Nuffnang Ads

Jumaat, 11 Februari 2011

Soalan cepu mas

Pada entry sebelum ni kita ada tulis pasal soalan cepu mas kan? Hari ni kita nak bagi tahu korang soalan-soalan cepu mas tu dan minta pendapat korang macam mana korang nak jawab jika dapat soalan2 macam tu.

Sebenarnya susah jugak kalau dapat anak yang kuat bertanya ni. Kita kena sentiasa bersedia nak menjawab apa yang di soal. Tak semestinya kita kena jawab apa yang ditanya waktu tu jugak, mungkin boleh jawab lain kali, tapi kita perlu jelaskan kepada mereka supaya mereka tak serik nak tanya lagi.

Harith memang kuat bertanya sejak dia mula pandai bercakap. Kalau dia tanya pasal bahasa tu ok la jugak, boleh cari kat kamus BM atau BI. Antaranya :

1) Hembusan tu apa?
2) Apa makna balasan
3) Bingung
4) Furious
5) Batal

Masa 4 tahun dia ada belajar bahasa arab kat nursery. Balik rumah dia sebut la apa yang dia belajar kat nursery tu. Kita ni bukannya sekolah agama dan tak pernah ambik subjek bahasa arab pun, jadi main dengar je apa yang dia cakap tu. Bila ada masa je dia akan sebut la perkataan2 yang dia belajar tu. Tapi lepas beberapa kali dengar tu kami laki bini confuse, betul ke apa yang dia sebut tu ~ Ananasun : lipas, tembikai, lipan. Mana satu yang betul? Nak cari kepastian dan tak nak tertipu dan boleh baiki kesalan dia, kami beli kamus bahasa arab.

Wauuuu mencabar jugak jadi ibu bapa zaman sekarang ni....



Tapi bila dia dah masuk bab agama tu, payah la sikitkan. Kita mesti jawab perkara tu secara terperinci sampai dia faham maksud yang sebenar. Kalau main jawab je, nanti dia akan salahkan kita bila orang lain bagi jawapan yang berbeza dengan kita.

Apa korang akan jawab kalau anak korang tanya :

1) Rupa Allah tu macam mana
2) Kenapa tak siapa pun tahu rupa Allah tu
3) Allah naik kereta tak
4) Macam mana Allah makan, dia besar mana?
5) Pahala tu apa
6) Duit Allah tu banyak tak, dia nak beli apa?
7) Kenapa ada batal air sembahyang, batal puasa dll......

Pening jugak tau nak jawab soalan-soalan macam tu. Itu baru sikit, banyak lagi yang dia tanya. Jawab tu memang la boleh jawab, tapi nak bagi dia jelas dengan maksud soalan tu, berpeluh jugak........

Itu belum masuk soalan2 berantai....Contoh :
S : Kenapa kita perlu makan?
J : Supaya kita ada tenaga nak buat kerja
S : Tenaga tu apa & macam mana?

Itu serba sedikit soalan cepu mas yang ditanya Harith. Sekarang Adriana pun dah mula banyak tanya macam Harith. Kamus sentiasa berada berhampiran kita dan kita kena banyak membaca bagi memudahkan untuk menjawab soalan2 mereka.....








Tiada ulasan: