Nuffnang Ads

Jumaat, 15 Februari 2013

Permata Hati Ke 3

Hai.....dah lebih sebulan tak menulis kat blog ni, rindu rasanya. Perasaan nak menulis tu memang membuak-buak tapi tak berkesempatan (ok ke ayat macam tu?)

Alhamdulillah....kita telah selamat melahirkan seorang anak perempuan dengan berat 3.9kg pada 10 Januari 2013 bersamaan hari Khamis pada pukul 8.51 pagi secara cesarean (ambik ko.....detail kita bagitahu). Untuk makluman semua kali ini merupakan kali ketiga kita bersalin secara cesar. So, harap korang sedia maklum bahawa kalau dah 2 kali bersalin secara cesar sebelum ni maka yang ketiga pasti akan cesar jugak ye kawan-kawan.

Kita memilih untuk bersalin di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ). Kalau ikutkan hati nak jugak bersalin kat hospital swasta, tapi memandangkan sejarah kita bersalinkan 2 anak sebelum ni ada masalah dan kandungan kali ini pun ada masalah di awal kandungan serta doktor pula berat menyuruh kita bersalin di hospital kerajaan, maka kita ikutkan jugak. Tak nak la ambil risiko.....

Doktor nasihatkan kita untuk bersalin pada minggu ke 37 kandungan. Maka kita telah diberi pilihan untuk memilih tarikh untuk bersalin. Hajat dihati nak pilih tarikh 13.01.13, kebetulan tarikh tu jatuh pada hari Ahad pulak. FYI, kat HTJ ni dia tak buat kes cesar yang telah dirancang pada hari cuti. Kalau kes kecemasan tu boleh la....

Kita masuk ke hospital sehari awal sebelum cesar. Kali ni debaran nak bersalin tu lain macam sikit, takutnya terlebih. 

Mungkin dah lama tak bersalin kot membuatkan perasaan takut tu berlebihan. Ye la....Adriana dah darjah 2 baru kita nak bersalin semula....

Selepas bersalin kita dapat tengok anak kita sekejap jer sebab dia ada masalah pernafasan, jangkitan kuman dan beberapa masalah lain dan terpaksa dimasukkan ke wad NICU. Selama 9 hari jugak la anak kita kat NICU dan SCN untuk pemantauan. Sedih tu memang la sedih tengok anak kita dimasukkan macam-macam tiub kat hidung, mulut, pusat dan kaki. Tapi semua tu untuk kebaikan.

Sekarang usia anak kita dah 37 hari. Eh.....lupa pulak nak bagitahu nama permata hati kita ni. Kelakar pulak bila fikirkan pasal nama permata hati kita ni sebab kita dan sayang siap cabut undi lagi nak pilih nama apa. Kita ada 3 pilihan nama dan tiga-tiga tu pun ok, semua ada makna cuma panjang dan pendek jer jadi masalah.

Pilihan 1 : Nur Adelia Binti Abdul Mutalib
Pilihan 2 : Nur Adra Adelia Binti Abdul Mutalib
Pilihan 3 : Adra Adelia Binti Abdul Mutalib

Korang rasa kita dan sayang pilih yang mana? 

Setelah cabutan undi dibuat kami memilih Pilihan 1 iaitu Nur Adelia Binti Abdul Mutalib. 

Ini lah dia permata hati ke tiga kita dan Sayang

Nur Adelia @ day 8
Nur Adelia @ day 11
Nur Adelia @ day 13
Nur Adelia with ayah @ Hospital SALAM teman ibu check-up
Harith dan Adriana kemain sayang sangat kat adik mereka ni. Setiap kali balik sekolah mesti cari adik dia dulu. Kalau tak nampak adik dia masa masuk pintu tu mula la tanya tak sudah-sudah adik dia orang ni kat mana.

Setiap masa pun kalau boleh nak cium adik. Sampai rimas adiknya kene cium dekat abang dan kakak. Harith siap nak tumbuk sesiapa yang kata nak ambik adik dia. Ada lagi kisah kelakar budak-budak ni, tapi lain kali la kita cerita ye.

Nur Adelia with abang
Nur Adelia @ day 20
Nur Adelia @ day 25


7 ulasan:

Ctot berkata...

Tembamnya Da...besar mcm ank Ct yg sulung lahir 3.89kg...skrg dh kurus.

Hilda berkata...

Anak kita yg sulung pun lahir besar jugak, 4.2kg tapi bila dah besar jadi kurus pulak...

Lynn berkata...

As salam..

Angah..Tahniah..wah dah bersalin ye..Sungguh lynn tak tahu..Hehe..
Al maklum..segalanya dah jadi jarak...Tahniah...lynn rasa abg pun mesti tak tahu.comel sangat..suke dengan nama tu...kiss tuk baby yang bam bam tu ye...muah..

Hilda berkata...

Terima kasih lynn...tu la...payah nk jumpa kan?sethn sekali pun belum tentu....takpe, kalau balik kg rojer2 la...

Iza berkata...

salam,, nak tya skitla..ari tu bersalin kat HTJ, kat building lama ker kat klinik bersalin yang baru tu?

Hilda berkata...

Waalaikumsalam...Masih di building lama...tak tau bila nak pindah...nape ye...Iza nak bersalin kat HTJ jugak ke?

Kenari Putih berkata...

terima kasih berkongsi pengalaman, sy pon akan bersalin ceasar utk kali ketiga. skrg masih blm decide lagi nak bersalin di private or di kerajaan. takut juga kalau bil melambong kalau bersalin di private,p :p