Nuffnang Ads

Khamis, 4 Ogos 2011

Cobaan pertama

Hari ni kita nak cuba masak juadah berbuka puasa yang mana sebelum-sebelum ni kita tak pernah cuba. Tak kira la waktu puasa ataupun tak.

Sepatutnya kalau nak cuba masak buat la masa hari-hari biasa kan, ni masa puasa ni pulak la terhegeh-hegeh nak mencuba ye. Nanti rasa tak sedap baru padan dengan muka kita...huhuhu.....

Apa-apa pun, harap-harapnya menjadi. Kalau jadi masakan kita tu nanti kita buat entry esok. Kalau tak ada entry pasal juadah berbuka puasa kita untuk hari ni, korang paham-paham saje sudahla......

Patut bengang tak?

Rasa nak marah ada, bengang, sedih dan macam-macam lagi rasa la. Tapi semua rasa ni nak tujukan pada siapa ye?

Semua rasa ni adalah pasal kain pasang (kain ela) untuk buat baju raya. Kita dah hantar tempah untuk baju raya dan baju pakai ke opis dari bulan 6 lagi.

Kita jarang sebenarnya tempah baju ni. Selalunya kalau nak tempah hanya bila nak raya jer. Takde la macam korang, tiap-tiap bulan tempah baju.....khheeelassss korang....

Kali ni kita hantar kain untuk dibuat baju kurung sebanyak 7 pasang. Almaklumlah dah lama tak tempah baju. Minggu lepas tailor tu telefon kata ada satu kain yang kita hantar tu koyak kat bahagian tepi dan jurujual tu mungkin gunting kain tu senget dan dia memang tak boleh nak buatkan kita baju kurung untuk kain tu.

Kita beli semua kain tu kat Casa Moda, macam mana pulak jurujual tu boleh terpotong senget pulak kain yang satu ni?

Adalah rasa terkilan jugak sebab dah kurang satu baju kurung kita. Abis tu, kain tu nak buat apa ye? Haiiiiiii.....macam-macam hal betul la......

Sedih di atas kegembiraan orang

Boleh ke macam tu? Kejam sangat bunyinya kan? Tapi itulah realitinya...Sebenarnya bukan sedih jer, gembira pun ada jugak.

Kita rasa sedih bila ada sorang staff ni nak berhenti sebab dapat kerja tetap (kerajaan). Kat sini dia post kontrak. Mesti la dia nak berhenti kerja kat sini, dah tentu kat sana post tetap yang mana akan menjamin masa depan dia. Tambahan pulak tempat kerja dia tu hanya 20 min jer perjalanan dari rumah mak dia kat Penang sana.

Kita sedih bukan apa, dah ramai sangat staff kontrak keluar masuk bawah bos kita yang sorang ni. Kita jer yang setia di sini. 9 tahun tu kita setia bekerja di sini tau. Bagi kita 9 tahun di sesuatu tempat adalah tempoh yang agak lama.

Tapi kerja research mana boleh tukar-tukar ye tak? Kecuali tukar agensi lain.

Gembira pulak sebab dia berjaya dapat pekerjaan tetap dan dapat duduk dekat dengan keluarga. Alhamdulillah.....rezeki di bulan Ramadhan....Tahniah Nurul.....

Sebenarnya dah 2 kali kita mintak tukar tempat kerja, tapi tak berjaya. Sedih tau.....Kalau boleh kita nak la tempat kerja kita tu berhampiran dengan rumah dan kerja kita tu berkaitan atau bersesuaian dengan apa yang kita belajar dulu.

Sekarang ni bidang kerja kita adalah berlainan dari apa yang kita belajar dulu. Kalau boleh kita nak sambung master dalam bidang yang kita belajar dulu. Bukannya tak boleh nak sambung master sekarang ni, tapi kalau nak sambung master jugak kena ambik bidang yang kita kerja sekarang ni..... 

Camano tu? Ada sape-sape boleh tolong selesaikan masalah kita?

Rabu, 3 Ogos 2011

Jangan ikut nafsu

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.....

Saje nak mengingatkan diri sendiri dan korang semua supaya jangan la berlebih-lebihan ketika membeli. Bukan apa, bila tengah lapar singgah pulak pasar ramadhan, kita pasti nafsu nak makan tu akan berlebih-lebihan. Sudahnya lepas berbuka makanan yang dibeli tadi tak di makan.

Bukankah itu amalan yang tidak baik? Sepatutnya bulan ramadhan ni la kita nak berjimat cermat. Jangan diikutkan sangat nafsu nak makan itu dan ini. Mentang-mentang seharian berpuasa, bila berbuka habis semua nak di makan.

Sama-sama la kita amalkan kesederhanaan (wasatiah) di bulan ramadhan ni dan bulan-bulan yang lain.

Selamat beramal.......

Selasa, 2 Ogos 2011

Bersemangat

Kalau petang-petang ni bersemangat, korang boleh teka tak bersemangat untuk apa? Hahaha bersemangat nak bersiap-siap untuk balik rumah.

Dalam bulan puasa ni takde masa untuk lengah-lengah balik rumah. Kalau terlewat sikit, jalan adalah jem. Jadi pukul 4.30 jer dah mula kemas dan bersiap untuk balik. Kita masuk kerja WKP I (7.45) dan balik pukul 4.45.

Kalau ada waktu yang lagi awal, akan ku pilih waktu itu, tapi tak adoooo kat sini. Tak suka la bersesak-sesak kat jalanraya ni. Tambahan dengan oarang ramai nak pergi pasar ramadhan. Otw nak balik rumah kita akan lalu kawasan pasar ramadhan ni.

Ok la....kita nak balik ni...bye....

Biar betul.....

Ini bukanlah puasa pertama untuk anak-anak. Tahun-tahun sebelum ni pun dah pernah puasa. Kita mula ajar anak-anak puasa sejak umur 5 tahun.

Mula-mula tu puasa separuh hari jer, lepas-lepas tu baru la ajar puasa penuh. Penuh pun tak la penuh sangat, kekadang tu puasa dari makan jer, minum boleh. Apa yang penting dia cuba untuk berpuasa.

Memang menguji kesabaran untuk latih mereka berpuasa dan ragam dia orang adalah amat-amat berlebihan. Masa ni la kita kena pandai mengawal perasaan marah. Kalau marah-marah nanti langsung dia orang tak nak puasa.

Semalam, hari pertama puasa, anak-anak kita adalah melepek. Masa jemput balik dari nursery semalam Adriana siap nangis-nangis lagi nak minum air padahal cikgu (nursery) kata dia dah minum air kat dalam bilik air. Bila dah terkantoi tu, apa lagi siap nangis-nangis takut kena marah......

Kesiannya anak kita ni dahaga.....Semalam cuaca adalah panas, tu yang dia dahaga sangat agaknya. Kita tak paksa pun kalau dia tak larat nak puasa.....

Sebelum buka puasa semalam banyak betul permintaan Adriana, nak makan durian, buah jambu, ais krim, kentang goreng dan macam-macam lagi la.....

Uuiisshhh....biar betul budak ni, perut kecik jer, tapi nak makan macam-macam. Tapi memang banyak pun dia makan semalam. Hari biasa selalunya dia kurang makan. Elok jugak dia puasa tu, banyak jugak dia makan.

Kat nursery ada bekalkan makanan untuk berbuka bagi anak-anak yang berpuasa. Semalam Adriana dapat bekal mee hoon. Lepas makan mee hoon tu (siap tambah lagi) dia makan cekodok pisang, buah tembikai dan nasi. 

Sebab nak isi minyak kereta malam tadi, kita singgah Mc D belikan ais krim dan kentang gorang. Itu pun habis dia makan. Macam tak percaya jer kita tengok dia makan banyak macam tu.

Kita rasa kalau bawak dia kat pasar ramadhan lagi macam-macam yang dia nak makan agaknya....

Kita nasihatkan kat dia lepas dah abis makan semua tu supaya jangan ikut sangat keinginan nak makan banyak-banyak sebab kita disuruh berpuasa bagi merasai bagaimana orang miskin yang tak ada makanan. kalau dah makan banyak-banyak waktu berbuka, tak ada lah keinsafannya. 

Isnin, 1 Ogos 2011

Ice Room

Citer pasal makan lagi.....Hahaha....2-3 entry kebelakangan ni asyik citer pasal makan jer kan? Ini adalah kerana kita sememangnya pencinta makanan (sebab tu badan montel.....hehehe).

Pagi-pagi hari pertama puasa dah citer pasal makanan, tapi kita harap korang tak tergoda tau!

Kali ni kita nak citer pasal Ice Room. Restoran ni kiranya baru jer buka kat Taipan Senawang ni. Dari ari tu nak pergi tapi asyik ada halangan jer. Semalam kita pergi jugak walaupun hari dah lewat petang.

Anak-anak kita ceria jer sebab nak makan ais krim.

Tengah menunggu ais krim sampai


Kami order yang ni :

Mango Pomelo Snow Ice

Blueberry Snow Ice (dah makan sikit baru teringat nak snap gambar)

Black Pepper Chicken Chop (lapar sangat, dah nak abis baru teringat nak snap gambar)
Ok la tempat ni, harga pulak amat berpatutan. Kita suka tempat ni. Boleh pergi lagi lain kali. Apa yang penting owner Ice Room ni adalah orang Melayu.