Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label Hadiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadiah. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Jun 2013

Birthday yang ke 35

Ohhhh.....dah 35 tahun umur kita tahun ni. Tapi apa ada pada umur ye tak, yang penting muka masih macam umur 18 tahun...hahaha....pengsan 48 kali orang yang baca statement ni........

Ok, kita pendekkan cerita. Kebetulan birthday kita tahun ni jatuh pada hari ahad dan cuti sekolah pun telah bermula, maka haruslah kita gunakan masa cuti sekolah tu sebaik-baiknya. Kami sekeluarga bercuti ke Melaka (percutian wajib setiap tahun) sambil meraikan birthday kita kekononnya. Nak bercuti jauh-jauh Adelia masih kecik lagi....tak beberapa sesuai nak jalan jauh-jauh....



Kat Melaka kita tak berjalan sangat pun sebab setiap tahun pun akan pergi Melaka maka macam dah malas jer nak pergi jalan-jalan. Tapi kami tetap pergi Medan Ikan Bakar, Umbai. Bab-bab makan tak boleh nak skip ye adik-adik....Akak ko ni memang ratu sesangat bab-bab makan ni ye.....

Dah kebetulan di sana, hati ni meronta-ronta la nak beli perfume. Last beli perfume rasanya sebelum bersalin dulu kot....Tapi perfume ni bukan la hadiah birthday ye, beli sendiri.




Tak tahu la Sayang kita nak hadiahkan apa. Dan kita masih tak tahu samada Sayang dah bagi hadiah birthday atau belum.....(boleh macam tu??)

Sejak umur Adelia 3-4 bulan aritu, rambut kita gugur sampai nak botak kepala kita ni sampai Sayang tegur. Maka Sayang telah belikan kita benda kat bawah ni untuk mengatasi masalah keguguran rambut kita. Tak tahu samada itu hadiah birthday atau bukan. Rasanya bukan macam hadiah tu....hehehe....


Nanti kita fikirkan nak apa untuk hadiah birthday kita kali ni ye Sayang....hihihi....

Sayang bagi bunga dan coklat ni sempena birthday kita dan nak pujuk isteri dia yang kuat merajuk ni...


Ok....tu jer...maaf la sebab citer kita ni macam terlompat-lompat sikit....


Isnin, 7 Januari 2013

9th Anniversary

Alhamdulillah....tanggal 19 Disember 2012 genaplah usia perkahwinan kita dan Sayang 9 tahun. Kita bersyukur sesangat sebab Allah masih panjangkan jodoh kami dan kami masih bahagia seperti dulu disamping anak-anak tersayang. 

Pada 19 Disember 2012 tu kita dapat bunga dari Sayang. Memang terkejut sesangat sebab tak target apa-apa pun dari Sayang sebab tak plan apa-apa pun kerana anak-anak kat kampung. Tak syok la kalau celebrate tanpa anak-anak. 

Balik dari kerja hari tu kami terus pergi makan. Untuk pengetahuan korang sejak bulan Disember 2012 hari tu Sayang yang hantar dan jemput kita pergi dan balik dari kerja sebab kita dah tak larat nak drive. Malam tu pulak Sayang pergi main badminton dan kita pulak dah takda benda nak buat, maka tidur awal la.

Rupa-rupanya balik dari main badminton tu Sayang bawa balik bunga dan letak sebelah kita. Ohhhh....sweetnya.....Tak sangka Sayang boleh buat kejutan macam tu. Kali ni kita betul-betul terkejut...Selalunya kita boleh baca apa yang Sayang nak buat. Terima kasih Sayang.....


Pose sebelum pergi kerja
Bunga tu hanyalah sampingan jer. Hadiah anniversary yang sebenar masih belum beli lagi...huhuhu....Hadiah anniversary kita tu kita perolehi bila balik dari Pusat Sains Negara. Kami singgah ke Mid Valley masa balik dari Pusat Sains Negara tu. Masa kat Mid Valley tu takda la rasa tak larat pulak, ok jer kita bila dapat cari barang yang kita nak....huahuahua....

Ni la hadiah anniversary kita yang ke 9.


Setiap hujung tahun kita pasti akan ke Mid Valley untuk beli perfume. Asalnya nak beli perfume Burberry tapi terbekenan dengan perfume Jimmy Choo la pulak.



Free gift
Anak-anak seronok jer dapat jalan-jalan. Dah tu belikan ais krim, lagilah seronok dia orang. Takdelah dia orang bosan. Pandai tak kita umpan anak-anak?


Tengok la muka kita yang keseronokan dapat apa yang dihajati. Hilang semua rasa tak larat tu...huhuhu

Terima kasih Sayang untuk hadiah anniversary yang ke 9 dan terima kasih jugak sebab menjadi suami yang penyayang dan memahami....Semoga hubungan ini akan berkekalan dan berbahagia hingga ke hujung nyawa. Amiin.........

Jumaat, 9 September 2011

Bz sangat ke?

Sejak sebulan 2 ni Harith selalu mintak kita peluk dia. Tak kira masa dan tempat. Tiba-tiba jer dia cakap "peluk la abang bu" kakadang tu " sayang la abang bu" dan ada jugak "nak sayang ibu" (sayang tu maksudnya cium)

Dah lama dia tak mintak kita peluk atau cium dia. Kalau tak silap last dia suruh kita peluk dan cium dia masa umur dia 3 tahun. Masa tu kita kat dapur, dia tarik baju kita dan mintak kita peluk dia.

Adakah semua ini kerana kita terlalu sibuk sampai takde masa nak bermanja-manja dengan anak sampai anak mintak dipeluk dan dicium?

Bila dalam perjalanan nak pergi dan balik kerja tu selalu jugak terfikir, kurangkah perhatian kita pada anak-anak sampai mereka terpaksa meminta untuk mendapatkan belaian kita.

Adriana pun sama, selalu minta kita peluk dia. Masa tidur pun sama, seboleh-bolehnya dia nak tidur dengan kita atau kita kena tidur dengan dia.

Permata hati kita

Bila anak-anak gembira, hati ini pun  turut gembira

Macam-macam aksi





Tapi apa yang kita perasan sekarang ni kita rasa badan selalu tak bermaya. Mungkin disebabkan perjalanan dari rumah ke tempat kerja yang agak jauh membuatkan kita menjadi lesu.

Mana taknya, kita dah beberapa kali rasa nak berhenti kerja sebab rasa tak larat nak berulang. Tapi macam tak berbaloi pulak kalau nak berhenti kerja. Orang lain punyalah nak kerja, kita pulak nak berhenti....

Selasa, 23 Ogos 2011

Ole-ole dari Netherlands dan Switzerland

Korang dah maklum kan yang bos kita dah balik dari training dan bercuti. Seperti biasa kalau dia pergi obersi waima outstation sekalipun 'kebiasaannyalah' dia akan belikan ole-ole untuk kami.

Sori la lambat sikit buat entry ni sebab tak ada mood la pulak.........sebenarnya kita baru jer dapat ole-ole tu minggu lepas.

Ni la 2 benda yang kita dapat.
Apa-apa pun terima kasih la kat bos kita sebab mengingati jugak kami di sini. Tadi baru dapat kad raya dari bos. Selalunya dia bagi last minit, dekat nak cuti bari dia bagi. Kali ni cepat sikit sebab tadi dia nak pergi out station kat Hulu Paka.

Khamis, 18 Ogos 2011

Dah dapat

Uols.....kita dah dapat hadiah birthday dari Sayang. Walaupun birthday kita bulan Mei ari tu, tapi hadiah tetap hadiah.....tak kesah la lambat mana pun nak bagi....hahaha.....(dasar........)

Hadiah tu kita pilih sendiri. Memang selalu pun kita pilih hadiah birthday atau anniversary sendiri sebab Sayang takut bila dia belikan sendiri kita tak berkenan. Almaklumlah....akak ko ni memang cerewet....hehehe....

Kita suka sangat dengan hadiah tu. Ofcoz la suka ye tak, hadiah pilih sendiri....Tapi kita tak nak la show off kat sini......Sayang tak izinkan.....

Ok tu jer.....Tq Sayang untuk hadiah tu....kalau ada lagi rezeki nak bagi lagi hadiah kat kita, sangat-sangat la dialu-alukan..... :)