Kesian kat anak ibu...kene demam tarik..
Saat yang mencemaskan pada pukul 3.30 pagi tadi tiba-tiba Adelia kene sawan tarik. Tak dapat nak fikir panjang sebab panic kerana ini pertama kali berlaku dalam keluarga dan terus hantar ke GH sebab merasakan kumudahan kat GH complete...
Doakan yang terbaik untuk Adelia ye kawan-kawan....
Terima kasih semua....
Nuffnang Ads
Memaparkan catatan dengan label Baby. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Baby. Papar semua catatan
Sabtu, 21 September 2013
Jumaat, 22 Mac 2013
Recycle
Kita ni adalah dari golongan orang yang berjimat cermat #berjimat cermat la sangat kannnnn....
Persediaan bersalin kali ni kita buat ala kadar jer. Mana yang boleh guna, kita tak perlu beli lagi. Walaupun Harith dan Adriana masing-masing dah 9 dan 8 tahun tapi ada barang-barang masa dia orang baby masih kita simpan dan masih elok untuk digunakan.
Diantara barang-barang yang di recycle ialah
![]() |
| Kelambu dan selimut |
![]() |
| Playmat |
![]() |
| Baju Adriana (sedih sebab pakai baju recycle...hehe) |
![]() |
| Bantal dan comforter |
![]() |
| Baju Adriana |
![]() |
| Baju Adriana |
Jimat tak kita...
Kat bawah ni saje nak tunjuk gambar ekspresi muka Adelia untuk tatapan korang semua
![]() |
| Gaya pemikir |
![]() |
| Senyum (senyum sikit jer...tak boleh lebih-lebih) |
![]() |
| Garang (garang ke ni?) |
![]() |
| Pemalu |
![]() |
| Blur |
Khamis, 21 Mac 2013
Kekangan bukan kangkangan
Amboi.....tajuk entry tak hengattt..............Aippp...jangan fikir bukan-bukan tau.......
Bukan apa, banyak sangat halangan atau kekangan untuk menulis kat belog kita yang suam-suam kuku ni. Ingatkan kalau cuti bersalin ni banyak la masa untuk menulis tapi apa pun tak boleh.....
Lain suasananya kalau berpantang di rumah sendiri berbanding berpantang dekat rumah mak. Ohhh lupa pulak nak bagitahu yang bersalin kali ni kita berpantang di rumah sendiri. Masa anak pertama dan kedua dulu kita berpantang di rumah mak. Anak-anak dah sekolah jadi susah la kalau kita berpantang dekat rumah mak..Kesian kat Sayang nak uruskan anak-anak yang bersekolah tu sorang-sorang dah la tempat kerja Sayang pun jauh dari rumah. Kita kan isteri yang memahami..... :-)
Berpantang kat rumah sendiri ni boleh kata mata ni rimas je tengok benda-benda bersepah. Almaklum la anak-anak yang 2 orang tu walaupun bersekolah tapi bila ada kat rumah ada je benda yang nak disepahkan.
Bila dah sehari suntuk kat rumah mata ni mula la nampak habuk kat sana habuk kat sini, bilik air kotor, baju kotor bertimbun, nak iron baju dan macam-macam lagi la kerja yang nak dibuat disamping tu baby pun perlukan perhatian dari kita kan.
Mak dan adik temankan kita kat rumah ni selama sebulan dari mula kita bersalin. Masa dia orang ada takde la kita nak sibuk nak buat kerja-kerja rumah....hanya melayan baby jer...Tapi dalam sebulan mak dan adik kat rumah kita tu, 10 hari kita di hospital sebab baby masuk NICU. Lepas tu pulak 2 minggu jugak la kita asyik berulang alik ke klinik untuk cuci jahitan kat perut ni sebab ada jangkitan dan jahitannya terbuka sikit. Jadi sebulan pertama bersalin tu memang kita tak ada masa nak menulis.
Bulan kedua pulak mak dan adik dah balik kampung, jadinya kita kene uruskan urusan rumah ni seawal pagi dari anak-anak nak pergi sekolah sampaila ke malam.
Eh....kenapa kita kene citer pasal ni pulak ek? Bukan apa...saje la nak minta korang memahami...ceeewaaahh...macam la korang heran sangat pasal kita ye tak?
Ok la....kita letak gambar Nur Adelia sebagai penutup entry kali ni...
Jumaat, 7 September 2012
Citer pasal pregnant pulak
Pasal bulan puasa pun tak habis nak citer lagi, apatah lagi citer pasal raya, tapi ada hati nak citer pulak pasal pregnant. Sebenarnya banyak betul citer yang kita nak story kat sini, tapi memandangkan kekangan masa yang terlampau-lampau (kekakangan masa atau tahap kemalasan yang melampau-lampau?) Whatever.....sambil goyang-goyangkan kepala dan bahu macam citer kat tv selalu tunjuk tu.
Hujung minggu ni genaplah kandungan kita 20 minggu (5 bulan). Tapi kalau ikut scan baru minggu ke 18+++. Tarikh due beza dalam 10 hari macam tu. Kalau ikutkan kita dijangka bersalin pada 28 Januari 2013, tapi kalau ikut tarikh scan pula pada 7 Febuari 2013.
Kalau sesiapa ada terjumpa kita sekarang ni mesti tak sangka kandungan kita baru 20 minggu (5 bulan) sebab perut kita macam orang dah 28 minggu (7 bulan). Masa kandungan kita 16 minggu (4 bulan), ada orang yang kata kandungan kita dah 6 bulan. Muka kita pulak dah macam kuih pau yang terlebih serbuk penaik. Badan, tak payah nak citer la kan, buat sentap hati kita jer.....huwwwwwaaaaaaa.............
Tapi kalau nak diikutkan berat kita tak naik banyak pun dan boleh turun lagi masa bulan puasa hari tu. Macam mana perut ni boleh nampak besar ek? Soalan orang yang tak boleh terima hakikat....huhuhu....
Alhamdulillah.....kesihatan kita dan baby baik cuma Dr. nasihatkan kita kurangkan pergerakan atau melalui jalan-jalan yang tidak rata (terhentak) sebab uri kita masih di bawah dan kemungkinan untuk keguguran masih tinggi.
Baby dalam kandungan kita ni memang agresif. Setiap kali scan ada jer aksi-aksi yang dilakukan seperti melambaikan tangan (mesti korang tak percayakan?) Dr. Asmah pun turut teruja bila scan kita hari tu bila nampak baby lambaikan tangan. Selain tu baby kita buat aksi garu hidung dan menggoyang-goyangkan badan. Comel jer bila tengok aksi dia bila Dr. scan tu.
2 minggu lagi kita akan buat detail scan. Macam tak sabar jer nak tengok aksi dia. Ok, tu jer....
Rabu, 2 November 2011
Yang ke 15
Kali ni kita suka pulak buat entry yang ada nombor. Macam best pulak buat entry bertema nombor ni......hehehe....
Apa pulak kali ni 'yang ke 15' tu? Kalau nak diikutkan cerita ni dah kira basi jugak la. Tapi memandangkan mood kita untuk menulis dalam blog ni adalah tak menentu, maka baru hari ni la terhegeh-hegeh nak update.
Pada 17 Oktober yang lalu (punyalah berzaman punya citer) kita dapat anak buah baru (anak adik). Adik kita, Fizah selamat melahirkan baby girl seberat 3.9kg secara ceaserean. Kalau kita tak gugur masa bulan April ari tu, mungkin kita dan adik kita tu sama-sama bersalin dalam bulan Oktober. Takpe la.....belum ada rezeki lagi....
Ok.....tak nak sedih-sedih.....Nama baby baru tu adalah Nur Elyana Qistina. Nama tu seakan-akan sama nama yang kita nak masa lahirkan Adriana dulu. Masa lahirkan Adriana dulu kita nak letak nama dia Nur Alisya Qistina, tapi memandangkan sebelum Adriana lahir tu ada 2 lagi ahli keluarga yang bersalin dalam tahun yang sama dan letak nama anak mereka yang bunyi nya ada 'sya' langsung kita tak jadi letak nama tu. Tak nak la nanti dia orang kat kita tiru nama tu......(eh.....boleh ke tiru-tiru bab nama anak ni?)
Baby Qistina ni merupakan cucu ke 15 dalam keluarga Hamzah dan Siti Baizura (mak dan abah kita la tu). Setakat ni abah dan mak kita dah ada 7 cucu lelaki dan 8 cucu perempuan. Tak lama lagi ada sorang lagi cucu yang bakal lahir (anak abang). Bertambah meriah la rumah mak dan abah dengan kehadiran cucu-cucu ni.
Abah kena besarkan lagi rumah tu, kalau tak nanti tak muat bila dah ramai-ramai balik kampung......huhuhu....
Gambar baby tak sempat pulak nak snap. Nanti kalau kita ingat, kita snap dan tayang kat sini ye. Ok, tu je untuk kali ni....
Isnin, 8 Ogos 2011
Yang ke 27
Apa yang ke 27 tu. Birthday kita ke? Bukan......birthday kita dah lepas.... Tapi korang caya tak kalau kita kata birthday kita yang ke 27. Sebenarnya kalau korang nak tahu kita dapat anak sedara baru (sebelah Sayang).
Hari Jumaat (5.8.2011) adik ipar kita selamat melahirkan baby girl yang sangat comel bernama 'Alya Marissa'. Alya ni merupakan cucu yang ke 27 dalam keluarga besar sebelah Sayang ni. Ramai betul anak sedara Sayang......Bertambah lagi la bajet duit raya....hahahaha...
Hari Sabtu tu kita sekeluarga pergi la melawat kat Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) kat Shah Alam sana.
| Alya Marissa |
Sayang prektis jaga budak kecik. Dah lama jugak kami takde baby ni.....hehehe.....
Kita ambik aura dengan pegang baby Alya...Mana la tahu lepas ni ada pulak rezeki dapat baby....Insya Allah.... tolong doakan ye....2 orang anak kita lahir besar (4.2 kg dan 3.3kg), dukung Alya yang comel ni (2.75kg) rasa kekok pulak.....
Langgan:
Catatan (Atom)











