Nuffnang Ads

Khamis, 28 April 2011

Kalau dah bukan rezeki

Dah lama benar rasanya kita tak update blog ni.....

Dengan badan tak laratnya dan terdapat masalah2 sampingan membantutkan lagi kita untuk terus menulis di blog ini.

Hari ni baru la ada kekuatan untuk kita  menulis. Mula-mula tu memang malas nak tulis pasal citer ni sebab biar la kita sendiri yang tanggung kesedihan ini. Malas nak share citer sedih dengan orang. Kalau boleh nak shere citer happy je dengan orang.  Kalau citer yang sedih2 pun orang mungkin tak suka nak baca.

Tapi untuk di jadikan kenangan, kita abadikan kisah ini di dalam blog.

Minggu lepas 18.04.2011 (Isnin) kita mengalami sakit kepala yang amat sangat, tapi memandangkan kita tengah mengandung, kita tak ambil apa2 ubat pun sebab takut terjejas kandungan kita. Semasa mengandung kali ni kita memang kerap sakit kepala. Mula2 dulu ada juga ambik penadol tapi bila dah kerap sangat sakit kepala ni takut pulak nak makan penadol lagi.

Hari Selasa tu kita masih sakit kepala lagi, Sayang dah suruh kita duduk kat rumah je, jangan pergi kerja, tapi memandangkan kita dah selalu sangat MC tahun ni, (baru kerja 4 bulan je tahun ni, MC kita dah 7 hari) kita pergi jugak kerja walaupun kepala masih sakit dan badan rasa macam nak demam.

Petang Selasa tu kita dah rasa bahagian bawah perut kita sakit, maka terpaksa jalan perlahan-lahan. Kita dah bagitahu kat staff lab kita kalau kita tak datang esok maknanya kita MC. Memang dah dapat rasa badan tak sihat sangat.

OTW balik tu, kalau tak silap baru sampai area Bukit Mahkota kot, kita terasa ada cecair keluar, kita dah dapat rasakan macam air ketuban. Sepanjang perjalanan banyak kali jugak la rasa  cecair tu keluar dan bahagian bawah perut kita rasa sakit. Kita call Sayang bagi tahu keadaan kita. Sayang suruh kita terus pergi klinik, tapi memandangkan takut Sayang sampai rumah lewat dan kesiankan anak2 kat nursery, kita pergi ambik anak2 dulu kat nursery dan Kafa.

Sampai je kat rumah kita terus ke bilik air. Alangkah terperanjatnya kita bila kita lihat darah yang banyak....Kita terus bagitahu Sayang, dan kita tunggu Sayang sampai rumah untuk pergi ke hospital. Masa tu rasa berdosa sangat sebab tak dengar nasihat Sayang supaya tak pergi kerja hari tu.....Adakah semua ni terjadi atas kedegilan kita?

Kita pergi Hospital Tuanku Ja'afar. Kita kena masuk wad. Masa kat kecemasan doktor scan, baby aktif lagi, cuma dia nak doktor pakar check lebih detail lagi sebab tu kena tahan wad. Masa kat wad, doktor wad pun scan lagi sekali untuk tengok kandungan kita, Sayang pun tengok baby tu masih aktif bergerak bila doktor scan. Doktor pun kata tak payah nak risau sangat cuma banyakkan berehat.

Pukul 11pm Sayang pun balik sebab anak-anak ada kat rumah abang ipar, lagipun esok mereka sekolah. Kita pulak dah mula rasa ngantuk sebab tak dapat rest lagi... Tapi pukul 11.15pm perut kita mula rasa sakit setiap 5 minit, dah tu tambah pulak kita demam. Lama jugak kita menahan kesakitan. Sakit macam orang nak bersalin tu....

Pukul 1.30am kita dah tak tahan sebab sakit dan tak boleh nak tidur, kita panggil nurse dan nurse terus check. kemudian doktor pulak check. Masa tu air ketuban dan darah banyak keluar. Bila scan doktor kata kandungan kita dah tak dapat diselamatkan lagi.....Sedihnya......hanya tuhan yang tahu....Kandungan kita gugur di usia 15 minggu.

Masa tu jugak doktor mengeluarkan baby kita. Sakitnya hanya Allah yang tahu.....Bila doktor tunjukkan baby kita tu kita tak dapat menahan kesedihan.....Baby tu dah cukup sifat....anggota badannya dah lenggkap. jarinya pun cukup lima.....Masa tu rasa bersalah yang teramat sangat bila ingkar kata suami supaya tak pergi kerja....Lepas ni, kalau mengandung lagi, kalau tak larat tu kita takkan pergi kerja.....Tak payah nak fikirkan bos atau orang lain.....Dia orang bukannya tahu masalah kita....Apa yang mereka tahu hanya suruh kita buat kerja jer....

Masuk kali ni dah 2 kali kita gugur.

Baby kita telah selamat disemadikan pada petang Rabu tu.....dan baby kita tu Sayang namakan Muhammad Hazim yang bermaksud (yang tegas, bijak, cermat).

Walauapapun alasannya memang dah bukan rezeki kita untuk dapat baby tahun ni.....Hanya Allah yang mengetahui segalanya......Kita redha.....Dugaan kita ini tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan orang lain....Ada orang lain yang mendapat dugaan lagi hebat dari kita....

Selasa, 12 April 2011

Ok tak kalau......

Sejak pregnant ni kita memang memanjang tak larat dan selalu sakit kepala. Pregnant yang sebelum-sebelum ni pun memang tak larat jugak tapi tak la seteruk sekarang.

Pregnant sebelum ni memang selalu muntah tapi lepas tu masih ada selera isi balik. Kali ni jarang sikit muntahnya tapi kalau rasa nak muntah tu memang tak boleh ditahan-tahan....

Lagipun masa pregnant dulu jarak opis dengan rumah adalah lebih kurang 15km jer. Sekarang jarak opis dengan rumah adalah 60km dan kalau jem.........rasa macam 120km perjalanannya....Pergi balik mau lembik badan jadinya bila dah drive lelama macam tu.....

Kita ada jugak suarakan pada Sayang yang kita nak cuti tanpa gaji dalam 3-4 bulan. Pada pandangan korang ok tak kalau kita ambik cuti tanpa gaji tu? Ni baru 3 bulan, nak menyampaikan sampai 9 bulan tu mau layu badan kita ni.......

Semalam buat syarat je datang opis, tapi tak buat keje pun, aci tak? Semalam adalah hari sakit kepala (dari pagi sampai ke malam sakit kepala tak hilang). Baring je la yang mampu dilakukan....

Buat kemarahan orang je kan bila datang opis semata-mata nak berehat-rehat dan tidur......Kalau korang ada kawan macam tu korang bengang tak????

Isnin, 11 April 2011

Pulang dengan penuh bangga....

2 minggu lepas Harith dah pergi ikut lawatan sekolah ke Melaka. Minggu lepas tiba giliran Adriana pulak untuk ikut lawatan sekolah ke Kuala Lumpur.

Dalam rasa tak yakin dia boleh sesuaikan diri ke tidak, dah lepas pun dia pergi ke Kuala Lumpur.

Kemain lebar senyum dapat ikut lawatan sekolah.




Wajah ceria nak berjalan.


Tak sabar nak naik bas.
Bas bertolak ke Kuala Lumpur dari sekolah lebih kurang pukul 7:45am dan sampai ke sekolah semula dalam pukul 7:50pm.

Bila jumpa je dia sebaik turun dari bas soalan pertama kita tanya dia adalah "kakak kencing tak" (kencing dalam seluar), dia boleh jawab "kencing", terus dalam hati berkata (memang dah agak dah) tapi lepas tu dia sambung ayat dia lagi dengan bangga "tapi kakak tak kencing dalam seluar, kakak kencing kat tandas, 5 kali kakak kencing..."

Sebenarnya Adriana ni suka tahan kencing, sebab tu kadang2 terkucillll. Jadi  itu la sebab soalan pertama kita macam tu....

Punyalah happy dia bercerita pasal lawatannya sampai Harith jelessss "ala.....abang pun dah pernah pergi KL la......" Dah seharian tak jumpa pun masih nak gaduh.......macam-macam betul budak2 ni.....

Adriana tidur awal malam tu sebab kepenatan, makan pun tak nak.......

Tak pasal-pasal jer....

Pagi ni kita kejutkan anak dari tidur sebaik mungkin. Tak nak la mood dia orang tak ok pepagi Isnin ni kan? Lagi pun kita tak nak mood kita pun bermasalah pepagi ni.....sebab dah dapat rasakan badan tak beberapa nak ok untuk pergi kerja hari ni.....

Alhamdulillah....kita dapat kawal perasaan dan emosi melayan kerenah budak 2. Walaupun tadi Harith ada merajuk sikit, tapi masih terkawal. Merajuk pun pasal suruh kita beli kuih 'burger malaysia', sedangkan kat rumah dia dah makan rori bakar 2 keping dan milo 1 mug. Bukannya tak nak beli tapi kita dah lewat untuk ke tempat kerja...... Bila dah janji dengan dia kita akan beli esok, baru la mood dia ok sikit.

Bila Harith dah ok, Adriana pulak buat hal........Masa ni la rasa nak naik angin ni, dah la kita rasa tak sedap badan dah tu lewat pulak dari biasa, dia buat hal pulak........Bila kita dah kunci pintu boleh dia menangis tanya mana anak patung dia!!!!!!

Memang nak kena budak ni....... dia dah lupa ke? Anak patung dia ada kat penyidai, kita basuh sebab jatuh dalam longkang masa kat kampung semalam. Tu la.....sape suruh angkut anak patung tu kehulu-kehilir?

Bila kita explain yang anak patung dia basah lagi, boleh pulak dia merajuk dengan kita......salah kita ke? Memang tak sesuai betul budak ni......Dah tu tak nak bercakap dengan kita masa dalam kereta....merajuk
la tu.....Tak pasal-pasal jer merajuk dengan kita......padahal salah dia......sabar je la......

Sabtu, 9 April 2011

Imaginasi terlampau.....

Hari ni Harith takde kawan kat rumah sebab Adriana ikut lawatan sekolah ke Kuala Lumpur. Kami keluar sarapan pun dia tak nak ikut, lebih rela tengok tv sesorang kat rumah. Tapi asyik call je bila kami tengah sarapan tu, selang 5 minit call.....

Dia lebih rela habiskan masa tengok tv, kalau ikut kami pun dah pasti bosan sebab takde kawan nak bergaduh.

Dari pagi sampai malam asyik tengok tv jer kejenye hari ni....

Pukul 11.30am tadi dia menonton slot TV3 Kids Movie Magic : The Thirteen Year. Masa tu kita dan Sayang tengah sebuk melipat kain sambil menonton tv jugak....

Citer tu kisah budak lelaki umur 13 tahun yang merupakan anak ikan duyung tetapi dijaga oleh manusia biasa. Bila budak tu masuk dalam air, pasti kulitnya bersisik macam ikan. Perkara tu semakin jelas semenjak budak tu berumur 13 tahun. Tambahan pulak dia aktif dalam acara renang bagi mewakili sekolah dan negeri.

Tengah melipat kain tu kita perasan la Harith asyik keluar masuk bilik air. Mula-mula tu buat tak reti je, tapi tetiba dia dia bersuara "Abang rasa abang ni ikan lah bu" pulak?

Ada ke dia boleh bayangkan yang dia macam budak dalam tv tu? Patutlah asyik keluar masuk bilik air basahkan tangan dan kaki dia, rupa-rupanya nak tengok tangan dan kaki dia keluar sisik ke tak??? Buat lawak betul la Harith ni......

Terlampau tinggi sangat daya imaginasi anak ibu ni........

Rabu, 6 April 2011

Mahu tapi malu.......

Hari Sabtu lepas kita sarapan kat luar. Lepas hantar Harith kat sekolah untuk ikut lawatan sekolah kita balik rumah jap nak ambik apa ntah lepas tu terus keluar semula pergi sarapan.

Sebenarnya sebelum hantar Harith tu kami dah sarapan roti canai segera kat rumah, tapi macam tak kenyang jer kan? Jadinya nak jugak sarapan lagi.....

Kami pilih untuk sarapan kat Stadium Paroi sana (Selera Pinggiran). Macam-macam yang best kat sana, ada nasi lemak kukus dengan beraneka lauk (sotong, kerang, rendang daging dan ayam serta lain2), mee soto, mee rebus dan macam-macam lagi la......Bagi kita makanan kat sana memang menepati selera kita. Kita selalu order mee rebus....

Nak jadikan cerita, kita tengah duduk kat meje (cuppp meja sebab orang ramai) dan Sayang pulak pergi order, nak tunggu dia orang ambik order takut lambat...tengah Sayang beratur nak order makanan dia panggil kita, lebih kurang macam ni la yang dia cakap "Bu, ibu nak ambik gambar dengan Aidil kan? (pemain bola sepak N. sembilan tuuuu) Tu ha dia tengah minum dengan kawan2 dia."

Dengan gelojoh terus kita bangun pandang ke arah suspek (suspek ker?) Ye la.....wah...akhirnya dapat jugak tengok muka dia dari dekat. Aidil makan kat kedai sebelah, tapi jaraknya dengan tempat duduk kami memang dekat. Kita rasa dia baru habis latihan kot sebab malam tu ada perlawanan antara N.Sembilan dengan pasukan mana ntah...

Terus kita tukar tempat duduk ke meja sebelah (kebetulan orang tu dah  habis makan) kerana pandangan lebih jelas untuk tengok Aidil. Lama jugak mamat tu minum sedangkan kawan-kawannya dah ramai yang balik.

Nak ambik gambar, kita cuma ada kamera hp jer....memang tak jelas kalau guna kamera hp kita....Sayang siap offer lagi guna kamera hp dia, tapi kita pulak malu nak ambik...... Nak pergi dekat2 cakap dengan dia yang kita nak bergambar dengan dia, memang takkkkk la kan......sebab tahap pemalu kita ni sangat la tinggi......(ye ke?)

Walauapapun, impian (impian ke?) kita dah tercapai jugak untuk tengok dia secara dekat tercapai......

Selasa, 5 April 2011

Riadah di hari minggu

Ahad baru-baru ni kami telah bersetuju membawa anak-anak pergi beriadah. Dah lama sangat tak bawak anak-anak keluar macam tu. Selalunya bawak anak ke shopping complex jer.....

Memandangkan Harith dah pergi lawatan hari Sabtu sedangkan Adriana tak kemana-mana, maka hari Ahad tu kami bawak la budak berdua tu keluar.

Kami memilih untuk ke Laman Basikal kat Lake Garden sana. Kat situ budak2 boleh main basikal dengan bayaran RM2.00 untuk 1/2  jam. Pelbagai saiz basikal ada di sana. Mana anak2 yang tak pandai naik basikal roda 2, basikal roda 4 juga disediakan.




Adriana menyonsang arus jalan.....Sesuka hati dia jer....

Dah bosan main basikal, main bendalah ni pulak....

Sayang yang teringin nak naik basikal, tapi malu sebab tak ada orang dewasa yang naik basikal kat sana.

Track yang disediakan sama macam kat jalanraya sebenar.

Kita cuma lepak je memerhatikan anak2 bermain basikal sambil menikmati rootbear float (A&W)........nikmatnya.......

Lawatan sekolah

Hari Sabtu (02.04.11) lepas Harith ikut lawatan sekolah ke Melaka. Maknanya, dah 2 kali kita lepaskan Harith ikut lawatan sekolah tanpa pengawasan kita sebab kita tak ikut, hanya harapkan pihak sekolah yang pantau dia.

Kali pertama dia ikut lawatan sekolah semasa di tadika (6 tahun). Masa tu pergi Kuala Lumpur. Kalau ikut kita, memang tak harap pun dia ikut lawatan sekolah tu, tapi Sayang yang suruh bagi kepercayaan kat anak.


Sebelum pergi, taklimat dari cikgu.

Harith yang tak sabar nak naik bas.

Semasa balik dari lawatan. Masing2 kepenatan.

Hari Sabtu ni (09.04.11) Adriana pulak ada lawatan ke Kuala Lumpur. Kita lagi la tak harap dia pergi. Dia ni dah la manja dah tu kuat nangis la pulak.....Tapi kalau tak bagi pergi, kesian la pulak sebab harith dulu kita bagi pergi, time dia kita tak bagi pulak.

Tapi dia excited betul nak pergi lawatan tu. Dalam delima betul.......nak bagi ke tak dia ikut lawatan sekolah tu......

Isnin, 4 April 2011

Ragam Adriana

Semenjak kita dapat tahu yang kita pregnant, anak2 kemain la happy sebab dia orang nak dapat adik terutama Adriana....

Kehulu-kehilir bawak anak patung dia dengan membayangkan yang patung tu adik dia. Nak makan, nak tidur, nak pergi sekolah, nak pergi jalan dan boleh dikatakan setiap masa la dia akan usung anak patung dia tu...Dah tu boleh pulak dia lebihkan anak patung dia dari kita yang hidup ni.....

Contoh : masa baring tengok tv, dia lebih rela anak patung dia guna bantal dari dia sendiri yang guna.

Tengah merajuk sebab kita marah dia sebab bagi anak patung dia duduk kat kerusi. Dia lebih rela berdiri....


Nak pergi sekolah pun macam tu, mesti bawak anak patung naik kereta sekali. Kalau kita dah kunci pintu nak keluar rumah dan dia pulak terlupa nak bawak anak patung, dia boleh nangis suruh kita bukak balik pintu semata2 nak ambik anak patung dia.....Memang menguji kesabaran betul kalau waktu tu kita dah lambat nak pergi kerja....

Bila kita jemput dia kat nursery waktu petang, pertama sekali dia akan bekejar pukak pintu kereta nak jumpa anak patung dia tu.....siap boleh cakap2 lagi dengan anak patung dia "hai adik......adik ikut ibu pergi kerja ye..."

Bila kita tanya nak adik boy atau girl, dia kata nak girl. Macam-macam nama dia bagi untuk bakal adik dia ni.....ofcozzz semua nama perempuan.....Harith pulak nak adik boy.....Macam mana ni?????

Ni pun tengah merajuk sebab tak nak ikat rambut .....Dia memang tak suka ikat rambut....