Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label Kita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kita. Papar semua catatan

Rabu, 16 April 2014

Perfume oh perfume

Dah lama tak citer pasal perfume kan? Kita dan perfume berpisah tiada....(tag line kita)...hahaha....hamboiiii over bukan main lagi ko ye Hilda...ber 'tag line' bagai....

Sesiapa yang follow blog kita ni mesti dah tahu yang kita ni adalah peminat perfume. Ahkak ko ni kan suka berwangi-wangian...

Beberapa bulan tak menulis kat blog ni bermakna dah beberapa kali jugak la kita membeli perfume baru. Meh sinia akak nak tunjuk perfume-perfume tu...

Pemberian dari bos (balik dari oversea)
Beli pada November 2013 (Mid Valley)
Beli pada Januari 2014 (Langkawi)
Kalau ikutkan, sekarang ni memang dah masa untuk beli perfume baru ni......

Jumaat, 21 Jun 2013

Birthday yang ke 35

Ohhhh.....dah 35 tahun umur kita tahun ni. Tapi apa ada pada umur ye tak, yang penting muka masih macam umur 18 tahun...hahaha....pengsan 48 kali orang yang baca statement ni........

Ok, kita pendekkan cerita. Kebetulan birthday kita tahun ni jatuh pada hari ahad dan cuti sekolah pun telah bermula, maka haruslah kita gunakan masa cuti sekolah tu sebaik-baiknya. Kami sekeluarga bercuti ke Melaka (percutian wajib setiap tahun) sambil meraikan birthday kita kekononnya. Nak bercuti jauh-jauh Adelia masih kecik lagi....tak beberapa sesuai nak jalan jauh-jauh....



Kat Melaka kita tak berjalan sangat pun sebab setiap tahun pun akan pergi Melaka maka macam dah malas jer nak pergi jalan-jalan. Tapi kami tetap pergi Medan Ikan Bakar, Umbai. Bab-bab makan tak boleh nak skip ye adik-adik....Akak ko ni memang ratu sesangat bab-bab makan ni ye.....

Dah kebetulan di sana, hati ni meronta-ronta la nak beli perfume. Last beli perfume rasanya sebelum bersalin dulu kot....Tapi perfume ni bukan la hadiah birthday ye, beli sendiri.




Tak tahu la Sayang kita nak hadiahkan apa. Dan kita masih tak tahu samada Sayang dah bagi hadiah birthday atau belum.....(boleh macam tu??)

Sejak umur Adelia 3-4 bulan aritu, rambut kita gugur sampai nak botak kepala kita ni sampai Sayang tegur. Maka Sayang telah belikan kita benda kat bawah ni untuk mengatasi masalah keguguran rambut kita. Tak tahu samada itu hadiah birthday atau bukan. Rasanya bukan macam hadiah tu....hehehe....


Nanti kita fikirkan nak apa untuk hadiah birthday kita kali ni ye Sayang....hihihi....

Sayang bagi bunga dan coklat ni sempena birthday kita dan nak pujuk isteri dia yang kuat merajuk ni...


Ok....tu jer...maaf la sebab citer kita ni macam terlompat-lompat sikit....


Isnin, 7 Januari 2013

Oh...semput....

Pffffuhhh............semput kita.....5 entry dalam satu hari.....punyala nak cover semua cerita....Tapi masih ada cerita lagi yang kita belum story kat korang.

Korang perasan tak yang kita kurang bercerita pasal pengalaman mengandung kali ni? Sebenarnya banyak betul yang kita nak share dengan korang, tapi macam-macam halangan la pulak....

Kalau mood kita ok dan masa mengizinkan, esok kita marathon lagi ye. Kalau tak, korang tunggu jer la bila kita dah bersalin nanti. Itu pun kalau rajin dan ada masa. 

Hari ni akak ko ni dah semput nak terus menulis.

Khamis, 11 Oktober 2012

Selera Mak Buyung : Part 3

Makan makan dan makan lagi......Syorrrggaa......Memang dasar....kan?

Kali ni nak citer pasal makan makanan western pulak. Kejadian masih berlaku di bulan Syawal. Kebetulan pulak masa ni birthday Sayang, bila tanya Sayang dia nak celebrate kat mana, dia cakap nak makan kat Restoran "The Windmill Station" kat Seremban 2.

Umpama bila mengantuk disorongkan bantal, kemain seronok la kita sebab disamping dapat celebrate birthday Sayang, kita jugak dapat makan sebab sebelum ni ada jugak bagi hint kat Sayang yang kita nak cuba makan kat Windmill ni....huhuhu.....

Saiz hidangan makanan kat sini memang sesuai untuk seorang makan. Tak terlalu sedikit atau terlalu banyak dan harganya pulak semua orang mampu untuk menikmatinya. 

Bagi kita restoran ni ok la dengan harga makanannya cuma tekak kita ni ada rasa kekurangan sikit dari segi rasa. 

Kalau dah tak ada pilihan dan nak jugak makan western food, boleh la berkunjung ke sini.

Jangan ko tanya nama menu makanan ni, akak ko dah lupa.........

Pilihan Adriana
Pilihan Harith
Pilihan Sayang
Pilihan kita

Isnin, 8 Oktober 2012

Selera Mak Buyung : Part 2

Kita sambung lagi bab makan-makan ni. Kita adalah pencinta makanan. Tengok la badan macam mana ye tak?

Masa anak dara dulu tak kisah sangat pasal makan ni, macam tak berminat jer dengan makanan. Makan pun  hanya untuk mengalas perut. Tapi ko lihat sekarang, apa telah berlaku....huhuhu....... 

Kita asyik dengar jer orang bercerita pasal mee udang kat Kuala Sepetang tu. Nak pergi ke sana semata-mata nak makan mee udang, memang tak kan berlaku la. Tapi kalau dah rezeki nak marasa makan mee udang tu memang tak ke mana kan?

Kita ada la terbaca kat paper yang Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang ni ada buka cawangan kat area KL. Begitu memahami betul kehendak pelanggan yang jauh untuk ke sana.

Teringin nak makan mee udang ni masa sebelum bulan puasa lagi, tapi bulan Syawal ari tu baru la dapat merasa. Dah alang-alang nak pergi beraya rumah saudara-mara area sana, maka teruskanlah hajat nak merasa mee udang Kuala Sepetang tu.





Kita punya : Mee Udang Special
Sayang punya : Kuey Teow Basah (udangnya tersorok bawah kuey teow)
Harith punya : Kuey Teow Goreng
Disebabkan Adriana tak kuat makan, maka share la kami punya makanan
Lokasi Cawangan Restoran Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang ni adalah di Wangsa Maju, berhampiran dengan Wangsa Walk.

Memang puas hati la dapat makan mee udang ni. Udangnya banyak dan fresh. Harith dan Adriana seronok betul dapat makan, apatah lagi ibunya....lagi la super duper happy :)

Terima kasih bebanyak kat Sayang yang sudi ikut kemahuan bininya yang macam-macam ni dan terima kasih bebanyak juga sebab belanja kami anak beranak makan kat sini.

Rasanya selagi belum bersalin ada lagi tempat makan yang kita nak explore....hehehe....Sabar ye Sayang, nanti kita bagitahu kita nak makan apa......huahuahua.......

Jumaat, 5 Oktober 2012

Generasi ke 5

Kita kini telah bergelar uwan (nenek). Anak kepada sepupu kita telah pun selamat bersalin pada bulan Mei tempoh hari.

Setahun lagi akan terdengarlah ada orang panggil kita uwan.....wwwaaaaaaaaa....sedih.....akak ko dah tuooo...

Gambar kat bawah ni uwan kita bersama piotnya. Betul ke gelaran tu?

Generasi 1 : uwan kita 
Generasi 2 : mak kita dan adik beradiknya
Generasi 3 : kita bersama adik beradik dan sepupu sepapat
Generasi 4 : anak-anak kita dan anak buah kita
Generasi 5 : budak cute kat bawah ni



Jumaat, 3 Ogos 2012

Puasa kita

Dah masuk 2 minggu umat Islam berpuasa dan baru sekarang kita berpeluang untuk menulis dalam blog yang suam-suam kuku ni.......sedeyyy.......

Hari ni kita punya kekuatan untuk menulis kat blog ni setelah mc seminggu keje seminggu lepas tu mc lagi seminggu dan kerja balik, lepas tu keje sehari mc pulak esoknya. Pendek kata asyik mc jer la keje kita ni sampai dah naik menyampah kawan-kawan kat opis tengok kita (pandai-pandai jer kan kita buat andaian  di bulan yang mulia ni.....tak baik kan.....)

Pregnant kali ni banyak sikit dugaannya....Tapi setakat hari ni kita masih lagi dapat berpuasa penuh walau pun muntah (muntah yang bukan disengajakan ye). Pagi tadi pun muntah lagi. 

Almaklumlah....pregnant bila umur dah meningkat ni macam-macam hal pulak berlaku...macam la dah tua sangat ko tu Hilda ooiiii....(sebenarnya orang lain pregnant umur 40an pun ok jer....)

Setelah 2 kali keguguran sebelum ni, kita lebih berhati-hati. Tak nak la degil macam dulu walaupun hakikatnya masih degil...huhuhu...Bukan apa, pregnant sebelum ni kalau tak larat pun kita masih buat jugak kerja, selagi terdaya buat jugak sebab takut orang mengata yang kita ni mengada-ngada.

Seboleh-bolehnya tak nak banyak sangat mc ketika mengandung. Tu pasal la masa mengandung sebelum ni bila demam pun masih kuat pergi kerja, dan akhirnya diri sendiri yang merana keguguran. Orang lain tak nampak semua tu.

Kali ni kita dah tak kisah apa pun orang nak cakap sebab bukan dia orang yang tanggung semua tu. Nasib baik la family kita memahami, terutama Sayang kita tu. Terima kasih ye Sayang di atas kesabaran melayan kerenah kita yang macam-macam ni... :)

Pregnant kali ni bila balik jer kampung kita akan diberi pengecualian dari buat sebarang kerja. Akak ko rasa macam 'mem' besar pulak bila hanya memandang dari jauh adik-beradik bertungkus lumus di dapur dan akak ko ni berseronok main game kat handphone.......hahaha.....akak sukeeeeeeeeee....

Esok kami adik-beradik akan menyambut birthday mak di kampung. Pembahagian tugas untuk memasak pun dah diagih-agihkan. Memang la kita ditugaskan untuk memasak ikan siakap sweet sour sebanyak 5 ekor macam tu, tapi adik-adik kesayangan kita dah berjanji akan menggantikan tugas kita tu kerana kesiankan kakak kesayangan dia orang ni......love you la my adik-adik........

Khamis, 5 Julai 2012

Ku tak berdaya...

Sungguh.....sekarang ni kita rasa sungguh tidak berdaya....Kenapala teruk sangat sekarang ni.....

Semoga kita terus diberikan kekuatan untuk meneruskannya....Kepada orang sekeliling kita harap maklum dengan situasi kita sekarang......Maaf kalau banyak menyusahkan.....

Khamis, 28 Jun 2012

Apa pun tak boleh....

Kebosanan....Sekarang kita tengah membaringkan diri di atas tilam yang empuk di rumah sendiri.....di ulangi.....rumah sendiri. Mesti korang musykilkan, dah dapat membaringkan diri pun masih kebosanan.

Sebenarnya sesaje nak bagi korang jeles baca kenyataan kita tu..hahaha....

Kita tengah meng 'MC'kan diri selama seminggu. Bosan sebab tak boleh buat apa. Tapi mana ada orang mc boleh pergi bershopping pulakkan? Itu bukan mc namanya, itu bercuti....

Asyik baring jer pun bosan jugakkan....

Jumaat, 15 Jun 2012

Kenapa ye?

Kenapa ye sejak bermenjak-menjak ni akak ko ni malas tahap dewa untuk mengupdate blog kesayangannya ni?

Sebelum korang kata kita ni memang dah dasar pemalas, baik kita explain dulu. Memang lah dah terbukti akak ko ni agak malasssss, tapi tak la seteruk sekarang ni....huhuhu....

Sebenarnya banyak benda yang kita nak share dengan korang dan banyak jugak gambar-gambar yang nak di tunjukkan. Tapi nak buat macam mana, kemalasan melampau telah menguasai diri.

Kekonon bila dah ada galaxy note ni akak ko ni bertambah rajin la nak mengupdate blog, tapi.....hampehhhhhh.....

Sebenarnya kita dah ada jawapannya cuma saje nak korang tertanya-tanya jer....(perasan yang ramai sangat la orang kesah pasal dia tu.....)

Khamis, 24 Mei 2012

Tak sabar

Dah tak sabar rasanya nak cuti.......Bukan pergi mana-mana pun, lepak kat rumah jer dengan anak-anak.....Minggu ni kan minggu terakhir sekolah sebelum cuti pertengahan tahun. 

Eeehhhhh.....apasal pulak kita yang sesibuk nak cuti ye tak, kita bukannya cikgu mahupun pelajar sekolah. Budak sekolah punya cuti, kita pulak yang lelebih....Anak-anak pun tak sibuk pasal cuti dia orang......

Bukan apa, tak sabar rasanya untuk bermalas-malas di rumah (bukan selama ni pun memang ko malas ke Hilda? Ooppppssssssss!!!!)

Sepanjang cuti sekolah selama 2 minggu ni banyak betul dapat jemputan orang kawin. Tak tahu la dapat pergi ke tak.

Bila dah lama tak dapat undangan ke majlis kenduri orang kita bising. Masa tu la tetiba nak rasa lauk kat rumah kenduri, nak tengok pengantin dan macam-macam la......Bila dah terlalu banyak undangan pun bising lagi........macam tak tahu bersyukur jer kan?

Ok la....pepehal pun kita dah hantar borang cuti untuk merehatkan badan dan minda....huhuhu.... (kot ye la dapat berehat.....)

Selasa, 22 Mei 2012

Sepanjang ada handphone

Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, pakcik-pakcik dan makcik-makcik sekalian, hari ni kita nak tanya korang semua dah berapa banyak hp yang korang ada? 

Sepanjang kita guna hp ni (sejak tahun 1999 kot), kita dah guna 5 jenis hp. Mula-mula dulu kita guna jenama Siemen, kedua hingga ke empat pulak jenama Nokia dan sekarang Samsung.

Hp Siemen tu kalau tak silap dulu kita bagi emak guna, tapi sekarang ntah kat mana agaknya. Hp ke 2 hingga ke 4 masih ada dalam simpanan kita. Dan dah tentulah hp yang ke 5 ada kat kita (hp yang kita gunakan sekarang).

Kita rasa korang lagi banyak koleksi hp kan. Bagi kita 5 ni pun dah banyak sebab kita bukanlah gila hp sangat. Kita tengok ada orang (kategori gila hp) sentiasalah bertukar hp ikut perkembangan semasa.......Pffffff......tak terikut kita......

4 dari 5 hp yg kita pernah gunakan

Khamis, 17 Mei 2012

Tibalah masanya yang ditunggu-tunggu......

Kini sudah tiba masanya untuk kita tunjukkan kepada korang semua hasil bodekkan kita itu.....

Akak ko ni bukan la pandai mana bab-bab nak membodek ni, tapi kali ni akak ko telah berjaya. Sesiapa yang nak belajar cara-cara membodek bolehlah contact akak ko ini......huhuhu....

Malu pulak nak tunjuk.....#paaaanggggggggg44x....Ngengada la pulak ko Hilda......over la tu.....




















Taraaaaaaaaa.......................................................


Suka....suka....suka.....akak ko ni dah boleh la mengupdate blog ni melalui bendalah ni..........Sekarang ni kita bizi sikit, jadi belum ada masa lagi nak menggodek bendalah ni.

Tapi entry  Yess!!!!!! adalah entry pertama kita menggunakan Galaxy Note ni. 


Kawan-kawan ku sekelian sila jangan jeles ye.......huahuahua......

Harap maaf, nama orang yang kita bodek tu terpaksa dirahsiakan......Apa yang penting kita takde suggar daddy ye......kwang...kwang...kwang.....

Khamis, 10 Mei 2012

Peminat

Kita adalah peminat hasil karya Siti Rosmizah. Untuk pengetahuan korang, Siti Rosmizah adalah seorang lawyer yang menjadi penulis novel.

Macam pelik jer kan, lawyer jadi penulis novel. Macam tak masuk akal jer bagi 2 bidang yang bagi kita sangat berbeza. Tapi itulah kenyataannya dan Siti Rosmizah telah berjaya menarik minat kita membaca tulisannya.

Buku pertama tulisan Siti Rosmizah yang kita baca adalah ANDAI ITU TAKDIRNYA. Kalau tak silap kita beli novel tu pada tahun 2009. Novel tu betul-betul boleh membuatkan kita menangis kerana cara dia mengolah jalan cerita begitu menyentuh hati. Kita berasa seperti kita yang berada dalam novel tulisannya itu. 

Selepas tu kita terus mencari novel yang ditulisnya. Kita pasti yang kita tak akan rugi membeli novel tulisannya.

Koleksi novel tulisan Siti Rosmizah
Sayang pun tahu kita peminat tulisan Siti Rosmizah. Masa di pesta buku baru-baru ni Sayang terus panggil kita bila dia nampak novel Siti Rosmizah yang terbaru.  

TAKDIR ITU MILIK KITA adalah novel terbaru tulisan Siti Rosmizah yang baru kita beli. Masih dalam proses membaca lagi......

Antara koleksi novel yang kita ada

Selasa, 8 Mei 2012

Bodek membodek

Operasi membodek telah bermula. Bodek siapa, bodek untuk apa? Kita tak boleh nak bagitahu sekarang. Tunggu sehingga operasi membodek itu berjaya barulah kita bagitahu. Kalau tak berjaya, maka lupakan saje la entry ni.....huhuhu.....

Siapa terror pasal bodek membodek ni? Boleh ajar kita tak........Macam terdesak jer bunyinya kan? hahahaha....

Isnin, 30 April 2012

Berwangi-wangian

Sambil menyelam minum air. Itulah beribahasa yang paling sesuai untuk kita masa pergi Alamanda hari tu. Selain dari belanja Sayang dan anak-anak makan, agenda kita selain tu adalah nak beli perfume. Cadangnya nak beli kat MidV, tapi dah tak boleh nak pergi arah KL sana maka beli jer la kat Alamanda ni.

Sebenarnya pening jugak nak pilih perfume ni. Masa kat kedai bau dia macam sesuai jer dengan diri kita, tapi bila dah sampai kat rumah pening pulak bau perfume tu. Sebab tu kena pilih betul-betul, kalau tak membazirlah.....Harga perfume tu bukannya murah, kalau tak pakai kan membazir namanya tu....

Pilih punya pilih, kita dah tebekenan dengan bauan dari Calvin Klien (Sheer Beauty). Apa yang penting Sayang pun suka dengan bau perfume tu. Kita pakai perfume kan untuk Sayang jugak...




 Beli perfume kali ni kita rasa banyak benda free yang kita dapat seperti tote bag, miniature, cover iphone dan voucher Parkson bernilai RM50. Suka sangat dapat benda-benda freee ni......hehehe...











Inilah hasilnya. Beli satu, dapat macam-macam.... :)

Antara koleksi perfume kita

Khamis, 19 April 2012

Excuse me

Eh....semacam pulak rasanya buat tajuk entry dalam bahasa omputih ni.....Mesti korang pikir apa la budak Hilda ni mimpi malam tadi sampai bagi tajuk dalam bahasa omputih.....ehem ehem.....

Bukan apa, sesaje je nak bagi kelainan sikit, pagi tadi kan hujan (apa kena mengena pulak, ye tak?). Tetiba bagi alasan tak logik.

Tajuk entry memang tak ada kena mengena dengan isi kandungannya, harap maklum sebab tak tahu nak letak tajuk apa.... hohoho.......

Sejuk betul pagi ni sebab hari hujan. Tempat korang hujan tak? Disebabkan hujan, maka perjalanan kita ke tempat kerja adalah terasa lama sedikit. Ditambah pulak dengan 3-4 kemalangan sepanjang lebuhraya PLUS.

Tak berani nak pandu kereta laju-laju bila melihat 3 kereta terbalik sepanjang lebuhraya pagi tadi. Itu juga merupakan motivasi bagi kita supaya berhati-hati dijalan raya. Kalau tak, syok jer kaki ni tekan paddle minyak tu.

Ok, tu jer nak bagitahu......

Rabu, 4 April 2012

Lagi dan lagi

Korang perasan tak lately kita asyik la citer pasal makan jer kan? Kita pun tak pasti kenapa asyik citer pasal makan jer. Memang la kita ni pencinta makanan, tapi awal tahun ari tu macam dah janji jer nak kurangkan makan sebab nak kuruskan badan.

Kalau macam ni la gayanya bukannya bertambah kurus, bertambah bam bam ada la..... Kali ni kita nak citer pasal makan jugak. Nak buat macam mana dah kita memang suka makan.... Pening la kita, nak kurus tapi suka makan......Tolong bagi idea sikit nak buat macam mana?

Budak 2 orang kat bawah ni kalau nak makan banyak pun takpe, masih kurus lagi......Kalau boleh la bagi daging kita ni kat budak 2 orang ni dah lama kita bermurah hati sedekahkan daging kat badan kita ni pada mereka....hehehe....

Katie dan Sue yang tengah control cun
 Makanan yang kami makan masa keluar hari tu.....









Masa ni kat Alamanda, adik-adik 2 orang tu la yang bawak kita untuk beli cookies tu....Terima kasih ye adik-adik......

Dapat jugak

Hi......dengan nada ceria (buat-buat ceria macam dah lama tak jumpa). Walaupun pagi ni kita tak beberapa ceria. Disebabkan nak citer pasal benda yang happy maka permulaan ayat tu perlulah diceriakan.

Kenapa kita tak beberapa ceria tu tak penting (sila abaikan). Kita mulakan citer ke'happy'an kita tu walaupun korang tak happy. Harap-harap dengan ke'happy'an kita tu korang pun akan turut sama happy, Insya Allah.....

Sesiapa yang follow blog kita ni mesti tahu bahawa beberapa minggu lepas kita teringin (mengidam) makan cookies Famous Amos. Bukan tak ada usaha nak pergi beli, tapi macam banyak jer halangannya. Kita memang aim nak beli kat Alamanda, tu yang banyak sikit halangannya tu.

Bukannya tak ada dijual kat pasaraya macam Tesco tu, tapi kita nak beli secara timbang dan nak menikmati bau cookies yang fresh semasa membeli (kita memang terover bab-bab tu).


Nasib baik la baru-baru ni adik-adik kita kat opis ni (Katie dan Sue) tahu keinginan kita tu dan rajin pulak nak ke Alamanda, maka dapat la kita membeli cookies yang diidam-idamkan itu sambil menikmati bau yang sungguh menyelerakan (terover lagi......) hehehe........ Bagi sesiapa penggemar cookies pasti tahu nikmatnya rasa itu.

Dah alang-alang dapat pergi tu terus beli untuk 300g, puas hati kita.....

Isnin, 2 April 2012

Apa yang sama antara kita dan Siti Nurhaliza

Rasa nak gelak pulak bila buat tajuk entry macam ni. Tapi kami memang banyak persamaan.....hahaha.... pengsan dan bangun semula 44x pun korang mesti tak akan percaya.....Kita, apa lagi.......78x pengsan dan bangun semula pun memang tak akan percaya.

Kita nak citer pasal masa kita bercuti dekat Cameron Highland. Kita tak pernah lagi makan strawberry bersama coklat. Masa kat Cameron baru-baru ni tetiba filling macam Siti Nurhaliza la pulak......Tu yang nak makan strawberry coklat.


Menarik tak?
 Bagi kita la.....kita lagi suka makan strawberry tanpa coklat, kita rasa lebih menikmatinya. Tapi disebabkan nak filling Siti Nurhaliza punya pasal, makan jer la......Certengok gambar kat bawah ni, ada gaya macam Siti Nurhaliza tak.......hukhukhuk......(makan hati la Siti Nurhaliza tengok kita makan macam ni)

Besar betul buka mulut....hilang terus keayuan 'Siti Nurhaliza'. Agak-agaknya macam ni ke cara Siti  makan?
 Sayang pulak dah mangalahkan Datuk K bila makan macam tu......hahaha........

Kemain over lagi Sayang makan....