Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label Jalan2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan2. Papar semua catatan

Isnin, 7 Januari 2013

9th Anniversary

Alhamdulillah....tanggal 19 Disember 2012 genaplah usia perkahwinan kita dan Sayang 9 tahun. Kita bersyukur sesangat sebab Allah masih panjangkan jodoh kami dan kami masih bahagia seperti dulu disamping anak-anak tersayang. 

Pada 19 Disember 2012 tu kita dapat bunga dari Sayang. Memang terkejut sesangat sebab tak target apa-apa pun dari Sayang sebab tak plan apa-apa pun kerana anak-anak kat kampung. Tak syok la kalau celebrate tanpa anak-anak. 

Balik dari kerja hari tu kami terus pergi makan. Untuk pengetahuan korang sejak bulan Disember 2012 hari tu Sayang yang hantar dan jemput kita pergi dan balik dari kerja sebab kita dah tak larat nak drive. Malam tu pulak Sayang pergi main badminton dan kita pulak dah takda benda nak buat, maka tidur awal la.

Rupa-rupanya balik dari main badminton tu Sayang bawa balik bunga dan letak sebelah kita. Ohhhh....sweetnya.....Tak sangka Sayang boleh buat kejutan macam tu. Kali ni kita betul-betul terkejut...Selalunya kita boleh baca apa yang Sayang nak buat. Terima kasih Sayang.....


Pose sebelum pergi kerja
Bunga tu hanyalah sampingan jer. Hadiah anniversary yang sebenar masih belum beli lagi...huhuhu....Hadiah anniversary kita tu kita perolehi bila balik dari Pusat Sains Negara. Kami singgah ke Mid Valley masa balik dari Pusat Sains Negara tu. Masa kat Mid Valley tu takda la rasa tak larat pulak, ok jer kita bila dapat cari barang yang kita nak....huahuahua....

Ni la hadiah anniversary kita yang ke 9.


Setiap hujung tahun kita pasti akan ke Mid Valley untuk beli perfume. Asalnya nak beli perfume Burberry tapi terbekenan dengan perfume Jimmy Choo la pulak.



Free gift
Anak-anak seronok jer dapat jalan-jalan. Dah tu belikan ais krim, lagilah seronok dia orang. Takdelah dia orang bosan. Pandai tak kita umpan anak-anak?


Tengok la muka kita yang keseronokan dapat apa yang dihajati. Hilang semua rasa tak larat tu...huhuhu

Terima kasih Sayang untuk hadiah anniversary yang ke 9 dan terima kasih jugak sebab menjadi suami yang penyayang dan memahami....Semoga hubungan ini akan berkekalan dan berbahagia hingga ke hujung nyawa. Amiin.........

Aktiviti terakhir keluarga untuk tahun 2012

Aktiviti terakhir keluarga kami untuk tahun 2012 adalah ke Pusat Sains Negara. Memang mencabar betul aktiviti kali ni untuk kita sebab masa pergi Pusat Sains Negara ni kandungan kita dah 35 minggu dan kami telah tersalah parking jauh dari Pusat Sains tu. Punyalah nak menapak jauh. Tapi kita gagahi jugak demi anak-anak.


Kami sampai kat Pusat Sains Negara ni lebih kurang pukul 11 pagi. Anak-anak dan Sayang jer yang banyak  explore benda-benda kat dalam ni dan kita pulak banyak duduk. Tak larat tau nak banyak berjalan.


Adriana yang over

Punyalah bersungguh Harith kayuh basikal tu nak bagi lampu tu menyala



Kami di Pusat Sains Negara ni sehingga pukul 3 macam tu. Lepas tu kami pergi ke......Nantikan jawapannya pada entry seterusnya.... 

Jumaat, 30 November 2012

Lost World Of Tambun

Hari pertama cuti sekolah hari tu kami sekeluarga telah pergi bercuti (bercuti la sangat....). Punya la anak-anak teruja nak bercuti, inikan pulak ibunya, terlebih lagi keterujaannya......

Mesti orang kata dah sarat-sarat pun nak berjalan lagi.....Kita ni kalau bab-bab berjalan larat jer......Tapi kalau duduk kat rumah memanjang jer tak larat.....Over tak?

Sayang awal-awal lagi dah tanya kita samada larat tak nak pergi bercuti ni. Kalau tak larat, dia cancelkan....Uishhhhh....mana boleh cancel, kesian kat anak-anak......masa cuti sekolah tak dapat pergi mana-mana....takkan disebabkan kita, anak-anak tak dapat berjalan.....(ayat cover line)..huhuhu.....

Maka pada 10 November tu (sebelum subuh lagi) kami dah bersiap-siap dan keluar rumah kerana kena sampai ke Lost World of Tambun tu pada pukul 9 pagi. Kami singgah solat subuh kat KL area mana ntah, tak ingat pulak.

Oh...lupa pulak nak bagitahu yang percutian kali ni adalah sempena family day office Sayang. Kami di sana cuma 2 hari 1 malam sahaja.....Asalkan dapat bercuti, itu pun dah dapat menggembirakan hati anak-anak....


Adriana yang keriangan


Benda ni belum bergerak lagi, Harith dah pegang besi pemegang tu kuat-kuat...dasar penakut...huhuhu









Maaf la ye, kedudukan gambar tunggang langgang. Malas nak menyusun. Gambar mandi-manda dan acara sukaneka tiada. Cuaca masa tu panas sangat dan kita tak larat nak banyak bergerak. Tugas kita pada hari tu adalah sebagai penjaga beg (sedih tau sebab tak dapat join mandi-manda).

Keluar dari Lost World tu dalam pukul 4 petang dan terus check in kat Hotel Heritage, Ipoh. Malam tu pulak ada dinner. Sebelum menunggu dinner tu kami bermalas-malas kat dalam bilik sebab dah kepenatan.


Harith dan Adriana di lobby hotel

Adriana bersama cabutan bertuah
Keesokan harinya kami bersiap-siap nak balik. Tapi dalam perjalanan balik tu sempat la singgah untuk beli buah jambu, petis dan limau bali. Walaupun macam tergesa-gesa jer percutian kali ni, tapi kita dan anak-anak happy....




Tu jer citer kita pasal percutian di Tambun. Akan menyusul lagi citer pasal tempat yang kita pergi masa cuti sekolah kali ini....

Rabu, 23 Mei 2012

Tercapai jugak

Kita ni memang suka sesangat berjalan. Pantang ada yang sebut tempat-tempat yang menarik, mulalah rasa nak pergi tempat tu. Tak kiralah samada tempat melancong, berkelah, makan-makan, shopping dan sebagainya. 

Tapi bukan semua tempat yang kita nak pergi tu kita dapat pergi. Tapi kalau boleh atau selagi boleh diusahakan kita nak jugak pergi tempat-tempat tu. Yang jadi mangsa dari tabiat kita yang suka berjalan ni adalah Sayang. Siapa lagi yang kita nak harapkan untuk bawa kita pergi tempat-tempat tu selain Sayang?

Nasib baik kita dapat suami pun yang sama-sama suka berjalan, maka itu semua bukan masalah besar. Rentetan (perkatan bombastik kita hari ini) dari kita ke pesta buku tempoh hari, kita pergi ke Pavilion pulak. Macam tak tahu penat jer masa tu.

Dah alang-alang gunakan perkhidmatan awam (komuter, LRT dan monorel) kami naik monorel ke Pavilion. Bukan nak beli apa pun, cuma nak tahu apa yang ada kat Pavilion tu. Sekurang-kurangnya bila orang bercerita kita dah ada gambaran tentang tempat tu.


Gigih nak ke Pavilion bersama hasil borongan dari Pesta Buku.

Mengalahkan pelancong dari luar nagara. Bergambar bagai kat sana


Ada jugak gambar kat stesen komuter ni 
Disebabkan berjalan sakan pada hari tu, keesokkannya kami hanya berehat kat rumah jer sebab dah tak larat nak keluar. Kalau masih ada tenaga tu nak jugak kita keluar jenjalan, paling tidak pun bawa anak-anak ke Laman Basikal, Lake Garden Seremban.

Dah dasar kaki berjalan.........

Khamis, 10 Mei 2012

Hasil besesak-sesak

Perancangan kita yang tertunda hari tu telah dapat dilaksanakan. Perancangan apa? Alaaaa....perancangan kita yang nak ke pesta buku tu...

Kita dan Sayang telah sebulat suara untuk ke pesta buku kat PWTC tu pada hari Sabtu bersama anak-anak. Kami rancang akan keluar rumah seawal yang boleh sebab tak nak bersesak-sesak sebab kami nak pergi naik komuter. Awal-awal pun, dekat nak pukul 10 baru naik train.

Alhamdulillah, kalau naik dari Seremban memang kami akan dapat tempat duduk. Tapi bila dah sampai Nilai, train dah mula penuh.

Tuan tanah yang kegembiraan bila hajat telah tercapai

Sampai Bandar Tasik Selatan, kami tukar train naik LRT pulak sampai ke PWTC. Orang punya la ramai kat PWTC tu.

Kat pintu masuk dah bersesak-sesak
Masa mula-mula nak masuk kat sini dah sesak, bila sampai dalam lagi la sesak. Dah macam dalam tin sardin pulak rasanya. Nak bernafas pun payah. Harith siap cakap dia rasa dah nak pengsang bila bersesak-sesak macam tu. Kita rasa kalau ada sorang jer yang terjatuh, habislah semua orang pun akan turut terjatuh sebab tiada ruang untuk bergerak.

Jalan sikit berhenti, jalan sikit lagi berhenti lagi. Hilang mood nak membeli buku-buku tu tau......Tapi perjuangan untuk membeli harus diteruskan sebab dah datang jauh-jauh dan gigih menaiki komuter. Tak kan nak tengok jer kan?

Dekat booth Ana Muslim
Setelah beli buku untuk anak-anak, kita teruskan misi mencari buku-buku untuk kita pula. Anak-anak duduk kat tepi tu diam-diam sambil baca buku yang baru mereka beli dengan ditemani ayahnya.

Leka dengan buku pilihan masing-masing
Kalau nak tahu hasil borongan kita tu, nantikan entry seterusnya.....

Isnin, 30 April 2012

Berwangi-wangian

Sambil menyelam minum air. Itulah beribahasa yang paling sesuai untuk kita masa pergi Alamanda hari tu. Selain dari belanja Sayang dan anak-anak makan, agenda kita selain tu adalah nak beli perfume. Cadangnya nak beli kat MidV, tapi dah tak boleh nak pergi arah KL sana maka beli jer la kat Alamanda ni.

Sebenarnya pening jugak nak pilih perfume ni. Masa kat kedai bau dia macam sesuai jer dengan diri kita, tapi bila dah sampai kat rumah pening pulak bau perfume tu. Sebab tu kena pilih betul-betul, kalau tak membazirlah.....Harga perfume tu bukannya murah, kalau tak pakai kan membazir namanya tu....

Pilih punya pilih, kita dah tebekenan dengan bauan dari Calvin Klien (Sheer Beauty). Apa yang penting Sayang pun suka dengan bau perfume tu. Kita pakai perfume kan untuk Sayang jugak...




 Beli perfume kali ni kita rasa banyak benda free yang kita dapat seperti tote bag, miniature, cover iphone dan voucher Parkson bernilai RM50. Suka sangat dapat benda-benda freee ni......hehehe...











Inilah hasilnya. Beli satu, dapat macam-macam.... :)

Antara koleksi perfume kita

Janji ditepati

Chuppppppssss..............sebelum korang fikir macam-macam baik la kita explain pasal tajuk entry kita ni ye. Tajuk entry kita kali tak ada kena mengena dengan Program Jelajah Janji Ditepati tu ye.

Sebenarnya hari Sabtu baru-baru ni kita nak bawa anak-anak pergi Pesta Buku kat PWTC tu. Bukan setakat nak belikan bahan bacaan untuk anak-anak, nak beli bahan bacaan untuk kita pun ada jugak. Disebabkan perhimpunan yang ntah apa-apa yang mana banyak menyusahkan dari menyenangkan tu, maka kita terpaksa la tukar program. Malas nak terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Lebih baik elakkan dari buat dosa kering mengata peserta perhimpunan tu.

Setelah berbincang dengan Sayang, kami plan pergi Alamanda. Nasib baik kita teringat janji kita yang nak belanja Sayang dan anak-anak kat The Garden. Jom makan-makan.......(makan lagiiiiii.......hehehehe.....)


Masa ni Harith tengah merajuk sebab tak dapat tengok wayang citer pilihannya sebab panggung dah penuh. Protes tak nak makan, tak lapar katanya.....

Harith tengah merajuk

Setelah dipujuk, barulah nak senyum. Sebenarnya bukan pujuk pun....lebih kepada mengugut....'kalau tak senyum, tak payah tengok wayang'....hehehe.......
Terpaksa senyum...hehehe

Masa ni Sayang pulak merajuk...eh eh....takdelah....Tengah tunggu makanan....Orang ramai sangat...



Apple Juice, Iced Lemon Tea dan Plain Water

Chicken Teriyaki

Garden Black Pepper

Grilled Baramundi

French Fries
Kita punya la nak belanja makan, tapi Adriana hanya pilih french fries jer.....Kalau setakat nak makan french fries, kat pasar malam pun boleh dapat....Alahai la anak........bila ibu dah offer tu, pilih jer la apa yang nak, kalau ibu tak offer tu maknanya jangan la minta yang bukan-bukan....



Selepas makan, sempat main buaian dulu...
Alhamdulillah.....janji sudah ditepati.....