Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label Gambar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gambar. Papar semua catatan

Rabu, 16 April 2014

Tentang dia....


Alhamdulillah....Adelia sudah semakin sihat. Semenjak dah tukarkan dia dari nursery ke rumah pengasuh, dia dah kurang demam. Awal tahun hari tu kita terpaksa tukarkan Adelia ke rumah pengasuh. Mungkin dia tak sesuai tinggal kat nursery kerana kerap sangat demam dan beberapa kali kene lung infection. Munkin jugak antibodi dia tak cukup kuat bila tinggal kat nursery yang ramai kanak-kanak. 

Kita tak sampai hati tengok dia kerap sangat makan ubat dan beberapa kali dimasukkan ke hospital. Hujung tahun lepas (Disember) kita siap ambil cuti separuh gaji selama sebulan untuk menjaga dia kat rumah agar dia benar-benar sihat.

Sekarang kita tak ada la susah hati nak tinggalkan anak untuk bekerja. Sekarang Adelia dah 1 tahun 3 bulan. Berat pun dah cecah 9.4kg. Walaupun tak tembam mana, tapi kita cukup puas hati kalau dia sihat. 

Alamak... rindu pulak kat budak kecik ni....huwaaaaa....nak balik rumah peluk Adelia.....

Kemain terjegil mata budak kecik ni.

Masa ulangtahun pertama (10.1.2014)
Jom layan gambar-gambar Adelia....
Masa bercuti di Langkawi (Januari 2014). Kemain happy jer budak kecik ni dapat pegi jalan-jalan. Ibunya apa lagi, super duper happy la kan.....



Ibu yang terlebih happy


Masa bercuti di Port Dickson (March 2014)


 
Masa bercuti di Bukit Tinggi (March 2014)


Over kan Adelia ni....sambil tidur pun boleh nak makan lagi...Sebenarnya dia nak makan atau nak tidur ni?
Adelia ni memang manja sesangat..Dia tahu kot bila setiap kali abang dia kacau, kita akan marah abang dia, jadi setiap kali abang dia dekat kat dia, mula la dia buat-buat nangis supaya kita akan marahkan abang dia. 

Budak kecik ni memang suka berjalan. Happy kemain bila kita bawak dia pegi jalan-jalan (ikut sape la tu kan???) Adelia juga sangat pandai ambil hati...bila kita marah, mula la dia buat muka comel agar kita tak jadi nak marah...

Ibu rindu pada kamu wahai anak.....

Selasa, 3 April 2012

Semputmaknak

Tarik nafas dalam-dalam........Semput rasanya....tapi kita ni bukannya semput asthma tau tapi semput nak menghabiskan citer pasal percutian kita ke Cameron ni. Perginya 3 hari 2 malam jer, tapi citernya...........kemain la panjang berjela.

Abih camano.....gambarnya pun banyak. Rugi pulak rasanya kalau tak share dengan kawan-kawan. Mana la tau kalau boleh dijadikan panduan untuk kawan-kawan yang baru nak pergi ke sana......

Hari tu kita pergi ikut Simpang Pulai dan balik pulak ikut Tapah. Saje nak tahu jauh sangat ke beza jarak perjalanannya.

Bila balik ikut Tapah maka boleh la kami menyinggah ke Ladang Teh dan kawasan air terjun Lata Iskandar. Sebenarnya anak-anak dah pening kepala duduk dalam kereta lama sangat dengan jalan yang berpusing-pusing tu. Harith siap cakap "takde kapal terbang ke kalau nak pergi Cameron ni?"

Kita suruh dia orang tidur dulu bagi mengelakkan mereka pening. Tapi sebelum tu dah bagitahu yang nanti akan lalu kawasan air terjun.

Bila sampai jer kawasan air terjun tu anak-anak masih tidur, tak sampai hati pulak nak bangunkan mereka. Tapi memandangkan tadi dia orang beriya nak tengok air terjun maka kita bangunkan jugak.

Muka budak baru bangun tidur

Takde mood lagi nak pose

Gembira dia orang dapat main air

Dah mula 'panas'....baru la boleh pose
Nasib baik mereka tak meragam bila kita bangunkan tu. Memang dia orang nak tengok air terjun tu. Kemain suka Harith dan Adriana bila dapat tengok air terjun dan minta nak mandi sekali......Ohhh...no no no.....tak boleh mandi disini.....

Kita rasa setakat ni je la citer pasal percutian kita ke Cameron. No more sambungan kesah ke Cameron ni. Akak ko ni pun dah nak termuntah untuk menyiapkan entry ke Cameron ni. Korang pun tak payah la nak muntah sama membaca kesah Cameron ni lagi.

Daaa.....


Penggemar teh 'O' tegar

Siapakah penggemar teh 'O' tegar? Korang jangan tak percaya pulak bila kita bagitahu nanti...Harith adalah menggemar tah 'O' tegar. Boleh dikatakan pagi, petang, siang, malam nak minum teh 'O'. Tak kira la sama ada sejuk atau panas.

Itu bukan la bermaksud maknya hanya pandai buat air teh 'O' sahaja. Minuman kegemarannya itu tidak ada kena mengena dengan mak nya dan bukan bermaksud kat rumah tu tiada minuman lain selain teh tau.....

Disebabkan Harith dah suka minum teh tu maka ketika di Cameron (motif sebenar nak citer pasal percutian di Cameron yang masih belum selesai) kami singgah la ke ladang teh. Nak tunjuk kat dia macam mana rupanya pokok teh tu.

Harith ajak jugak turun ke bawah sana untuk tengok pokok teh dengan lebih dekat, tapi kita adalah malas ketika itu

Adriana tengah control cun

Harith & Adriana

Apakah yang Sayang cuba lakukan itu?
Kat sini kita ada jugak la beli teh untuk stok kat rumah walaupun banyak lagi teh kat rumah tu. Nampak gayanya setahun ni kita minum teh je la.....huhuhu....

Kita dengan Adriana

Kenangan terindah Part 2

Memandangkan banyak sangat gambar semasa di Cameron hari tu, maka kita akan tempekkan di sini. Rugi la kan dah penat-penat bergambar tapi terperap jer kat dalam lappy ni (over ko ye Hilda.....nak show-off bagai......tak baik tau show-off ni......) hehehe....

Bukan la nak show-off, tapi untuk berkongsi kegembiraan dengan yang sudi....(ayat cover......). Ok, layankan je la gambar-gambar kat bawah ni.

Nape muka kita lagi lebar dari sayang? (buat-buat tak percaya pulak)




Smokehouse Hotel (dulu tempat ni cantik, sekarang ni dah kureeeng....)


Adriana ni tanpa disuruh dah pandai buat pose.











Isnin, 2 April 2012

Kenangan terindah Part 1

Tak tahu macam mana nak cerita. Tapi kita rasa bila tengok gambar-gambar ni korang dapat merasakan betapa gembiranya kami waktu tu.

Destinasi pertama percutian kami untuk tahun ini. Mungkin akan ada lagi 2-3 destinasi percutian untuk tahun ini. harap-harap segala yang dirancang akan menjadi, Insya Allah......


Disebabkan ibu dan ayah dah over, maka anak-anak tersepit kat bawah....hahaha...






Ibu pun nak join anak-anak bergambar dengan buah-buahan dan sayuran


Bakal pengganti Nas Ahmad 'yeahhh'






Selasa, 27 September 2011

Layanzzzzzz....

Korang layan je la gambar-gambar masa jamuan lab kita ari tu.....Nanti kalau tak tunjuk gambar ada pulak yang kecik ati (ada ke yang kecik ati?).

Gediks jer budak 3 orang ni.....hehehe....

Abg. Md. Nor, Daus dan Abg Cat (usah ditanya kenapa panggil Abg. Cat)

Iza, katie, Wanie dan Shikin

Abg. Md. Nor (nak bodek Dr. Raj la tu) huhuhu...


Over tau budak 3 orang ni.....

Apa hal pulak si Katie dan Iza tu?


Kaum adam dulu yang ambil makanan (sebab kaum ni tak ramai kat sini)

Tiba pula kaum hawa nak mamam.....

Katie, Grace, Leslie dan Dr. Siew Eng

Fiza dan Norin




Katie ni tak cukup makan agaknya sampai tangan Kak Ijun nak digigitnya....

Dr. Arif yang buat free show....huhuhu....