Nuffnang Ads

Khamis, 10 April 2014

Birthday Abah yang ke 62


Kita nak citer pasal sambutan birthday abah yang ke 62. Sambutan sesama adik-beradik tu diadakan pada 8 Mac 2014 iaitu sama tarikh pesawat MH370 dilaporkan hilang (senang nak ingat tarikh hari yang menjadi perhatian dunia ni). 

Sebenarnya birthday abah yang ke 62 adalah  pada 12 Mac 2014. Sebab masing-masing pun ada hal maka tarikh 8 Mac di pilih. Sebenarnya tak semua pun dapat balik, tapi acara tetap diteruskan sebab anak-anak (cucu-cucu abah) dah bersemangat (apa kes....birthday abah, tapi cucu-cucu pulak yang bersemangat??)

Ada agenda tersembunyi....hahaha...

Kita orang adik-beradik nak buat kelainan sikit masa birthday abah kali ni. Disamping nak meraikan abah, kami juga nak berseronok dengan mengadakan sukaneka.

Acara :

1) Petang 8/4/14 : Sukaneka
2) Malam 8/4/14 : Solat berjemaah, bacaan yassin dan doa selamat
                             BBQ (tak jumpa gambar)
3) Tghari 9/4/14  : Majlis potong kek dan buka hadiah

Jom layan gambar-gambar sepanjang majlis

Persiapan sukaneka

Sesi memanaskan badan (kanak-kanak ada 2 kumpulan)

Acara pertama (tiub belon dan letupkan)

Acara kedua (junjung surat khabar)

Junjung surat khabar

Acara ketiga (isi air dalam botol)

Acara lelaki dewasa (lari sambil kepit belon)

Ada yang main tipu...hahaha
Acara sambutlah cintaku (berpasangan dewasa) dan masukkan manik ke dalam tali pancing wanita dewasa) tak jumpa gambar la pulak...

Antara hadiah untuk acara sukaneka

Sesi pemberian hadiah

Bacaan yassin


Kek abah kali ni

Mak yang terlebih seronok...hehehe

Sesi buka hadiah
Nanti kita sambung citer lain pulak ye...

Tiada ulasan: