Nuffnang Ads

Rabu, 16 April 2014

Tentang dia....


Alhamdulillah....Adelia sudah semakin sihat. Semenjak dah tukarkan dia dari nursery ke rumah pengasuh, dia dah kurang demam. Awal tahun hari tu kita terpaksa tukarkan Adelia ke rumah pengasuh. Mungkin dia tak sesuai tinggal kat nursery kerana kerap sangat demam dan beberapa kali kene lung infection. Munkin jugak antibodi dia tak cukup kuat bila tinggal kat nursery yang ramai kanak-kanak. 

Kita tak sampai hati tengok dia kerap sangat makan ubat dan beberapa kali dimasukkan ke hospital. Hujung tahun lepas (Disember) kita siap ambil cuti separuh gaji selama sebulan untuk menjaga dia kat rumah agar dia benar-benar sihat.

Sekarang kita tak ada la susah hati nak tinggalkan anak untuk bekerja. Sekarang Adelia dah 1 tahun 3 bulan. Berat pun dah cecah 9.4kg. Walaupun tak tembam mana, tapi kita cukup puas hati kalau dia sihat. 

Alamak... rindu pulak kat budak kecik ni....huwaaaaa....nak balik rumah peluk Adelia.....

Kemain terjegil mata budak kecik ni.

Masa ulangtahun pertama (10.1.2014)
Jom layan gambar-gambar Adelia....
Masa bercuti di Langkawi (Januari 2014). Kemain happy jer budak kecik ni dapat pegi jalan-jalan. Ibunya apa lagi, super duper happy la kan.....



Ibu yang terlebih happy


Masa bercuti di Port Dickson (March 2014)


 
Masa bercuti di Bukit Tinggi (March 2014)


Over kan Adelia ni....sambil tidur pun boleh nak makan lagi...Sebenarnya dia nak makan atau nak tidur ni?
Adelia ni memang manja sesangat..Dia tahu kot bila setiap kali abang dia kacau, kita akan marah abang dia, jadi setiap kali abang dia dekat kat dia, mula la dia buat-buat nangis supaya kita akan marahkan abang dia. 

Budak kecik ni memang suka berjalan. Happy kemain bila kita bawak dia pegi jalan-jalan (ikut sape la tu kan???) Adelia juga sangat pandai ambil hati...bila kita marah, mula la dia buat muka comel agar kita tak jadi nak marah...

Ibu rindu pada kamu wahai anak.....

Tiada ulasan: