Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label Anniversary. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anniversary. Papar semua catatan

Isnin, 7 Januari 2013

9th Anniversary

Alhamdulillah....tanggal 19 Disember 2012 genaplah usia perkahwinan kita dan Sayang 9 tahun. Kita bersyukur sesangat sebab Allah masih panjangkan jodoh kami dan kami masih bahagia seperti dulu disamping anak-anak tersayang. 

Pada 19 Disember 2012 tu kita dapat bunga dari Sayang. Memang terkejut sesangat sebab tak target apa-apa pun dari Sayang sebab tak plan apa-apa pun kerana anak-anak kat kampung. Tak syok la kalau celebrate tanpa anak-anak. 

Balik dari kerja hari tu kami terus pergi makan. Untuk pengetahuan korang sejak bulan Disember 2012 hari tu Sayang yang hantar dan jemput kita pergi dan balik dari kerja sebab kita dah tak larat nak drive. Malam tu pulak Sayang pergi main badminton dan kita pulak dah takda benda nak buat, maka tidur awal la.

Rupa-rupanya balik dari main badminton tu Sayang bawa balik bunga dan letak sebelah kita. Ohhhh....sweetnya.....Tak sangka Sayang boleh buat kejutan macam tu. Kali ni kita betul-betul terkejut...Selalunya kita boleh baca apa yang Sayang nak buat. Terima kasih Sayang.....


Pose sebelum pergi kerja
Bunga tu hanyalah sampingan jer. Hadiah anniversary yang sebenar masih belum beli lagi...huhuhu....Hadiah anniversary kita tu kita perolehi bila balik dari Pusat Sains Negara. Kami singgah ke Mid Valley masa balik dari Pusat Sains Negara tu. Masa kat Mid Valley tu takda la rasa tak larat pulak, ok jer kita bila dapat cari barang yang kita nak....huahuahua....

Ni la hadiah anniversary kita yang ke 9.


Setiap hujung tahun kita pasti akan ke Mid Valley untuk beli perfume. Asalnya nak beli perfume Burberry tapi terbekenan dengan perfume Jimmy Choo la pulak.



Free gift
Anak-anak seronok jer dapat jalan-jalan. Dah tu belikan ais krim, lagilah seronok dia orang. Takdelah dia orang bosan. Pandai tak kita umpan anak-anak?


Tengok la muka kita yang keseronokan dapat apa yang dihajati. Hilang semua rasa tak larat tu...huhuhu

Terima kasih Sayang untuk hadiah anniversary yang ke 9 dan terima kasih jugak sebab menjadi suami yang penyayang dan memahami....Semoga hubungan ini akan berkekalan dan berbahagia hingga ke hujung nyawa. Amiin.........

Isnin, 2 Januari 2012

8 tahun

Dah masuk tahun baru, baru la terhegeh-hegeh nak buat entry pasal anniversary. Tanggal 19 Dec 2011 merupakan ulang tahun perkahwinan kita yang ke 8. Macam tak caye jer dah 8 tahun kita kawin.

Memang dah plan nak pergi bercuti masa anniversary kali ni. Bermacam halangan dan dugaan nak pergi bercuti kali ni, tapi tak mengapa kita tetap bersyukur sebab masih boleh bersama-sama mengharungi semua tu bersama Sayang dan anak-anak.

Setakat ni kita tak pernah terlintas lagi nak pergi bercuti tanpa anak-anak. Walaupun ragam mereka kekadang membuatkan kita naik angin, tapi kalau bercuti tanpa mereka rasa macam tak lengkap pulak.

Percutian kali ni tak la jauh mana, hanya kat Melaka jer.....Tak tau la, kita orang memang suka bercuti di Melaka. Setiap tahun mesti akan bercuti ke Melaka. Tahun 2011 dah 2 kali bercuti ke Melaka. Banyak tempat yang nak dilawati kat Melaka ni. Setiap tahun pergi Melaka pun masih ada tempat yang kami tak pergi melawat lagi.

Di Istana Kesultanan Melaka



Kita dan Sayang setelah 8 tahun berkahwin

Adriana di Taman Larangan

Kita dan Adriana yang sentiasa overrrr.....

Cubaan mengambil gambar melompat

Pose macho dari Harith

Adriana yang suka bergambar





Tak dapat nak mandi lama-lama sebab angin kuat, cepat sejuk. Swimming pool kat tingkat 7.



Kita ke Melaka pada 18 Dec - 20 Dec. Ingatkan bila pergi hari bekerja orang tak ramai, tapi sama jer macam pergi pada hari cuti. Biasala......cuti sekolah.......semua orang pun nak pergi bercuti......

Apa-apa pun kita sangat gembira dengan percutian ini bersama Sayang dan anak-anak. Semoga anniversary akan datang akan ada lagi percutian yang lebih menarik, Insya Allah......


Jumaat, 17 Disember 2010

7th Anniversary

Saja nak bagitahu kat korang semua yg hari ahad ni (19/12/2010) adalah hari ulang tahun perkahwinan kami.
Macam x percaya je dah tujuh tahun kami kawin...

Alhamdulillah, kami bahagia hidup bersama selama 7 tahun ni & dikurniakan 2 orang anak yg comel n nakal (biasa la tu kan, mana ada budak yg x nakal, ye x?)...wahhh puji anak sendiri comel konon...abih sape lagi nak puji...jawab dulu sblm korang jawab.....
apa-apa pun doakan kami bertambah bahagia ye....Amin...

Nak bagi apa ye utk anniversary tahun ni...teruk kita ni kan, dah last minute pun masih x pikir lagi nak beli apa.

Sebenarnya dari semalam dah plan nak pegi Mines @ Alamanda utk survey & beli jam tangan utk cik abang kita tu....sbb dia pun dh bagi hint mcm nak jam tangan je, tapi biasa la kita ni...dah sampai waktu malas pulak nak keluar...

Nak buat supprise party, dia selalu dh boleh agak apa kita nk buat...terror betul dia boleh baca apa yg kita plan...

Takpe, ada sehari lagi utk kita pikir nak beli apa utk anniversary ni...