Kita kan tengah berpantang walaupun dah mula bekerja. Apa kau fikir nak cukupkan 44hari berpantang baru nak mula kerja?
Ye.... kita cuma keguguran jadi dapat mc 2-3 minggu macam tu je. Cukup la tu kan?....Ye la...bukannya ada baby nak kena jaga nak lama-lama cuti....
Berpantang kali ni kita macam ikut je semua petua orang-orang tua (tua????ok la kita tukar....petua orang-orang lama). Dari berurut, bertungku, mandi dengan segala bagai daun, berbengkung dan makan jamu.
Bersalin sebelum-sebelum ni kita tak mandi dengan daun-daun tu pun dan tak berbengkung sebab kita bersalin secara caesarean, nak berbengkung macam mana ye tak? Dah tu kita tak makan jamu pun dulu, cuma minum air akar kayu, jeli gamat dan pati ikan haruan je.
Kali ni biras kita ada syorkan makan jamu NR. Kita tak ada la beli satu set, cuma beli jamu (Phyto Natal). Menurut katanya ia bagus untuk menyembuhkan bahagian rahim, menguatkan badan, mengelakkan sembelit dan yang paling penting memudahkan untuk menurunkan berat badan. I loike.......nak kurus-kurus ni....
Kita memang beli la jamu tu dan dah makan pun. Dose yang disyorkan adalah 2-4 biji sehari. Kita ambik la yang paling minima iaitu 2 biji. Tapi punya la lawas....sehari 2 kali mesti membuang punya....
Masalahnya sekarang bila dah sampai waktunya tak boleh nak tahan-tahan lagi dah....memang kena masuk toilet jugak waktu tu.....Dah tu masanya pulak tak boleh nak dijangka.....teragak dia nak keluar je....
Kalau masih mc tu ok la lagi, kita memang ada kat rumah je. Bila nak membuang tu pergi je la kat toilet kan. Ini dah mula kerja payah la sikit tambahan kalau tengah drive.....
Petang semalam nasib baik sempat.....Masa tu tengah drive nak balik dari tempat kerja. Masa kat highway tu...macam ok jer lagi, tapi bila nak sampai je tol Senawang, perut ni dah buat hal.....Apa lagi berhenti la kita kat tol Senawang tu untuk melepaskan hajat.....Nasib baik sempat....
Kalau tak makan jamu tu lambat pulak nak kurus semula, bila makan, macam ni pulak jadinya....Adakah bila makan jamu tu kesannya macam tu ataupun kita kena kurangkan dose jamu tu?