Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label Kawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kawan. Papar semua catatan

Khamis, 3 Mei 2012

Belated birthday

Sape punya birthday? Birthday kita????? Tak la.....Memang la birthday kita bulan Mei ni tapi belum belated lagi ye.....(saje bagi hint yang birthday kita tak lama lagi....sila kumpul duit untuk sediakan hadiah......huhuhu....).

Sebenarnya nak citer pasal sambutan birthday amoi sorang ni (Garce) yang ke....tuuuuuttttttt (mood : bajet macam artis, umur dirahsiakan....hahahaha...)

Grace dengan muka terujanya

Kumpulan pembawa kek...hehehe...

Jay : Orang yang bekerja keras untuk majlis ni
Birthday Grace adalah pada pertengahan bulan April, memandangkan masa tarikh birthday tu dia cuti maka kami raikan lewat sikit. Kalau ikutkan nak celebrate kat luar, tapi Grace pulak tak nak. Maka di atas usaha Jay, dapat jugak celebrate birthday Grace ni kat opis.

Beramai-ramai kami meraikannya
Kami celebrate birthday Grace ni Jumaat lepas. Kami makan Mc D dan kek ais krim yang sedap. Terima kasih Jay sebab sanggup pergi belikan semua ni bersama Kak Azah.

Katie yang suka inter-frame

Grace bersama kek ais krim nya.

Apasal pulak Katie malu-malu kat sebelah Amin tu?

Wajah-wajah ceria

Kenapa tu Min? 





Rabu, 4 April 2012

Lagi dan lagi

Korang perasan tak lately kita asyik la citer pasal makan jer kan? Kita pun tak pasti kenapa asyik citer pasal makan jer. Memang la kita ni pencinta makanan, tapi awal tahun ari tu macam dah janji jer nak kurangkan makan sebab nak kuruskan badan.

Kalau macam ni la gayanya bukannya bertambah kurus, bertambah bam bam ada la..... Kali ni kita nak citer pasal makan jugak. Nak buat macam mana dah kita memang suka makan.... Pening la kita, nak kurus tapi suka makan......Tolong bagi idea sikit nak buat macam mana?

Budak 2 orang kat bawah ni kalau nak makan banyak pun takpe, masih kurus lagi......Kalau boleh la bagi daging kita ni kat budak 2 orang ni dah lama kita bermurah hati sedekahkan daging kat badan kita ni pada mereka....hehehe....

Katie dan Sue yang tengah control cun
 Makanan yang kami makan masa keluar hari tu.....









Masa ni kat Alamanda, adik-adik 2 orang tu la yang bawak kita untuk beli cookies tu....Terima kasih ye adik-adik......

Dapat jugak

Hi......dengan nada ceria (buat-buat ceria macam dah lama tak jumpa). Walaupun pagi ni kita tak beberapa ceria. Disebabkan nak citer pasal benda yang happy maka permulaan ayat tu perlulah diceriakan.

Kenapa kita tak beberapa ceria tu tak penting (sila abaikan). Kita mulakan citer ke'happy'an kita tu walaupun korang tak happy. Harap-harap dengan ke'happy'an kita tu korang pun akan turut sama happy, Insya Allah.....

Sesiapa yang follow blog kita ni mesti tahu bahawa beberapa minggu lepas kita teringin (mengidam) makan cookies Famous Amos. Bukan tak ada usaha nak pergi beli, tapi macam banyak jer halangannya. Kita memang aim nak beli kat Alamanda, tu yang banyak sikit halangannya tu.

Bukannya tak ada dijual kat pasaraya macam Tesco tu, tapi kita nak beli secara timbang dan nak menikmati bau cookies yang fresh semasa membeli (kita memang terover bab-bab tu).


Nasib baik la baru-baru ni adik-adik kita kat opis ni (Katie dan Sue) tahu keinginan kita tu dan rajin pulak nak ke Alamanda, maka dapat la kita membeli cookies yang diidam-idamkan itu sambil menikmati bau yang sungguh menyelerakan (terover lagi......) hehehe........ Bagi sesiapa penggemar cookies pasti tahu nikmatnya rasa itu.

Dah alang-alang dapat pergi tu terus beli untuk 300g, puas hati kita.....

Jumaat, 21 Oktober 2011

First time

Kesian kat kita kan.....kalau korang nak tahu kita tak pernah lagi makan Domino's Pizza. Ntah la.....tak pernah pulak rasa nak mencuba Domino's Pizza ni.

Tengahari tadi kawan kita belanja makan Domino's Pizza. Maka dapat jugak la kita merasa pizza tu. Lain kali kalau orang citer pasal Domino's ni tak la kita tercengang-cengang......Dah tahu rasanya macam mana.

Apa-apa pun terima kasih kat kawan kita tu sebab belanja kita dan kawan-kawan yang lain tengahari tadi.....jimat duit makan untuk hari ni......hehehe.....Lain kali kalau nak belanja lagi jangan malu-malu ye......kita sentiasa bersedia untuk dibelanja......hahaha....sengal.....