Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label Biras. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biras. Papar semua catatan

Rabu, 22 Jun 2011

Kesah rombongan Cik Kiah yang belum selesai

Ok, kita sambung lagi entry "Bila mak-mak together gether". Semalam kita citer sampai bab makan jer kan?

Lupa pulak nak bagitahu kat korang motif kitaorang keluar beramai-ramai ni. Mula-mula tu plan nak keluar sebab nak celebrate birthday kita yang jatuh bulan Mei dan birthday Kak Ee serta Kak Nani yang jatuh bulan Jun.

Oh ye, hari ni birthday Kak Ee......Hepi besday Kak Ee......

Keluar lain kali boleh celebrate birthday biras yang lain pulak. Kebetulan semua biras kita birthday nya jatuh hujung-hujung tahun. Birthday kita la yang paling awal iaitu bulan Mei.

Selain celebrate birthday, motif awal keluar beramai-ramai ni adalah makan-makan, window shopping dan gosip-gosip (apa? gosip-gosip?). Tak la.....borak-borak hal semasa jer......hahaha (cover line).

Plan asal adalah pergi Alamanda pukul 12pm berkumpul disana dan balik pukul 4pm. Memang ke laut la semua tu bila mak-mak ni dah berjumpa.......Bukan selalu dapat macam ni...... 

Lepas makan-makan tengahari tu kami gi Parkson kekonon nak cuci mata. Mananya nak cuci mata, memasing berkenan pulak blouse yang kebetulan ada sale sampai 70%. Mau berpusing-pusing biji mata tengok sale tu. Nak beli handbag macam tak berapa nak cukup duit pulak tengah-tengah bulan ni, jadi servey jer dulu hahaha.....sabarrrrrr

Survey rege handbag
Walaupun tengah-tengah bulan, memasing beli jugak sehelai dua blouse tu. Nak buat macam mana....dah namanya pun feremfuannn.....(Memang lari dari tujuan asal ni.....)

Kita sempat jugak merembat 2 blouse 'South China Sea' ni. Bulan ni bajet kita memang dah lari sebab baru jer beli perfume dan skin care.....huhuhu....



Lepas dah beli sepasang dua blouse tu ada pulak yang nak pergi beli tudung. Nak beli kat Alamanda tu rege dia mahal, jadi ada yang buat permintaan pergi Jalan TAR atau Kompleks PKNS Shah Alam.

Nasib baik Kak Nani tahu jalan, maka ke Shah Alam kita untuk beli tudung.....(jauh betul nak beli tudung). Masa nak ke Shah Alam tu pun dah pukul 3.30pm, macam mana nak balik pukul 4 ni??? Hentam saja la labuuuu.....

Sibuk memilih tudung yang berkenan di hati

Kak Chek yang berkenan dengan corak tudung yang dipakaikan kat kepala patung. Terpaksa tanggalkan tudung kat kepala patung tu sebab tu saja yang tinggal


Memasing dengan hasil 'shopping' an. Gembira dapat apa yang berkenan.

Sebelum keluar dari kompleks PKNS tu kami pekena teh dulu sebab dah letih + mengantuk. Pukul 6.30 kami gerak balik. Tapi kena hantar Kak Ee balik Puchong dulu (tak jugak terus balik lagi....).

Singgah la ke Puchong dulu....

Di rumah Kak Ee......Minum dan makan buah
Balik tu Kak Ngah yang drive sebab Kak Nani dah kepenatan. Kita tak berani nak drive kereta besar-basar ni, tak pernah drive pun kereta besar. Jadi Kak Ngah la orang yang paling sesuai untuk drive waktu nak balik.

Pukul 9pm barulah kami sampai Senawang. Sayang dah sedia menanti kita kat rumah Kak Ngah. Begitulah panjang lebar kesah bila mak-mak di beri pelepasan untuk together gether....

Harap-harap para suami tak serik nak lepaskan kami keluar lagi ye.......

Selasa, 21 Jun 2011

Bila mak-mak together gether

Best sangat xtvt Sabtu lepas. Sebulan lebih punya perancangan, akhirnya terlaksana jugak walaupun dua kali ubah tarikh.

Korang mesti tak sabarkan nak tahu apakah xtvtnya itu. Kita lagilah tak sabar nak kasik citer kat korang semuuuuuuaaaaaaaaa.........

Hari Sabtu lepas kita bersama-sama biras-biras feremfuuan bersatu hati nak gi jenjalan (mak-mak je yang pergi tau, anak-anak tinggal dengan ayah memasing). Bagi chance la mak-mak nak bersosial.....hahaha.....

Kami pilih Alamanda untuk perjumpaan kami yang pertama ni.

Sebenarnya kalau nak diikutkan ada 7 orang  biras perempuan sebab mak mertua kita ada 7 anak lelaki. Tapi yang dapat join xtvt ni hanyalah 5 orang sahaja. Kak Long dan kak Ita tak dapat join. Takpelah lain kali kita pergi lagi ye.

Walaupun hanya berlima, tapi memang seronok (kalau tujuh2 ada lagi seronoklah kan). Kami berkumpul kat rumah kak Chek pukul 10.30am dan pukul 10.45 macam tu baru gerak ke Alamanda. Kami naik kereta kak Nani. Nak tahu sapa yang pergi? Ok, yang pergi hari tu ialah kita, Kak Ngah, Kak Chek dan Kak Nani. Kak Ee pergi sendiri sebab dia tinggal kat Puchong.

Mesti korang pelik kan kenapa semua kita panggil 'kak', apa muda sangat la ko tu Hilda? Ye la....dah husband kita anak lelaki bongsu maka isteri kepada abang-abang ipar kita harusla dipanggil kakak, tak gitu? Tapi memang kita yang paling muda pun (kalau ikut umur) antara mereka.....hahaha...nak jugak tu....

Sementara tunggu Kak Ee sampai kami gi jenjalan dulu dan bergambar (macam pelancong pulak....ececehhhh)

Kak Chek, Kak Ngah dan Kak Nani (yang baju purple tu)
Lepas bergambar dan jenjalan, kak Ee pun sampai dan kami pun pergi la cari tempat untuk makan. Bincang punya bincang kami pilih untuk makan di The Manhattan Fish Market.

Sebenarnya ni pertama kali kita makan kat situ, yang lain mungkin dah pernah pergi. Kita cuba benda baru....

Tengah menunggu makanan sampai



Quad Delight

Fried Mushroom

Baked Fish


Poached Dory

Fish n Chips Dory

Grilled Catch Dory

Semua hidangan bersama air Tropical Breeze

Licin semua makanan bila mak-mak dah lapar

Nasib baik ada kenangan ambik gambar berlima depan restoran.