Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label Perfume. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perfume. Papar semua catatan

Rabu, 16 April 2014

Perfume oh perfume

Dah lama tak citer pasal perfume kan? Kita dan perfume berpisah tiada....(tag line kita)...hahaha....hamboiiii over bukan main lagi ko ye Hilda...ber 'tag line' bagai....

Sesiapa yang follow blog kita ni mesti dah tahu yang kita ni adalah peminat perfume. Ahkak ko ni kan suka berwangi-wangian...

Beberapa bulan tak menulis kat blog ni bermakna dah beberapa kali jugak la kita membeli perfume baru. Meh sinia akak nak tunjuk perfume-perfume tu...

Pemberian dari bos (balik dari oversea)
Beli pada November 2013 (Mid Valley)
Beli pada Januari 2014 (Langkawi)
Kalau ikutkan, sekarang ni memang dah masa untuk beli perfume baru ni......

Jumaat, 21 Jun 2013

Birthday yang ke 35

Ohhhh.....dah 35 tahun umur kita tahun ni. Tapi apa ada pada umur ye tak, yang penting muka masih macam umur 18 tahun...hahaha....pengsan 48 kali orang yang baca statement ni........

Ok, kita pendekkan cerita. Kebetulan birthday kita tahun ni jatuh pada hari ahad dan cuti sekolah pun telah bermula, maka haruslah kita gunakan masa cuti sekolah tu sebaik-baiknya. Kami sekeluarga bercuti ke Melaka (percutian wajib setiap tahun) sambil meraikan birthday kita kekononnya. Nak bercuti jauh-jauh Adelia masih kecik lagi....tak beberapa sesuai nak jalan jauh-jauh....



Kat Melaka kita tak berjalan sangat pun sebab setiap tahun pun akan pergi Melaka maka macam dah malas jer nak pergi jalan-jalan. Tapi kami tetap pergi Medan Ikan Bakar, Umbai. Bab-bab makan tak boleh nak skip ye adik-adik....Akak ko ni memang ratu sesangat bab-bab makan ni ye.....

Dah kebetulan di sana, hati ni meronta-ronta la nak beli perfume. Last beli perfume rasanya sebelum bersalin dulu kot....Tapi perfume ni bukan la hadiah birthday ye, beli sendiri.




Tak tahu la Sayang kita nak hadiahkan apa. Dan kita masih tak tahu samada Sayang dah bagi hadiah birthday atau belum.....(boleh macam tu??)

Sejak umur Adelia 3-4 bulan aritu, rambut kita gugur sampai nak botak kepala kita ni sampai Sayang tegur. Maka Sayang telah belikan kita benda kat bawah ni untuk mengatasi masalah keguguran rambut kita. Tak tahu samada itu hadiah birthday atau bukan. Rasanya bukan macam hadiah tu....hehehe....


Nanti kita fikirkan nak apa untuk hadiah birthday kita kali ni ye Sayang....hihihi....

Sayang bagi bunga dan coklat ni sempena birthday kita dan nak pujuk isteri dia yang kuat merajuk ni...


Ok....tu jer...maaf la sebab citer kita ni macam terlompat-lompat sikit....


Isnin, 7 Januari 2013

9th Anniversary

Alhamdulillah....tanggal 19 Disember 2012 genaplah usia perkahwinan kita dan Sayang 9 tahun. Kita bersyukur sesangat sebab Allah masih panjangkan jodoh kami dan kami masih bahagia seperti dulu disamping anak-anak tersayang. 

Pada 19 Disember 2012 tu kita dapat bunga dari Sayang. Memang terkejut sesangat sebab tak target apa-apa pun dari Sayang sebab tak plan apa-apa pun kerana anak-anak kat kampung. Tak syok la kalau celebrate tanpa anak-anak. 

Balik dari kerja hari tu kami terus pergi makan. Untuk pengetahuan korang sejak bulan Disember 2012 hari tu Sayang yang hantar dan jemput kita pergi dan balik dari kerja sebab kita dah tak larat nak drive. Malam tu pulak Sayang pergi main badminton dan kita pulak dah takda benda nak buat, maka tidur awal la.

Rupa-rupanya balik dari main badminton tu Sayang bawa balik bunga dan letak sebelah kita. Ohhhh....sweetnya.....Tak sangka Sayang boleh buat kejutan macam tu. Kali ni kita betul-betul terkejut...Selalunya kita boleh baca apa yang Sayang nak buat. Terima kasih Sayang.....


Pose sebelum pergi kerja
Bunga tu hanyalah sampingan jer. Hadiah anniversary yang sebenar masih belum beli lagi...huhuhu....Hadiah anniversary kita tu kita perolehi bila balik dari Pusat Sains Negara. Kami singgah ke Mid Valley masa balik dari Pusat Sains Negara tu. Masa kat Mid Valley tu takda la rasa tak larat pulak, ok jer kita bila dapat cari barang yang kita nak....huahuahua....

Ni la hadiah anniversary kita yang ke 9.


Setiap hujung tahun kita pasti akan ke Mid Valley untuk beli perfume. Asalnya nak beli perfume Burberry tapi terbekenan dengan perfume Jimmy Choo la pulak.



Free gift
Anak-anak seronok jer dapat jalan-jalan. Dah tu belikan ais krim, lagilah seronok dia orang. Takdelah dia orang bosan. Pandai tak kita umpan anak-anak?


Tengok la muka kita yang keseronokan dapat apa yang dihajati. Hilang semua rasa tak larat tu...huhuhu

Terima kasih Sayang untuk hadiah anniversary yang ke 9 dan terima kasih jugak sebab menjadi suami yang penyayang dan memahami....Semoga hubungan ini akan berkekalan dan berbahagia hingga ke hujung nyawa. Amiin.........

Isnin, 30 April 2012

Berwangi-wangian

Sambil menyelam minum air. Itulah beribahasa yang paling sesuai untuk kita masa pergi Alamanda hari tu. Selain dari belanja Sayang dan anak-anak makan, agenda kita selain tu adalah nak beli perfume. Cadangnya nak beli kat MidV, tapi dah tak boleh nak pergi arah KL sana maka beli jer la kat Alamanda ni.

Sebenarnya pening jugak nak pilih perfume ni. Masa kat kedai bau dia macam sesuai jer dengan diri kita, tapi bila dah sampai kat rumah pening pulak bau perfume tu. Sebab tu kena pilih betul-betul, kalau tak membazirlah.....Harga perfume tu bukannya murah, kalau tak pakai kan membazir namanya tu....

Pilih punya pilih, kita dah tebekenan dengan bauan dari Calvin Klien (Sheer Beauty). Apa yang penting Sayang pun suka dengan bau perfume tu. Kita pakai perfume kan untuk Sayang jugak...




 Beli perfume kali ni kita rasa banyak benda free yang kita dapat seperti tote bag, miniature, cover iphone dan voucher Parkson bernilai RM50. Suka sangat dapat benda-benda freee ni......hehehe...











Inilah hasilnya. Beli satu, dapat macam-macam.... :)

Antara koleksi perfume kita

Rabu, 21 Disember 2011

Dah jadi acara tahunan

Macam dah jadi acara tahunan la pulak ke MV setiap hujung tahun. Rasanya dah 4 tahun berturut-turut kita ke MV setiap bulan December.

Ini semua gara-gara nak beli perfume. Setiap kali menjelang Krismas kan banyak sale untuk perfume. Seronok sangat kalau shopping perfume masa ni, macam-macam free gift boleh dapat dan terdapat promosi-promosi yang menguntungkan.

Dah lama sebenarnya nak beli perfume Clinique (Happy) ni....baru sekarang tercapai...



Free gift : Maskara & Lip Gloss

Kebetulan masa kita pergi tu ada karnival MPH, so beli la jugak apa yang patut kat karnival tu. Anak-anak pulak sibuk nak mengumpulkan belon.....



Beratur untuk dapatkan belon berbentuk pedang



Adriana pun nak pedang jugak....





Tengok la kita dan Adriana yang over tu....Harith pulak macam takde perasaan....huhuhu....

See.....anak beranak bermulut luas......korang boleh?

Selasa, 7 Jun 2011

Melaka : 2+1

Percutian kami di Melaka adalah 1 hari sahaja. Percutian yang amat singkat. Anak-anak tak puas nak mandi-manda lagi dah nak balik.

Kita memang nak sangat bercuti di Melaka ni adalah disebabkan nak gunakan voucher untuk buat facial kat Lancome sambil nak beli perfume. Voucher ni kita dapat masa beli perfume Lancome tahun lepas tapi baru tahun ni berpeluang nak gunakannya.

Kita buat facial tu kat Lancome, Jusco Melaka.

Inilah voucher nye.
Lepas buat facial tu, kita mencari-cari pulak perfume. Kita selalunya beli perfume kat Mid Valley, Jusco Melaka dan Parkson Seremban Perade.

Puas jugak la nak pilih perfume yang berkenan di hati dan akhirnya terbekenan dengan yang ini......

Taaaaaraaaaaaaaa.......




Perfume bersama lotion.

Free gift yang kita dapat.
Tapi kita macam tak puas je pergi Melaka kali ni sebab masa yang terlalu singkat ditambah pulak dengan kesesakan lalu lintas yang melampau. Kena repeat jugak ni pergi Melaka lagi.......

Balik ke Senawang dari Melaka adalah memakan masa selama lebih kurang 4 jam. Punyalah jem......Lain kali tak nak la pergi  Melaka masa cuti sekolah, tak enjoy.....Nak pergi makan ikan bakar kat Umbai / Duyung pun tak jadi.....

Rabu, 11 Mei 2011

Mood itu sudah kembali

Tak sabar-sabar rasanya nak pergi beli perfume....Kalau ikutkan jadual, bulan Mac hari tu kita sepatutnya dah kena beli perfume baru....

Cewahhhh dah siap jadual bila masa nak beli perfume.....Kalau tak ada jadual nanti takut terover pulak beli perfume, pantang jumpa yang berkenan nak beli...Kena control sikit sebab takut terover budget pulak....

Kenapa tak beli lagi perfume sedangkan dah bulan Mei? Nak tahu jawapannya? Sebenarnya masa bulan Febuari hingga April tu kita tengah mabuk-mabuk pregnant dan tak boleh nak bau perfume, rasa pening dan nak muntah. Tu pasal la tak ada mood nak membeli tuuuu.

Tapi SEKARANGGGGG mood itu telah kembali......banyak jugak wangian yang kita berkenan, tapi kena pilih satu jer.....kata gaji ala-ala jerkan.....kena la besederhana (Wasatiah dalam berbelanja....tetiba terinsaf la pulak)

Anak-anak kita pun dah terikut sukakan perfume terutama Adriana (nama pun perempuan, tak lari kemana kehendaknye tu....macam ibunya jugak)

Nak pergi ke sekolah pun nak pakai perfume. Nasib baik la bila beli perfume tu diaorang ada bagi free gift perfume jugak. Jadi yang free gift tu la kita bagi Adriana guna. Dia tak kisah asalkan bau wangi....Nasib baik dia tak demand nak guna perfume yang kita guna tu jugak....

Jimat perfume kita.....hehehe