Haaaaa ambik kauuu.........tajuk kasi orang pening.......hahaha...
Dah lama tak menjengah kat blog ni. Dulu seminggu sekali pasti menjengah, sekarang dah sebulan sekali baru menjengah. Takut nanti setahun sekali baru menjengah....no no no no......kenot...kenot......
Pasti korang rindu rinduan nak baca cerita terbaru dari kita kan? hahaha....bajet artis sesangat.............Ok takpe, kalau korang malu nak cakap, kita paham kerana kita adalah orang yang sentiasa memahami....hihihi....
Kali ni kita nak cerita pasal kad hari ibu yang anak-anak kita bagi. Punyalah berzaman cerita ni, hari bapa pun dah lepas baru nak citer pasal hari ibu....layankan saje.....
Kita dapat kad hari ibu ni pada tanggal 16 Mei 2013 bersamaan hari guru. Dapat lambat sebab Adriana kata nak beli hadiah kita dulu.
Puas dia tanya kita nak apa untuk hari ibu tu. Lebih kurang macam ni la dialog kita dan Adriana :
Adriana : Ibu nak hadiah apa untuk hari ibu?
Ibu : Ibu nak coklat
Adriana : Kat sekolah kakak tak jual coklat. Ibu pilih la hadiah lain.
Ibu : Ibu nak kek (dapat ibu yang demand mamang macam ni)
Adriana : Duit kakak tak cukup nak beli kek. Tapi kalau ibu nak, kakak keluarkan duit tabung.
Ibu : Tak payah la kalau macam tu
Adriana : Ibu cakap la nak pen ke, pensel, sharpener, pemadam atau pembaris
Ibu : Buat apa beli pen, pen ibu dah banyak
Adriana : Memang la pen ibu banyak, tapi semua takde dakwat...
Ibu : (Puas tahan gelak......)
Amboiiii.....bukan main lagi Adriana ni ye.....Dan hasil dari perbualan tu maka kita dapat la kad ni bersama hadiah dari Adriana di hari guru....
Siap balut lagi hadiah tu |
Akhirnya dia belikan pen untuk kita untuk menggantikan pen kita yang banyak tak berdakwat tu.....hahaha "Terima kasih kakak, ibu pun sayangkan kakak sangat-sangat......Ibu marah bukan bermakna ibu benci, ibu marah sebab ibu sayangkan kakak. Ibu nak kakak jadi anak yang terbaik di mata ibu"
Pen dari Adriana |
Masa Adriana bagi kad dan hadiah tu, kita pun peluk la dia sambil puji dia.....Harith tetiba merajuk sebab katanya kita lebih sayangkan Adriana dari dia. Ayah dia pun sound la kat dia sebab dia tak sayangkan ibu dan tak ingat pun hari ibu, jadi jangan la nak salahkan orang.
Disebabkan nak jugak kene puluk macam Adriana, senyap-senyap dia masuk bilik dia dan buatkan kad untuk kita. dan inilah hasilnya bila budak lelaki buat kad. Walaupun tak kreatif atau secantik kad Adriana, tapi kita terharu sesangat....
"Terima kasih anak-anak ibu.....Ibu sayang sesangat kat anak-anak ibu. Semoga anak-anak ibu menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat. Bukan harta yang ibu impikan dari anak-anak ibu, kasih sayang dan perhatian kalian sudah cukup untuk menggembirakan ibu".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan