Nuffnang Ads

Rabu, 5 September 2012

Boleh ke?

Wahh......lama betul blog kita ni tak berpenghuni. Rasanya macam rumah kosong jer.....Mood untuk menulis tu tak beberapa nak mari la. Mungkinkah anak dalam kandungan kita ni memang tak suka jadi penulis.....tetiba kaitkan sifat pemalas tu ada kaitan dengan kandungan......tak sesuaiiiii.............

Walaupun dah 3 minggu umat Islam menyambut raya tapi kita baru nak citer pasal puasa lagi.....boleh kan? Akak ko ni ketinggalan keretapi la.....maafkan jer la dia ye.....

Alhamdulillah....kita dapat puasa penuh tahun ni. Hooreyyyy.....tak perlu nak ganti puasa.....Hajat di hati nak la buat puasa 6, tapi tak mula-mula lagi nak buat puasa 6 tu. Rasa-rasanya macam tak tercapai jer hajat nak buat puasa 6 tahun ni.

Rekod betul tahun ni kerana kita tak pegi walau sekali pun ke 'param'. Tak kuasa kita nak bersesak-sesak kat param tu, lagipun bukan ada apa pun yang kita teringin kat param tu. Oh...lupa....ada la sekali tu kita teringin makan roti john untuk berbuka. Tak payah susah-susah nak ke param, minta Sayang jer tolong belikan.....

Bukan ada yang menarik pun kat param tu. Masa puasa tu Sayang ada jugak la beli kuih dan air, tapi tu la.....ada penjual yang nak cepat kaya, jual donat keras macam batu dan macam-macam la yang tidak memuaskan hati. Malas la nak citer, buat dosa kering jer.....(abih tu dosa basah macam mana ek?)

Ok la, setakat ni dulu mood kita untuk menulis. Kalau mood tu datang lagi kita akan terus menulis ye....

Tiada ulasan: