Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label Bowling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bowling. Papar semua catatan

Rabu, 18 April 2012

Eksesais tangan dan pinggang

Seperti yang semua maklum hari Rabu minggu lepas adalah cuti umum bersempena Hari Pertabatan Agong. Maka kami adik-beradik telah bersepakat untuk meluangkan masa bersama-sama dengan cara main bowling.

Kami plan untuk main bowling pada hari Selasa malam sebab esoknya cuti. Kalau balik lewat pun malam tu takpe sebab boleh tidur lama esoknya. Kami plan nak main bowling kat Seremban Perade. Pukul 8.15 malam semua dah berkumpul kat sana kecuali abang manakala Elly dan Fizah pulak tak dapat join.

Alamak......takde lane kosong pulak, kalau ada pun pukul 10.30 malam. Tak kan nak tunggu kan? Kami selalu nak main kat Seremban Perade tu sebab kat sana tak banyak kedai, maka tak banyak la anak-anak ni nak membeli. Dia orang ni kalau banyak sangat kedai nanti, lagi banyak la nak di beli. Rabak la duit mak ayah ni ha.........

Bukan kedekut, tapi jimat cermat.....huhuhu...... 

Dah takde lane kosong maka cepat-cepat la kita call Elly kat Jusco suruh tengokkan ada kosong atau tak dan bookingkan kami untuk 3 lane.

Alhamdulillah, rezeki kami untuk main bowling kali ni. Tapi masak la ko kena keluar duit lebih sekit sebab kat Jusco tu banyak kedai makan dan game. Kalau nak syok main haruslah anak-anak dilayan terlebih dahulu.

Kami 6 beradik dan pasangan masing-masing  serta mak dan abah bersungguh-sungguh menunjukkan skill. You see......kemain lagi mak nak tunjuk skill......Gambar abah tak ada pulak....Lain kali ye abah orang snap gambar abah tengah buat balingan :)






Adik yang terlebih excited

Sayang pulak nak tunjuk skill

Ko kenapa Tih, nyibuk jer orang nak ambik gambar laki...hehehe...
Di sebabkan nak berjimat-cermat, Atih dah bawa bekalan untuk anak-anaknya (mee hailam tau). Tapi bila sampai kat sana, semua anak-anak pun makan sekali. Dah macam nak pergi berkelah la pulak siap bawa bekal segala bagai....hehehe......

Tapi itu semua langkah awal sebelum anak-anak minta yang bukan-bukan.......almaklumlah....pertengahan bulan ni.......

Disebabkan Atih punya turn nak baling bola (betul ke istilah tu?) kita suapkan anak-anak.

Nampak macam kita jer yang nak makan mee tu kan?
 Tiba masa kita pulak nak buat balingan.....


Apa-apa pun kita suka main kali ni sebab akak ko ni menang okehhhhh (jatuhan pin paling banyak) untuk lane kami. Selalunya akak ko ni la buat jatuhan pin yang paling sedikit....huhuhu.....Lihatlah dunia.......tetiba terasa macam artis yang menang award la pulak......hahaha......

Selasa, 3 Januari 2012

Berbowling di tengah minggu

Kita ni susah sikit nak join xtvt pada hari bekerja sebab tempat kerja adalah agak jauh dan kena bangun awal pulak setiap pagi untuk ke tempat kerja. Kalau kita join jugak rasa macam tak larat jer kalau nak pergi kerja keesokan harinya.

Tapi baru-baru ni kita join jugak sebab Sayang memang dah teringin nak main bowling. Ni semua adik kita punya plan, kita ikut jer. Kita dah malas nak plan xtvt macam ni, penat la........

Kami main bowling pada hari Rabu malam kat Seremban Perade. Tak ramai yang join pun, hanya family kita, Ita dan Atih. Sebenarnya badan kita penat walaupun hari Rabu tu kita cuti (uruskan pertukaran sekolah anak-anak), tapi ikutkan jer la.......lagipun Sayang nak join, kalau Sayang kata tak nak pun kita tak kisah....


Disebabkan badan penat maka gambar pun tak banyak. Ni la satu-satunya gambar yang sempat kita snap, itu pun nak tarik perhatian Dina yang tengah merajuk tu.....

Jumaat, 1 Julai 2011

Bila dah berkumpul

Selalunya bila ada cuti umum kami adik beradik akan cuba sedaya upaya buat plan agar kami boleh berkumpul beramai-ramai.

Kalau nak harap cuti hujung minggu tu selalunya payah sikit. Bila ada cuti tersepit macam hari Rabu tu, masing-masing cuba sehabis mungkin untuk attend acara yang telah dirancangkan.

Untuk pengetahuan korang hari Rabu adalah cuti umum (Israk & Mikraj) bagi N. Sembilan, Kedah dan Perlis. Walaupun kita kerja di Selangor, kita masih kena cuti sebab takde sesape nak jaga anak-anak kita.

Acaranya adalah pada Selasa malam iaitu bermain bowling (acara kebiasaan) di Jusco Seremban 2. Selain main bowling kami juga selalunya berkelah kalau ada cuti2 tersepit ni.

Korang tahu je la......family kita ni ramai. Adik beradik jer dah ada 8 orang, campur mak, abah, menantu dan cucu......ko kira la berapa ramai. Kalau semua pergi, memang tempat tu akan jadi 'aku yang punya'.....hahaha......(gelak jahat).

Tapi malam tu family Fizah dan Sayang takde. Walaupun kekurangan ahli, suasana tetap meriah (meriah sebab gelakkan balingan bola yang masuk longkang). 

Kita bersama adik (adik bongsu).

Dari kiri : Kita, Adik dukung Hani, Ita dan Ina. (Pelik Hani tengok gigi kita....hahaha...kenapalah besar sangat gigi Mak Ngah ni - mungkin itu kata hatinya....)

Mak-mak yang over (Atih, Kita, Ita, Ina, Hani dan Faiz)

5 adik-beradik perempuan bila bersama (Fizah jer yang takde). Sama tak muka kami?

Ita yang control ayu......
Gambar yang lain-lain tak ada sebab dia orang tengah main lagi. Kita orang dah siap main, sebab tu ada masa untuk bergambar.

Selasa, 17 Mei 2011

Masuk angin keluar asap

Agak-agak sesuai tak tajuk entry kita ni dengan apa yang akan kita ceritakan?

Belasah je la......suka hati kita la kan nak bagi tajuk apa kat entry kita, ye tak? Korang jangan la emo pulak, bagi kita sorang je yang emo okeh.....

Petang semalam, adalah dalam pukul 4.30pm adik kita (Atih) call bagitahu yang adik kita (Ita) ada plan nak pegi main bowling malam ni. Kita ok jer, tapi kena bagitahu Sayang dulu....After call Sayang, dia setuju nak pegi. Sebelum ni pun memang Sayang dah suruh kita call adik-beradik kita ajak main bowling sebab 17.05.2011 adalah cuti.

Tapi kita malas pulak nak call2 ni.....(nanti habis kredit aii uuuu.....) hahaha....boleh tak macam tu? Kita senyap je la....Rupa-rupanya adik kita punya perancangan sama dengan Sayang.

Atih pun apa lagi, sebuk la menelefon adik-beradik yang lain untuk joint aktiviti ber'bowling' tu.

Kami janji untuk sampai pukul 8.00-8.30pm kat Seremban Perade. Malas nak pergi main bowling kat Jusco, rasa macam jauh sikit dari rumah.

Sampai-sampai je kat sana, kami tak boleh main sebab ada tournament. Kalau nak main jugak boleh, tapi pukul 10.30pm....dengan bawak budak2 lagi, takde maknanya nak tunggu sampai pukul 10.30pm. Nak pergi kat Jusco pun kawan adik kita kata penuh....


Bergambar dulu sementara menunggu keputusan plan seterusnya. Mak budak ni menyibuk je kita nak bergambar dengan anak dia.....

Tengoklah pipi Hani ni dah macam kuih pau. Pipi maknya pun lebih kurang macam pau jugak....hahaha....

Akhirnya dengan hujan yang renyai-renyai di Seremban, kami buat keputusan untuk lepak kat kedai burger adik kita yang sorang lagi (Fizah). Husband dia bukak kedai burger (malam jer) kat Seremban Jaya sana.


Mak frust sebab tak dapat main bowling (sape yang frust sebenarnya?)

Tengah menunggu burger.

Tak sabar2 nak makan burger sampai tunggu depan kuali...

3 dara pingitan....
Macam rombongan Cik Kiah pulak kami ni. Tapi nasib baik jugak ada tempat nak melepak sambil makan-makan.