Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label Kenduri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenduri. Papar semua catatan

Khamis, 15 Disember 2011

Semua nak bertema

Dah menjadi trend sekarang ni kan, nak buat apa pun semua nak bertema dan ada konsep. Kalau buat sesuatu majlis tu mesti ada bertema dan konsep, contoh majlis hari jadi dan konsep Arabian Night, Safari dan lain-lain lagilah......Itu belum kira lagi dengan tema warna pakaian.

Tapi kita suka jer ikut tema warna pakaian ni. Lagipun tak la payah sangat nak cari kalau setakat tema warna pakaian. Kalau majlis yang kena ikut konsep tu payah la sikit kan.

Sori la kat korang sebab citer yang nak kita citerkan ni memang dah berkurun lamanya. Almaklumjela.....akak ko ni sibuk super duper hujung-hujung tahun ni. Bukan setakat buat research, sekarang ni akak ko ni dah merangkap akauntan tak bertauliah kat sini, cleaner, technician  dan macam-macam lagi la.....'multitasking' katanya.....

Ok, kita sambung balik.....Kita nak citer bahawa adik kita yang bongsu telah selamat bertunang pada 27 November yang lalu. Adik kita telah pilih tema warna krim/coklat untuk majlis ni. Dari pakaian, hantaran, goodies bag sampaikan ke khemah semuanya warna krim dan coklat. Kalau majlis dulu-dulu la, takde diherannya tema-tema ni. Sekarang ni macam dah jadi kewajipan pulak nak bertema ni. Kalau tak ikut nanti katanya tak sehati sejiwa......Betul ke?

Adriana bersama Acu nya

Rupa kita dah macam bibik, tak sempat nak bersiap sebab sebuk di dapur dari pagi sampai petang

Saje letak gambar Atih bersama adik, kalau tak nanti merajuk pulak.....
Gambar tak banyak sebab kita adalah super bz kat dapur dan tak sempat nak snap gambar. Tak sempat pun nak ber'make-up'. Kesian kat kita kan? Nak tunggu gambar dari kamera adik ipar, berzaman pulak...... Jadi tempekkanjela apa-apa gambar yang adoooo....

Tapi hari tu memang penat la......Majlis bermula seawal pukul 11 pagi dengan tahlil, doa selamat, cukur jambul Nur Elyana Qistina dan pukul 2 petang baru majlis pertunangan.

Rabu, 23 November 2011

Sibuk dengan adat

Sebelum kita terus bercerita, kita nak minta maaf  dulu. Apa yang kita nak citerkan ni hanya untuk renungan kita bersama.

Kita memang anak jati Negeri Sembilan. Sebagaimana orang semua tahu, Negeri Sembilan ni berpegang kuat pada adat. Bagi keluarga kita pula masih mengamalkan adat-adat yang difikirkan tak menyusahkan banyak pihak. Ini semua terpulang kepada pandangan masing-masing.

Tak salah nak ikut adat tapi jangan sampai menyusahkan orang lain dan benda-benda lain tak di ambil kira. Baru-baru ni kita ada menghadiri satu majlis perkahwinan. Kita adalah di sebelah pihak lelaki. Kira bapa saudara kita la yang nak kahwin ni sebab ayah pengantin lelaki adalah 'Pak Su' abah kita. Kita panggil Tok Busu la.......(korang faham tak ni?)



Tok Busu kita ni tinggal kat KL. Anaknya dapat isteri orang Negeri Sembilan. Pihak pengantin perempuan ni terlampau menjaga adat sehingga agak menyusahkan pihak pengantin lelaki. Masa kita dari pihak pengantin lelaki ni datang bertandang ke rumah pengantin perempuan tiada sesiapa pun yang mempersilakan kami untuk menjamu selera sedangkan masa tu jam telah menunjukkan pukul 2 petang. Barang hantaran yang kami bawa pun memakan masa untuk mereka ambil.

Sesampai di sana kami tak tahu nak duduk kat mana sebab semua kerusi ada orang duduk (pihak pengantin perempuan). Kalau orang tu tengah makan takpe lagi, ni tidak. Mereka duduk sebab nak tengok pengantin bersanding dan tarian lilin di atas kaca. Pandai-pandai la kami cari makanan sendiri tanpa dijemput.

Ok la kalau mereka nak perkenalkan adat kat pihak pengantin lelaki dengan persembahan tu dan  mereka ada menjemput 'Kumpulan Anak Bochek' (betul ke ejaannya tu?). Tapi jangan la sampai tetamu yang datang ni tak dihiraukan.

Nasib baik la ada persembahan dari Kumpulan Anak Bochek ni, sekurang-kurangnya kurang sikit rasa tak puas hati dengan layanan dari pihak pengantin perempuan.




Jumaat, 18 November 2011

Pengantin yang comel

Pengantin yang comel. Eh.....ada ke pengantin yang tak comel? Walau tak cantik mana pun muka kita tu, bila dah jadi pengantin mesti nampak cantik kan?

Minggu lepas kan ramai orang kawin sebab nak ambik tarikh 11.11.11 sebagai simbolik tarikh perkahwinan mereka. Apa-apa je lah......

Kita pun tak ketinggalan untuk pergi kenduri kawin minggu lepas. Ada la 2 rumah yang kita pergi. Kebetulan kedua-dua rumah tu warna tema mereka adalah pink.








Rumah pertama yang kita pergi adalah perkahwinan 2 pupu kita kerana ayah pengantin perempuan tu adalah sepupu mak kita, maka kita dan pengantin perempuan tu adalah 2 pupu. Korang faham tak?

Agak-agaknya lah kalau anak kita dan bakal anak pengantin perempuan tu nanti apa pulak hubungan kekeluargaannya (mungkin kupu-kupu kot.......hahahaha.....mula dah sengal......)

Rumah kedua pun masih lagi 2 pupu kita. Tapi kita tak berapa kenal sangat dengan family ni....So, tiada gambar di rumah kenduri yang ke dua.

Isnin, 18 Julai 2011

Menduga sungguh.....

Sabtu malam Ahad ari tu, seperti yang kita dah bagitahu pada entry sebelum ni merupakan kenduri kat rumah uwan kita.

Pukul 7pm+++ macam tu kita sampai kat rumah  mak dan terus pergi rumah uwan. Rumah mak kita dan rumah uwan dekat jer (rumah uwan kita adalah depan rumah mak kita). Sembang-sembang dengan uwan sekejap lepas tu masing-masing dah bersiap untuk solat maghrib berjemaah.

Kenduri kali ni hanya untuk anak-beranak jer. Tak jemput orang luar pun. Tak jemput orang luar pun dah penuh rumah. Maklumlah....keluarga besar.....

Untuk pengetahuan korang cicit uwan kita ada yang dah kahwin tau. Ok, kita show kat korang gambar-gambar kejadian pada hari tersebut.

Selepas solat maghrib berjemaah

Makcik kita (Cik Ja) yang maintain cun walaupun dah bercucu.

Uwan bersama-cama cucunya.

Uwan

Bergambar sebelum bacaan yassin.

Masing-masing tengah kusyuk baca yassin.

Kaum lelaki yang memenuhi ruang anjung rumah.
Tengah baca yassin tu, elektrik pulak takde. Boleh dikatakan satu Pilah takde letrik. Masing-masing dengan pantas mencari sumber cahaya termasuklah lampu yang ada pada handphone untuk meneruskan bacaan yassin.

Masalah letrik dah selesai datang pulak masalah lain. Masalah tu kita tak nak citer (biarlah rahsia). Hanya sesiapa yang menghadiri majlis tu jer yang mengetahui.

Tapi kejadian malam tu memang banyak menduga kami bila berkumpul beramai-ramai setelah sekian lama tak ada majlis macam ni kat rumah uwan.

Sampai hari ini kejadian malam tu masih punyai kesan pada kita. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya.

Selasa, 3 Mei 2011

Gembira ke?

Hari Jumaat baru2 ni kita balik kampung sebab ada kenduri cukur jambul (anak kepada sepupu kita) pada hari Sabtu.

Hari Ahad pulak kenduri cukur jambul dan aqiqah anak sedara (anak abang ipar).  Hari Sabtu kenduri kat Kg. Tanjung Jati, Kuala Pilah (kampung kita la tu) dan kenduri hari Ahad tu pulak kat Kg. Bemban, Kuala Pilah (Kampung Sayang).

Seronok bila berkumpul ramai-ramai ni.....Macam-macam gosip terbaru dapat kita ketahui....hahaha...dah memang suka bergosip.....Sempat lagi ko bergosip time pantang ni ye Hilda....(Tak kira apa keadaan sekalipun, gosip tetap gosip) Buruk perangai betul la ko ni Hilda.....

Bila tengok baby tu cukur jambul mula la terkenang balik pada baby kita......Takpe la....bukan rezeki kita....Tumpang kasih dengan baby orang lain....Tak salah kan?

Dah tak nak sedih-sedih lagi....nanti cepat tua.....

Badan masih terasa sakit-sakit...Walaupun tak buat kerja sangat, tapi badan ni letih semacam je bila balik dari kenduri tu....Tu pasal bila anak-anak dah pergi sekolah tadi kita boleh sambung tidur sampai pukul sepuluh. Memang tak sesuai...

Pada mulanya memang kita tak nak balik masa kenduri tu, tapi macam tak sesuai je kan.....Tak nak la pentingkan diri sendiri.. 

Gambar takdo......sebab mood nak ambik gambar belum sampai lagi.....