Nuffnang Ads

Khamis, 15 Disember 2011

Dah complete

Alhamdulillah.....rasa-rasanya semuanya dah complete setakat ni. Kita dah shopping untuk kelengkapan sekolah anak-anak 2 minggu lepas.

Sengaja shopping awal-awal bagi mengelakkan sesak dan saiz baju dan kasut dah habis. Bila shopping lewat selalunya mesti susah nak cari saiz.

Tahun depan dua-dua anak kita dah masuk sekolah (sekolah kebangsaan). Harith darjah 2 dan Adriana pulak darjah 1. Bertambah lagi la rutin 'ayahnya' nak menyental baju dan kasut sekolah anak-anak.....hahaha......Please ye Sayang.......tangan kita tak kuat la nak menyental baju dan kasut anak-anak.....

Untuk tahun depan kita hanya belikan 3 pasang baju sekolah dan sepasang kasut untuk Harith sebab baju sekolah tahun ni boleh pakai lagi. Beg dan kasut sekolah pun masih baru lagi (bulan September hari tu beli), jadi jangan nak membazir......Jenama Canggih dan Dek Kelas adalah pilihan kita untuk Harith kali ni. Baju untuk darjah 1 ari tu macam-macam jenama ada seperti Kiko Primary, Canggih & School .

Pakaian sekolah Harith


Untuk Adriana pulak kita beli 5 pasang baju kurung, 2 pasang kasut, 1 beg sekolah & tudung. Payah betul nak cari saiz baju untuk Adriana ni sebab badan dia kecik. Tapi nasib baik  jumpa jugak . Kita beli jenama School dan Dek Kelas, itu pun lengan dia labuh. Kena hantar kedai untuk potong. Jenama Canggih, saiz yang paling kecil adalah 12 tapi saiz tu adalah besar bagi Adriana.

Pakaian sekolah Adriana

Pakaian sekolah Harith dan Adriana (termasuk stokin, anak tudung dan baju dalam)

Alat tulis pun kita dah siap beli. Sekarang ni cuma tinggal nak bayar yuran persekolahan jer.....

Budak sekolah rendah ni tak pandai lagi guna gam cecair, nanti comot buku dia orang, jadi kita belikan gam stick





 
 

3 ulasan:

Lynn berkata...

Angah..lyn tak belikan apa-apa untuk zahin pun lagi.dia kat Pilah susah nak belikan barang takut dia nak pilih sendiri.Lagipun takde experience tuk beli barang sekolah.Tak reti nak mulakan dari mana.Tambah2 duduk jauh bila jumpa sekejap tak sempat nak shopping...anyway..at least ada idea bila tengok barang harith ngan adriana..

Tanpa Nama berkata...

jenama dek kelas tu bagus.. pnh beli kat tesco ampang dulu.. lagi nak dptkan kat mn ya? -anis

Hilda berkata...

Setahu kita, kat semua pasaraya The Store ada jual brand Dek Kelas ni. Kualiti dia memang ok....