Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Oktober 2011

Penat masih tak hilang

Over pulak tajuk entry kali ni....Kita baru jer seminggu balik dari kursus 'Team Building' kat Puteri Resort Ayer Keroh, Melaka. Team Building ni dihadiri oleh seramai 48 orang kakitangan Bahagian ABBC dari pelbagai peringkat jawatan.

Kita pergi sana drive sesorang. Sebenarnya bas disediakan untuk ke sana, tapi kalau nak naik bas kena pergi Bangi pulak dulu. So, drive jer la.....nak balik pun senang kan?

Kursus adalah selama 3 hari 2 malam. Jadual adalah sangat padat. Hari pertama pun xtvt habis pukul 12+++am.

Hari kedua tu kita dah mula demam. Demam-demam pun masih boleh main paintball. Tapi seronok sangat pergi kursus kali ni sebab penceramahnya tersangat la....kelakarnya.....Asyik gelak jer sepanjang kursus.....Sampai lenguh tulang pipi nak gelak....Nasib baik tulang pipi kita tak cramp...huhuhu....

Hari ketiga kita masih demam. Badan orang yang jarang bersenam memang macam tu. Lari jer sikit jadual dari kebiasaan atau terlebih jer penggunaan tenaga sikit, mula la tak dapat nak sesuaikan diri....lalu demam.....

Korang layankan jer la gambar-gambar kita kat sana. Tapi gambar masa main paintball tak adoooo sebab kita tak larat dah nak bergambar-gambar ni....badan tak sihat......


Xtvt : Corporate War Games (letak benda yang hitam tu sikit-sikit jer kat muka....bajet muka comel....hehehe)


Masa nak balik ke bilik sempat lagi bergambar padahal dah pukul 12+++am



Dr. Fairus dan Dr. Leow yang tak puas bertempur kot.....

Ni la bilik kita masa kursus tu

Bersama Ayu, room-mate sepanjang kursus (nape pulak terbuntang mata kita tu?)

Ahli kumpulan kita (10 orang) bersama penceramah dan urusetia

Apa ntah nama xtvt ni. Tapi kumpulan kami menang.

Bergambar bersama penceramah

Xtvt : The Last samurai (setiap orang kena cari 1 nama jepun untuk diri sendiri)

Kumpulan kami adalah juara keseluruhan dalam kursus tu (tapi hadiah semua sama jer)

Ahad, 10 Julai 2011

Part 2 : Molecular Biology

Ok, hari ni kita dah dapat upload gambar, tapi punyalah lama nak upload gambar-gambar ni.

Masih tak abis lagi citer pasal kursus ni.

Ni la rupanya tempat kursus kita sepanjang 3 hari tu. Kita duduk sebelah Kak Ijun (yang ada botol air warna kuning tu la tempat duduk kita)

Bersama Kak Ijun buat lab work.

Bersama Shikin, Dr. Ali dan Ms. Lu di dalam lab.

Sepanjang 3 hari berkursus tu makan tengahari kami adalah di The Summit. Hari pertama kami makan di restoran The Black Canyon Coffee. Hari kedua pula kat Little Taiwan dan hari ketiga kami makan di Sawasde Thai Kitchen & Cafe. Memandangkan kita hanya bawa camera pada hari ketiga, jadi gambar-gambar untuk hari pertama dan kedua adalah tidak ada.

Untuk minum pagi dan minum petang, kami makan kat tea room jer.


Tisu restoran

Bergambar sementara menunggu makanan sampai kat restoran Sawasde
Masa makanan sampai segan pulak nak ambil gambar. Makanya tiadalah kenangan bersama makanan-makanan itu...


Penyampaian sijil oleh Ms. Joyce George (Director of Customer Support Asia Pacific)

Baju ni adalah sourvenier dari Eppendorf.
Sekian, terima kasih.

Molecular Biology

Rindunya untuk menulis.......Dah lama sangat rasanya tak bukak blog ni. Tak sabar-sabar rasanya nak menulis. Banyak sangat rasanya benda yang nak diceritakan.

Tapi tengok la macam mana nanti samada nak asingkan entry atau terus rangkumkan dalam satu entry saja.

Kita adalah tak kesempatan melampau sepanjang minggu ni. Keluar rumah seperti hari-hari biasa cuma waktu balik adalah agak lewat dari kebiasaan. Ini semua adalah kerana kursus 'Molecular Biology' yang diadakan di Menara Hitech Village di USJ, Subang Jaya.

Kursus adalah bermula pukul 9am dan habis pukul 6pm. Waktu kursus adalah sangat pack. Itu pun hari pertama kursus balik lewat (pukul 6++++).

Kalau dari sana pukul 6+++ maknanya sampai rumah adalah pukul 7+++. Sepanjang minggu ni kita adalah cuti dari memasak untuk makan malam sebab badan adalah sangat tidak bermaya.

Kursus ni cuma dihadiri oleh 4 peserta jer. Kursus ni tak boleh ramai sangat peserta sebab dia ada banyak lab work.

Peserta adalah 3 perempuan dari Malaysia dan seorang lelaki dari Iraq. Peserta dari Iraq tu dah ada PHD, segan pulak rasanya sebab kita cuma ada degree jer.

Walauapapun kursus tu memang banyak membantu kita. Walaupun kat universiti dulu dah belajaar benda-benda ni, tapi tak berapa nak faham sangat.

Sorry, gambar tak dapat nak upload, tak tahu apa masalah dia. Mungkin merajuk agaknya dah lama tak menulis (boleh ke bagi alasan macam tu?).

Isnin, 4 Julai 2011

Passing baton

Sayang kita baru jer balik dari berkursus kan, esok sampai Khamis kita pulak akan berkursus tentang 'Molecular Biology'. Bukan ke tu macam passing baton jer?

Bergilir-gilir kami pergi kursus. Tapi nasib baik kursus kita ni tak memerlukan kita bermalam di sana. Kursus kita adalah di USJ, Subang Jaya sana.

Kalau kena bermalam, kesian kat anak-anak sebab selalu kena tinggal. Tapi kursus tu sampai pukul 6pm. Makanya lewat jugak la kita sampai rumah nanti. Tak boleh la macam selalu, pukul 6 dah sampai rumah.

Takpe....3 hari jer.....

Selasa, 28 Jun 2011

Sentimental la pulak.....

Balik dari klinik semalam kita terus jemput anak-anak dari sekolah. Tapi kita sampai lewat sikit sebab ada kemalangan otw nak balik tu.

Sampai jer dalam rumah, terus masuk bilik. Sekali terpandang pulak kain sembahyang Sayang kat atas katil. Tetiba syahdu pulak teringatkan Sayang. Sentimental betul kita kali ni.

Bukan apa, sebelum ni Sayang tak pernah pergi kursus lama-lama dan jauh-jauh. Selalunya kita jer yang pergi kursus.

Psychology kot......Bila minda dah set dia pergi kursus lama dan jauh tu yang rasa sentimental sangat padahal baru jer Sayang pergi dan selalu jer dia call dan SMS. Ngengada betul ko ni ye Hilda.....

Nak buat macam mana, muka jer brutal tapi dalam hati ada taman.......


Gambar sehari sebelum Sayang pergi kursus

Isnin, 30 Mei 2011

Lagi tentang kursus

Kali ni kita hanya nak tunjukkan gambar-gambar sepanjang kursus jer....

Apartment 3 bilik. Kat sini la kita tinggal selama 3 hari.

Cantik warna apartment ni

Geng kursus.

Salah satu aktiviti dalam kursus ni. Bina replika kapal terbang yang boleh terbang paling jauh dan mengikut kehendak pembeli.

Majlis penyampaian sijil

Wakil group kita menerima hadiah. Group kita dapat no. 1 dalam aktiviti yang dijalankan.

Member of group bersama replika kapalterbang dan hadiah yang dimenangi.

Hari terakhir baru berpeluang nak ambik gambar makanan


A-Z about kursus

Korang mesti tertanya-tanyakan, kursus apa la yang kita hadiri sampai entrynya berlambak-lambak. Dari dapat surat diarahkan pergi kursus sampailah dah abis kursus, asyik sangat la kita ni bercerita pasal kursus ni.

Mesti korang ingat kita ni jarang pergi kursus kan? (memang pun....) Kalau boleh kita tak nak la pergi kursus yang tak berkaitan sangat dengan bidang kerja kita ni.

Kursus yang kita hadiri baru-baru ni adalah "KURSUS TEKNIK KOMUNIKASI BERKESAN". Tahun lepas pulak "KURSUS KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI". Agak-agaknya la pihak pengurusan ingat kita ni masih lemah dalam berkomunikasi kot.....ataupun main letak jer nama untuk hantar pergi kursus.

Walauapapun kursus tu memang bagus, cuma kita nak apply atau tidak jer....... Dalam kursus tu kita dapat tahu dengan detail kita ni dari style komunikasi yang mana berdasarkan personaliti diri.

Terdapat 4 jenis personaliti :
1) Sanguine (Popular)
    The extrovert, The talker, The Optimist
    Sesuai jadi Presenter

2) Melancholy (Perfect)
    The introvert, The thinker, The pessimist
    Sesuai jadi Strategist

3) Choleric (Powerful)
    The extrovert, The doer, The Optimist
    Sesuai jadi Director

4) Phlegmatic (Peaceful)
     The introvert, The watcher, The pessimist
     Sesuai jadi Mediator

Korang rasakan, kita ni dari kategori personaliti yang mana? Ceteka ceteka......

Ok la dah panjang berjela entry ni....kita rasa ada lagi citer pasal kursus ni....korang tunggu ye.....

Rabu, 25 Mei 2011

Semangat berkobar di hari pertama

Selesai sudah kursus untuk hari pertama. Untuk hari pertama ni semangat berkursus adalah berkobar-kobar, tapi tak tahu lagi untuk esok dan lusa. Harap-harap semangatnya (energy level) sama atau bertambah lagi, janganlah berkurang......

Mata kita tak pejam-pejam tengok penceramah. Bukan la kita ni menggedik tapi semangat nak kan ilmu dia tu.....Penceramah tu tak la hensem untuk kita tenung dia sampai tak berkelip biji mata, Sayang kita jauh lebih hensem tau....Tetiba rindu pulak kat Sayang dan anak-anak padahal baru berapa jam je tak jumpa.....

Ok la....perut dah kenyang, mata pun dah ngantuk, kita nak tidur dulu. Gambar belum ada sebab terlalu asyik dengar talk sampai takde masa nak ambik gambar.

Sebelum tu nak ucap "Selamat malam Sayang dan anak-anak......Tidur mimpikan kita @ ibu ye...muuuuaaahhhh" (hanya untuk Sayang dan anak-anak kita jer tau....)

Udah sampeiii

Ok, kita telah selamat sampai ke Ancasa Allsuite & Spa (tempat kursus). Sampai dalam pukul 12pm tadi.

Sesampai jer kat sini terus register dan mamammmmm. after mamam, iron baju yg nak pakai dan terus golek2....Penat tau drive......(perjalanan 1/2 jam pun penat ker? selalu travel hari-hari pergi opis 1 jam ok jer.....)

Whatever......best pulak golek-golek atas katil ni.....Sesape yang tengah bekerja tu, teruskanlah kerja anda.....

Bye....

Nak pergi dah....

Hai....kita tengah bersiap-siap ni nak pergi kursus. Mesti ada kat sana dalam pukul 12.30pm dan kursus start dalam pukul 2pm - 3pm.

Kita nak keluar awal sikit sebab nak pergi hantar kereta untuk dicuci. Dah macam apa ntah rupe kete kita ni. Maklumla..... dah 3 minggu tak pergi hantar cuci sebab asyik hujan jer.

Ok....bye....

Selasa, 24 Mei 2011

Sape suruh melenting tak tentu pasal

Hahaha....gelak untuk diri sendiri dulu.....

Hari tu kan kita buat bising kat belog ni pasal kena pergi kursus yang sama macam tahun lepas. Korang nak tahu hal yang sebenarnya?

Hahaha....gelak lagi untuk diri sendiri......Sebenarnya nama kursus tu seakan-akan sama. Tu pasal bila tengok arahan kita kena berkursus kita terus memekak....

Lepas beberapa hari dapat surat tu kita sesaje la check senarai kursus yang telah kita hadiri tahun lepas, baru la kita perasan yang kursus kita nak pergi ni adalah sambungan kursus yang kita hadiri tahun lepas.....

Moralnya lain kali jangan cepat melatah. Kalau tak, jadi la macam kita, malu sendiri.......