat adik ipar yang baru lepas bersalin. Tak sempat ngko nak masak, sampai rumah dah petang sangat. Kalau balik awal, masak jugak tu.....hehehe (ayat tak boleh blah)

Walaupun masak simple jer, tapi masih memasak. Gigih kakak ko ni memasak tau walaupun tempat kerja jauh dari rumah.

Sampai-sampai jer rumah terus singsing lengan baju untuk memasak. Kira-kiranya macam 'supermak' la katakan.....hehehe....terpengaruh dengan citer 'Supermak', korang layan tak citer tu?

Tu jer nak story kat korang pasal 'Supermak ' yang cute ni.......(cute kah?). Layan kan jer......hahaha...

Kenapa muka korang mencebik tu, tak baik tau bulan-bulan puasa ni buat muka macam tu....nanti muka cepat tua....

Isnin, 8 Ogos 2011

Macam pelik jer...

Adalah menjadi sesuatu yang amat pelik bila kita tak mintak macam-macam untuk berbuka puasa kali ni. Bukan korang jer pelik, kita pun pelik kenapalah kita tak terasa nak makan itu atau ini.

Selalunya jangan kan bulan puasa, bulan yang tak puasa pun ada jer benda yang kita teringin nak makan. Kali ni kita makan apa yang ada jer. Takde la mintak Sayang belikan apa-apa kat pasar ramadhan tu.

Korang jangan tak tahu dah 8 hari berpuasa ni kita belum ada lagi pergi pasar ramadhan tau. Kenapa jadi macam tu ek?

Tahun-tahun yang lepas, macam-macam yang kita nak makan masa nak berbuka tu, nasi briani, pizza, ais krim, air tembikai dan macam-macam la.

Korang macam mana pulak? Ke lagi heeeebbaattttt dari kita? Tapi kita bersyukur sesangat sebab kurang selera ni, sekurang-kurangnya kurus la sikit masa raya nanti.....hehehe....