Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan

Isnin, 7 Januari 2013

Oh...semput....

Pffffuhhh............semput kita.....5 entry dalam satu hari.....punyala nak cover semua cerita....Tapi masih ada cerita lagi yang kita belum story kat korang.

Korang perasan tak yang kita kurang bercerita pasal pengalaman mengandung kali ni? Sebenarnya banyak betul yang kita nak share dengan korang, tapi macam-macam halangan la pulak....

Kalau mood kita ok dan masa mengizinkan, esok kita marathon lagi ye. Kalau tak, korang tunggu jer la bila kita dah bersalin nanti. Itu pun kalau rajin dan ada masa. 

Hari ni akak ko ni dah semput nak terus menulis.

Rabu, 5 September 2012

Boleh ke?

Wahh......lama betul blog kita ni tak berpenghuni. Rasanya macam rumah kosong jer.....Mood untuk menulis tu tak beberapa nak mari la. Mungkinkah anak dalam kandungan kita ni memang tak suka jadi penulis.....tetiba kaitkan sifat pemalas tu ada kaitan dengan kandungan......tak sesuaiiiii.............

Walaupun dah 3 minggu umat Islam menyambut raya tapi kita baru nak citer pasal puasa lagi.....boleh kan? Akak ko ni ketinggalan keretapi la.....maafkan jer la dia ye.....

Alhamdulillah....kita dapat puasa penuh tahun ni. Hooreyyyy.....tak perlu nak ganti puasa.....Hajat di hati nak la buat puasa 6, tapi tak mula-mula lagi nak buat puasa 6 tu. Rasa-rasanya macam tak tercapai jer hajat nak buat puasa 6 tahun ni.

Rekod betul tahun ni kerana kita tak pegi walau sekali pun ke 'param'. Tak kuasa kita nak bersesak-sesak kat param tu, lagipun bukan ada apa pun yang kita teringin kat param tu. Oh...lupa....ada la sekali tu kita teringin makan roti john untuk berbuka. Tak payah susah-susah nak ke param, minta Sayang jer tolong belikan.....

Bukan ada yang menarik pun kat param tu. Masa puasa tu Sayang ada jugak la beli kuih dan air, tapi tu la.....ada penjual yang nak cepat kaya, jual donat keras macam batu dan macam-macam la yang tidak memuaskan hati. Malas la nak citer, buat dosa kering jer.....(abih tu dosa basah macam mana ek?)

Ok la, setakat ni dulu mood kita untuk menulis. Kalau mood tu datang lagi kita akan terus menulis ye....

Jumaat, 15 Jun 2012

Kenapa ye?

Kenapa ye sejak bermenjak-menjak ni akak ko ni malas tahap dewa untuk mengupdate blog kesayangannya ni?

Sebelum korang kata kita ni memang dah dasar pemalas, baik kita explain dulu. Memang lah dah terbukti akak ko ni agak malasssss, tapi tak la seteruk sekarang ni....huhuhu....

Sebenarnya banyak benda yang kita nak share dengan korang dan banyak jugak gambar-gambar yang nak di tunjukkan. Tapi nak buat macam mana, kemalasan melampau telah menguasai diri.

Kekonon bila dah ada galaxy note ni akak ko ni bertambah rajin la nak mengupdate blog, tapi.....hampehhhhhh.....

Sebenarnya kita dah ada jawapannya cuma saje nak korang tertanya-tanya jer....(perasan yang ramai sangat la orang kesah pasal dia tu.....)

Jumaat, 10 Februari 2012

Nape semua orang malas ni?

Majoriti apa yang kita baca kat blog kawan-kawan tulis yang mereka malas nak update blog. Nape ek? Adakah virus malas ni sedang melanda semua blogger termasuk kita.

Tapi memamng betul pun, sebulan dua ni kita rasa malas nak menulis kat blog (eh....bukan ke ko tu memang dasar pemalasssss.......) huhuhu...

Banyak benda yang nak kita update sebulan dua ni, tapi mood nak menulis tu entah ke mana hilangnya. Sekarang ni kita tengah sibuk mencari di manakah 'mood' yang hilang itu.....sengal....(korang faham tak lawak kita tu??????)

Nanti kalau kita buat 3-4 entry sehari tu maknanya kita dah jumpa 'mood' yang hilang itu...Korang jangan termuntah pulak baca entry kita yang berlambak-lambak tu.....(ada ke orang yang nak baca?)

Rabu, 1 Februari 2012

Beralih arah

Rindunya kat blog kita ni.....lama sangat rasanya tak menulis kat sini.......banyak sangat nak cerita kat sini sebenarnya dan gambar pun terlalu banyak yang nak ditunjukkan, tapi buat masa sekarang kita telah beralih arah.......

Sekarang ni kita lebih banyak menulis di dalam diari (buku). Kat dalam diari tak ada sesiapa pun akan kecik hati dengan tulisan kita. Hanya kita sorang jer yang baca. Kalau tulis kat blog ni nanti ada pulak yang salah tafsir dengan apa yang kita tulis.

