Nuffnang Ads

Sabtu, 21 September 2013

Febrile fit @ sawan demam

Kesian kat anak ibu...kene demam tarik..

Saat yang mencemaskan pada pukul 3.30 pagi tadi tiba-tiba Adelia kene sawan tarik. Tak dapat nak fikir panjang sebab panic kerana ini pertama kali berlaku dalam keluarga dan terus hantar ke GH sebab merasakan kumudahan kat GH complete...

Doakan yang terbaik untuk Adelia ye kawan-kawan....

Terima kasih semua....


Jumaat, 21 Jun 2013

Birthday yang ke 35

Ohhhh.....dah 35 tahun umur kita tahun ni. Tapi apa ada pada umur ye tak, yang penting muka masih macam umur 18 tahun...hahaha....pengsan 48 kali orang yang baca statement ni........

Ok, kita pendekkan cerita. Kebetulan birthday kita tahun ni jatuh pada hari ahad dan cuti sekolah pun telah bermula, maka haruslah kita gunakan masa cuti sekolah tu sebaik-baiknya. Kami sekeluarga bercuti ke Melaka (percutian wajib setiap tahun) sambil meraikan birthday kita kekononnya. Nak bercuti jauh-jauh Adelia masih kecik lagi....tak beberapa sesuai nak jalan jauh-jauh....



Kat Melaka kita tak berjalan sangat pun sebab setiap tahun pun akan pergi Melaka maka macam dah malas jer nak pergi jalan-jalan. Tapi kami tetap pergi Medan Ikan Bakar, Umbai. Bab-bab makan tak boleh nak skip ye adik-adik....Akak ko ni memang ratu sesangat bab-bab makan ni ye.....

Dah kebetulan di sana, hati ni meronta-ronta la nak beli perfume. Last beli perfume rasanya sebelum bersalin dulu kot....Tapi perfume ni bukan la hadiah birthday ye, beli sendiri.




Tak tahu la Sayang kita nak hadiahkan apa. Dan kita masih tak tahu samada Sayang dah bagi hadiah birthday atau belum.....(boleh macam tu??)

Sejak umur Adelia 3-4 bulan aritu, rambut kita gugur sampai nak botak kepala kita ni sampai Sayang tegur. Maka Sayang telah belikan kita benda kat bawah ni untuk mengatasi masalah keguguran rambut kita. Tak tahu samada itu hadiah birthday atau bukan. Rasanya bukan macam hadiah tu....hehehe....


Nanti kita fikirkan nak apa untuk hadiah birthday kita kali ni ye Sayang....hihihi....

Sayang bagi bunga dan coklat ni sempena birthday kita dan nak pujuk isteri dia yang kuat merajuk ni...


Ok....tu jer...maaf la sebab citer kita ni macam terlompat-lompat sikit....


Kad hari ibu di hari guru

Haaaaa ambik kauuu.........tajuk kasi orang pening.......hahaha...

Dah lama tak menjengah kat blog ni. Dulu seminggu sekali pasti menjengah, sekarang dah sebulan sekali baru menjengah. Takut nanti setahun sekali baru menjengah....no no no no......kenot...kenot......

Pasti korang rindu rinduan nak baca cerita terbaru dari kita kan? hahaha....bajet artis sesangat.............Ok takpe, kalau korang malu nak cakap, kita paham kerana kita adalah orang yang sentiasa memahami....hihihi....

Kali ni kita nak cerita pasal kad hari ibu yang anak-anak kita bagi. Punyalah berzaman cerita ni, hari bapa pun dah lepas baru nak citer pasal hari ibu....layankan saje.....

Kita dapat kad hari ibu ni pada tanggal 16 Mei 2013 bersamaan hari guru. Dapat lambat sebab Adriana kata  nak beli hadiah kita dulu.

Puas dia tanya kita nak apa untuk hari ibu tu. Lebih kurang macam ni la dialog kita dan Adriana :

Adriana : Ibu nak hadiah apa untuk hari ibu?

Ibu        : Ibu nak coklat

Adriana : Kat sekolah kakak tak jual coklat. Ibu pilih la hadiah lain.

Ibu        : Ibu nak kek (dapat ibu yang demand mamang macam ni)

Adriana : Duit kakak tak cukup nak beli kek. Tapi kalau ibu nak, kakak keluarkan duit tabung.

Ibu        : Tak payah la kalau macam tu

Adriana : Ibu cakap la nak pen ke, pensel, sharpener, pemadam atau pembaris

Ibu        : Buat apa beli pen, pen ibu dah banyak

Adriana : Memang la pen ibu banyak, tapi semua takde dakwat...

Ibu        : (Puas tahan gelak......)

Amboiiii.....bukan main lagi Adriana ni ye.....Dan hasil dari perbualan tu maka kita dapat la kad ni bersama hadiah dari Adriana di hari guru....





Siap balut lagi hadiah tu

Akhirnya dia belikan pen untuk kita untuk menggantikan pen kita yang banyak tak berdakwat tu.....hahaha "Terima kasih kakak, ibu pun sayangkan kakak sangat-sangat......Ibu marah bukan bermakna ibu benci, ibu marah sebab ibu sayangkan kakak. Ibu nak kakak jadi anak yang terbaik di mata ibu"

Pen dari Adriana
Masa Adriana bagi kad dan hadiah tu, kita pun peluk la dia sambil puji dia.....Harith tetiba merajuk sebab katanya kita lebih sayangkan Adriana dari dia. Ayah dia pun sound la kat dia sebab dia tak sayangkan ibu dan tak ingat pun hari ibu, jadi jangan la nak salahkan orang.

Disebabkan nak jugak kene puluk macam Adriana, senyap-senyap dia masuk bilik dia dan buatkan kad untuk kita. dan inilah hasilnya bila budak lelaki buat kad. Walaupun tak kreatif atau secantik kad Adriana, tapi kita terharu sesangat....




"Terima kasih anak-anak ibu.....Ibu sayang sesangat kat anak-anak ibu. Semoga anak-anak ibu menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat. Bukan harta yang ibu impikan dari anak-anak ibu, kasih sayang dan perhatian kalian sudah cukup untuk menggembirakan ibu".



Khamis, 16 Mei 2013

Perkembangan yang kembang

Alhamdulillah...ada jugak masa untuk menulis..Sekarang ni kalau menulis kat blog ni pun mesti pasal si bobot kita Adelia tu. Almaklumlah masa Harith dan Adriana dulu kita tak ada blog lagi, maka kali ni haruslah segala benda pasal perkembangan baby kita nak share.

Dah sebulan lebih kita mula bekerja selepas 90 hari cuti bersalin. Adelia pun dah 4 bulan. Ok, kita citer pasal perkembangan berat Adelia.

Berat lahir : 3.9 kg
10 hari      : 3.6 kg (menurun sebab duduk kat NICU)
20 hari      : 4.1 kg
1 bulan      : 4.8 kg
2 bulan      : 5.7 kg
3 bulan      : 6.5 kg
4 bulan      : 6.9 kg 

Masa minggu lepas beratnya dah turun kepada 6.7 kg sebab dia batuk dan demam. Kesian kat baby kalau batuk. Kecik-kecik lagi dah kene makan banyak ubat dan antibiotik.


Kita hantar Adelia kat taska sama dengan Harith dan Adriana sebab senang sekali harung jer hantar. Tapi tu la kan....sedih jer hantar anak kat taska ni...dah 3 bulan berkepit dengan dia bila mula nak kerja tu rasa tak sampai hati pulak. Ye la....dah 3 bulan kita jaga dia sorang jer, bagi perhatian dekat dia sepenuhnya dan dah faham stail dia nak tidur, nak susu, nak main macam mana tiba-tiba hantar kat taska. Kalau balik tu rasa tak sabar rasanya nak sampai kat taska untuk jumpa anak-anak. 




Perkembangan terbaru Adelia adalah cuba untuk meniarap tapi masih tak lepas tang bontot.....Puas la si bobot kita tu nak pusingkan badannya tapi sampai bahagian bontot tak lepas pulak.....hahaha...Adelia ni kalau orang tak layan dia berborak mukanya akan masam jer....tapi cubala kalau kita layan, kemain dia berborak dan kemain bising lagi mulut dia...

Apa yang kita perasan kalau nak suruh dia senyum kita terpaksa la tayang gigi kita ni (senyum sampai nampak semua gigi) baru la dia akan senyum dengan kita. Oh....rindu betul kat dia....












Jumaat, 10 Mei 2013

Say hi....

Kita nak say hi kat korang semua...dah lama tak menjengah ke blog ni. Bila dah dapat baby ni keterujaan lebih tertumpu ke dia je la...almaklumla dah 8 tahun takde baby...

Blog ni kita masih sayang jugak tapi masa tu begitu limited untuk kita...Apa-apa pun kalau ada kelapangan kita update ek...

Jumaat, 22 Mac 2013

Recycle

Kita ni adalah dari golongan orang yang berjimat cermat #berjimat cermat la sangat kannnnn....

Persediaan bersalin kali ni kita buat ala kadar jer. Mana yang boleh guna, kita tak perlu beli lagi. Walaupun Harith dan Adriana masing-masing dah 9 dan 8 tahun tapi ada barang-barang masa dia orang baby masih kita simpan dan masih elok untuk digunakan.

Diantara barang-barang yang di recycle ialah

Kelambu dan selimut
Playmat
Baju Adriana (sedih sebab pakai baju recycle...hehe)
Bantal dan comforter

Baju Adriana
Baju Adriana
Jimat tak kita...

Kat bawah ni saje nak tunjuk gambar ekspresi muka Adelia untuk tatapan korang semua

Gaya pemikir
Senyum (senyum sikit jer...tak boleh lebih-lebih)

Garang (garang ke ni?)
Pemalu
Blur

Khamis, 21 Mac 2013

Terlebih prihatin

Persoalan dan tanggapan Harith dan Adriana mengenai adiknya



Situasi 1
Masa mula-mula bawa adiknya balik ke rumah. Kita cakap la nak bersihkan berak adik dia orang, tiba-tiba kita tengok berebut-rebut dua beradik tu masuk bilik air. Kita tanya la kenapa masuk bilik air, dia orang jawab nak tengok kita basuhkan/cebokkan adik...hahaha...dia orang ingat nak bersihkan berak baby kene masuk bilik air agaknya...

Situasi 2
Masa nak makan malam. "adik tak makan ke bu, adik tak lapar ke?"



Situasi 3
Dekat kedai buah, nak beli buah potong. Kita dah belikan sorang satu buah tiba-tiba Harith dan Adriana tanya "adik punya buah mana? buah kan berkhasiat"

Situasi 4
Adriana tanya kita "umur adik berapa tahun bu? Kita jawab la sebulan...Dia tak puas hati..."kakak tanya umur adik berapa tahun, bukan berapa bulan.....Sekarang ni Adriana asyik la cakap umur adik dia kosong tahun......

Pffffttttt....macam mana la nak jawab tu....tu baru sikit, ada lagi soalan-soalan yang kadang-kadang tak terjangka kat fikiran kita. 



Kekangan bukan kangkangan

Amboi.....tajuk entry tak hengattt..............Aippp...jangan fikir bukan-bukan tau.......

Bukan apa, banyak sangat halangan atau kekangan untuk menulis kat belog kita yang suam-suam kuku ni. Ingatkan kalau cuti bersalin ni banyak la masa untuk menulis tapi apa pun tak boleh.....

Lain suasananya kalau berpantang di rumah sendiri berbanding berpantang dekat rumah mak. Ohhh lupa pulak nak bagitahu yang bersalin kali ni kita berpantang di rumah sendiri. Masa anak pertama dan kedua dulu kita berpantang di rumah mak. Anak-anak dah sekolah jadi susah la kalau kita berpantang dekat rumah mak..Kesian kat Sayang nak uruskan anak-anak yang bersekolah tu  sorang-sorang dah la tempat kerja Sayang pun jauh dari rumah. Kita kan isteri yang memahami..... :-)

Berpantang kat rumah sendiri ni boleh kata mata ni rimas je tengok benda-benda bersepah. Almaklum la anak-anak yang 2 orang tu walaupun bersekolah tapi bila ada kat rumah ada je benda yang nak disepahkan.

Bila dah sehari suntuk kat rumah mata ni mula la nampak habuk kat sana habuk kat sini, bilik air kotor, baju kotor bertimbun, nak iron baju dan macam-macam lagi la kerja yang nak dibuat disamping tu baby pun perlukan perhatian dari kita kan.

Mak dan adik temankan kita kat rumah ni selama sebulan dari mula kita bersalin. Masa dia orang ada takde la kita nak sibuk nak buat kerja-kerja rumah....hanya melayan baby jer...Tapi dalam sebulan mak dan adik kat rumah kita tu, 10 hari kita di hospital sebab baby masuk NICU. Lepas tu pulak 2 minggu jugak la kita asyik berulang alik ke klinik untuk cuci jahitan kat perut ni sebab ada jangkitan dan jahitannya terbuka sikit. Jadi sebulan pertama bersalin tu memang kita tak ada masa nak menulis.

Bulan kedua pulak mak dan adik dah balik kampung, jadinya kita kene uruskan urusan rumah ni seawal pagi dari anak-anak nak pergi sekolah sampaila ke malam.

Eh....kenapa kita kene citer pasal ni pulak ek? Bukan apa...saje la nak minta korang memahami...ceeewaaahh...macam la korang heran sangat pasal kita ye tak?

Ok la....kita letak gambar Nur Adelia sebagai penutup entry kali ni...


Jumaat, 15 Februari 2013

Permata Hati Ke 3

Hai.....dah lebih sebulan tak menulis kat blog ni, rindu rasanya. Perasaan nak menulis tu memang membuak-buak tapi tak berkesempatan (ok ke ayat macam tu?)

Alhamdulillah....kita telah selamat melahirkan seorang anak perempuan dengan berat 3.9kg pada 10 Januari 2013 bersamaan hari Khamis pada pukul 8.51 pagi secara cesarean (ambik ko.....detail kita bagitahu). Untuk makluman semua kali ini merupakan kali ketiga kita bersalin secara cesar. So, harap korang sedia maklum bahawa kalau dah 2 kali bersalin secara cesar sebelum ni maka yang ketiga pasti akan cesar jugak ye kawan-kawan.

Kita memilih untuk bersalin di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ). Kalau ikutkan hati nak jugak bersalin kat hospital swasta, tapi memandangkan sejarah kita bersalinkan 2 anak sebelum ni ada masalah dan kandungan kali ini pun ada masalah di awal kandungan serta doktor pula berat menyuruh kita bersalin di hospital kerajaan, maka kita ikutkan jugak. Tak nak la ambil risiko.....

Doktor nasihatkan kita untuk bersalin pada minggu ke 37 kandungan. Maka kita telah diberi pilihan untuk memilih tarikh untuk bersalin. Hajat dihati nak pilih tarikh 13.01.13, kebetulan tarikh tu jatuh pada hari Ahad pulak. FYI, kat HTJ ni dia tak buat kes cesar yang telah dirancang pada hari cuti. Kalau kes kecemasan tu boleh la....

Kita masuk ke hospital sehari awal sebelum cesar. Kali ni debaran nak bersalin tu lain macam sikit, takutnya terlebih. 

Mungkin dah lama tak bersalin kot membuatkan perasaan takut tu berlebihan. Ye la....Adriana dah darjah 2 baru kita nak bersalin semula....

Selepas bersalin kita dapat tengok anak kita sekejap jer sebab dia ada masalah pernafasan, jangkitan kuman dan beberapa masalah lain dan terpaksa dimasukkan ke wad NICU. Selama 9 hari jugak la anak kita kat NICU dan SCN untuk pemantauan. Sedih tu memang la sedih tengok anak kita dimasukkan macam-macam tiub kat hidung, mulut, pusat dan kaki. Tapi semua tu untuk kebaikan.

Sekarang usia anak kita dah 37 hari. Eh.....lupa pulak nak bagitahu nama permata hati kita ni. Kelakar pulak bila fikirkan pasal nama permata hati kita ni sebab kita dan sayang siap cabut undi lagi nak pilih nama apa. Kita ada 3 pilihan nama dan tiga-tiga tu pun ok, semua ada makna cuma panjang dan pendek jer jadi masalah.

Pilihan 1 : Nur Adelia Binti Abdul Mutalib
Pilihan 2 : Nur Adra Adelia Binti Abdul Mutalib
Pilihan 3 : Adra Adelia Binti Abdul Mutalib

Korang rasa kita dan sayang pilih yang mana? 

Setelah cabutan undi dibuat kami memilih Pilihan 1 iaitu Nur Adelia Binti Abdul Mutalib. 

Ini lah dia permata hati ke tiga kita dan Sayang

Nur Adelia @ day 8
Nur Adelia @ day 11
Nur Adelia @ day 13
Nur Adelia with ayah @ Hospital SALAM teman ibu check-up
Harith dan Adriana kemain sayang sangat kat adik mereka ni. Setiap kali balik sekolah mesti cari adik dia dulu. Kalau tak nampak adik dia masa masuk pintu tu mula la tanya tak sudah-sudah adik dia orang ni kat mana.

Setiap masa pun kalau boleh nak cium adik. Sampai rimas adiknya kene cium dekat abang dan kakak. Harith siap nak tumbuk sesiapa yang kata nak ambik adik dia. Ada lagi kisah kelakar budak-budak ni, tapi lain kali la kita cerita ye.

Nur Adelia with abang
Nur Adelia @ day 20
Nur Adelia @ day 25