Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label My Hero. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My Hero. Papar semua catatan

Isnin, 7 Januari 2013

Hari Keluarga Taman

Hari Keluarga taman perumahan kita telah dijalankan pada 30 Disember 2012. Kiranya besar-besaran jugak la sambutannya. Banyak aktiviti yang dijalankan. Bermula seawal 8 pagi sehinggalah ke malam.

Aktiviti sebelah pagi hingga peteang termasuklah sukaneka, bakat cilik, karaoke dan lain-lain lagi. Sebelah malamnya pulak adalah ceramah agama.

Pagi tu kita tak join pun. Sayang dan anak-anak jer yang pergi. Petang tu barulah kita pergi sebagai pemerhati. Takde aktiviti yang sesuai dengan kita.

Sayang adalah harapan kami untuk bawa balik hadiah dan hasilnya adalah seperti di bawah.......tidak menghampakan...huhuhu....


9th Anniversary

Alhamdulillah....tanggal 19 Disember 2012 genaplah usia perkahwinan kita dan Sayang 9 tahun. Kita bersyukur sesangat sebab Allah masih panjangkan jodoh kami dan kami masih bahagia seperti dulu disamping anak-anak tersayang. 

Pada 19 Disember 2012 tu kita dapat bunga dari Sayang. Memang terkejut sesangat sebab tak target apa-apa pun dari Sayang sebab tak plan apa-apa pun kerana anak-anak kat kampung. Tak syok la kalau celebrate tanpa anak-anak. 

Balik dari kerja hari tu kami terus pergi makan. Untuk pengetahuan korang sejak bulan Disember 2012 hari tu Sayang yang hantar dan jemput kita pergi dan balik dari kerja sebab kita dah tak larat nak drive. Malam tu pulak Sayang pergi main badminton dan kita pulak dah takda benda nak buat, maka tidur awal la.

Rupa-rupanya balik dari main badminton tu Sayang bawa balik bunga dan letak sebelah kita. Ohhhh....sweetnya.....Tak sangka Sayang boleh buat kejutan macam tu. Kali ni kita betul-betul terkejut...Selalunya kita boleh baca apa yang Sayang nak buat. Terima kasih Sayang.....


Pose sebelum pergi kerja
Bunga tu hanyalah sampingan jer. Hadiah anniversary yang sebenar masih belum beli lagi...huhuhu....Hadiah anniversary kita tu kita perolehi bila balik dari Pusat Sains Negara. Kami singgah ke Mid Valley masa balik dari Pusat Sains Negara tu. Masa kat Mid Valley tu takda la rasa tak larat pulak, ok jer kita bila dapat cari barang yang kita nak....huahuahua....

Ni la hadiah anniversary kita yang ke 9.


Setiap hujung tahun kita pasti akan ke Mid Valley untuk beli perfume. Asalnya nak beli perfume Burberry tapi terbekenan dengan perfume Jimmy Choo la pulak.



Free gift
Anak-anak seronok jer dapat jalan-jalan. Dah tu belikan ais krim, lagilah seronok dia orang. Takdelah dia orang bosan. Pandai tak kita umpan anak-anak?


Tengok la muka kita yang keseronokan dapat apa yang dihajati. Hilang semua rasa tak larat tu...huhuhu

Terima kasih Sayang untuk hadiah anniversary yang ke 9 dan terima kasih jugak sebab menjadi suami yang penyayang dan memahami....Semoga hubungan ini akan berkekalan dan berbahagia hingga ke hujung nyawa. Amiin.........

Isnin, 2 April 2012

Apa yang sama antara kita dan Siti Nurhaliza

Rasa nak gelak pulak bila buat tajuk entry macam ni. Tapi kami memang banyak persamaan.....hahaha.... pengsan dan bangun semula 44x pun korang mesti tak akan percaya.....Kita, apa lagi.......78x pengsan dan bangun semula pun memang tak akan percaya.

Kita nak citer pasal masa kita bercuti dekat Cameron Highland. Kita tak pernah lagi makan strawberry bersama coklat. Masa kat Cameron baru-baru ni tetiba filling macam Siti Nurhaliza la pulak......Tu yang nak makan strawberry coklat.


Menarik tak?
 Bagi kita la.....kita lagi suka makan strawberry tanpa coklat, kita rasa lebih menikmatinya. Tapi disebabkan nak filling Siti Nurhaliza punya pasal, makan jer la......Certengok gambar kat bawah ni, ada gaya macam Siti Nurhaliza tak.......hukhukhuk......(makan hati la Siti Nurhaliza tengok kita makan macam ni)

Besar betul buka mulut....hilang terus keayuan 'Siti Nurhaliza'. Agak-agaknya macam ni ke cara Siti  makan?
 Sayang pulak dah mangalahkan Datuk K bila makan macam tu......hahaha........

Kemain over lagi Sayang makan....

Jumaat, 9 Mac 2012

Siapa yang terlebih happy

Cuti sekolah akan bermula esok. Mesti budak-budak sekolah happy sesangat time cuti ni kan? Jangan nak tipu la kalau kata tak happy bila cuti sekolah....

Tapi kita rasa kita pun sama happy jugak macam budak-budak sekolah atau mungkin terlebih happy dari dia orang. Walaupun cuti kali ni kami sekeluarga tak rangcang nak bercuti kemana-mana, tapi kita tetap apply cuti jugak sebab kesian kat anak-anak...., nak bermanja-manja dengan anak-anak kiranya (ayat macam bagus jer kan.....?).

Sebenarnya kita memang nak cuti sebab dah rasa penat sangat badan bekerja 5 hari seminggu. Cuti Sabtu dan Ahad pulak sibuk buat kerja-kerja rumah yang tak dapat dilaksanakan di hari bekerja. Akak ko ni bukannya ada pembantu rumah yang nak men'nyetel'kan segala urusan kat rumah ni. Nasib baik Sayang kita tu rajin membantu buat kerja-kerja rumah.

Sshhhyyy.....nak bagitahu korang ni, tapi korang jangan bising-bising bagitahu orang lain tau......mari la dekat sikit nak bagitahu ni.......

Kalau korang nak tahu Sayang kita tu dah boleh masak......Wahhhh....hebat tak Sayang kita tu....Bukan setakat boleh mengemas, membasuh baju, pinggan mangkuk, melipat kain baju dan sekarang dah boleh masak.....Ooohhhhhh.......beruntungnya kita bersuamikan Sayang ni......Maka bertambahlah lemak-lemak di badan kita ni......hahahaha.......

Eh...eh....terlebih pulak citer pasal Sayang ni......almaklumla.....dah terlebih happy......

Jumaat, 2 Mac 2012

Ehem ehem...

Selasa lepas kan kita ke Alamanda. Dah alang-alang kat sana tu lalu pulak depan kedai Famous Amos. Wahhhhh bau cookiesnya begitu sedap sekali. Sampai sekarang masih terbau harumannya dan masih terasa kerangupan dan kesedapan cookiesnya itu.......(imaginasi terlampau)

Kita bukan sesaje nak citer pasal Famous Amos ni tau, citer ada maknaaaaaa ni......ehem ehem..... Beberapa bulan lagi kan kan kan kan.....birthday kita, saje la nak bagi hint kat Sayang yang tahun ni dia tak perlulah susah-susah nak belikan kita handbag, kasut, jam tangan, barang kemas, bunga atau sebagainya kerana kita dah mudahkan kerja dia untuk pilih hadiah birthday kita tahun ni.

Kita tak la demand yang bukan-bukan.......Kalau boleh la.....kita nak hadiah yang macam kat bawah ni.....Boleh tak Sayang......(sambil tersenyum sipu dan tertunduk malu serta kelip-kelipkan mata......bajet muka comel......hehehehe)

Sebelum apa-apa.....kita nak cakap "kita sayang sesangat kat Sayang....." Jangan lupa tau apa yang kita tulis ni......nanti kita remind lagi ye.......hahahaha.......





Ni la muka budak perempuan yang bajet comel tu......huhuhu.....

Jumaat, 2 Disember 2011

Korang pernah tak?

Korang pernah tak tetiba rasa rindu sesangat kat anak-anak atau suami korang masa kat tempat kerja? Padahal baru jer beberapa jam tak jumpa. Mesti korang kata kita over kan?

Kalau pergi berkursus tu, lain la......memang sah-sah la rindu kan?

Nak kata baru kawin, memang tak la....Kalau baru kawin tu, standard la rindu-rinduan ni.....Ni dah 7-8 tahun kawin perasaan rindu tu masih menebal. Apakah makna semua ni......ececehhhhhh.......Adakah minta untuk dibelanja atau dibawa berjalan-jalan?


Best sangat perasaan rindu-merindu ni kan.....Terasa macam zaman bercinta pulak. Ni yang malas nak tulis ni, ter'flashback' pulak kisah-kisah masa bercinta dedoluuu....(tetiba tersenyum sendiri....blushing muka ai tau.....)

Kalau dah rindu sangat tu korang buat apa? Kalau kita la, terus jer call. Dapat dengar suara pun jadi la......Tapi bila call kalau pasangan kita tu tengah bz dan tak nak layan kita, terus jer sentap atau merajuk sendiri......ntah apa-apa kan?

Gediks pulak nak melayan kerenah macam kita ni kan? Apa-apa pun perasaan rindu-merindui tu masih wujud dalam diri kita ni walaupun dah hampir 8 tahun kita kawin. Motif sebenar entry ni nak bagitahu korang yang tak lama lagi (bulan ni la) kita nak sambut anniversary yang ke 8.

Rindu......
Serindu rindunya......

Hai Sayang......rindu kat kita tak *wink*?


Isnin, 4 Julai 2011

Lalalalala

Suke suke suke........Saje la nak kasi tahu satu dunia, Sayang kita sudah balik dari berkursus.....

Happy sesangat......Ada ke Sayang kata kita ni manja. Manja ker?

Apa-apa pun hati ini tidak lagi gundah gelana........

Rabu, 22 Jun 2011

Ohhh My Hero

Memang nak jadi hal betul la petang semalam. Sebelum ni dah 2 kali terjadi pun masih tak sedar lagi.

Haru + kelakar. Nak tahu kenapa? Cegini citernya. Pagi semalam sesampai jer kat tol Kajang amaran minyak kereta perlu diisi dah berkelip. Memang la nak isi waktu tu, tapi kad kredit tak boleh digunakan untuk isi minyak sebab off line. Malas pulak nak guna cash hujung-hujung bulan ni kan. Paham-paham jer la....

Kita pun bawak je la kereta tu sampai opis sebab ingatkan balik nanti baru nak isi semula. Selalunya bila dah berkelip isyarat minyak tu boleh la jalan lagi dalam 70km. Kira punya kira kita ambik keputusan nak isi kat Senawang je sebab jarak dari opis ke Senawang adalah 60km.

Konfiden giler bawak kereta. Nampak stesyen minyak kat hentian Seremban pun tak nak berhenti dengan harapan sempat sampai Senawang.

Ambik kaaauuuu....tetiba enjin kereta berhenti. Nasib baik kita drive kat lane kiri sekali, maka mudah la kita nak ke bahu jalan.


Kereta tersadai kehabisan minyak

Muka cuak menunggu bantuan dari dalam kereta

Dengan perasaan cuak terus call Sayang minta bantuan. Nasib baik jugak Sayang drive pergi kerja semalam, kalau dia naik komuter lagi harulah kejadian tu.

Ada la dalam 45 minit kita tunggu Sayang untuk bawakan minyak.

My Hero......Bantuan telah sampai...
Tq Sayang, you are really my hero......

Ini adalah kejadian ketiga kereta kita kehabisan minyak. Masih tak sedar-sedar lagi. No more lain kali kehabisan minyak ok!