Nuffnang Ads

Jumaat, 30 September 2011

Jamuan raya di bulan Zulkaedah

Punya la payah nak cari masa yang sesuai sampai terbabas buat jamuan raya di bulan Zulkaedah....Tak kesah la kan, asalkan dapat makan.....hehehe.....

Hari ni ada jamuan raya kat kantin opis kita....So, kita nak pergi ni....bye....

Enjoyyyyy

Baru-baru ni ada la terdengar lagu ni kat radio. Kita ni kalau dengar radio hanya kat dalam kereta atau kat opis jer....Kat rumah memang tak la.....

First time dengar lagu ni terus suka......rasa enjoy jer bila dengar lagu ni....siap boleh goyang-goyang bahu lagi bila dengar lagu ni.....Jangan kata kita jer, Sayang dan anak-anak pun bila dengar lagu ni kat dalam kereta kami sama-sama bergoyang bahu menikmati lagu ni dan nyanyi sama-sama . Adriana lagi over....siap boleh berjoget kat dalam kereta....

Balik kerja semalam (otw nak balik rumah) masa tengah drive, kita dah mengantuk, tapi bila dengar lagu ni terus tetiba jer bahu ni bergoyang dan hilang terus rasa ngantuk.....hehehe....

Jadi korang layan la lagu ni.....enjoyyyyy sesangat......




LAGU : LELAKI SEPERTI AKU
ARTIS : ALIF SATAR

Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

Memang tak ada lelaki sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak
Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati
Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak
Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak
Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu
Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu
Ceritanya aku sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua
Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu
Oo baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu
Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

Khamis, 29 September 2011

Nak gelak atau terharu

Pagi tadi, dalam perjalanan nak hantar Harith dan Adriana ke nursery Harith mengeluarkan kenyataan ni. Punca dia bagi kenyatan tu ialah bila sarapan tadi dia tak nak makan.

Dia tanya takde benda lain ke selain dari nasi goreng. Nak kata kita selalu masak nasi goreng, sampai dia muak tak jugak. Memang jarang la kita masak nasi goreng time hari bekerja ni.

Disebabkan dia tanya takde makanan lain ke, terus ayah dia bagi tazkirah.......Abang ni tak bersyukur langsung la. Orang 'bersamamu', anak yatim tu lagi kesian, nak makan nasi pun susah.......Ni dah dapat makan, memilih pulak. Abang nak jadi orang bersamamu tu ke? (lebih kurang macam tu la dialognya).

Agaknya terkesan jugak tazkirah ayahnya tu, terus dia makan perlahan-lahan......dah tu siap tambah dan bawak bekal ke sekolah lagi......hehehe.....

Masa dalam kereta, mungkin dia masih teringat kata-kata ayahnya tadi. Jadi kami berdialog :

Harith : Ibu, bila ibu dah tua nanti ibu ada duit tak?
Kita    : Entah, takde kot.
Harith : Tapi abang tengok atuk tu ada jer duit dia.....
Kita    : Ye la.....pak long, ibu dan yang lain-lain bagi atuk dan uwan duit, jadi boleh la atuk nak berbelanja....
Harith : Tapi kesian la kat ibu sebab tak ramai nak bagi ibu duit sebab anak ibu ada 2 orang je.....
Kita    : Hahaha......(gelak dalam hati.....kesitu pulak dia). Takpelah....nanti abang bagi la ibu duit banyak-banyak......
Harith : Ye la kan.....nanti abang bagi ibu duit banyak-banyak......Ibu ambik la RM1 ni buat belanja (duit belanja yang kita bagi kat dia masa sarapan tadi) abang guna RM1 jer.....

Terharu sungguh la pagi tadi.....tambah pulak masa otw nak pergi kerja, kat radio IKIM pasang lagu 'Jasa Bonda' dari Kumpulan Warisan.....terus nangis sorang-sorang dalam kereta.....


Rabu, 28 September 2011

Maafkan saya

Sekarang ni tahap kemalasan saya adalah pada tahap yang terlampau (bukan selama ni memang dah memang terlampau ke? hehehehe.......)

Kita nak minta maaf bebanyak kepada sesiapa yang komen kat blog kita tapi kita tak balas dan bagi blogger yang kita follow tu pun maaf la ye sebab kita tak dapat nak komen apa-apa walaupun hati ini membuak-buak nak mengomen (ye ke tu?)

Kekadang idea tu melimpah ruah nak komen tapi mood ke laut, maka tak terhasil jugak komen yang bernas tu....hehehe.....

Jadi maafkanlah diri kita ini yang serba kekurangan......ececehhhhhh.......

Mula-mula kutuk lepas tu suka pulak

Mula-mula dengar lagi ni kita punyalah kutuk.....Ntah apa-apa la lagu ni.....Ini pun boleh buat lagu ke.....Tapi bila tiap-tiap hari dah didendangkan lagu ni kat radio.......mula suka pulak......Anak-anak pun dah boleh hafal lagu ni.

Melodi lagu ni ok la......tak menyakitkan telinga......Jom kita layan lirik lagu ni dari Najwa Latif

CINTA MUKA BUKU

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

Bila abang nak kahwin?

Sebelum korang pikir yang bukan-bukan dan berprasangka, baik kita explain dulu. Abang di sini bukanlah Sayang kita ye. Abang tu adalah kata ganti nama Harith. Harith kan bahasakan dirinya abang.

Malam tadi, balik dari pasar malam (tapi tak ingat pulak topik apa yang kita citer dalam kereta masa tu) sehingga Harith bersuara "Ibu, bila abang nak kahwin"
Kita     : haaaaa? Kahwin......? Kenapa pulak abang cakap macam tu?
Harith  : Ntah la......abang tak tahu nanti abang nak kahwin dengan siapa......
Kita     : Baru darjah 1, UPSR pun tak lepas lagi ada hati nak fikir pasal kahwin......
             Nak pergi dapur pun tak berani, nak kahwin.......macam-macam la abang ni......

Macam dah lama jer tak tengok

Semalam kita call abah. Masa kita call tu abah baru balik dari tengok wayang. Tapi tidak la kita tanya abah tengok citer apa. Terus hati tu berkata.....wahhh.......kemain lagi mak dan abah ni........masa muda-muda dulu tak nak tengok wayang............(tetiba jeles kat abah dan mak....)

Habis jer berbual dengan abah baru terfikir macam dah lama jer kita tak tengok wayang sebab citer yang terakhir kita tengok pun dah tak ingat apa tajuknya (dah lama tak tengok ke atau memang dasar kita ni pelupa?). Whatever.......

Kita ni payah sikit nak pergi tengok wayang citer yang kita suka sebab kena pikir budak 2 orang tu (Harith dan Adriana). Kena pilih citer yang betul-betul sesuai jer dengan mereka dan masa tu la kita dapat tengok wayang. Biasanya nak tengok wayang Sabtu dan Ahad jer ataupun cuti umum, maka harus la bawak budak-budak tu sekali. Sesaje nak ambil cuti tengok wayang memang tak la......

Sebenarnya cuti kita diperuntukkan bila anak-anak tak sihat. Banyak cuti kita digunakan untuk menjaga mereka ketika tak sihat dan ketika temujanji dengan doktor kat Hospital. Jadi terpaksalah berjimat-cermat dengan cuti tu.

Motif sebenar entry ni adalah jeles dengan mak dan abah sebab dapat tengok wayang......hahaha......boleh ke camtu?