Alhamdulillah...ada jugak masa untuk menulis..Sekarang ni kalau menulis kat blog ni pun mesti pasal si bobot kita Adelia tu. Almaklumlah masa Harith dan Adriana dulu kita tak ada blog lagi, maka kali ni haruslah segala benda pasal perkembangan baby kita nak share.
Dah sebulan lebih kita mula bekerja selepas 90 hari cuti bersalin. Adelia pun dah 4 bulan. Ok, kita citer pasal perkembangan berat Adelia.
Berat lahir : 3.9 kg
10 hari : 3.6 kg (menurun sebab duduk kat NICU)
20 hari : 4.1 kg
1 bulan : 4.8 kg
2 bulan : 5.7 kg
3 bulan : 6.5 kg
4 bulan : 6.9 kg
Masa minggu lepas beratnya dah turun kepada 6.7 kg sebab dia batuk dan demam. Kesian kat baby kalau batuk. Kecik-kecik lagi dah kene makan banyak ubat dan antibiotik.
Kita hantar Adelia kat taska sama dengan Harith dan Adriana sebab senang sekali harung jer hantar. Tapi tu la kan....sedih jer hantar anak kat taska ni...dah 3 bulan berkepit dengan dia bila mula nak kerja tu rasa tak sampai hati pulak. Ye la....dah 3 bulan kita jaga dia sorang jer, bagi perhatian dekat dia sepenuhnya dan dah faham stail dia nak tidur, nak susu, nak main macam mana tiba-tiba hantar kat taska. Kalau balik tu rasa tak sabar rasanya nak sampai kat taska untuk jumpa anak-anak.
Perkembangan terbaru Adelia adalah cuba untuk meniarap tapi masih tak lepas tang bontot.....Puas la si bobot kita tu nak pusingkan badannya tapi sampai bahagian bontot tak lepas pulak.....hahaha...Adelia ni kalau orang tak layan dia berborak mukanya akan masam jer....tapi cubala kalau kita layan, kemain dia berborak dan kemain bising lagi mulut dia...
Apa yang kita perasan kalau nak suruh dia senyum kita terpaksa la tayang gigi kita ni (senyum sampai nampak semua gigi) baru la dia akan senyum dengan kita. Oh....rindu betul kat dia....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan