Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label Hari Ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Ibu. Papar semua catatan

Khamis, 22 Mei 2014

Kad Hari Ibu

Cerita yang dah basi tapi kita tetap nak citer jugaks...Kejadian 2 minggu sudah. Hari ibu tahun ni kami sekeluarga tak sambut pun..Macam takde apa-apa jer...Tak tau kenapa...Tapi kita tak kisah pun...

Mungkin sebab hari Ahad tu kami pergi kenduri akiqah anak abang kot, sebab tu tak rasa apa-apa... Namun begitu......cewahhhh....(macam nak buat karangan apa ntah ayat kita ni....) anak-anak tetap ingat hari untuk ibu mereka....

Mereka dah siap-siap buatkan kad untuk kita. Terharu ibu tau.....Ini dah cukup bermakna sebab dia orang ingat jugak kat ibu mereka ni....

Kad ni dari Adriana....



Nak gelak baca kata-kata dari Adriana ni "Selama ini ibu telah beri kakak makan dan ibu juga telah membesarkan kakak dari 1 bulan hingga darjah 3"


Ni pulak kad dari Harith. Tahun ni ada peningkatan sikit. Pandai dah dia guna kertas warna warna untuk buat kad hari ibu. Mungkin dia tahu yang dia tak berseni macam Adriana, maka penggunaan kertas warna akan menampakkan kad dia lebih menyerlah. Kita tak kisah pun...Dia orang ingat tu pun dah kira bersyukur sangat-sangat.....


Kad Harith ni siap pantun lagi. Tapi yang kelakarnya setiap permulaan pantun dia guna "dua tiga". Tapi kita tetap puji usaha dia nak cipta pantun untuk kita.


Korang perasan tak yang dia suka sangat buat huruf 'S'. Kita pun ada tanya jugak apa maknanya huruf 'S' tu...Jawapannya mudah jer "abang suka buat huruf "S" jadi abang buat jer la".....Apa-apa lah abang.....


Terima kasih anak-anak ibu sebab hargai ibu...Tak sabar pulak nak tunggu Adelia besar....Adakah kad untuk ibu di Hari Ibu nanti?

Jumaat, 21 Jun 2013

Kad hari ibu di hari guru

Haaaaa ambik kauuu.........tajuk kasi orang pening.......hahaha...

Dah lama tak menjengah kat blog ni. Dulu seminggu sekali pasti menjengah, sekarang dah sebulan sekali baru menjengah. Takut nanti setahun sekali baru menjengah....no no no no......kenot...kenot......

Pasti korang rindu rinduan nak baca cerita terbaru dari kita kan? hahaha....bajet artis sesangat.............Ok takpe, kalau korang malu nak cakap, kita paham kerana kita adalah orang yang sentiasa memahami....hihihi....

Kali ni kita nak cerita pasal kad hari ibu yang anak-anak kita bagi. Punyalah berzaman cerita ni, hari bapa pun dah lepas baru nak citer pasal hari ibu....layankan saje.....

Kita dapat kad hari ibu ni pada tanggal 16 Mei 2013 bersamaan hari guru. Dapat lambat sebab Adriana kata  nak beli hadiah kita dulu.

Puas dia tanya kita nak apa untuk hari ibu tu. Lebih kurang macam ni la dialog kita dan Adriana :

Adriana : Ibu nak hadiah apa untuk hari ibu?

Ibu        : Ibu nak coklat

Adriana : Kat sekolah kakak tak jual coklat. Ibu pilih la hadiah lain.

Ibu        : Ibu nak kek (dapat ibu yang demand mamang macam ni)

Adriana : Duit kakak tak cukup nak beli kek. Tapi kalau ibu nak, kakak keluarkan duit tabung.

Ibu        : Tak payah la kalau macam tu

Adriana : Ibu cakap la nak pen ke, pensel, sharpener, pemadam atau pembaris

Ibu        : Buat apa beli pen, pen ibu dah banyak

Adriana : Memang la pen ibu banyak, tapi semua takde dakwat...

Ibu        : (Puas tahan gelak......)

Amboiiii.....bukan main lagi Adriana ni ye.....Dan hasil dari perbualan tu maka kita dapat la kad ni bersama hadiah dari Adriana di hari guru....





Siap balut lagi hadiah tu

Akhirnya dia belikan pen untuk kita untuk menggantikan pen kita yang banyak tak berdakwat tu.....hahaha "Terima kasih kakak, ibu pun sayangkan kakak sangat-sangat......Ibu marah bukan bermakna ibu benci, ibu marah sebab ibu sayangkan kakak. Ibu nak kakak jadi anak yang terbaik di mata ibu"

Pen dari Adriana
Masa Adriana bagi kad dan hadiah tu, kita pun peluk la dia sambil puji dia.....Harith tetiba merajuk sebab katanya kita lebih sayangkan Adriana dari dia. Ayah dia pun sound la kat dia sebab dia tak sayangkan ibu dan tak ingat pun hari ibu, jadi jangan la nak salahkan orang.

Disebabkan nak jugak kene puluk macam Adriana, senyap-senyap dia masuk bilik dia dan buatkan kad untuk kita. dan inilah hasilnya bila budak lelaki buat kad. Walaupun tak kreatif atau secantik kad Adriana, tapi kita terharu sesangat....




"Terima kasih anak-anak ibu.....Ibu sayang sesangat kat anak-anak ibu. Semoga anak-anak ibu menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat. Bukan harta yang ibu impikan dari anak-anak ibu, kasih sayang dan perhatian kalian sudah cukup untuk menggembirakan ibu".



Selasa, 22 Mei 2012

Belum basi kot....

Kita rasa citer ni belum basi lagi kot..... Akak ko ni membizi tahap gaban sekarang ni....Bizi bizi pun sempat lagi tulis kat blog ni untuk tatapan korang semua.....(Bajet : glemer sangat la blog dia tu dan ramai sesangat la orang nak baca dan kalau tak update peminat lari.....huhuhu........)

Hari ibu sudah pun berlalu dan bulan Jun nanti sambutan hari bapa pulak. Hari ibu tahun ni kita tak celebrate pun cuma dapat ucapan melalui sms dari Harith walaupun masa tu kita dan dia ada kat rumah. 


Walaupun sekadar ucapan melalui sms, kita rasa terharu sangat sebab anak-anak menghargai kita. Waktu tadika dulu mungkin cikgu yang ingatkan mereka mengenai hari ibu dan minta mereka buat kad khas untuk ibu. 

Sekarang, tanpa disuruh mereka dah boleh nak bagi ucapan kepada kita untuk menghargai jasa seorang ibu.....

Khas untuk anak-anak ibu :

'Ibu sayang sesangat kat abang dan kakak. Semoga abang dan kakak menjadi anak yang soleh dan solehah....Aminnnnn....Ibu marah bukan kerana ibu tak sayang abang dan kakak, ibu marah sebab nak betulkan apa yang salah dan ibu tak nak abang dan kakak terlalu leka buat benda-benda yang tak berfaedah'

Isnin, 9 Mei 2011

Celebrate jugak....

Korang buat apa celebrate hari ibu? Walaupun tengah berpantang, kita celebrate jugak.....Sayang dan anak-anak celebrate untuk kita......

Kami hanya pergi makan-makan je kat pizza hut....Tapi kita happy sebab dah lama tak pergi jejalan (dasar kaki berjalan, dalam pantang pun nak berjalan jugak).

Ye la....kira ok apa sebab hari ni kita dah mula kerja dah tentunya kita kena drive sendiri. Apa la sangat kalau pergi Jusco untuk makan-makan....

Kami pergi makan je...tak boleh nak merewang lama-lama sebab anak-anak kita exam hari ni.....

Bergambar dulu, makanan tak sampai lagi...

Terus bergambar....orang terlalu ramai, makanan lambat sampai...

Wajah-wajah gembira sebab dah lama tak keluar macam ni....ibunya kan tengah berpantang....

Adriana bergaya ala model....

Jom kita makan....

Happy sangat la tu dapat pergi Jusco.....hahaha
Terima kasih Sayang dan anak-anak sebab celebrate hari ibu ni......Jangan lupa tau bulan 5 ni ada lagi satu tarikh penting...Masa tu buat grand sikit ye......Love u Sayang....

Sabtu, 7 Mei 2011

Selamat Hari Ibu.....

Sebenarnya kita masih lagi confuse mengenai hari ibu ni....Setahu kita hari ibu ni di sambut pada hari ahad kedua dalam bulan Mei. Tapi hari ni dah ramai yg wish Selamat Hari Ibu.

Yang sebenarnya hari Sabtu ke hari Ahad minggu kedua bulan Mei? Tak kisahlah bila pun harinya....yang penting kita nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu termasuklah kepada mak kita....

Bila dah jadi ibu ni barulah kita tahu betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.....Kadang-kadang sampai sakit kepala memikirkan pasal anak-anak.....Semua ibu inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka dan sayangkan anak-anak mereka walaupun mereka tak tunjukkan depan anak mereka......

Semenjak dah sekolah ni anak-anak kita setiap tahun ada sediakan kad untuk hari ibu. Walaupun itu memang program sekolah tapi kita happy sangat bila masuk je dalam kereta dia orang keluarkan kad selamat hari ibu sambil senyum-senyum bagi kat kita dan cium kita dengan penuh kasih sayang.

Bukan la bermakna selama ni dia orang tak cium kita, tapi masa hari ibu tu feelingnye lain sikit....Terima kasih pihak sekolah yang terapkan hari-hari penting untuk kanak-kanak ni....

Untuk 2 hari ni anak-anak kita rajinnye lain macam sikit. Bila dia malas je nak buat kerja kita pun cakaplah "bukan ke hari ni hari ibu, mestilah tolong ibu, kata sayang kat ibu?" Terutama Adriana, bila cakap je macam tu laju je dia tolong kita dengan senyuman yang terindah di mata kita......Harith pun buat jugak.....

Gambar kad hari ibu dari anak-anak kita tu malas pulak nak upload.....

Apa-apa pun SELAMAT HARI IBU buat semua ibu-ibu .....