Nuffnang Ads

Isnin, 14 Februari 2011

Berkelah di Ulu Bendul

Kalau ikutkan hujung minggu lepas kami memang tak nak kemana-mana, nak lepak kat rumah je. Tapi adik kita call ajak pergi berkelah kat Ulu Bendul pulak Sabtu tu. Kalau ikutkan kita, memang sah tak nak pergi sebab badan tak berapa nak sihat seminggu tu, tapi kesiankan anak-anak, gagahkan jugaklah pergi.

Cuma 3 keluarga je yang pergi (Abang, Ita dan kita). Mak dan abah pun pergi jugak. macam biasa, masing-masing bawak bekalan untuk makan di sana. Kita cuma bawak mee goreng sahaja sebab tak larat nak masak macam-macam. Tapi itu pun makanan dah banyak, Along siap bakar ayam dan ikan lagi....

Abang, Ita, mak dan abah kita sampai dulu (~ 8:30am) semangat betul dia orang nak berkelah.....kalau nak ikutkan memang dah lama betul kita tak pergi berkelah kat Ulu Bendul tu. Tambahan pulak satu masa dulu heboh mengatakan ada kencing tikus kat sana, memang tak pergi la jawabnya....kalau tak silap, last kita pergi sana 2 tahun lepas masa celebrate birthday abah.

Kita tengok ramai je yang berkelah kat sana masa heboh kata ada kencing tikus tu.....

Kita sampai kat sana pukul 9:45am. 15 minit je perjalanan dari rumah kita ke Ulu Bendul ni. Kita tak mandi pun kat sana .......cuma makan, makan dan makan jer kerja kita..........tu pasal badan jadi macam ni....


Ita yang tengah control ayu & mak yg sedang menikmati ayam bakar.




Abah tu tidur ke tengah beryoga? Kat belakang tu Sayang dan Along tengah bakar ikan & ayam.








Pukul 2 lebih kami balik kampung jap sebab mak nak ambik barang dan nak melawat uwan (nenek) sekali. Ingatkan sekejap je kat kampung, sampai ke malam kami disana sebab makcik kita buat makan-makan celebrate birthday husband dia pulak malam tu.

Rezeki jangan di tolak.......Makanan malam tu memang sedap, tapi perut kita pulak buat hal, tak boleh nak makan banyak-banyak.....cuma dapat makan tom yam je....ikan bakar, mee hoon kari dan segala macam lagi kita cuma pandang aje......

*PERHATIAN : Gambar adalah blur sebab guna kamera hp kita......Kamera sebenar lupa bawak. Kalau nak gambar yang clear tunggu beberapa tahun lagi, itu pun kalau kita beli kamera yang rege dia riban-riban tu......

Tiada ulasan: