Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label Movie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Movie. Papar semua catatan

Rabu, 2 Mei 2012

Tak merajuk lagi

Permintaan Harith untuk menonton wayang telah tertunai. Sibuk jer dia nak tengok citer ni. Biasa la, kalau citer baru keluar kat wayang ni panggung memang penuh.

Balik dari Alamanda hari tu terus ke Jusco Seremban 2 untuk booking tiket kat TGV. Kalau nak tengok wayang hari tu jugak memang dah tak ada tiket. Jadi, kami booking untuk esoknya. Itupun dapat seat baris ke 4 dari depan. Mendongak la kami bila menonton jawabnya.....

Nak tak nak, terpaksa jugak la beli tiket tu walaupun tempat duduk terlalu depan. Layankan jer la kemahuan anak......

Ohhh....lupa pulak nak bagitahu kita tengok citer apa. Kami sekeluarga tengok citer Marvel's The Avengers. Kisah himpunan 6 superhero dalam satu cerita iaitu Incredible Hulk, Iron Man, Captain America, Thor, Hawkeye dan Black Widow.


Macam biasa la, Harith bila tengok citer macam tu memang kuat terpengaruh sikit. Dalam citer ni dia minat kat Incredible Hulk. Habis jer cerita tu, mula la dia perasan yang dia tu Incredible Hulk. Buat aksi macam mana yang dia tengok kat citer tu. Penat pulak rasanya nak melayan berangan dia tu....huhuhu.....

Adriana pulak, macam biasa la.....Dia bukan suka sangat tengok wayang. Masa kat dalam panggung tu dia asyik makan pop-corn jer la. Dah habis pop-corn tu mula la dia buat perangai, nak kencing la, nak tidur, ajak kita berborak......tak concentrate kita nak tengok citer tu tau......


Kita dah pesan dengan Sayang suruh beli pop-corn yang besar untuk Adriana supaya dia tak bosan bila kami menonton. Sayang ingat kita saje cakap macam tu agaknya, maka dia belikan pop-corn saiz biasa jer....

Apa-apa pun kami sekeluarga seronok dapat habiskan masa bersama-sama....

Rabu, 28 September 2011

Macam dah lama jer tak tengok

Semalam kita call abah. Masa kita call tu abah baru balik dari tengok wayang. Tapi tidak la kita tanya abah tengok citer apa. Terus hati tu berkata.....wahhh.......kemain lagi mak dan abah ni........masa muda-muda dulu tak nak tengok wayang............(tetiba jeles kat abah dan mak....)

Habis jer berbual dengan abah baru terfikir macam dah lama jer kita tak tengok wayang sebab citer yang terakhir kita tengok pun dah tak ingat apa tajuknya (dah lama tak tengok ke atau memang dasar kita ni pelupa?). Whatever.......

Kita ni payah sikit nak pergi tengok wayang citer yang kita suka sebab kena pikir budak 2 orang tu (Harith dan Adriana). Kena pilih citer yang betul-betul sesuai jer dengan mereka dan masa tu la kita dapat tengok wayang. Biasanya nak tengok wayang Sabtu dan Ahad jer ataupun cuti umum, maka harus la bawak budak-budak tu sekali. Sesaje nak ambil cuti tengok wayang memang tak la......

Sebenarnya cuti kita diperuntukkan bila anak-anak tak sihat. Banyak cuti kita digunakan untuk menjaga mereka ketika tak sihat dan ketika temujanji dengan doktor kat Hospital. Jadi terpaksalah berjimat-cermat dengan cuti tu.

Motif sebenar entry ni adalah jeles dengan mak dan abah sebab dapat tengok wayang......hahaha......boleh ke camtu?

Ahad, 10 Julai 2011

Transformers

Korang dah tonton ke transformers yang baru keluar kat wayang baru-baru ni? Kalau korang tak tengok lagi kita saje la nak eksyen kat korang sebab kita dah pergi tonton citer tu.

Hari Jumaat kan kita cuti, jadinya kita dan Sayang bawa anak-anak pergi menonton wayang di GSC Terminal One sana. Nak tengok kat TGV Jusco, takut takde parking sebab ada J Card Members' Day. Lagipun malas la nak bersesak-sesak kat Jusco tu.

4 tiket untuk kami sekeluarga

Tengok betul-betul ye, Transformers......

Beli pop corn dan minuman (untuk Adriana sebenarnya sebab dia tak berapa suka tengok wayang ni). Tak nak dia kacau kami menonton, bagi jer makanan kat dia.


Dalam panggung. Kami pilih seat yang paling belakang sekali.

Isnin, 16 Mei 2011

Tepati janji

Minggu lepas anak-anak kita ada exam dari hari Isnin sampai hari Khamis. Sebelum exam tu dia orang ada buat permintaan nak tengok wayang. Disebabkan dah nak exam, maka ditangguhkan dulu permintaannya itu.

Ingatkan mereka dah lupa, rupa-rupanya mereka masih ingat lagi. Jadi semalam (Ahad) terpaksalah menunaikan janji itu.

Kebetulan kita ada satu tiket wayang free, maka boleh la gunakan tiket yang free tu. Tapi masalahnya tak ada cerita yang agak sesuai untuk tontonan anak-anak.

Bincang punya bincang akhirnya kami jadi jugak tengok wayang citer "Thor". Harith memang enjoy tengok citer tu tapi Adriana adalah agak bosan tengok citer tu. Dia habiskan masa dengan makan pop corn jer. Satu pop corn yang besar tu dia sorang jer yang habiskan.....

Takpe la....yang penting kita dah tunaikan permintaan mereka untuk tengok wayang.....