Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Khamis, 19 April 2012

Excuse me

Eh....semacam pulak rasanya buat tajuk entry dalam bahasa omputih ni.....Mesti korang pikir apa la budak Hilda ni mimpi malam tadi sampai bagi tajuk dalam bahasa omputih.....ehem ehem.....

Bukan apa, sesaje je nak bagi kelainan sikit, pagi tadi kan hujan (apa kena mengena pulak, ye tak?). Tetiba bagi alasan tak logik.

Tajuk entry memang tak ada kena mengena dengan isi kandungannya, harap maklum sebab tak tahu nak letak tajuk apa.... hohoho.......

Sejuk betul pagi ni sebab hari hujan. Tempat korang hujan tak? Disebabkan hujan, maka perjalanan kita ke tempat kerja adalah terasa lama sedikit. Ditambah pulak dengan 3-4 kemalangan sepanjang lebuhraya PLUS.

Tak berani nak pandu kereta laju-laju bila melihat 3 kereta terbalik sepanjang lebuhraya pagi tadi. Itu juga merupakan motivasi bagi kita supaya berhati-hati dijalan raya. Kalau tak, syok jer kaki ni tekan paddle minyak tu.

Ok, tu jer nak bagitahu......

Rabu, 18 April 2012

Nak kongsi....

Hari Selasa minggu lepas adalah hari appointment Harith kat Klinik Pakar Kanak-Kanak di Hospital Tuanku Ja'afar. Harith masih follow up untuk kes asthma dia kat sana. Tapi sekarang ni dah jarak sikit tempoh appointmentnya iaitu 4 bulan sekali.

Asthma Harith dah makin berkurang, alhamdulillah.....tak perlu lagi nebulizer. Harap-harap dia semakin sembuh, tapi masih gunakan inhaler untuk kawalan setiap hari. Kami kat klinik tu lama jugak sebab selain dari jumpa doktor pasal asthma, Harith juga kena ambil sampel darah sebab nak tengok dia ada talasemia atau tak. Ntah berapa kali ambik darah pun kita tak tahu la sebab dah banyak kali jugak la Harith kena ambil darah untuk check talasemia tu.

Ini semua kerana Harith kelihatan pucat seperti orang kurang darah. Semasa appointment Harith hujung tahun lepas doktor dah mula suruh Harith makan folic acid. Jika dah makan folic acid bacaan hemoglobin (hb) tak ok maka ada langkah lain pula yang akan diambil.

Kita pun pelik, setahu kita Sayang dan kita tak ada pulak sejarah talasemia ni. Apa-apa pun kita nak yang terbaik untuk anak-anak kita. Jadi ikut jer la nasihat doktor tu.

Ok, kita kongsikan serba sedikit pasal talasemia ni kat korang. Harap-harap ia dapat menambahkan pengetahuan korang semua. Kalau doktor tak cakap pasal talasemia ni, kita pun tak rajin nak ambil tahu tentang penyakit ni.

Talasemia merupakan penyakit genetik sel darah merah. Pesakit Talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.

Bagaimana Talasemia merebak?  Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan di mana anak mendapat gen Talasemia daripada ibu bapa. Ianya bukan penyakit berjangkit iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara, air atau pun sentuhan fizikal. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini. Satu daripada 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen Talasemia.

Terdapat 2 jenis Talasemia yang utama iaitu Talasemia minor (pembawa gen Talasemia) dan Talasemia Major (Pesakit Talasemia). Pembawa gen Talasemia tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan tetapi seorang pembawa gen Talasemia boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknnya. Manakala pesakit Talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak  dari umur 3-18 bulan.Antara gejala tersebut adalah seperti badan sentiasa lemah dan resah, kesukaran bernafas, perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa, tumbesaran terbantut dan terdapat perubahan pembentukan pada muka apabila anak semakin membesar.

Rawatan bagi pesakit Talasemia ini dikenali sebagai rawatan transfusi darah  sebanyak 1 hingga 2 kali sebulan  dalam seumur hidup pesakit Talasemia. Rawatan ini akan mengambalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.  Namun, proses rawatan transfusi darah yang berpanjangan ini akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting didalam badan seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin yang akan terjejas fungsinya. Justeru itu, rawatan penyingkiran zat besi amat penting bagi pesakit Talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan. Pilihan lain adalah pembedahan membuang limpa bergantung kepada situasi tertentu.

Isnin, 9 April 2012

Hirok Pikok

Apa itu hirok pikok? Nak tahu? Nantikan entry mengenainya bila kita free nanti ye.....hehehehe...

Khamis, 24 November 2011

Kreatif

Hari ni Sayang hantar kita pergi kerja. Maka boleh la kita tidur dalam kereta sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Syoknyaaaaaa.......bila sekali sekala ada driver hantar kita pergi kerja ni.....huhuhu.....

Sampai jer kat tol Kajang kita dengar sayang gelak sesorang (tak ada la gelak kuat-kuat) tapi kita boleh dengar la......Jadi kita tanya la kenapa dia gelak sesorang. Rupa-rupanya kereta yang depan kami tu gunakan kayu pemukul lalat tu untuk touch n go.

Ohhhhhh....kita memang dah pernah tengok situasi tu. Jadi kita takde la heran sangat. Tapi mula-mula tengok dulu kita memang gelak la......Kita rasa orang tu kerja kat area Putrajaya sebab selalu perasan kereta dia.  

Kreatif betul orang tu. Dia lekatkan kad touch n go kat kayu pemukul lalat tu untuk memudahkan dia. Takdelah nanti nak kena bukak pintu kereta kalau berhenti terjauh sikit dari kotak touch n go tu.

Jumaat, 11 November 2011

Renungan

WALAU TERSIKSA ADA HIKMAHNYA
" Harus ada rasa bersyukur. Di setiap kali ujian menjelma. Itu jelasnya membuktikan, Allah mengasihimu setiap masa. Diuji tahap keimanan. 

Sedangkan ramai terbiar dilalaikan. Hanya yang terpilih sahaja. Antara berjuta mendapat rahmatNya.

Allah rindu mendengarkan Rintihanmu berpanjangan. Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi segala takdir. 

Terimalah dengan hati yang terbuka. Walau terseksa ada hikmahnya".






Selasa, 18 Oktober 2011

Budaya membaca

Sapa kat sini yang suka membaca? Kita memang suka membaca terutama novel, buku-buku berkaitan keibubapaan, keluarga, soal jawab agama dan motivasi. Hobi kita adalah membaca. Seronok bila dapat banyak maklumat dari pembacaan kita.

Korang rasa budaya membaca ni adakah budaya rakyat Malaysia sekarang? Bagi kita budaya membaca ni masih belum jadi budaya untuk rakyat Malaysia.

Walauapapun kita dah mula terapkan budaya membaca untuk anak-anak. Banyak jugak la buku-buku cerita yang kita belikan untuk mereka. Kadang-kadang suruh mereka pilih sendiri buku yang mereka suka supaya keinginan untuk membaca itu lagi menebal.

Sebenarnya entry kali ni kita nak promote satu buku ni. Ada student master kat lab kita ni jual. Maka sesape yang berminat nak beli buku ni boleh la contact Firdaus di alamat e-mail firdaus_bio@hotmail.com .




Buku ni berkaitan soal jawab tentang permasalahan semasa secara mudah dan ringkas. Harga buku ni tak mahal, cuma RM15.00 jer.

Jadi, tunggu apa lagi, sama-sama la kita amalkan budaya membaca dan belilah buku ini. Semoga kita bersama-sama dapat manfaat dari apa yang kita baca.

Selasa, 13 September 2011

Perlu ada

Sepatutnya setiap rumah yang ada anak kecil mesti ada benda ni. Benda apa? Ni la nak kasi tau.... Dulu kita ada benda ni, tapi sebab benda tu nipis jadinya mudah hilang.

Thermometer. Dulu kita beli thermometer yang tampal kat dahi tu. Jadinya beberapa tahun kebelakangan ni benda tu dah hilang. Tak pulak berganti. Bila dah jadi kejadian Harith demam melampau ni harus la di beli termometer tu.

Pikir punya pikir dan bincang punya bincang kami laki bini sepakat nak beli thermometer yang masuk dalam telinga tu. Rege dia mahal la dari yang tampal kat dahi dan yang letak bawah lidah atau celah ketiaksss tu. Tapi kita tak la beli yang branded sangat. Beli yang biasa-biasa jer asalkan boleh baca suhu badan dengan mudah.



Hajat di hati nak jugak beli brand yang bagus-bagus, tapi bila difikir, fungsinya sama jer. Mula-mula tengok kat kedai, thermometer yang branded tu RM195, terkejut kita di situ. Cari punya cari, akhirnya jumpa la thermometer yang kat dalam gambar kat atas ni dengan harga RM90. Ok la dari takde. Senang nak pantau suhu badan anak-anak.

Selasa, 16 Ogos 2011

Migrain

Saje nak share dengan korang. Kita adalah pengidap migrain. 2 hari kita tak kerja ni adalah disebabkan migrain. Dari sekolah dulu kita selalu sakit kepala. Tapi tak pernah pun check secara detail. Masa dah keje ni la baru pergi check secara detail. Itu pun sebab dah tak tahan menanggung sakit kepala. Kalau tak silap kita pergi check tahun 2009.

Baik la pergi check awal, manalah tahu ada penyakit lain pulak.

Kita check kat KPJ Seremban dengan Dr. Marina (pakar neurology). Buat CT scan (Computer Tomography) dan EEG (Electroencephalography). Alhamdulillah takde la penyakit yang teruk cuma migrain jer (jer???).

Ok, kita share dengan korang pasal info migrain ni.

Migrain berlaku apabila  seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan.
Ia berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud sakit kepala sebelah. Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.

Jenis-Jenis Migrain
1. Migrain tanpa aura
2. Migrain dengan tanda aura
3. Opthalmoplegic migrain
4. Status migrain

Punca penyakit / Faktor Risiko
1. Genetik
2. Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ’stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
3. Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ’serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
4. Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
5. Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
6. Tekanan perasaan atau ’stress’
7. Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
8. Cahaya yang sangat terang
9. Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
10. Letih yang keterlaluan
11. Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
12. Pengambilan pil ‘ contraceptive’
13. Haid
14. Pengambilan pemanis tiruan
15. Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
16. makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’

Tanda- tanda / Simptom
1) Migrain tanpa aura
   -Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris-  garis
   -Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
   -berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
   -denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan
2) Migrain dengan tanda aura
   -jarang berlaku
   -pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
   -Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan
3) Opthalmoplegic migrain
   -terlalu jarang berlaku
   -sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
   -mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
   -pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit
4) Status migrain
   -berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
   -boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
   -migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang
5) Bentuk serangan migrain
   -’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
   - ‘local’ - kulit bertukar menjadi merah  sedikit atau kelihatan pucat
   -’pallor’ berpeluh-peluh
   -’sono’ sensitif terhadap bunyi bising
   -’photophobea’ - sensitif pada cahaya
   -’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala

Rabu, 10 Ogos 2011

Asyik nak marah jer

Kenapa dengan kita sekarang ni, asyik nak marah jer....(Eh.....bukan kita memang suka marah-marah ke?) kwang kwang kwang......

Kenapa seseorang itu berpotensi nak jadi marah? Sape tahu jawapannya sila angguk kan kepala anda? Kita rasa la seseorang tu mudah marah bila :

1) Terlalu penat
2) Emosi terganggu
3) Memikirkan masalah (pejabat, rumah, kewangan, ect)
4) Tidur tak cukup
5) Hati dilukai / terluka

* Tu jer yang kita terfikir buat masa ni

Korang rasa la kan, kita masuk dalam kategori mana?

Kita ada terbaca, kalau seseorang tu tak pandai kawal kemarahan boleh menyebabkan orang tu gemuk sebab hormon dia akan jadi tak stabil. Jadi sesape yang nak kurus tu pandai-pandailah kawal kemarahan korang.

Cuba korang fikir sekarang, apakah motif sebenar kita bagitahu ni?????

Hahahaha....kita nak bagitahu korang semua bahawa kita ni susah nak kurus sebab tak pandai kawal kemarahan....

Macam mana ye nak kawal kemarahan? Lagi satu, kita ni kalau marah atau tak suka sesuatu perkara tu tak boleh nak sembunyikan riak muka. Bak kata orang, muka kita ni terlalu transparent. Orang boleh tahu kita ni buat-buat senyum ke, marah ke atau segala-galanya lah....

Susah la macam ni kan?

Jumaat, 5 Ogos 2011

Roh di bulan Ramadhan

Saje nak share dengan korang pasal info ni. Kita dapat info ni melalui e-mail dari kawan kita Kak Maslenda (Kak Mas). Terima kasih Kak Mas sebab sudi share info ni dengan kita.


"Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini)..menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di
penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka
mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus
ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah.  Mari berlumba dalam kebaikan".

Rabu, 3 Ogos 2011

Jangan ikut nafsu

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.....

Saje nak mengingatkan diri sendiri dan korang semua supaya jangan la berlebih-lebihan ketika membeli. Bukan apa, bila tengah lapar singgah pulak pasar ramadhan, kita pasti nafsu nak makan tu akan berlebih-lebihan. Sudahnya lepas berbuka makanan yang dibeli tadi tak di makan.

Bukankah itu amalan yang tidak baik? Sepatutnya bulan ramadhan ni la kita nak berjimat cermat. Jangan diikutkan sangat nafsu nak makan itu dan ini. Mentang-mentang seharian berpuasa, bila berbuka habis semua nak di makan.

Sama-sama la kita amalkan kesederhanaan (wasatiah) di bulan ramadhan ni dan bulan-bulan yang lain.

Selamat beramal.......

Rabu, 20 Julai 2011

Kata ganti nama diri

Selamat pagi semua. Hari ni pelajaran kita adalah mengenai kata ganti nama diri. Ada macam cikgu tak? (pagi-pagi dah sengal kita ni...hahahaha....). Dulu pernah jugak nak jadi cikgu, tapi mungkin tak layak kot sebab dah beberapa kali pergi temuduga asyik kantoi jer.

Mungkin kita ni tak sesuai kot jadi cikgu. Tapi sekurang-kurangnya kita ada jugak pengalaman jadi cikgu ganti selama 3 bulan kat Sek. Men. Keb. Dato' Shamsudin Naim, Rantau pada tahun 2002. Merasa jugak la murid-murid panggil kita cikgu. Manis sungguh kenangan itu.......

Jadi cikgu ni mencabar jugak terutama mengajar di kelas yang dah hujung-hujung tu (kelas pelajar yang lemah).

Ok, kita sambung semula dengan pelajaran kita iaitu kata ganti nama diri. Korang bila berbual gunakan nama apa? Bukan apa, semalam tetiba pulak kita terfikir bila ada orang bahasakan diri dengan suaminya 'ayang'. Kita tak pernah pun bahasakan diri kita ayang walaupun Sayang panggil kita 'sayang'. Rasa lain macam pulak.

Tak romantikkan kita ni? Nak buat macam mana, memang kita rasa geli nak bahasakan diri 'ayang' dengan Sayang. Dari mula berkenalan dengan Sayang dulu pun kita dah bahasakan diri kita 'kita'. Kita rasa lagi mesra kita gunakan kata ganti nama diri 'kita' macam kita gunakan kat blog ni. Rasa dekat dan mesra jer kita dengan korang.

Walaupun nama kita Hilda, kita tak pernah sekalipun bila berbual dengan orang kita bahasakan diri kita Hilda atau Ida. Kita rasa macam janggal sangat kalau gunakan nama sendiri sebagai kata ganti nama. Nak termuntah pun ada......Kita tak biasa la.....

Selalunya kita akan gunakan kata ganti macam ni pada orang-orang yang berlainan :

1) Untuk Sayang              : kita
2) Anak-anak                  : ibu
3) Adik-beradik               : an / angah
4) Sedara-mara                : an / angah / orang
5) Mak/abah                    : orang
6) Kawan-kawan             : kita / I
7) Ipar duai                      : saya
8) Mertua                         : saya
9) Anak sedara kita          : mak ngah
10) Anak sedara Sayang   : mak su
11) Orang yang muda       : akak
12) Orang yang tua           : saya
13) Orang yang tak kenal  : saya
14) Bos/pihak atasan        : saya / I

Skema ke kita ni kalau guna kata ganti diri 'saya'?

Isnin, 11 Julai 2011

Kualiti udara tidak sihat

Bukan orang je tak sihat, kualiti udara pun boleh tak sihat tau. Hari ni jerebu adalah agak teruk di Bangi. Keluar lunch tadi sampai sakit kepala di buatnya disebabkan jerebu ni.

Kalau korang nak tahu definasi jerebu ni adalah seperti di bawah.

"Jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang. Keadaan atmosfera dikatakan berjerebu sekiranya terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatan yang tinggi dan kandungan kelembapan yang rendah . Ini menyebabkan jarak penglihatan menjadi kabur atau kurang jelas. Di kawasan tropika, kelajuan angin biasanya perlahan. Bagi tempoh-tempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara sangat berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan cuaca kering. Tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan pencemaran ke udara sama ada daripada punca tempatan atau luar negara akan menyumbang kepada pembentukan jerebu" (Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia).

Bersama-samalah kita menjaga kualiti udara. Elakkan pembakaran terbuka. Kita tak sanggup berada di dalam keadaan kualiti udara yang teruk sebab mudah nak jatuh sakit. Keadaan ini adalah tidak sesuai terutama untuk kanak-kanak dan pengidap asthma.