Tulis kat dalam diari ni lebih open sikit......boleh curahkan segala-galanya.......

Apa-apa pun kalau kita ada kelapangan kita akan menulis jugak kat dalam blog ni......

Khamis, 1 Disember 2011

Tak sempat....

Sekarang ni kita asyik tak sempat jer nak undate story kat blog ni. Mangalahkan orang yang bekerja kat bidang perakaunan. Ye la.....selalunya akauntan kan akan sibuk nak tutup akaun masa hujung-hujung tahun ni..... 

Sebenarnya banyak story nak tulis kat sini. Takpe, kalau ada masa nanti kita harung 5 entry setiap hari ye.....(banyak sangat la masa kau tu Hilda......)

Ok la......saje nak jengah kat blog ni......nanti lama-lama tak jengah korang rindu kat kita pulak sampai tak boleh buat kerja......huahuahua.........



Dengar citer kat opis kita ni nak kuatkuasakan undang-undang baru. Tak boleh nak buka jaringan sosial, tak boleh bawak laptop sendiri, tak boleh guna broadband dan macam-macam lagi la yang tak boleh nak bawak atau guna kat opis ni........


Nampak gayanya kita akan menulis untuk blog ni di rumah jer la....itu pun kalau sempat.....

Khamis, 13 Oktober 2011

Testing 1 2 3.....

Tengah test mood untuk menulis......testing 1 2 3.......opssss.....tak ok lagi la......kita tengok la bila mood itu akan kembali ye......hehehe.....

bye....

Rabu, 28 September 2011

Maafkan saya

Sekarang ni tahap kemalasan saya adalah pada tahap yang terlampau (bukan selama ni memang dah memang terlampau ke? hehehehe.......)

Kita nak minta maaf bebanyak kepada sesiapa yang komen kat blog kita tapi kita tak balas dan bagi blogger yang kita follow tu pun maaf la ye sebab kita tak dapat nak komen apa-apa walaupun hati ini membuak-buak nak mengomen (ye ke tu?)

Kekadang idea tu melimpah ruah nak komen tapi mood ke laut, maka tak terhasil jugak komen yang bernas tu....hehehe.....

Jadi maafkanlah diri kita ini yang serba kekurangan......ececehhhhhh.......

Selasa, 20 September 2011

Nanti ye....

Sekarang ni kita adalah agak bz dan mood untuk menulis adalah ke laut.....

Mesti sekarang ni korang ternanti-nanti kan entry terbaru dari kita.....huahuahua....Nanti ye, bila mood itu sudah kembali kita akan banyak menulis sampai korang termuntah-muntah nak baca....hehehe....

Untuk mengubat kerinduan korang pada kita (ada ke orang rindu?) korang bacalah entry2 kita yang dah ada tu ye.....

Layankan gambar kita dengan muka terkejut ni.........


Rabu, 27 Julai 2011

Alih angin

Kita bukan la dukun yang boleh alih-alih kan angin ni DDDDAAANNNNN harus diingat bukan jugak buang angin. Entry kita kali ni saja nak bagitahu walaupun korang dah tahu bahawa blog kita dah berubah warna.

Sesiapa yang mengikuti blog kita ni mesti akan perasan punya warna blog kita telah berubah dari hitam/putih/kelabu ke merah.

Asalnya nak warna biru sebab kita suka warna biru firus, tapi tak ada pulak yang kita berkenan. Pilihan kedua pulak nak warna purple, tapi masih tak ada yang berkenan di hati. Akhirnya untuk menggambarkan blog kita yang ceria, kita ambik la warna merah ni.

Korang suka tak perubahan warna blog kita ni. Sila komen kalau tak berkenan. Kadang-kadang bila alih angin ni akan mendatangkan mood yang bagus.

Harap-harap kita tak la cepat marah seperti mana orang menggambarkan merah ni garang, kuat, bara api dan sebagainya.....

Selasa, 10 Mei 2011

Dimanakah kau menghilang...

Rasa-rasanye dah hampir seminggu kot kita perasan yang senarai follower kita tidak kelihatan di blog.....

Macam la follower kita banyak beriban-riban nak bising-bising satu kampungkan? Tapi kita tak kira, dimanakah perginya senarai follower kita itu?

Bukan apa, walaupun sikit follower kita, tapi kita nak hargai mereka dengan terpaparnya gambar mereka....ye ke?

Betullllll, kita ikhlas cakap ni....

Ceciter....ceciter nape jadi macam ni, kesian kat kita tau, dah la follower tak ramai dah tu hilang pulak dari terpapar kat blog......

Jumaat, 17 Disember 2010

Terus mencuba....

Huhhh....
Kenapa la blog kita ni org lain x boleh nak view lagi....
Tolong...tolong....mintak bantuan...kita punya la excited nak citer mcm2 kat dalam blog ni, tapi ada masalah pulak...
takpe, kita akan terus mencuba sampai berjaya...
doakan kita ye kawan2.....