Nuffnang Ads

Khamis, 24 April 2014

Umrah

Semalam kita cuti. Cuti bukan sebab kita yang nak pegi umrah, tapi cuti sebab nak hantar mak pergi KLIA. Mak, makcik, pakcik dan sepupu nak pergi umrah. Insya Allah suatu hari nanti kita dan keluarga juga akan sampai kesana. Amin... Doakan kita ye kawan-kawan....

Asalnya mak dijadualkan pergi pada 19 April 2014, tapi ada masalah apa ntah tarikh bertolak terpaksa ditukar ke tarikh 23 April 2014.

Apa pun mak dah berlepas pun ke Madinah. Punya la ramai yang menghantar ke KLIA. Seramai 8 orang dari keluarga kami menunaikan umrah kali ni. Tu yang ramai menghantar tu.

Pagi semalam kita balik Pilah dulu untuk ambik mak dan abah pergi KLIA. Mak dijadualkan berlepas dari KLIA pukul 6.50pm tapi kitaorang sampai sana awal, pukul 3 kot....

Memang macam rombongan Cik Kiah ke KLIA kali ni....Mana taknya ada 10 kereta termasuk Estima menghantar diaorang ke KLIA...Tu yang dari Pilah jer...Kemudian ada juga yang datang terus ke KLIA...

Meriah sesangat KLIA tu dengan rombongan kami...hahaha....pengsan....

Adik beradik kita bersama mak dan abah..Ni pun ada yang dah balik sebab nak ambil anak dari sekolah.
Kita pun balik awal jugak dalam pukul 5 petang macam tu sebab nak ambil Harith dan Adriana. Harith dan Adriana tak ikut sebab sekolah. Tak nak bagi dia orang ponteng sekolah. Nanti mak balik dari umrah baru boleh bawa dia orang jemput mak kat KLIA sebab mak balik nanti hari Sabtu. Tak sempat nak tunggu mak sampai naik flight.

Doa kita untuk mak, makcik-makcik, pakcik-pakcik dan sepupu-sepupu agar mereka diberi kesihatan yang baik agar dapat menunaikan umrah dengan sempurna. Amin....

Sebahagian yang pergi semalam
Di akhiri dengan gambar kita bersama Sayang dan Adelia...



Tiada ulasan: