Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label Takdir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Takdir. Papar semua catatan

Jumaat, 23 September 2011

Not my day

Hari ni kita rasa memang bukan hari kita (walaupun masih pagi lagi nak cakap macam tu). Mana tak nya, dah 4 hari kita tak marah anak-anak pagi-pagi sebelum pergi sekolah (baru 4 hari, sebelum ni tiap-tiap hari asyik nak marah jer....hehehe....).

Tapi hari ni anak-anak buat hal tak nak bangun dan mandi. Ini semua gara-gara tidur lewat sikit dari biasa malam tadi disebabkan tengok tv. Puas dah cakap elok-elok tak nak dengar, kesudahannya keluar jugak suara hililintar ni di pagi hari......

Ok, itu satu hal.....Lepas hantar anak-anak pergi nursery, kita pun dengan semangatnya nak pergi kerja. Sampai satu traffic light tu, kita berhenti sebab lampu merah. Muka adalah maintain 'poyo' (muka akak ko ni kan serius) sambil minum air. Tetiba terasa pulak nak pandang sebelah kiri. Rupa-rupanya ada mamat tu nak usha.....(hahaha...sengal.....mana ada....). Tapi ada ke orang nak ngurat muka serius macam akak ko ni?

Mamat tu tunjuk kat arah tayar belakang kereta kita kata pancit. Alamak.....dalam hati dah pikir nak pergi kerja ke tak ni.....Dah dasar 'pemalas'......hahaha.....otak terus fikir ke situ pulak. Takpe, apa-apa hal kita berhenti kat shell sebelum tol Senawang tu dulu dan terus call Sayang.

Lepas call Sayang terus call bos bagitahu masuk lambat sikit (tak jadi nak ponteng, hehehehe). Call adik ipar minta bantuan. Tapi dia nak hantar anak pergi sekolah pulak dulu.....Takpe, terus menunggu.....

Tetiba datang abang lori 'Teh Cheeta' (macam tu ke ejaan dia?) tu tanya kita dah dapat bantuan atau belum. Dah tu siap perli kita lagi kata muka kita dah macam nak menangis......Obvious sangat ke muka kita macam nak nangis.....bukan ke muka kita ni muka serius?

Haaaa....muka kita ni memang transperant.....Bila dah panic tu muka kita memang terus bertukar jadi muka nak nangis.....padahal cuma tayar pancit jer.....

Tak lama pun nak tukar tayar tu sebenarnya.....Tapi kalau kita yang kena buat sendiri mau berjam-jam atau berhari-hari.......ye la, nak angkat tayar pun tak larat....

Dah settle semua tu kita teruskan perjalanan. Alamak.....jem pulak.....ada accident kat highway.....Huhhh....sedikit sebanyak membantutkan niat kita nak pergi bekerja lagi.....(dah dasar kan...hehehe...). Tapi dah masuk highway, tak kan nak patah balik.......

Jadi sekarang kita dah ada kat tempat kerja. Maknanya akak ko ni bukan la pemalas sangat....(motif?)

Khamis, 5 Mei 2011

Tak semestinya bercuti tu gembira

Kesian betul bila dengar 3 kanak-kanak yang sedang berkelah kat Ulu Bendul tu dihanyutkan oleh air.

Mak ayah budak tu mesti traumakan? Hilang anak tiga-tiga sekali......Besar sungguh dugaan mereka. Apa-apa pun marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-fatihah untuk anak-anak tu.

Semoga mak dan ayah anak-anak tu tabah menghadapi segala dugaan....

Padan muka.....

Salah siapakah perkara ni terjadi? Haaaa....suspen tak entry kali ni? Buat-buat la suspen....nanti kita sentap tau....(apa kes nak sentap?) Ntah apa-apa la ko ni Hilda.....

Ni nak bagitahu, Sabtu lepas ntah apa mimpinya Sayang check saman melalui sms. Lepas tu yang tak bestnya kereta kita ada satu saman RM150.

Apa lagi gelabah la kita sebab sebelum ni kita check takde saman. Lebih kurang 15 tahun kita dapat lesen memandu tak pernah pun dapat saman tetiba sekarang baru dapat saman, memang tak puas hati....

Kita macam biasa, tak mengaku la kesalahan tu kita yang buat. Sayang la jadi mangsa sebab dia pun kekadang ada guna kereta kita tu. Aci tak tuduh orang lain?????

Nak puas hati punya pasal kita mintak tolong kat biras kita yang kerja polis trafik tu tolong check kan....

Haaaa.....baru nak caye ko punya salah......Padan muka ko......ingat ko tu berkhemah sangat....Kesalahannya adalah memandu melebihi had laju area Kajang sana (PLUS Highway). Melayang RM150.......sedeyyyyy kalau tak duit tu boleh buat top up beli perfume...hehehe...

Kejadian tu berlaku pada 18.04.2011. Masa tu kita ada check up kat Klinik Kesihatan Senawang. Habis check up tu terus la nak pergi opis. Nak cepat sampai punya pasal, bawak la lelaju.....Komited sangat la kekononnya pada kerja, sebab tu nak cepat  sampai. Ha..... padan muka ko Hilda....

Moralnya, lain kali tak payahlah nak drive laju sangat nanti tak pasal-pasal nyawa dan wang melayang.....

Khamis, 28 April 2011

Kalau dah bukan rezeki

Dah lama benar rasanya kita tak update blog ni.....

Dengan badan tak laratnya dan terdapat masalah2 sampingan membantutkan lagi kita untuk terus menulis di blog ini.

Hari ni baru la ada kekuatan untuk kita  menulis. Mula-mula tu memang malas nak tulis pasal citer ni sebab biar la kita sendiri yang tanggung kesedihan ini. Malas nak share citer sedih dengan orang. Kalau boleh nak shere citer happy je dengan orang.  Kalau citer yang sedih2 pun orang mungkin tak suka nak baca.

Tapi untuk di jadikan kenangan, kita abadikan kisah ini di dalam blog.

Minggu lepas 18.04.2011 (Isnin) kita mengalami sakit kepala yang amat sangat, tapi memandangkan kita tengah mengandung, kita tak ambil apa2 ubat pun sebab takut terjejas kandungan kita. Semasa mengandung kali ni kita memang kerap sakit kepala. Mula2 dulu ada juga ambik penadol tapi bila dah kerap sangat sakit kepala ni takut pulak nak makan penadol lagi.

Hari Selasa tu kita masih sakit kepala lagi, Sayang dah suruh kita duduk kat rumah je, jangan pergi kerja, tapi memandangkan kita dah selalu sangat MC tahun ni, (baru kerja 4 bulan je tahun ni, MC kita dah 7 hari) kita pergi jugak kerja walaupun kepala masih sakit dan badan rasa macam nak demam.

Petang Selasa tu kita dah rasa bahagian bawah perut kita sakit, maka terpaksa jalan perlahan-lahan. Kita dah bagitahu kat staff lab kita kalau kita tak datang esok maknanya kita MC. Memang dah dapat rasa badan tak sihat sangat.

OTW balik tu, kalau tak silap baru sampai area Bukit Mahkota kot, kita terasa ada cecair keluar, kita dah dapat rasakan macam air ketuban. Sepanjang perjalanan banyak kali jugak la rasa  cecair tu keluar dan bahagian bawah perut kita rasa sakit. Kita call Sayang bagi tahu keadaan kita. Sayang suruh kita terus pergi klinik, tapi memandangkan takut Sayang sampai rumah lewat dan kesiankan anak2 kat nursery, kita pergi ambik anak2 dulu kat nursery dan Kafa.

Sampai je kat rumah kita terus ke bilik air. Alangkah terperanjatnya kita bila kita lihat darah yang banyak....Kita terus bagitahu Sayang, dan kita tunggu Sayang sampai rumah untuk pergi ke hospital. Masa tu rasa berdosa sangat sebab tak dengar nasihat Sayang supaya tak pergi kerja hari tu.....Adakah semua ni terjadi atas kedegilan kita?

Kita pergi Hospital Tuanku Ja'afar. Kita kena masuk wad. Masa kat kecemasan doktor scan, baby aktif lagi, cuma dia nak doktor pakar check lebih detail lagi sebab tu kena tahan wad. Masa kat wad, doktor wad pun scan lagi sekali untuk tengok kandungan kita, Sayang pun tengok baby tu masih aktif bergerak bila doktor scan. Doktor pun kata tak payah nak risau sangat cuma banyakkan berehat.

Pukul 11pm Sayang pun balik sebab anak-anak ada kat rumah abang ipar, lagipun esok mereka sekolah. Kita pulak dah mula rasa ngantuk sebab tak dapat rest lagi... Tapi pukul 11.15pm perut kita mula rasa sakit setiap 5 minit, dah tu tambah pulak kita demam. Lama jugak kita menahan kesakitan. Sakit macam orang nak bersalin tu....

Pukul 1.30am kita dah tak tahan sebab sakit dan tak boleh nak tidur, kita panggil nurse dan nurse terus check. kemudian doktor pulak check. Masa tu air ketuban dan darah banyak keluar. Bila scan doktor kata kandungan kita dah tak dapat diselamatkan lagi.....Sedihnya......hanya tuhan yang tahu....Kandungan kita gugur di usia 15 minggu.

Masa tu jugak doktor mengeluarkan baby kita. Sakitnya hanya Allah yang tahu.....Bila doktor tunjukkan baby kita tu kita tak dapat menahan kesedihan.....Baby tu dah cukup sifat....anggota badannya dah lenggkap. jarinya pun cukup lima.....Masa tu rasa bersalah yang teramat sangat bila ingkar kata suami supaya tak pergi kerja....Lepas ni, kalau mengandung lagi, kalau tak larat tu kita takkan pergi kerja.....Tak payah nak fikirkan bos atau orang lain.....Dia orang bukannya tahu masalah kita....Apa yang mereka tahu hanya suruh kita buat kerja jer....

Masuk kali ni dah 2 kali kita gugur.

Baby kita telah selamat disemadikan pada petang Rabu tu.....dan baby kita tu Sayang namakan Muhammad Hazim yang bermaksud (yang tegas, bijak, cermat).

Walauapapun alasannya memang dah bukan rezeki kita untuk dapat baby tahun ni.....Hanya Allah yang mengetahui segalanya......Kita redha.....Dugaan kita ini tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan orang lain....Ada orang lain yang mendapat dugaan lagi hebat dari kita....